Memaparkan catatan dengan label Melati Shafika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melati Shafika. Papar semua catatan

Isnin, 26 Disember 2022

Ms KIA vs Oyen & Si Kaki Ayat - Bab 3


Salam semua
Selamat membaca bab 3 yang secoet je ni
Note: unedited MSS
 

TERCENGANG Hayyan bila aku muncul tiba-tiba di hadapan mata dia. Tak sangka tembelang dia pecah agaknya.

“Hai, kenal lagi tak?” sapa aku dengan kening terangkat. Aku nak sangat angkat tangan aku sekali biar melekat dekat pipi lelaki itu tapi malas nak buat drama percuma depan orang ramai.

“Err … kenal … kenal.” Tergagap-gagap dia menjawab pertanyaan aku.

Aku usha perempuan yang tersenyum-senyum di sebelah Hayyan. Aku kenal semua adik beradik Hayyan. Baik yang lelaki mahu pun perempuan. And this girl ain’t one  of his sibling. 

She looks decent. Aku rasa dia tak tahu pun yang Hayyan sebenarnya sudah berpunya. Sudah bertunang.

“Tak nak kenalkan kepada I? Kekasih baru ye? What’s her name?” Aku lihat wajah perempuan itu bertukar rona. Blushing.

“Err ….err …” Hayyan masih lagi tergagap-gagap.

“Siapa nama? Dah lama kenal dengan Hayyan?” Since Hayyan tidak mampu menjawab, lebih baik ajukan pertanyaan kepada perempuan itu.

“Qistina. Tak adalah lama sangat, lebih kurang setahun lebih.”

“Oh, wow! Lama juga setahun lebih, nampak macam dah rapat sangat ni, dah jumpa family Hayyan?”

Qistina tersenyum malu. Oh, sweet. Sweet yang buat hati aku merenyam sakit. Aku paksa bibir mengukir senyum lalu berpaling semula ke arah Hayyan.

“I thought you dekat outstation? So, tiga hari outstation awak tu berfoya-foya dengan perempuan lain?”

“Tiya, I can explain.” Hayyan menarik lengan aku, cuba menjarakkan aku daripada Qistina.

“What is there to explain? First, you lied about the outstation thing, second, this … she’s not your relative, right?”

“Abang, ada masalah ke?” Qistina datang menghampiri kami.

I hate to spoil your day, girl but … lelaki seperti Hayyan patut diberi pengajaran.

“Hayyan, macam ni….” Aku tanggalkan cincin daripada jari manis aku. Cincin risik dan cincin tunang yang diberikan lebih setahun yang lalu.

“Tolong pulangkan cincin ini semula kepada emak you. I think I am not fit to be her daughter-in-law.”

“Tiya …” Terkedu Hayyan. Dia sudah menggaru kepala.

“Qistina, he is all yours. Good luck.”

Perempuan itu kelihatan terpinga-pinga. Mungkin sedang cuba memahami keadaan dan situasi sebenar.

Aku? Aku malas nak semakkan fikiran. Penat! Baik aku buang sahaja lelaki bernama Hayyan itu daripada hidup aku.


Secoet je
Kepala tengah serabut 
Lagi-lagi nak hujung tahun
Banyak benda nak fikir
Pasti ada di antara pembaca juga mengalami sitiuasi yang sama
Jika ada, saya doakan semoga urusan anda dipermudahkan


Khamis, 22 Disember 2022

Ms KIA vs Oyen & Si Kaki Ayat - Bab 2

Salam & Happy Evening uolls

Note: unedited chapter

SEBAIK sahaja berada di luar pejabat, aku keluarkan telefon bimbit lalu mengaktifkan aplikasi grab. Aku hendak beredar dengan segera dari tempat ini.

Aku tak tahu hendak ke mana. Jadi aku pilih sahaja destinasi yang terlintas di fikiran. KLCC. Baru jam sepuluh pagi, ada ke shopping mall yang sudah beroperasi seawal ini?

Mujur ada grab driver yang sudi menerima. Aku perhatikan nama pemandu. Nama macam pelik sikit tapi tak apalah. I don’t care that much. Ada pilihan dekat situ, nak mod senyap, suka yang chatty atau beberapa pilihan lain. Aku just ignore.

Aku bagi salam ketika membuka pintu kenderaan. Walaupun nama dia pelik. Aku percaya dia seorang muslim. Dia jawab salam aku.

“Feeling comfortable?”

“Ya,” balas aku. Hati je yang tak berapa nak selesa sekarang ini.

“You prefer having a conversation or silence?”

“I am in bad mood, so …”

“Okay. Bad day ya? Maybe some music?” Dia pandang aku melalui cermin pandang belakang.

Aku angguk. Dia pun pasangkan muzik.

Saat ini aku terfikir hendak menghubungi tunang aku. Tapi, katanya dia berada di luar kawasan untuk beberapa hari. Jadi mungkin talian dia sukar hendak mendapat liputan.

Aku buang pandang keluar kenderaan. Memikirkan apa yang harus aku lakukan selepas ini. Bukan sekali dua bos aku buat perkara yang buat aku hendak berhenti kerja. Acap kali. Namun, aku sayangkan kerja aku.

Makin aku buat tak endah, makin menjadi-jadi pula perangai bos aku ni. Ada juga aku mengadu dekat tunang aku, memang dia nasihatkan aku agar berhenti dan mencari pekerjaan lain sahaja.

“You look sad, have some chocolate. Ada bergantung dekat belakang seat. Don’t worry. F.O.C.”

Aku senyum sahaja mendengar tawaran tersebut. One bite of chocolate won’t hurt my diet. Jadi aku ambil beberapa biji gula-gula coklat jenama Eclairs itu.

“Small dustbin ada dekat tepi,” ujar pemandu, perasan agaknya aku tengah melilau mencari tempat hendak membuang kertas pembungkus gula-gula tersebut.

Aku perhatikan orang yang berada di laluan pejalan kaki sambil mengunyah. Kereta bergerak agak perlahan. Memang tidak boleh dinafikan, awal pagi begini jalan dan laluan di sekitar Kuala Lumpur memang sesak.

Eh, itu tunang aku. Mata aku tertancap ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan menyusur laluan pejalan kaki. Aku pandang lagi sekali. Dua kali. Tiga kali.

“Encik, boleh pandu perlahan sedikit?” pinta aku kepada pemandu dan dia memperlahankan kenderaan.

Aku menoleh lagi sekali. Siapa perempuan yang memegang lengan dia? Cepat-cepat aku keluarkan telefon bimbit dan mula mendail nombor milik encik tunang. Dua tiga kali berdering baru dia menjawab panggilan aku.

“Where are you?” soal aku, dalam masa yang sama aku perhatikan lelaki yang aku sangkakan tunang aku. Lelaki itu sedang berhenti dan menjawab panggilan.

“Dekat tempat kerja.” Suara seakan berbisik.

Lelaki itu berpaling menghadap ke arah aku. Mungkin mahu mengelak perbualan daripada didengari oleh perempuan yang ada bersama. Dan, aku melihat dengan jelas daripada dalam kenderaan wajahnya. Sama, bukan pelanduk dua serupa. Memang dia. Hayyan Faiz.

“Really?” Aku hela nafas. Hari apa ya hari ini? Betul-betul menguji aku.

“Excuse me encik, minta maaf, boleh encik berhenti sekejap dekat depan tu?”

Hati aku sakit sangat. Kalau boleh aku hendakkan penjelasan ketika itu juga.

“Cik nak turun di sini?” tanya pemandu itu sebaik sahaja kenderaan diberhentikan di tepi jalan.

“Tak. Encik tunggu saya, boleh? Sebentar sahaja.” Tanpa menunggu kata balas daripada si pemandu, aku terus membuka pintu kenderaan dan melangkah keluar.


thanks for reading
to be continued
doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan :)


Rabu, 21 Disember 2022

Ms KIA vs Si Kaki Ayat & Oyen - Bab 1


Salam & Good Evening uolls

Note : 
unedited MSS
Tajuk sementara, masih belum confirmed. Later on baru decide.
So, here we go ...

Bab Satu

AKU tiba awal hari ini. Selalunya memang begitu. Aku yang paling awal tiba dan aku juga yang paling akhir meninggalkan pejabat. Well, tidak termasuk bos dan security guard.




Paper bag di atas meja aku menarik perhatian. Aku pandang keliling, meja orang lain tak ada pula. Ada orang tersalah letak? Untuk aku? Kalau ya, daripada siapa?

Tak mungkinlah daripada tunang aku. Lambat lagilah aku hendak merasa. Selalu kalau aku merengek hendakkan sesuatu dia akan bawa aku dan suruh aku pilih sendiri apa yang aku nak. Sigh.

Aku simpan beg yang aku bawa ke dalam laci. Kemudian aku buka paper bag tersebut untuk melihat isinya. Walaupun aku tahu, jenama yang tertera jelas pada paper bag itu merupakan jenama terkenal koleksi pakaian dalam.

Tapi aku mahu tahu benar atau tidak apa yang terlintas di fikiran aku. Bak kata orang, don’t judge the book by its cover. Luaran tak bermaksud isi dalamnya juga sama.

Terbeliak juga mata aku. Sepasang pakaian dalam dan sehelai seluar dalam berwarna merah yang sangat-sangat seksi. Tag harga masih lagi melekat.

Daun pintu pejabat terbuka, Susan melangkah masuk. Belum sempat dia membuka mulut ucap selamat pagi, aku terus bertanya. Orang pertama yang berkemungkinan besar suka dengan lingerie mahal-mahal sebegitu.

“Susan, you tertinggal barang atas meja I?”

“Barang? Barang apa?” Susan tayang wajah pelik. Matanya meninjau paper bag yang sedang aku selongkar. ”Apa tu?”

Bila Susan bertanya seperti itu, aku dah tahu paper bag itu bukan milik dia. Hurm … Semalam Susan balik dahulu sebelum aku. Dan masa aku balik semalam, tinggal bos seorang sahaja yang belum meninggalkan pejabat.

Semalam bos ada meminta aku stay sekejap, ada benda yang hendak dibincangkan katanya. Tapi, aku kalau bukan urusan pejabat, aku malas hendak berlama-lama.

Mungkin bos beli untuk isteri dia dan terlupa nak bawa balik. So, aku ambil dan letak semula paper bag tersebut di dalam bilik bos. Aku rasa memang bos punya.

Tak lama kemudian, bos tiba. Dia kerling aku dengan pandangan gatal dia yang biasa itu. Aku buat tak nampak sahaja.

Bukan dengan aku sahaja bos buat begitu dengan staf perempuan yang lain pun sama. Cuma dengan aku terlebih sedikit, mungkin sebab meja aku paling hampir dengan bilik bos dan aku jugalah yang paling banyak berurusan dengan bos.

Bos panggil aku masuk ke dalam bilik.

“Kenapa pulangkan balik hadiah ni?”

“Hadiah?”

Lelaki itu angkat kening sambil mengunjuk beg kertas tadi.

“Biar betul bos?” Dahi aku berkerut.

Bos jenis apa bagi hadiah bra dan panties kepada staf dia? Aku report dekat HR department under sexual harassment baru padan muka.

“Tunang you tak pernah belikan untuk you bukan?”

“Maaf bos, tapi apa yang tunang saya nak belikan untuk saya is non of anyone business.” Melampau ya, ada masa pula selidik kisah aku dengan tunang aku.

“Saya beli khas untuk you. I think it will fit you well.”

Aku nampak dia menjilat bibir. Sungguh memualkan.

“Tapi, saya rasa lagi baik kalau bos bagi kat wife bos, untuk menghargai jasa dia memberi dan menjaga zuriat bos.”

“Saya dah banyak belikan untuk dia. Apa salahnya saya belikan untuk you juga. You can have whatever yang I dah bagi dekat dia. In return, well you know ….” Mata dia turun naik memerhatikan aku.

“Bos ingat saya perempuan yang macam mana?” Aku cuba mengawal nada suara aku. “Tak apalah bos, bos simpan sahaja hadiah bos tu. Saya nak sambung buat kerja.”

Aku tahu bos memang gatal. Cuma aku tak layan. Kalau setakat kata-kata berbaur lucah tu aku biarkan sahaja masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi kalau dah tahap macam ni aku rasa macam dah over sangat. Semak fikiran aku.

“Saya keluar dulu.” Malas nak bahasakan lelaki itu, bos. Pantas aku melangkah menghampiri pintu. Belum sempat aku memulas tombol pintu, daun pintu sudah terkuak terlebih dahulu.

Puan Rehan, isteri bos. Eloklah. Aku baru nak bagi salam bila tiba-tiba penampar singgah di pipi aku.

“Perempuan tak tahu malu! Suami orang pun awak nak! Apa dah pupus ke lelaki bujang di dunia ni?”

Terkejut aku diserang tanpa usul periksa.


“Puan cakap apa ni?” Aku pandang wajah bos dan wajah isteri dia bersilih ganti.

“Ini apa semua ni?” Dia lemparkan beberapa keping gambar ke wajah aku. Bertebaran gambar-gambar tersebut sebelum jatuh ke lantai. Aku kutip salah satu daripadanya. Gambar aku, yang diambil secara candid.

“Mana puan dapat semua ni?”

“Awak tanya saya?”

Aku terkebil-kebil tak faham.

“Awak sendiri yang hantar kepada suami saya, awak boleh tanya lagi? Awak memang ada niat hendak menggoda suami saya, bukan?”

Oh please!

“Puan dah salah sangka ni. Saya tak pernah bagi gambar saya kepada siapa-siapa apatah lagi kepada bos atau suami orang. Lagipun, gambar-gambar ini bukan saya yang ambil.” Aku paling muka ke arah bos.

“Apa ni Encik Raqib?”

“Yang, maafkan abang, sayang. Abang baru sahaja nasihatkan pekerja abang ni, supaya jangan ganggu abang lagi. So, sayang jangan risau.”

What? Serius? Aku gelengkan kepala. Tahu takut bini.

“Tiya awak boleh keluar. Saya harap awak jaga kelakuan awak lain kali. Saya bagi awak amaran pertama.”

Aku cuma mampu tergelak.

“Tak apa bos, tak perlu susah-susah, I quit. 24 hours notice. Bos boleh cari pekerja dan perempuan lain yang boleh dipijak-pijak maruah but not me.”

“Eh, Tiya … takkan sampai nak berhenti kerja?” Mata bos sudah terbuntang.  

“Why not?” Dia ingat aku main-main? Selama ini aku bertahan sebab sayangkan pekerjaan aku.

“Puan, puan sila periksa betul-betul suami puan ni. Betul ke saya yang hantar gambar-gambar tu dekat suami puan? Dah periksa sahih atau tidak maklumat yang puan dapat tu? Nanti jatuh fitnah, susah puan. Lagipun, lelaki macam suami puan ni lidah dia bercabang macam ular.”

Aku keluar dari bilik bos. Capai beg dan terus melangkah menuju ke arah meja Susan. Aku pesan dekat Susan, tolong kemas barang-barang aku. Aku akan ambil kemudian bila ada masa nanti.

“What happen?” tanya Susan terpinga-pinga bila aku kata aku sudah berhenti kerja.

“Bila ada masa aku cerita,” balas aku. Sekarang ni aku nak keluar. Tak kisah ke mana janji kepala aku tak semak.


to be continued ...
thanks for stopping by
credit : images taken from unsplash.com

Ahad, 11 Disember 2022

Karya Baru?


Assalam dan selamat berhari minggu semua.

Sebenarnya, memang Melati sedang dalam proses menyiapkan ebook/enovel yang terbaru. 
Rasanya tak sempat hendak diterbitkan sebelum berakhirnya tahun 2022. 

Sepanjang Melati menulis, sejak novel pertama Melati "Officially Milik Dia' yang diterbitkan pada tahun 2014. Melati berjaya juga menyiapkan 10 ebook /enovel/zine. 

Alhamdulillah :) Syukur sangat-sangat.


Sini; Melati senaraikan :

Hingga ke Jannah
Bersemut
Dan Cinta Itu
Antidot Cinta Lara
Subjek No 15
Duda Putus Fius
Menantu Terbaik Dari Ladang
My Annoying Ms Wifey
Janji Dhea
Kekasihku Juita

Kalau ada yang berminat
Boleh usha dekat https://www.wonderbuuk.com/ atau
https://amydheapublishing.ordersini.com/ 


Sabtu, 7 Mac 2020

My Adorable Ms Wifey - Bab 3


“EH, tak naklah Unna menikah dengan kepunyaan orang lain. Tunang Kak Nia pula tu. Tak naklah! Mengamuk Kak Nia nanti.”

Kecil besar kecil besar mata aku ketika menyuarakan yang terbuku di hati. Seriuslah aku kena menikah dengan bakal suami kakak sendiri? Mereka sudah tidak boleh memikirkan apa kesudahannya kelak? Haish!

Memanglah lelaki itu belum menjadi suami orang lagi tapi bukankah dia tunangan Kak Nia, kakak aku sendiri. Jahat-jahat aku tak adalah sampai hendak mencaras bakal suami kakak sendiri.

Walau sekacak mata, sebaik mana, sehebat manapun lelaki tersebut. Ramai lagi lelaki lain yang boleh menjadi calon suami aku. Tak mungkinlah aku memilih cinta hati kakak sendiri.

Statistik di Malaysia pada tahun ini pun sudah menunjukkan lelaki lebih ramai daripada wanita dengan nisbah 107 orang lelaki bagi setiap 100 orang wanita. Dengan statistik sebegitu, tak perlulah kot berebut-rebut seorang lelaki.  

Pecah tawa para tetamu siap dengan mak ayah aku sekali tergelak sama. Berdekah-dekah. Kecuali lelaki yang seorang itu. Dia masih kelihatan serius. Haish! Aku perhatikan mereka yang masih gelak berdekah. Sudah kenapa gelak seperti itu? Tak lawak okay.

Terkebil-kebil mata aku memandang mereka. Dalam keadaan macam ni pun mereka ada hati hendak bersuka-suka. Masalah serius ni. Tak cukup dengan kakak yang menghilang, ni nak paksa aku pula menggantikan tempat kakak. Zaman ni mana relevan dah nak paksa-paksa orang kahwin.

Aku pandang wajah mereka satu-persatu, sampailah ke wajah lelaki muda yang kononnya bakal dijodohkan dengan aku. Wajah dia nampak serius. Agaknya dia pun sama seperti aku tidak bersetuju dengan hala tuju mesyuarat ini. Baguslah kalau begitu, satu kapal.

“Awak bersetuju ke?” Aku pandang dia, mengharapkan jawapan yang diberi serupa dengan jawapan aku.

Terjongket kening lelaki itu namun tiada sepatah kata perkataan yang keluar dari dua ulas bibir dia. Aku tarik dan hembus nafas tak puas hati. Dia buat endah tak endah ye dengan soalan aku. Siaplah engkau kalau kita ditakdirkan menikah, huh!   

“Siapa kata Unna kena menikah dengan tunang Kak Nia?” Mak aku berkata.
Aku berpaling memandang mak dengan dahi berkerut seribu. Maksudnya apa? Lelaki ini bukan tunang Kak Nia atau orang yang bakal menikahi aku tiada di sini ketika ini?

“Habis tu, dia siapa, kalau bukan bakal suami Kak Nia?”
Aku merujuk kepada lelaki yang sejak dari tadi senyap sahaja. Tak berbunyi langsung. Mungkin risau dengan situasi yang sedang berlaku sekarang. Tapi, memang tak boleh hendak menyalahkan dia juga.

Namun, kalau benarlah lelaki itu merupakan bakal suami kakak, tak dapat aku hendak bayangkan bagaimana nanti hidup mereka berdua sebagai suami isteri. Seorang senyap, seorang lagi mulut becok.

Mulut Kak Nia boleh tahan juga becoknya berbanding mulut aku. Aku tidaklah seramah dan sebecok Kak Nia. Sesuailah tu, complete and complement each other. Kalau dua-dua becok pun susah juga. Hari-hari berbalas kicau. Kalau larat, okaylah, boleh jadi pasangan deejay, saling sambut menyambut perbualan. Sampai ke sudah tak ada noktah, melainkan ada iklan dan selingan. Kalau tak larat, itu yang jadi masalah tu. Argh! Jauh betul aku menyimpang.  

“Dia inilah jodoh Unna. Bukan tunang kepada siapa-siapa. Bukan juga suami kepada siapa-siapa.” Senyuman mak jelas menunjukkan yang mak senang sangat bermenantukan lelaki tersebut.
Aku kerling lelaki itu dengan ekor mata. Bibir aku terherot ke tepi. Dada aku berombak lagi. Aku kembali memandang mak yang masih tersenyum. Entahlah, aku tak nampak pun senyuman mak seperti palsu. Ikhlas dan tenang sahaja.

Namun senyuman mak masih belum mampu meyakinkan aku. Aduhai. Aku pandang pula wajah-wajah yang lain. Satu persatu kemudian terhenti pada wajah si lelaki. Wajah kering dia yang buat aku berfikir. Jodoh?

Jodoh ekspress maksud mak? Jodoh tanpa nama. Jodoh yang tidak diundang. Jodoh misteri. Jodoh yang macam mana ni mak? Terkedu aku hendak berkata apa-apa.

“Dayyan Waiz ni, belum berpunya. Single mingle, memang sedang mencari jodoh, ” beritahu bakal emak mertua Kak Nia sambil tersenyum. Entah esok, sudah menjadi emak mertua aku juga.

Kenapa tiba-tiba aku rasa seperti berada di dalam rancangan mencari jodoh. Mulut aku terus terkunci. Mataku secara automatik terarah kembali kepada lelaki tersebut. Dayyan Waiz. Kami saling berbalas pandang. Hurm… Kilas mata yang tampak dingin. Macam ni nak jadi jodoh aku? Habislah aku.
Aku tarik nafas dalam-dalam, menenangkan diri. Baiklah, lelaki itu tidak kelihatan seperti hendak berkahwin dengan aku sangat. Sekurang-kurangnya, kalau dia tunjukkan rasa berminat, bolehlah aku lembut-lembutkan hati aku untuk menerima.

Ini tidak, rasa seperti dirinya terpaksa menerima keputusan itu tapi tidak mampu hendak berbalah. Baiklah kalau begitu, aku rasa aku juga berhak memilih jodoh aku sendiri. Aku memutuskan akan menentang habis-habisan. Yes! Jangan putus asa Unna, Unna boleh!

“Habis tu mana tunang Kak Nia?”

Bibir kugigit. Mata masih kekal meraut wajah lelaki yang sedang membisu itu. Berkerut-kerut dahi aku menahan rasa. Kalau boleh bertempik, aku akan bertempik sekuat hati tika itu. Namun, setiap kali perasaan itu hendak menjengah keluar, aku tarik nafas aku sedalam-dalamnya. Bertenang, bertenang Unna.     

Dayyan Naufal. Nun jauh di Langkawi, seperti yang dikhabarkan oleh bakal besan mak. Baru sahaja berangkat ke sana dan misi memujuk Kak Nia belum lagi diketahui kesudahannya. Aku angguk-angguk. Aku rasa aku masih ada peluang untuk melepaskan diri sehingga esok malam.

“Dayyan Naufal. Langkawi,” sebut aku satu persatu. Jari telunjuk menyentuh bibir.  

Kalau Dayyan Naufal tunang Kak Nia. Ini bermakna Dayyan Waiz …  kalau bukan adik, mungkin abang kepada Dayyan Naufal? Aku gelengkan kepala sekali. Apa-apapun, mereka tidak boleh melakukan hal ini kepada aku. Aku pun ada kehidupan sendiri. Mana boleh paksa-paksa aku berkahwin dengan orang yang aku tak kenal. Aku tak setuju!

“Boleh ‘kan Unna?” Lembut sahaja suara emak kepada Dayyan Waiz dan Dayyan Naufal itu menerjah pendengaran.

Wajah penuh mengharap itu aku tatap. Wajah penuh belas. Wajah keibuan yang terserlah. Aku pasti dia seorang wanita yang lemah lembut dan baik hati. Bertuahnya adik-beradik Dayyan ini mendapat kasih-sayang seorang emak seperti dia, yang bersabar melayan kerenah bakal menantu seperti Kak Nia.

 Kak Nia. Kak Nia. Geleng kepala aku mengenangkan sikap kakak aku yang agak kurang matang itu. Aku pandang pula wajah mak dan ayah. Wajah belas dan simpati juga terpapar jelas pada wajah mereka. Seolah-olah memohon pengertian daripada aku. Seolah-olah semuanya kini jatuh ke atas bahu aku.

“Tak boleh ke …” Semua mata-mata memandang ke arah aku menyebabkan ayat aku tergantung begitu sahaja.

Aku panggung kelapa. Tiba-tiba sahaja aku menjadi orang penting. Nafas berat kuhela dan kulepaskan. Tolonglah jangan letak aku dalam situasi sebegini. Berat. Amat berat untuk aku memikirkan dalam keadaan dan tempoh yang sesingkat ini.

Aku kalihkan pandangan ke arah lelaki bernama Dayyan Waiz itu. Tiada reaksi, tiada ekspresi, mata dia saja yang terjegil menatap aku. Atau aku yang gagal menterjemah apa yang tersirat di dalam hati dia. Dia mahu meneruskan atau tidak apa yang dirancang oleh kedua orang tua kami?

“Tak boleh ke kita tundakan majlis kakak ni ke hari lain?” Aku ucapkan dengan penuh berhati-hati. Takkan tak boleh? Bukannya boleh mati pun kalau majlis tersebut ditundakan ke hari lain.

Makin terjegil aku lihat mata si Dayyan itu menatap wajah aku. Eh! Apa masalah dia? Pergilah cari pengantin lain kalau hendak bernikah sangat. Aku balas balik dengan muka toya.

Engkau yang tak nak bersuara sepatah haram pun ‘kan? Kalau tak nak bercakap untuk diri sendiri, duduk senyap-senyap sudah. Jangan ganggu aku yang hendak mempertahankan hak aku.

“Sekurang-kurangnya sampai kakak Nia balik. Rasanya, esok Kak Nia dah balik kot,” sambung aku. Mudah-mudahan ada, Insya Allah. Jangan Kak Nia tak balik, sudah! Aku kerat rambut Kak Nia yang lawa dan panjang itu nanti.

“Tak boleh, tak boleh! Perkara macam ni tak boleh main rasa-rasa.” Ayah bakal pengantin lelaki menggelengkan kepala tidak bersetuju.

Berkali-kali dia menggelengkan kepala. Kalaulah kepala kita ni boleh berputar 360 darjah, mahu kepala dia berputar tak berhenti untuk menunjukkan keengganan dia terhadap cadangan aku. Haish! Ngeri pula bila membayangkan keadaan tersebut.

“Kalau mereka tak balik, macam mana?” sambung dia lagi.

Aku angkat kedua-dua bahu. Hendak macam mana, macam mana lagi? Kalau sudah begitu kesudahannya. Anggap sahaja tiada rezeki mereka. Kenapa hendak memusnahkan hidup orang lain untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh orang lain?

Malangnya, semua idea dan cadangan aku ditolak mentah-mentah. Macam-macam usul aku utarakan, tiada seorang pun yang menyokong. Buat-buat tak dengar lagi ada. Habis tu, buat apa tanya aku kalau sudah berpakat-pakat hendak kahwinkan aku dengan si Dayyan tu?

Bengang je muka mak ayah si Dayyan bila aku kata teruskan sahaja majlis tanpa perlu ada pengantin. Yelah, dah korang tak nak batalkan majlis ‘kan? Takut sangat duit hangus. Biarlah duit tu hangus, bukan tak boleh cari, yang nak hanguskan aku sama sudah kenapa? Geram pula aku. Bukan nak tunjuk biadap tapi … entahlah. Haruskah aku berputus asa?

“Mak, ayah,” seru aku memohon perhatian dan pengertian.
Takkanlah mak dan ayah tega membiarkan aku menikah dengan lelaki itu. Tega membiarkan hidup anak mereka ini diatur oleh orang lain. Tapi, mak dan ayah buat muka sedih pula. Takkanlah aku yang kena menanggung kesalahan Kak Nia. Aku ni anak angkat ke apa? Atau aku tersilap masuk rumah? Kalau tak kenapa semua orang buat macam ni kat aku? Hee … makin geram aku. Ini semua salah kakak. Geram aku jadi bertingkat-tingkat.

Bila mak dan ayah tidak memberi respon yang memberangsangkan, aku berpaling ke arah Dayyan Waiz, mengharap pengertian. Pelik aku, yang si Dayyan mengikut cadangan mak ayah dia kenapa? Dah tak ada mulut nak bersuara? Tak boleh nak back-up diri sendiri? Aku mengetapkan bibir sambil memandang dia. Harus aku buli kalau jadi suami aku kelak. Nak sangat nikah dengan aku kan’? Baru padan dengan muka. Heh!

“Mak,” seru aku perlahan.
Mak angkat kening. Nafas kuhela sambil memandang yang lain. Aku rapatkan diri kepada mak, cuba bersuara sehalus mungkin.
“Ini semua bukan prank ‘kan?”
“Unna!” terjerit mak.
Semua mata-mata melotot memandang aku seiring dengan jeritan mak. Haish! Mereka dengar ke soalan yang aku tujukan kepada mak tadi?