Ahad, 18 Disember 2022

Juara Fifa World Cup 2022


Vamos Vamos Argentina

And so, Argentina telah dinobatkan sebagai juara Fifa World Cup 2022 menewaskan juara bertahan France dalam final yang berlangsung semalam, 18 Disember 2022 di Stadium Lusail, Qatar.

Argentina menjulang piala dunia untuk kali ketiga dalam sejarah penyertaan mereka. Sebelum ini menjuarainya pada tahun 1978 dan 1986. 

Kita bersengkang matalah juga menyaksikan perlawanan tersebut bersama encik suami. I must say, this is one of the most entertaining football matches of all time, if not for this season.

Countless twists and turns. First half, Argentina mendahului 2-0, dan kemudian France bangkit menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 10 minit memaksa mereka melanjutkan permainan ke masa tambahan.

Akhirnya Messi & Argentina menang melalui sepakan penalti 4-2, selepas draw 3-3.

Berikut senarai anugerah Piala Dunia Fifa Qatar 2022

Golden Boot Kylian Mbappe (France)
Golden Ball : Lionel Messi (Argentina)
Golden Gloves: Emiliano Martinez (Argentina)
Young Player Award : Enzo Fernandez (Argentina)            



0 comments:

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p