Khamis, 26 Januari 2012

CERPEN:TIRAMISU


CERPEN: TIRAMISU
Oleh Melati Shafika

DING! Dong! Loceng berbunyi ketika daun pintu kaca itu ditolak seseorang. Kelihatan seorang gadis berambut panjang memakai cekak berwarna putih sedang melangkah masuk. Pantas saja dia bergerak terus ke rak kaca yang mempamerkan bermacam jenis kek pelbagai perisa. Blackforest, Orange Sponge, Oreo Cheese, Carrot Walnut, sebut sahaja yang mana nak, semuanya kelihatan menarik dan enak-enak belaka.
Pemilik kedai kek tersebut melemparkan senyuman ke arah gadis yang sedang tercari-cari kek idamannya.
 Kak, nak Tiramisu satu? pinta si gadis bila sudah menemui kek pilihan hati.
Saya pun nak satu. Tiba-tiba kedengaran satu suara mencelah.
Si gadis segera berpaling, melihat empunya suara yang biasa didengarnya. Aduh! Si rambut pacak ni lagi. Macam mana dia boleh ada kat sini? Kenapa aku boleh tak perasan dia ada kat sini, pula? Ish!!
Tapi, Tiramisu ni tinggal sepotong aje, bagitahu kakak yang sedang melayan mereka.

Macam itu, bagi ajelah kat cik adik ni, ujar si rambut pacak.
Si gadis mengerutkan dahinya. Eeh! Tak payah kasihankan akulah. Walaupun aku nak sangat makan kek itu, aku...
Si gadis meneguk air liur. Tak apalah kak, bagilah kat dia, balasnya sedikit mengeluh.
Kek lain ada, nak tak? Coffee delight ni pun sedap juga, cadang kakak yang bernama Raina itu sambil mengunjukkan salah satu kek yang dipamerkan di rak berdinding kaca tersebut.
Saya memang teringin nak makan Tiramisu, kata si gadis bernada sedih.
Tak apalah kak, saya datang lain kali ajelah. Bukan rezeki saya hari ini. Si rambut pacak pula mengalah. 
Kakak yang juga pemilik kedai itu sudah jadi serba-salah. Why dont both of you makan kat sini dan share?
Si gadis pandang si rambut pacak dengan kening terangkat sebelah. Dengan dia ni? Euww! Aku memang kepingin sangat nak makan kek tu tapi, kongsi dengan dia? Huhu, tak mungkin!
Si rambut pacak membalas pandangan si gadis dengan wajah selamba sebelum melontarkan suara. Awak tak kisah, kan? Atau awak takut nak duduk semeja dengan saya?
Siapa kata saya takut? balas si gadis dengan mata terkelip-kelip.
Kitorang bagi ice-cream free for couple, just for today sebab today is our first anniversary. Kakak itu mencelah lagi.


Well, how? Macam menarik jer? Si rambut pacak memandang si gadis yang tingginya kurang sejengkal dari dirinya.
Tapi, kita bukan couple?
Apa salahnya, untuk hari ini kita jadi couple? Bukannya luak pun.
Si gadis mencerlungkan matanya. Hebat sangatlah idea tu.  
Okey, korang duduk kat meja kosong ni. Kejap lagi akak bawakan keknya dengan ice-cream okey? Kak Raina segera membawa mereka ke sebuah meja kosong berhampiran dinding kaca kedai tersebut.
Si rambut pacak sudah pun melabuhkan punggung ke atas kerusi. Gadis itu pula masih lagi berdiri tegak di hadapan meja, menatap wajah pemuda itu silih berganti dengan meja kecil yang comel itu.
Sofini Baida? Silakan duduk. Apasal tercegat kat situ? Takkan nak lari dari saya kut?
Tersentak si gadis yang tadi sedang  merenung jauh. Tak ada siapa yang nak larilah!
Si rambut pacak segera mengukirkan senyuman bila gadis itu mengambil tempat di hadapannya.
Masing-masing senyap sementara menunggu hidangan yang dipesan sampai. Sofini Baida melontarkan pandangan ke luar kedai kek tersebut. Si rambut pacak mengambil kesempatan itu untuk meneliti gadis yang agak mahal dengan senyuman itu. Masalahnya, senyuman itu mahal untuk dirinya sahaja. Dengan orang lain, tidak pula begitu. Dia nak sangat dekat dengan Sofini Baida, tapi gadis itu selalu mengelak dan melarikan diri daripadanya seolah-olah benci pada dirinya. Dia tidak faham.
Kenapa awak selalu marah-marah bila terserempak dengan saya?
Sofini Baida segera berpaling menatap wajah si rambut pacak.
Amir Kushairi, saya bukan marah kat awak.
Habis tu, awak benci kat saya?
Taklah.
Amir Kushairi mengerutkan dahi. “Mahal betul suara awak, ek?
Huh?
Kenapa bila saya terserempak dengan awak, awak macam nak lari dari saya?
Saya buat macam tu ke?
Amir Kushairi mengangguk.
Entahlah, mungkin sebab saya rasa geram kat awak, kut.
Kenapa? Apa yang saya dah buat pada awak?
Sofini Baida tidak ada jawapan untuk soalan tersebut. Dia sendiri tidak faham kenapa dia rasa rimas dengan kehadiran lelaki tersebut.
Dia selalu mendengar cerita tentang lelaki tersebut dari teman-teman kolejnya. Betapa kacaknya Amir Kushairi. Betapa bijak dan popularnya Amir Kushairi. Itu, ini, semuanya tentang Amir Kushairi. Dia jadi bosan dimomokkan dengan cerita-cerita tentang kehebatan lelaki itu.
Keluarga saya baru aje berpindah ke sini. Rumah saya kat hujung jalan tu jer, beritahu Amir Kushairi.
Oh? Jadi kita berjiranlah? Alamak! Dahlah kat kolej dia bersusah payah mengelak lelaki itu, alih-alih tinggal berdekatan pula.
Ini kek dan aiskrimnya. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran Kak Raina dengan hidangan yang dipesan mereka.
Terima kasih kak, balas Amir Kushairi.
Kakak yang menghantar segera mengukirkan senyuman sambil mengenyitkan mata pada Amir Kushairi.
Jemputlah makan. Amir Kushairi segera menghulurkan sebatang sudu pada Sofini Baida.
Sofini Baida kelihatan teragak-agak.
Nak saya suapkan ker?
Eh taktak.. Segera dia mengambil sudu tersebut.
Tak ada orang marahkan?
Sofini Baida menggeleng. Siapa yang nak marah pun?
Manalah tahu tiba-tiba ada pemuda macho datang serang saya sebab menggangggu teman wanitanya.
Sofini Baida menggeleng lagi.
Awak tak ada teman lelaki?
Sofini Baida mengangguk.
Ada?
Eh..tak ada! Bukan, maksudnya saya tak ada teman lelaki, balas Sofini Baida sedikit gugup.
Amir Kushairi tersenyum.
Macam itu, bolehlah saya jadi teman lelaki awak.
Sofini Baida mengangguk.
Boleh? ulang Amir Kushairi.
Boleh apa?
Awak berkhayal yer? Awak baru saja bersetuju untuk jadi teman wanita saya.
Mengarut ajelah awak ni.
Kenapa? Tak boleh?
Apa-apalah.
I take it as a yes.
Huh!
Suasana jadi senyap seketika. Masing-masing sedang menikmati keenakan kek Tiramisu yang dihidangkan.
Tau tak apa maksud Tiramisu?
Erm?
Percaya tak maksudnya pick me up, ada jugak yang menterjemahkannya sebagai cheer me up.
Sesuai sungguh dengan Tiramisu itu. Memang menggembirakan aku. Fikir Sofini Baida.
Tak susah pun bukan? ujar Amir Kushairi.
Sofini Baida angkat kening tidak faham.
Duduk semeja dengan saya, sambung Amir Kushairi dengan senyuman tersungging di bibir.
Tak letih ker asyik tersenyum? Fikir Sofini Baida pula.

***

Saya belanja, pantas Amir Kushairi menolak wang yang dihulurkan Sofini Baida kepada juruwang.
Saya mampu.
Saya tahu, balas Amir Kushairi dan debat itu berakhir bila juruwang mengambil not kertas yang dihulur oleh pemuda itu.
Awak, terima kasih!
Untuk apa? bukan aku yang sepatutnya berterima kasih, fikir si gadis.
Amir Kushairi tidak menjawab. Dia membukakan pintu mempersilakan Sofini Baida melangkah keluar terlebih dahulu.  
Sofini Baida, awak nak tahu sesuatu tak? Sebenarnya hari ini hari lahir saya. Saya sungguh gembira kerana dapat menyambutnya bersama awak. Amir Kushairi memecahkan rahsianya.
Sofini Baida terkedu seketika.
Saya akan mengingati detik ini setiap kali saya menyambut hari lahir saya. And today, you have made my day. Senyuman ikhlas disertakan dengan renungan mesra yang terpancar di mata Amir Kushairi membuatkan Sofini Baida sedikit terpana.
Pandangan yang bertaut itu membuatkan hati si gadis bergetar. Segera dia memalingkan wajah, cuba menghilangkan perasaan itu jauh-jauh.
Saya ada satu permintaan, boleh tak awak senyum untuk saya sekali? Susah betul nak tengok awak senyum.
Sofini Baida terdiam. Dia menatap wajah Amir Kushairi dengan mata terkelip-kelip.
Please? Sekali sahaja, rayu Amir Kushairi sambil menunjukkan muka kasihan.
Mana boleh paksa-paksa orang, balas Sofini Baida sedikit ralat.
Nak saya buat lawak dulu ker? tingkah Amir Kushairi pula. Matanya dibesarkan lagak seorang badut.
Atau awak nak saya tunjuk skil menari saya? Amir Kushairi sudah mula terloncat-loncat sebelum berpusing dan berhenti dengan kedua belah tangan didepangkan. Tadaa!!
Sofini Baida menelengkan kepalanya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sedikit geli hati, tanpa sedar dia mengukirkan senyuman pada Amir Kushairi. Senyuman yang buat Amir Kushairi memusingkan kepalanya sekali lagi.
Terima kasih Sofini, awak memang buat jantung saya berdebar.  

***


Sekotak coklat dan sebuah patung beruang dihias riben merah diunjukkan pada Sofini Baida.
Sofini Baida buat endah tak endah.
Susah betul nak ambil hati awak, kan?
Sofini Baida mendengus kasar. Malas betul dia hendak melayan Amir Kushairi. Baru sebentar tadi dia mendengar Liyana dan Sumie sedang bercerita tentang Amir Kushairi yang sedang bercanda dengan gadis lain.
Awak tak percaya pada saya ker?
Saya tak kisah awak nak keluar dengan siapa pun, tapi boleh tak awak jangan canangkan pada semua orang yang saya ni teman wanita awak.
Tapi, saya tak keluar dengan sesiapapun selain awak. Memang dia tak pernah keluar berdua dengan mana-mana gadis lain pun. Yang ada cuma khabar-khabar angin sahaja.
Apa-apalah, saya nak balik.
Saya hantar awak.
Tak perlu, saya boleh balik sendiri.
Amir Kushairi jadi buntu seketika. Sofini Baida, apa lagi yang harus saya lakukan agar awak percaya pada saya?
Sofini Baida menapak pergi dengan sebelah tangan di angkat tinggi. Lelaki! Memang tak boleh dipercayai!

***

Sofini Baida sedang membetulkan langsir biliknya yang terletak di tingkat atas rumah bila sebuah kereta berwarna perak berhenti betul-betul di hadapan perkarangan rumahnya. Sepasang suami isteri keluar dari kenderaan tersebut. Kawan ayah kut? Sofini Baida kembali semula ke meja belajarnya.
Nini? Pintu bilik diketuk, kedengaran suara ibunya memanggil.
Ya, ibu. Sofini Baida menyahut sebelum pintu bilik dibuka.
Cepat bersiap, ada orang nak bertemu dengan kamu.
Siapa bu?
Dia kata dia kawan kamu.
Kata-kata ibunya itu membuatkan dia tertanya-tanya. Kawan? Kawan yang mana?
Pakai elok sikit.
Macam ni tak elok ke? Dia menilik dirinya yang ketika itu mengenakan T-Shirt dengan seluar track.
 Si ibu menjegilkan mata.
Okey, Nini tukar, balas Sofini Baida faham.
Seketika kemudian Sofini Baida turun dengan memakai blaus lengan panjang dengan seluar slack. Nampak feminin sedikit dari yang biasa.
Ketika dia tiba di ruang tamu, kelihatan pasangan suami isteri tadi sudah berada di sana bersama dengan seorang anak muda.
Amir Kushairi! Berpusing kepala Sofini Baida memandang lelaki itu. Apa dia buat di sini?
Nini, mari sini duduk sebelah ibu. Ibunya segera menggamit Sofini Baida yang kelihatan terkejut dengan kehadiran Amir Kushairi sekeluarga.
Salam pakcik dan makcik.
Sofini Baida menurut sahaja perintah ibunya. Ibu dan ayah Amir Kushairi kelihatan begitu senang dengan perlakuan gadis itu.
Sofini Baida memandang wajah Amir Kushairi bila dia sudah mengambil tempat di sebelah ibunya. Mindanya masih ligat berfikir akan tujuan Amir Kushairi datang ke rumahnya.
 Makcik, Pakcik, seperti yang telah mak dan ayah saya khabarkan tadi, kami datang dengan hajat. Amir Kushairi memulakan bicara sambil menatap wajah Sofini Baida.
 Sofini Baida meneguk air liur. Kepalanya sudah tegak. Apa yang berlaku sebenarnya?
Saya datang ni nak bagitahu pada pakcik dan makcik saya dah lama jatuh hati pada anak pakcik dan makcik, Sofini Baida.
Bagai nak jatuh rahang Sofini Baida mendengar pengakuan berani Amir Kushairi itu.
Saya nak bagitahu yang saya berjanji akan menjaga dia sebaik-baik mungkin. Amir Kushairi berjeda.
Mata Sofini Baida beralih memandang ibu dan ayah Amir Kushairi. Mereka kelihatan mengangguk mengiyakan kata-kata anak mereka.
Ayah Sofini Baida berdehem beberapa kali membuatkan semua mata-mata berpaling ke arahnya.  
Pakcik dan makcik sukakan kamu, Amir Kushairi. Tidak ada halangan dari pihak pakcik juga makcik tapi kenalah tanya yang empunya badan sama ada dia bersetuju dengan hasrat anak itu ataupun tidak, begitu tutur Encik Khamis membuatkan mulut Sofini Baida ternganga.
Sofini Baida sudah tidak senang duduk. Mahu sahaja dia lari dari situ.
Macam mana? Sudi tak terima anak makcik? tanya ibu kepada Amir Kushairi membuatkan Sofini Baida terkedu.
Semua mata kini tertumpu pada Sofini Baida.
Aammm.. macam mana nak jawab ni? Sofini Baida menggenggam tangan sendiri. Dipandangnya wajah Amir Kushairi yang kelihatan penuh mengharap.
Sedetik, dua detik, Sofini Baida meneguk air liur. Akhirnya Sofini Baida mengangguk malu-malu.
Alhamdulillah. Semua yang hadir segera mengucap syukur. Lebih-lebih lagi Amir Kushairi yang betul-betul kelihatan lega.
Ketika kedua-dua ibu-bapa masing-masing sibuk membincangkan perihal anak mereka, Amir Kushairi menggamit Sofini Baida memberi isyarat padanya agar berjumpa di luar rumah.
Sekarang, awak percaya pada saya tak?
Amir Kushairi, awak buat saya malu.
Tapi, sekarang awak percaya pada saya kan?
Yelah, tapi awak tak patut buat macam ni. Awal sangat kan?
Betul, tapi saya nak ikat awak dulu. Lepas tamat belajar dan dapat kerja nanti baru kita kahwin.
Berapa lama tu?
Tiga-empat tahun lagi.
Ye-lah.
Lupa pula! Buru-buru Amir Kushairi berlari membuka pintu kereta untuk mengambil sesuatu.
Nah, ini untuk awak.
Apa ni?
Kek kegemaran awak.
Tiramisu?!
Amir Kushairi mengangguk.
Salah tu!
Salah?
Bukan kek kegemaran saya seorang tapi
Kek kegemaran kita berdua,sambung Amir Kushairi.
Mereka tergelak bersama. 
***
Nyum! Nyum! Suapan yang terakhir masuk ke dalam mulut.
“Tiramisu lagi?”
Sofini Baida menoleh sambil tersengih pada suaminya yang baru balik kerja.
“Bukan Nini yang nak, yang dalam perut ni haa…”
Amir Kushairi mengangkat kening. “Ye lah tu…”
Dia menjenguk ke dalam bekas. “Hai, tak tinggal sikit pun kat abang?”
“Ngee…” Si isteri tersengih lagi.
“Hmm, sayang abang ni kalau dah jumpa kek idaman terus lupa kat abang.”
“Taklah.” Sofini Baida bangun dengan perut boyot melangkah menuju peti sejuk. Dia mengeluarkan sesuatu.
“Mana boleh lupa kat abang, bila nampak Tiramisu jer muka abang pun terbayang sekali.” Perlahan dia melangkah kembali ke arah suaminya itu.

“Nah, untuk abang yang tersayang. You also a Tiramisu to me.
Amir Kushairi pandang wajah Sofini Baida. “You always a Tiramisu to me.
Always.




2 comments:

Tanpa Nama berkata...

macam pernah dengar je nama Sofini Baida tu... sapa ye?

NiSh berkata...

Salam. Somebody told me about this short story and the girl's name used in it. Boleh saya tahu siapa cik/puan melati shafika ni? Terima kasih

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p