CERPEN: TIRAMISU
Oleh Melati Shafika
DING! Dong! Loceng berbunyi ketika daun pintu kaca itu ditolak
seseorang. Kelihatan seorang gadis berambut panjang memakai cekak berwarna
putih sedang melangkah masuk. Pantas saja dia bergerak terus ke rak kaca yang
mempamerkan bermacam jenis kek pelbagai perisa. Blackforest,
Orange Sponge, Oreo Cheese, Carrot Walnut, sebut sahaja yang mana nak,
semuanya kelihatan menarik dan enak-enak belaka.
Pemilik kedai kek tersebut melemparkan senyuman ke arah gadis yang
sedang tercari-cari kek idamannya.
“Kak, nak Tiramisu satu?” pinta si gadis bila sudah menemui kek
pilihan hati.
“Saya pun nak
satu.” Tiba-tiba
kedengaran satu suara mencelah.
Si gadis segera berpaling, melihat empunya suara yang biasa
didengarnya. Aduh! Si rambut pacak ni lagi. Macam mana dia boleh ada kat sini? Kenapa
aku boleh tak perasan dia ada kat sini, pula? Ish!!
“Tapi, Tiramisu ni
tinggal sepotong aje,” bagitahu kakak
yang sedang melayan mereka.
“Macam itu, bagi
ajelah kat cik adik ni,” ujar si rambut
pacak.
Si gadis mengerutkan dahinya. Eeh! Tak payah kasihankan akulah.
Walaupun aku nak sangat makan kek itu, aku...
Si gadis meneguk air liur. “Tak apalah kak, bagilah kat dia,” balasnya sedikit mengeluh.
“Kek lain ada, nak
tak? Coffee delight ni pun sedap juga,” cadang kakak yang bernama Raina itu
sambil mengunjukkan salah satu kek yang dipamerkan di rak berdinding kaca
tersebut.
“Saya memang
teringin nak makan Tiramisu,” kata si gadis
bernada sedih.
“Tak apalah kak,
saya datang lain kali ajelah. Bukan rezeki saya hari ini.” Si rambut pacak pula mengalah.
Kakak yang juga pemilik kedai itu sudah jadi serba-salah. “Why don’t both of you makan kat sini dan share?”
Si gadis pandang si rambut pacak dengan kening terangkat sebelah.
Dengan dia ni? Euww! Aku memang kepingin sangat nak makan kek tu tapi, kongsi
dengan dia? Huhu, tak mungkin!
Si rambut pacak membalas pandangan si gadis dengan wajah selamba
sebelum melontarkan suara. “Awak tak kisah, kan? Atau awak
takut nak duduk semeja dengan saya?”
“Siapa kata saya
takut?” balas si gadis
dengan mata terkelip-kelip.
“Kitorang bagi ice-cream free
for couple, just for today sebab today is our
first anniversary.” Kakak itu
mencelah lagi.
“Well, how? Macam menarik
jer?” Si rambut pacak
memandang si gadis yang tingginya kurang sejengkal dari dirinya.
“Tapi, kita bukan couple?”
“Apa salahnya,
untuk hari ini kita jadi couple? Bukannya luak
pun.”
Si gadis mencerlungkan matanya. Hebat sangatlah idea tu.
“Okey, korang
duduk kat meja kosong ni. Kejap lagi akak bawakan keknya dengan ice-cream okey?” Kak Raina segera membawa mereka ke
sebuah meja kosong berhampiran dinding kaca kedai tersebut.
Si rambut pacak sudah pun melabuhkan punggung ke atas kerusi.
Gadis itu pula masih lagi berdiri tegak di hadapan meja, menatap wajah pemuda
itu silih berganti dengan meja kecil yang comel itu.
“Sofini Baida?
Silakan duduk. Apasal tercegat kat situ? Takkan nak lari dari saya kut?”
Tersentak si gadis yang tadi sedang merenung jauh. “Tak ada siapa yang nak larilah!”
Si rambut pacak segera mengukirkan senyuman bila gadis itu
mengambil tempat di hadapannya.
Masing-masing senyap sementara menunggu hidangan yang dipesan
sampai. Sofini Baida melontarkan pandangan ke luar kedai kek tersebut. Si
rambut pacak mengambil kesempatan itu untuk meneliti gadis yang agak mahal
dengan senyuman itu. Masalahnya, senyuman itu mahal untuk dirinya sahaja.
Dengan orang lain, tidak pula begitu. Dia nak sangat dekat dengan Sofini Baida,
tapi gadis itu selalu mengelak dan melarikan diri daripadanya seolah-olah benci
pada dirinya. Dia tidak faham.
“Kenapa awak
selalu marah-marah bila terserempak dengan saya?”
Sofini Baida segera berpaling menatap wajah si rambut pacak.
“Amir Kushairi,
saya bukan marah kat awak.”
“Habis tu, awak
benci kat saya?”
“Taklah.”
Amir Kushairi
mengerutkan dahi. “Mahal betul suara awak, ek?”
“Huh?”
“Kenapa bila saya
terserempak dengan awak, awak macam nak lari dari saya?”
“Saya buat macam
tu ke?”
Amir Kushairi mengangguk.
“Entahlah, mungkin
sebab saya rasa geram kat awak, kut.”
“Kenapa? Apa yang
saya dah buat pada awak?”
Sofini Baida tidak ada jawapan untuk soalan tersebut. Dia sendiri
tidak faham kenapa dia rasa rimas dengan kehadiran lelaki tersebut.
Dia selalu mendengar cerita tentang lelaki tersebut dari
teman-teman kolejnya. Betapa kacaknya Amir Kushairi. Betapa bijak dan
popularnya Amir Kushairi. Itu, ini, semuanya tentang Amir Kushairi. Dia jadi
bosan dimomokkan dengan cerita-cerita tentang kehebatan lelaki itu.
“Keluarga saya
baru aje berpindah ke sini. Rumah saya kat hujung jalan tu jer,” beritahu Amir Kushairi.
“Oh?” Jadi kita berjiranlah? Alamak! Dahlah
kat kolej dia bersusah payah mengelak lelaki itu, alih-alih tinggal berdekatan
pula.
“Ini kek dan
aiskrimnya.” Tiba-tiba mereka
dikejutkan dengan kehadiran Kak Raina dengan hidangan yang dipesan mereka.
“Terima kasih kak,” balas Amir Kushairi.
Kakak yang menghantar segera mengukirkan senyuman sambil
mengenyitkan mata pada Amir Kushairi.
“Jemputlah makan.” Amir Kushairi segera menghulurkan
sebatang sudu pada Sofini Baida.
Sofini Baida kelihatan teragak-agak.
“Nak saya suapkan
ker?”
“Eh tak…tak..” Segera dia mengambil sudu tersebut.
“Tak ada orang
marahkan?”
Sofini Baida menggeleng. Siapa yang nak marah pun?
“Manalah tahu
tiba-tiba ada pemuda macho datang serang
saya sebab menggangggu teman wanitanya.”
Sofini Baida menggeleng lagi.
“Awak tak ada
teman lelaki?”
Sofini Baida mengangguk.
“Ada?”
“Eh..tak ada!
Bukan, maksudnya saya tak ada teman lelaki,” balas Sofini Baida sedikit gugup.
Amir Kushairi tersenyum.
“Macam itu,
bolehlah saya jadi teman lelaki awak.”
Sofini Baida mengangguk.
“Boleh?” ulang Amir Kushairi.
“Boleh apa?”
“Awak berkhayal
yer? Awak baru saja bersetuju untuk jadi teman wanita saya.”
“Mengarut ajelah
awak ni.”
“Kenapa? Tak
boleh?”
“Apa-apalah.”
“I take it as a
yes.”
“Huh!”
Suasana jadi senyap seketika. Masing-masing sedang menikmati
keenakan kek Tiramisu yang dihidangkan.
“Tau tak apa
maksud Tiramisu?”
“Erm?”
“Percaya tak
maksudnya ‘pick me up’, ada jugak yang menterjemahkannya
sebagai ‘cheer me up’.”
Sesuai sungguh dengan Tiramisu itu. Memang menggembirakan aku.
Fikir Sofini Baida.
“Tak susah pun
bukan?” ujar Amir
Kushairi.
Sofini Baida angkat kening tidak faham.
“Duduk semeja
dengan saya,” sambung Amir
Kushairi dengan senyuman tersungging di bibir.
Tak letih ker asyik tersenyum? Fikir Sofini Baida pula.
***
“Saya belanja,” pantas Amir Kushairi menolak wang yang
dihulurkan Sofini Baida kepada juruwang.
“Saya mampu.”
“Saya tahu,” balas Amir Kushairi dan debat itu
berakhir bila juruwang mengambil not kertas yang dihulur oleh pemuda itu.
“Awak, terima
kasih!”
“Untuk apa?” bukan aku yang sepatutnya berterima
kasih, fikir si gadis.
Amir Kushairi tidak menjawab. Dia membukakan pintu mempersilakan
Sofini Baida melangkah keluar terlebih dahulu.
“Sofini Baida,
awak nak tahu sesuatu tak? Sebenarnya hari ini hari lahir saya. Saya sungguh
gembira kerana dapat menyambutnya bersama awak.” Amir Kushairi memecahkan rahsianya.
Sofini Baida terkedu seketika.
“Saya akan
mengingati detik ini setiap kali saya menyambut hari lahir saya. And today, you have
made my day.” Senyuman ikhlas disertakan
dengan renungan mesra yang terpancar di mata Amir Kushairi membuatkan Sofini
Baida sedikit terpana.
Pandangan yang bertaut itu membuatkan hati si gadis bergetar.
Segera dia memalingkan wajah, cuba menghilangkan perasaan itu jauh-jauh.
“Saya ada satu
permintaan, boleh tak awak senyum untuk saya sekali? Susah betul nak tengok
awak senyum.”
Sofini Baida terdiam. Dia menatap wajah Amir Kushairi dengan mata
terkelip-kelip.
“Please? Sekali sahaja,” rayu Amir Kushairi sambil menunjukkan muka kasihan.
“Mana boleh
paksa-paksa orang,” balas Sofini
Baida sedikit ralat.
“Nak saya buat
lawak dulu ker?” tingkah Amir
Kushairi pula. Matanya dibesarkan lagak seorang badut.
“Atau awak nak
saya tunjuk skil menari saya?” Amir Kushairi
sudah mula terloncat-loncat sebelum berpusing dan berhenti dengan kedua belah
tangan didepangkan. Tadaa!!
Sofini Baida menelengkan kepalanya. Dia menggeleng-gelengkan
kepalanya sedikit geli hati, tanpa sedar dia mengukirkan senyuman pada Amir
Kushairi. Senyuman yang buat Amir Kushairi memusingkan kepalanya sekali lagi.
“Terima kasih
Sofini, awak memang buat jantung saya berdebar.”
***
Sekotak coklat
dan sebuah patung beruang dihias riben merah diunjukkan pada Sofini Baida.
Sofini Baida buat endah tak endah.
“Susah betul nak
ambil hati awak, kan?”
Sofini Baida mendengus kasar. Malas betul dia hendak melayan Amir
Kushairi. Baru sebentar tadi dia mendengar Liyana dan Sumie sedang bercerita
tentang Amir Kushairi yang sedang bercanda dengan gadis lain.
“Awak tak percaya
pada saya ker?”
“Saya tak kisah
awak nak keluar dengan siapa pun, tapi boleh tak awak jangan canangkan pada
semua orang yang saya ni teman wanita awak.”
“Tapi, saya tak
keluar dengan sesiapapun selain awak.” Memang dia tak pernah keluar berdua dengan mana-mana gadis lain
pun. Yang ada cuma khabar-khabar angin sahaja.
“Apa-apalah, saya
nak balik.”
“Saya hantar awak.”
“Tak perlu, saya
boleh balik sendiri.”
Amir Kushairi jadi buntu seketika. “Sofini Baida, apa lagi yang harus saya lakukan agar awak
percaya pada saya?”
Sofini Baida menapak pergi dengan sebelah tangan di angkat tinggi.
Lelaki! Memang tak boleh dipercayai!
***
Sofini Baida
sedang membetulkan langsir biliknya yang terletak di tingkat atas rumah bila
sebuah kereta berwarna perak berhenti betul-betul di hadapan perkarangan
rumahnya. Sepasang suami isteri keluar dari kenderaan tersebut. Kawan ayah kut?
Sofini Baida kembali semula ke meja belajarnya.
“Nini?” Pintu bilik diketuk, kedengaran suara ibunya
memanggil.
“Ya, ibu.” Sofini Baida menyahut sebelum pintu
bilik dibuka.
“Cepat bersiap,
ada orang nak bertemu dengan kamu.”
“Siapa bu?”
“Dia kata dia
kawan kamu.”
Kata-kata ibunya itu membuatkan dia tertanya-tanya. Kawan? Kawan
yang mana?
“Pakai elok sikit.”
“Macam ni tak elok
ke?” Dia menilik
dirinya yang ketika itu mengenakan T-Shirt dengan seluar track.
Si ibu menjegilkan mata.
“Okey, Nini tukar,” balas Sofini Baida faham.
Seketika kemudian Sofini Baida turun dengan memakai blaus lengan
panjang dengan seluar slack. Nampak feminin sedikit dari yang biasa.
Ketika dia tiba di ruang tamu, kelihatan pasangan suami isteri
tadi sudah berada di sana bersama dengan seorang
anak muda.
Amir Kushairi! Berpusing kepala Sofini Baida memandang lelaki itu.
Apa dia buat di sini?
“Nini, mari sini
duduk sebelah ibu.” Ibunya segera
menggamit Sofini Baida yang kelihatan terkejut dengan kehadiran Amir Kushairi
sekeluarga.
“Salam pakcik dan
makcik.”
Sofini Baida menurut sahaja perintah ibunya. Ibu dan ayah Amir
Kushairi kelihatan begitu senang dengan perlakuan gadis itu.
Sofini Baida memandang wajah Amir Kushairi bila dia sudah
mengambil tempat di sebelah ibunya. Mindanya masih ligat berfikir akan tujuan
Amir Kushairi datang ke rumahnya.
“Makcik, Pakcik, seperti yang telah mak
dan ayah saya khabarkan tadi, kami datang dengan hajat.” Amir Kushairi memulakan bicara sambil
menatap wajah Sofini Baida.
Sofini Baida
meneguk air liur. Kepalanya sudah tegak. Apa yang berlaku sebenarnya?
“Saya datang ni
nak bagitahu pada pakcik dan makcik saya dah lama jatuh hati pada anak pakcik
dan makcik, Sofini Baida.”
Bagai nak jatuh rahang Sofini Baida mendengar pengakuan berani
Amir Kushairi itu.
“Saya nak bagitahu
yang saya berjanji akan menjaga dia sebaik-baik mungkin.” Amir Kushairi berjeda.
Mata Sofini Baida beralih memandang ibu dan ayah Amir Kushairi.
Mereka kelihatan mengangguk mengiyakan kata-kata anak mereka.
Ayah Sofini Baida berdehem beberapa kali membuatkan semua
mata-mata berpaling ke arahnya.
“Pakcik dan makcik
sukakan kamu, Amir Kushairi. Tidak ada halangan dari pihak pakcik juga makcik
tapi kenalah tanya yang empunya badan sama ada dia bersetuju dengan hasrat anak
itu ataupun tidak,” begitu tutur
Encik Khamis membuatkan mulut Sofini Baida ternganga.
Sofini Baida sudah tidak senang duduk. Mahu sahaja dia lari dari
situ.
“Macam mana? Sudi
tak terima anak makcik?” tanya ibu kepada
Amir Kushairi membuatkan Sofini Baida terkedu.
Semua mata kini tertumpu pada Sofini Baida.
“Aa…mmm..” macam mana nak jawab ni? Sofini Baida menggenggam tangan
sendiri. Dipandangnya wajah Amir Kushairi yang kelihatan penuh mengharap.
Sedetik, dua detik, Sofini Baida meneguk air liur. Akhirnya Sofini
Baida mengangguk malu-malu.
“Alhamdulillah.” Semua yang hadir segera mengucap syukur.
Lebih-lebih lagi Amir Kushairi yang betul-betul kelihatan lega.
Ketika kedua-dua ibu-bapa masing-masing sibuk membincangkan
perihal anak mereka, Amir Kushairi menggamit Sofini Baida memberi isyarat padanya
agar berjumpa di luar rumah.
“Sekarang, awak
percaya pada saya tak?”
“Amir Kushairi,
awak buat saya malu.”
“Tapi, sekarang
awak percaya pada saya kan?”
“Yelah, tapi awak
tak patut buat macam ni. Awal sangat kan?”
“Betul, tapi saya
nak ikat awak dulu. Lepas tamat belajar dan dapat kerja nanti baru kita kahwin.”
“Berapa lama tu?”
“Tiga-empat tahun
lagi.”
“Ye-lah.”
“Lupa pula!” Buru-buru Amir Kushairi berlari membuka
pintu kereta untuk mengambil sesuatu.
“Nah, ini untuk
awak.”
“Apa ni?”
“Kek kegemaran
awak.”
“Tiramisu?!”
Amir Kushairi mengangguk.
“Salah tu!”
“Salah?”
“Bukan kek
kegemaran saya seorang tapi…”
“Kek kegemaran
kita berdua,” sambung Amir
Kushairi.
Mereka tergelak bersama.
***
Nyum! Nyum!
Suapan yang terakhir masuk ke dalam mulut.
“Tiramisu lagi?”
Sofini Baida
menoleh sambil tersengih pada suaminya yang baru balik kerja.
“Bukan Nini yang
nak, yang dalam perut ni haa…”
Amir Kushairi
mengangkat kening. “Ye lah tu…”
Dia menjenguk ke
dalam bekas. “Hai, tak tinggal sikit pun kat abang?”
“Ngee…” Si isteri
tersengih lagi.
“Hmm, sayang
abang ni kalau dah jumpa kek idaman terus lupa kat abang.”
“Taklah.” Sofini
Baida bangun dengan perut boyot melangkah menuju peti sejuk. Dia mengeluarkan
sesuatu.
“Mana boleh lupa
kat abang, bila nampak Tiramisu jer muka abang pun terbayang sekali.” Perlahan
dia melangkah kembali ke arah suaminya itu.
“Nah, untuk abang
yang tersayang. You also a Tiramisu to
me.”
Amir Kushairi
pandang wajah Sofini Baida. “You always a
Tiramisu to me.”
Always.
2 comments:
macam pernah dengar je nama Sofini Baida tu... sapa ye?
Salam. Somebody told me about this short story and the girl's name used in it. Boleh saya tahu siapa cik/puan melati shafika ni? Terima kasih
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p