Khamis, 22 Disember 2022

Ms KIA vs Oyen & Si Kaki Ayat - Bab 2

Salam & Happy Evening uolls

Note: unedited chapter

SEBAIK sahaja berada di luar pejabat, aku keluarkan telefon bimbit lalu mengaktifkan aplikasi grab. Aku hendak beredar dengan segera dari tempat ini.

Aku tak tahu hendak ke mana. Jadi aku pilih sahaja destinasi yang terlintas di fikiran. KLCC. Baru jam sepuluh pagi, ada ke shopping mall yang sudah beroperasi seawal ini?

Mujur ada grab driver yang sudi menerima. Aku perhatikan nama pemandu. Nama macam pelik sikit tapi tak apalah. I don’t care that much. Ada pilihan dekat situ, nak mod senyap, suka yang chatty atau beberapa pilihan lain. Aku just ignore.

Aku bagi salam ketika membuka pintu kenderaan. Walaupun nama dia pelik. Aku percaya dia seorang muslim. Dia jawab salam aku.

“Feeling comfortable?”

“Ya,” balas aku. Hati je yang tak berapa nak selesa sekarang ini.

“You prefer having a conversation or silence?”

“I am in bad mood, so …”

“Okay. Bad day ya? Maybe some music?” Dia pandang aku melalui cermin pandang belakang.

Aku angguk. Dia pun pasangkan muzik.

Saat ini aku terfikir hendak menghubungi tunang aku. Tapi, katanya dia berada di luar kawasan untuk beberapa hari. Jadi mungkin talian dia sukar hendak mendapat liputan.

Aku buang pandang keluar kenderaan. Memikirkan apa yang harus aku lakukan selepas ini. Bukan sekali dua bos aku buat perkara yang buat aku hendak berhenti kerja. Acap kali. Namun, aku sayangkan kerja aku.

Makin aku buat tak endah, makin menjadi-jadi pula perangai bos aku ni. Ada juga aku mengadu dekat tunang aku, memang dia nasihatkan aku agar berhenti dan mencari pekerjaan lain sahaja.

“You look sad, have some chocolate. Ada bergantung dekat belakang seat. Don’t worry. F.O.C.”

Aku senyum sahaja mendengar tawaran tersebut. One bite of chocolate won’t hurt my diet. Jadi aku ambil beberapa biji gula-gula coklat jenama Eclairs itu.

“Small dustbin ada dekat tepi,” ujar pemandu, perasan agaknya aku tengah melilau mencari tempat hendak membuang kertas pembungkus gula-gula tersebut.

Aku perhatikan orang yang berada di laluan pejalan kaki sambil mengunyah. Kereta bergerak agak perlahan. Memang tidak boleh dinafikan, awal pagi begini jalan dan laluan di sekitar Kuala Lumpur memang sesak.

Eh, itu tunang aku. Mata aku tertancap ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan menyusur laluan pejalan kaki. Aku pandang lagi sekali. Dua kali. Tiga kali.

“Encik, boleh pandu perlahan sedikit?” pinta aku kepada pemandu dan dia memperlahankan kenderaan.

Aku menoleh lagi sekali. Siapa perempuan yang memegang lengan dia? Cepat-cepat aku keluarkan telefon bimbit dan mula mendail nombor milik encik tunang. Dua tiga kali berdering baru dia menjawab panggilan aku.

“Where are you?” soal aku, dalam masa yang sama aku perhatikan lelaki yang aku sangkakan tunang aku. Lelaki itu sedang berhenti dan menjawab panggilan.

“Dekat tempat kerja.” Suara seakan berbisik.

Lelaki itu berpaling menghadap ke arah aku. Mungkin mahu mengelak perbualan daripada didengari oleh perempuan yang ada bersama. Dan, aku melihat dengan jelas daripada dalam kenderaan wajahnya. Sama, bukan pelanduk dua serupa. Memang dia. Hayyan Faiz.

“Really?” Aku hela nafas. Hari apa ya hari ini? Betul-betul menguji aku.

“Excuse me encik, minta maaf, boleh encik berhenti sekejap dekat depan tu?”

Hati aku sakit sangat. Kalau boleh aku hendakkan penjelasan ketika itu juga.

“Cik nak turun di sini?” tanya pemandu itu sebaik sahaja kenderaan diberhentikan di tepi jalan.

“Tak. Encik tunggu saya, boleh? Sebentar sahaja.” Tanpa menunggu kata balas daripada si pemandu, aku terus membuka pintu kenderaan dan melangkah keluar.


thanks for reading
to be continued
doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan :)


0 comments:

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p