AKU tiba awal hari ini. Selalunya memang begitu. Aku yang paling awal tiba dan aku juga yang paling akhir meninggalkan pejabat. Well, tidak termasuk bos dan security guard.
Paper bag di atas meja aku menarik perhatian. Aku pandang keliling, meja orang lain tak ada pula. Ada orang tersalah letak? Untuk aku? Kalau ya, daripada siapa?
Tak mungkinlah daripada tunang aku. Lambat lagilah aku hendak merasa. Selalu kalau aku merengek hendakkan sesuatu dia akan bawa aku dan suruh aku pilih sendiri apa yang aku nak. Sigh.
Aku simpan beg yang aku bawa ke dalam laci. Kemudian aku buka paper bag tersebut untuk melihat isinya. Walaupun aku tahu, jenama yang tertera jelas pada paper bag itu merupakan jenama terkenal koleksi pakaian dalam.
Tapi aku mahu tahu benar atau tidak apa yang terlintas di fikiran aku. Bak kata orang, don’t judge the book by its cover. Luaran tak bermaksud isi dalamnya juga sama.
Terbeliak juga mata aku. Sepasang pakaian dalam dan sehelai seluar dalam berwarna merah yang sangat-sangat seksi. Tag harga masih lagi melekat.
Daun pintu pejabat terbuka, Susan melangkah masuk. Belum sempat dia membuka mulut ucap selamat pagi, aku terus bertanya. Orang pertama yang berkemungkinan besar suka dengan lingerie mahal-mahal sebegitu.
“Susan, you tertinggal barang atas meja I?”
“Barang? Barang apa?” Susan tayang wajah pelik. Matanya meninjau paper bag yang sedang aku selongkar. ”Apa tu?”
Bila Susan bertanya seperti itu, aku dah tahu paper bag itu bukan milik dia. Hurm … Semalam Susan balik dahulu sebelum aku. Dan masa aku balik semalam, tinggal bos seorang sahaja yang belum meninggalkan pejabat.
Semalam bos ada meminta aku stay sekejap, ada benda yang hendak dibincangkan katanya. Tapi, aku kalau bukan urusan pejabat, aku malas hendak berlama-lama.
Mungkin bos beli untuk isteri dia dan terlupa nak bawa balik. So, aku ambil dan letak semula paper bag tersebut di dalam bilik bos. Aku rasa memang bos punya.
Tak lama kemudian, bos tiba. Dia kerling aku dengan pandangan gatal dia yang biasa itu. Aku buat tak nampak sahaja.
Bukan dengan aku sahaja bos buat begitu dengan staf perempuan yang lain pun sama. Cuma dengan aku terlebih sedikit, mungkin sebab meja aku paling hampir dengan bilik bos dan aku jugalah yang paling banyak berurusan dengan bos.
Bos panggil aku masuk ke dalam bilik.
“Kenapa pulangkan balik hadiah ni?”
“Hadiah?”
Lelaki itu angkat kening sambil mengunjuk beg kertas tadi.
“Biar betul bos?” Dahi aku berkerut.
Bos jenis apa bagi hadiah bra dan panties kepada staf dia? Aku report dekat HR department under sexual harassment baru padan muka.
“Tunang you tak pernah belikan untuk you bukan?”
“Maaf bos, tapi apa yang tunang saya nak belikan untuk saya is non of anyone business.” Melampau ya, ada masa pula selidik kisah aku dengan tunang aku.
“Saya beli khas untuk you. I think it will fit you well.”
Aku nampak dia menjilat bibir. Sungguh memualkan.
“Tapi, saya rasa lagi baik kalau bos bagi kat wife bos, untuk menghargai jasa dia memberi dan menjaga zuriat bos.”
“Saya dah banyak belikan untuk dia. Apa salahnya saya belikan untuk you juga. You can have whatever yang I dah bagi dekat dia. In return, well you know ….” Mata dia turun naik memerhatikan aku.
“Bos ingat saya perempuan yang macam mana?” Aku cuba mengawal nada suara aku. “Tak apalah bos, bos simpan sahaja hadiah bos tu. Saya nak sambung buat kerja.”
Aku tahu bos memang gatal. Cuma aku tak layan. Kalau setakat kata-kata berbaur lucah tu aku biarkan sahaja masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi kalau dah tahap macam ni aku rasa macam dah over sangat. Semak fikiran aku.
“Saya keluar dulu.” Malas nak bahasakan lelaki itu, bos. Pantas aku melangkah menghampiri pintu. Belum sempat aku memulas tombol pintu, daun pintu sudah terkuak terlebih dahulu.
Puan Rehan, isteri bos. Eloklah. Aku baru nak bagi salam bila tiba-tiba penampar singgah di pipi aku.
“Perempuan tak tahu malu! Suami orang pun awak nak! Apa dah pupus ke lelaki bujang di dunia ni?”
Terkejut aku diserang tanpa usul periksa.
“Puan cakap apa ni?” Aku pandang wajah bos dan wajah isteri dia bersilih ganti.
“Ini apa semua ni?” Dia lemparkan beberapa keping gambar ke wajah aku. Bertebaran gambar-gambar tersebut sebelum jatuh ke lantai. Aku kutip salah satu daripadanya. Gambar aku, yang diambil secara candid.
“Mana puan dapat semua ni?”
“Awak tanya saya?”
Aku terkebil-kebil tak faham.
“Awak sendiri yang hantar kepada suami saya, awak boleh tanya lagi? Awak memang ada niat hendak menggoda suami saya, bukan?”
Oh please!
“Puan dah salah sangka ni. Saya tak pernah bagi gambar saya kepada siapa-siapa apatah lagi kepada bos atau suami orang. Lagipun, gambar-gambar ini bukan saya yang ambil.” Aku paling muka ke arah bos.
“Apa ni Encik Raqib?”
“Yang, maafkan abang, sayang. Abang baru sahaja nasihatkan pekerja abang ni, supaya jangan ganggu abang lagi. So, sayang jangan risau.”
What? Serius? Aku gelengkan kepala. Tahu takut bini.
“Tiya awak boleh keluar. Saya harap awak jaga kelakuan awak lain kali. Saya bagi awak amaran pertama.”
Aku cuma mampu tergelak.
“Tak apa bos, tak perlu susah-susah, I quit. 24 hours notice. Bos boleh cari pekerja dan perempuan lain yang boleh dipijak-pijak maruah but not me.”
“Eh, Tiya … takkan sampai nak berhenti kerja?” Mata bos sudah terbuntang.
“Why not?” Dia ingat aku main-main? Selama ini aku bertahan sebab sayangkan pekerjaan aku.
“Puan, puan sila periksa betul-betul suami puan ni. Betul ke saya yang hantar gambar-gambar tu dekat suami puan? Dah periksa sahih atau tidak maklumat yang puan dapat tu? Nanti jatuh fitnah, susah puan. Lagipun, lelaki macam suami puan ni lidah dia bercabang macam ular.”
Aku keluar dari bilik bos. Capai beg dan terus melangkah menuju ke arah meja Susan. Aku pesan dekat Susan, tolong kemas barang-barang aku. Aku akan ambil kemudian bila ada masa nanti.
“What happen?” tanya Susan terpinga-pinga bila aku kata aku sudah berhenti kerja.
“Bila ada masa aku cerita,” balas aku. Sekarang ni aku nak keluar. Tak kisah ke mana janji kepala aku tak semak.
0 comments:
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p