Salam semua. Sorry, for the delay in updating OY. Still in Raya mood. Hoping you all still 'sudi' reading the continuation of this story. Enjoy, have a bless day ahead.
Jam 6.30 petang baru kami mula
bertolak dari pejabat. Untuk sampai ke destinasi, ambil masa 6 ke 8 jam
perjalanan. Persoalan yang bermain di benakku. Larat ker? Itu tak termasuk masa
berhenti dan singgah lagi.
“Awak
nak drive dulu?”
Lebih
baik kut kalau aku yang memandu terlebih dahulu. Jadi aku pun tanpa berfikir
panjang terus mengangguk setuju.
“Sampai
kat Tol Jabor, kita tukar.”
Tol
Jabor? Itu dah macam penghujung Lebuhraya Pantai Timur. Namun, aku mengangguk
juga. Dah macam burung belatuk pula. Hmm..
Sejam
perjalanan, kami berhenti di hentian Bentong untuk menunaikan solat Maghrib dan
mengisi perut.
“Awak
larat drive lagi?”
“Ya.”
Jawabku sepatah.
“Saya
nak rehat sekejap.” Dia memberitahu.
Huhu..
nak berehat apanya? Bukan aku yang memandu dari tadi? Dia cuma dok menelek
telefon pintar dan tablet miliknya sepanjang perjalanan.
“Ermm..
Encik Fariq, boleh saya pasang radio tak? Bosanlah senyap sunyi.” Sejam tadi
aku memandu sambil mendengar deru enjin kereta. Kalau diteruskan juga, urgh!
Masak!
Dia menjeling
aku tanpa berkata apa. Sebab dia tak bereaksi, maka aku pun dengan pantasnya
menekan butang radio. Tak ada kawan berborak tak apa, janji ada muzik
menemankan aku. Setidak-tidaknya celoteh penyampai radio boleh mengelakkan aku
dari terlelap.
Lagu
kegemaran aku sedang berkumandang di udara. Tanpa mengambil kesah akan reaksi
Fariq Hatta, aku terus saja berlagu. Lantaklah kalau suara aku ke laut.
You make me glow
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defences up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defences up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
The feelings got lost in my lungs
They’re burning, I’d rather be numb
And there’s no one else to blame
So scared I’ll take off and run
I’m flying too close to the sun
And I’ll burst into flames
They’re burning, I’d rather be numb
And there’s no one else to blame
So scared I’ll take off and run
I’m flying too close to the sun
And I’ll burst into flames
*Heart Attack-Demi Lovato*
***
Aku membelok ke hentian selepas Tol
Jabor. Sudah tiba giliran Fariq Hatta
untuk memandu. Dah lenguh kaki dan badan aku. Nasib baiklah kereta tu jenis
automatik. Elok jer aku parkirkan kereta, enjin aku matikan serta-merta.
Aku
meregangkan badan. Fariq Hatta kulihat masih nyenyak. Kenapa dia tak upah
pemandu jer? Bukankah dia juga layak mendapatkan seorang pemandu seperti ketua
jabatan yang lain? Agaknya, dia jenis yang macam mana ek?
Aku
ambil peluang itu untuk menatap wajah dia puas-puas. Aku sandarkan kepala pada
dinding kerusi seraya mengiring menghadap dia. Lama, sambil tersenyum seorang
diri. Alis matanya. Bibirnya yang seksi itu. Pandangan yang sungguh
mengasyikkan. Hmm… anak dara mengintai anak teruna. Entah teruna entah tidak.
Isk!
Tiba-tiba
dia celikkan mata. Memandang tepat ke arahku. Terkebil-kebil aku dibuatnya.
Erk! Kantoilah pulak! Pantas aku betulkan posisi diri. Haish! Rasa macam nak
ketuk kepala sendiri.
“Encik
Fariq, kita dah lepas tol…” aku bersuara menutup rasa malu.
Dia
meraup wajahnya. “Oh..”
Aku
pura-pura menguap. Padahal hati ni Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku.
“Yaya,
kenapa awak renung saya begitu tadi?” Matanya menyapu bersih wajah aku.
Isk!
Dia bertanyalah pula. Tersipu-sipu aku. “Erm.. Encik Fariq..”
“Apa
dia?” sergah Fariq Hatta tak semena-mena.
“Handsome sangat!” terlepas dari mulut aku.
Wajah terasa membahang. Aku pejamkan mata seketika. Alahai, rasa nak tampar jer
mulut aku.
Dia
keluar dari kereta. Aku pun sama. Kunci bertukar tangan. Selepas membersihkan
muka dia masuk semula ke dalam kereta.
Buat seketika keadaan agak sepi.
“Thank
you.”
“Thank
you?”
“I
take that as a compliment. Lain kali jangan renung saya macam tu.”
“Huh?”
aku pandang dia yang sedang memakai tali pinggang keledar.
“That
kind of look, make my heart pumping faster. You see, guys like me operate on
adrenaline every time we wake up.” Matanya tepat-tepat menuju mataku. Terus ke
jantung.
Berderau
darah aku. Whatever that mean, I dare not to ask
further.
Fariq
Hatta menghidupkan enjin kereta. Menjeling aku sekilas dengan secebis senyuman
bermakna. Sakit hati aku melihatnya.
Agak lama juga aku berdiam. Entah kenapa hati ini tidak berhenti memikirkan lelaki di sebelah aku ini. Lantas
aku pun bersuara memecah suasana hening perjalanan.
“Encik
Fariq, boleh tak saya tanya sesuatu?”
“As you please, just shoot me. Kalau saya boleh jawab, saya
jawab.”
“Bila
Encik Fariq nak kahwin?”
“Hahaha!”
meledak tawa besar dari dua ulas bibirnya. “Kenapa tanya soalan macam tu?”
“Sebab,
saya tengok Encik Fariq keluar dengan ramai wanita. Takkan seorang pun tak
sangkut kut.” Ke awak ni gay? Aku jelir lidah dengan soalan yang tidak terluah
di bibir itu.
“If,
I’m given a choice I will marry a blind woman that will make me fall in love
again and again.”
If, I’m given a choice.. Tanda soal. Huh, apa maksudnya tu? Dia
tiada pilihan, dia tidak dibenarkan memilih atau bakal isteri sudah dipilih
untuk dia?
“Perempuan-perempuan
tu tak marah ker?”
“Perempuan
mana?”
Aku
angkat kening.
“Mereka
yang ajak saya keluar. I never promise them
anything.”
Macam
tu ker?
“Awak
pula kenapa tak kahwin lagi?”
“Soalan
Encik Fariq tu senang sangat.”
“So, what’s your answer?”
“Sebab
tak ada orang meminang saya. Macam mana saya nak kahwin.”
Fariq
Hatta tergelak. Kelakar sangatlah kut dengan jawapan yang aku berikan.
“Kalau
saya pinang awak, awak nak kahwin dengan saya?”
“Ish,
Encik Fariq ni...” tapi dalam hati kata, masinlah mulut Fariq Hatta! Aku ni. Aku
geleng kepala. Memang terasa diri ni gatal, menggedik. Ergh!
Fariq
Hatta dah tergelak-gelak. Boleh pula gelak-gelak. Kalau kat office tu, pandang aku pun macam nak
makan aku.
“Kenapa
ek, kat office Encik Fariq tak macam ni?”
“Dengan
awak jer, saya macam ni.. This is the other side
of me, I often share with someone else.”
Aku
angkat kening lagi. Ye ker?
“Lepas
kita selesaikan tugasan nanti, boleh saya bawa awak jalan-jalan?”
Dia
ajak aku keluar ke? Sounded like one. Aku teguk air liur.
“Boleh?”
dia mengulang sekali lagi. “This is last offer. I
don’t accept no as an answer, remember?”
“On
the way balik ker?” Kalau dah singgah tempat jauh-jauh, apa salahnya singgah
beli buah tangan? Lagi-lagi dengan Fariq Hatta. Of-course! Aku mengangguk cepat-cepat. Nak!
Nak! Nak!
Dia
tersenyum memandang aku sebelum kembali fokus pada jalan raya yang bersimpang
siur. “Ada apa-apa lagi yang awak nak tahu tentang saya?”
Sebenarnya,
aku nak tanya macam-macam kat awak Fariq Hatta. Tapi, aku dah tak mampu nak
mengangkat kelopak mata walaupun aku teringin sangat menongkat dagu memandang
wajah awak sepanjang perjalanan.
Dua-tiga
kali aku menguap dan tersengguk-sengguk. Akhirnya aku terlelap juga.
***
Terasa seperti bahu aku
digoyangkan sambil nama aku diseru berulang kali. Aku berkalih sedikit dengan
mata yang masih terpejam.
“Yaya,
kita dah sampai.” Suara itu terdengar betul-betul hampir di cuping telinga.
Haruman yang diguna Fariq Hatta singgah menyapa deria pernafasanku.
Aku
mengesat mata. Boleh pula borak-borak sampai tertidur. Mengantuk sangatlah aku
tu. Bila aku buka separuh mata aku yang layu, baru perasan badan aku diselimutkan
dengan sehelai jaket. Milik Fariq Hatta kut. Patutlah selesa semacam jer aku
tidur. Ngee…
Fariq
Hatta, depan mata aku. Aku mengigau ker? Redup mata dia. Wajahnya begitu hampir
dengan wajah aku. “Encik Fariq nak buat apa ni?”
“Kejutkan
awaklah. Kita dah sampai.”
Owh!
Cheh. Ingatkan mata dia redup begitu kenapa. Menahan rasa mengantuk rupanya.
“Bring
your luggage. Kak Su is waiting for you.”
“Ya,
Encik Fariq?” aku yang masih mamai bertanya antara dengar tak dengar.
“You akan share bilik dengan Kak Su. Or
you don’t mind sharing bed with me?”
Aku
mengangguk kemudian menggeleng. Mata aku terkelip-kelip menahan kantuk.
“Really?” senyuman nakal bermain di
bibirnya.
Aku
masih terpinga-pinga. “Kenapa, Encik Fariq?”
Dia datang
mendekati aku lalu berbisik betul-betul di tepi telingaku. “Cik Yasmin Hidayah, are
you sure you can handle me?”
“Handle apa Encik Fariq?”
Suara
aku kedengaran serak bertanya padanya.
Fariq
Hatta tergelak besar.
Aku
memandangnya tidak faham. Did I miss something
here?
Till next entry. Love, xoxo.
8 comments:
best..next jgn la lama sgt ye cik writer..rindu.. -eil-
sweet... :)
Aha....dh apdet pun..:)tq
-Kikiwafa-
Best......sambung cepat2 deh
ur english is so demn cute. love them to the bits. :D
The best story i have read...
Nk tnya knp dr part2 terus ke part5..
Dan byk part yg langkau.. Ke saya ja yg x dpt full
Mana part 3 n 4?sya cri x jmpa la...or cik writer dh delete?-L
Mana part 3 n 4?saya cari,x jumpa...or cik writer dh delete?-L
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p