Ahad, 18 Ogos 2013

Corat-Coret: Raya dulu; Raya sekarang

Salam Lebaran pengunjung blog, :)

Saya sebenarnya teringatkan zaman kanak-kanak saya semasa menyambut 1 Syawal tempohari. Bagaimana saya adik beradik menyambut Aidilfitri ketika itu. My way of celebrating Raya was different nowadays from my childhood time. How time flies, hah?

Jadinya, saya pun menyenaraikan aktiviti mesti menjelang hari raya dan semasa hari raya menurut pemerhatian dari perjalanan hidup saya. This is my perception, might not as same as yours. Hehehe..

*Tukar langsir dan alas kusyen*



Dulu: My mom use to be a tailor, she still do tailoring but not as often as before. So, kitorang jimat sikit sebab mak yang jahit langsir dan alas kusyen. Malam takbir, kami adik beradik akan menurunkan langsir lama dan menggantikannya dengan yang baru. Kalau ada duit lebih sikit, ayah akan tukar cat rumah.
Sekarang: Orang sekarang bukan setakat tukar langsir dan alas kusyen sahaja, siap tukar kereta baru, tukar perabot baru, tv baru, handphone baru. Kalau langsir, sanggup berhabis wang mencari hingga ke beberapa tempat untuk mendapatkan yang berkenan di hati. Anyway, saya masih macam dulu. I follow my mom’s, berbelanja ala kadar. Kalau ada, ada. Kalau tak ada yang baru, yang lama masih boleh digunakan. 

*Baju Raya*

Dulu: Selalunya, my mom akan jahit untuk kami sekeluarga. Tapi, sebab my mom seorang tukang jahit, dia akan menyiapkan tempahan orang lain dulu. Kasihan my mom, kadang-kadang malam raya pun dia masih menjahit lagi. Kalau dia berjaya menyiapakan sepasang untuk saya pun, saya sudah bersyukur.

Sekarang: Sepasang tak cukup. Sekurang-kurangnya ada dua. Malah ada yang menempah hingga tiga-empat pasang. Kalau yang berkeluarga, siap ada tema lagi. Actually, zaman dulu pun my mom sediakan baju raya untuk kami adik beradik dengan warna dan kain sedondon. Hee… Saya? Saya tak follow sangat tema. Mana yang saya berkenan, saya beli sahaja. Seboleh-bolehnya persiapan Aidilfitri saya sediakan sebelum bulan puasa bermula lagi.

*Kuih raya*

Dulu: Semasa zaman remaja, saya suka buat sendiri. Tolong-tolong my mom, lagipun my mom ‘kan sibuk siapkan tempahan baju raya . Tak banyak pun, dua tiga jenis sahaja. Yang selebihnya pula, kitorang tukar suka sama suka dengan sanak saudara.



Masa tu saya selalu buat kuih makmur (wajib), kuih siput dan biskut samprit. Kuih-kuih lain seperti penjaram, kuih cincin, kuih bunga ros, sarang semut, kuih kapit kami dapatkan daripada saudara. Bukan dapat saja-saja, kena tukar dengan kuih juga. My mom akan trade dengan kek span. She is quite good in baking cakes. Sayangnya, saya tak mewarisi bakat yang itu.

Sekarang: Kengkawan ramai yang buat bisnes kuih raya. Sebelum puasa lagi, dah ada senarai panjang jenis-jenis biskut yang dijual dan dibuka untuk tempahan. Sebut jer macam-macam jenis biskut keluar. Nama pun canggih-canggih belaka. Hehe.. sekarang saya dah tak rajin buat-buat kuih ni, kalau buat pun tak menjadi sangat. Membazir masa dan tenaga jer..lebih-lebih lagi bila kuih tu dibakul-sampahkan. So, saya beli jer dari yang pakar membuatnya. Habis cerita..    

*Bunga Api*



Dulu: Selalunya ada dua tiga jenis jer, yang berani-berani tu suka buat meriam buluh tapi jarang pula dengar cerita sampai putus-putus jari & beraya kat hospital.

Sekarang: Macam-macam jenis mercun dan bunga api ada, yang  meletup kat langit, yang macam bom pun ada. Hai, yang paling sadis tu yang meletup kat tangan. Beraya kat hospital lah jawabnya.  

*Solat Raya & Ziarah kubur*

Dulu: Pagi-pagi bangun, adik-beradik lelaki akan bersedia mengikut ayah ke masjid untuk Solat Sunat Raya. Rumah kitorang jauh dari masjid, jadi kena bertolak seawal 6 pagi. Semangat tu ada. Kami yang tinggal pula akan menyediakan juadah pagi raya.

Setiap raya pertama kami sekeluarga akan balik ke kampung untuk menziarahi kubur arwah datuk dan nenek.

Sekarang: It’s still pretty much the same. Cuma part menziarahi kubur arwah datuk & nenek, saya jarang dapat peluang itu sejak berumah-tangga. Mungkin sebab jarak dan tempat tinggal saya kini agak jauh. Bukan agak, memang jauh. Jauh sangat-sangat. Well, to my late grandma & grandpa my du’a will always for the both of you. Al-Fatihah. 

*Duit raya*



Dulu: Saya sebenarnya amat-amat jarang keluar cari & kutip duit raya. I rather stay at home, maybe because I was a bit reserve during my childhood. So, my sibling and their friend will go together & serbu rumah orang untuk dapatkan duit raya. Jauh mereka berjalan, hingga ke kampung sebelah. Why? Because, my family stay in a non-muslim area. Cuma ada dua-tiga buah rumah keluarga muslim sahaja yang berdekatan. I am not sure how much they manage to get, but dulu-dulu RM1.00 pun dah kira banyak.

Sekarang: Anak-anak sekarang nak keluar beraya bersama kawan-kawan & kutip duit raya pun bahaya. Macam-macam kes ada, dari kes culik, kes rogol semasa berkunjung nak kutip duit raya, sungguh membimbangkan. Lebih selamat jika berkunjung dengan ibu-bapa sekali. 

*Rumah terbuka*

Dulu: Tak ingat pula ada konsep rumah terbuka. What I do remember, kitorang akan balik kampung dan pergi rumah saudara dulu. Sebelah my dad, ada satu kebiasaan di mana mereka akan menyediakan satu bekas (actually it was a talam dengan tudung saji-dipanggil tudung duang) penuh dengan kuih-muih tradisional. Bila mereka berkunjung rumah saudara, mereka akan bertukar-tukar bekas tersebut. Saya suka sangat part buka bekas tu. Macam buka hamper…haha..macam-macam kuih ada.




Dulu saya adik beradik suka raya rumah Ustazah (berasal dari Semenanjung) yang mengajar kami adik-beradik mengaji Quran sebab dia ada kuih-muih yang kitorang jarang ada macam kuih buah kana, batang buruk dan hidangan juadah pagi raya- roti jala dengan kuah kari.


Sekarang:  Setiap minggu ada open house. Even kat office pun ada event tersebut. Minggu ni jiran depan rumah, esok rumah jiran belakang rumah. Minggu depan, rumah kawan sepejabat. Minggu yang satu lagi, rumah adik-ipar, kakak-ipar – kalau tak pergi terasa pula. Hmm… Juadah? Pelbagai, dari masakan tradisional, masakan timur, masakan barat. Malah ada yg sanggup tempah catering untuk menjamu jiran-tetangga dan sahabat handai.  

Lagi satu, bagi yang sudah berkahwin. Balik kampung? Selalu jadi isu, lebih-lebih lagi yang berasal dari negeri yang berlainan. Macam my mom, dia seorang mualaf, so tidak ada masalah untuk berebut balik kampung dengan my dad. Normally, we don’t go back before raya or even on raya eve. Why? It only took one hour to reach my dad’s hometown. What’s the rush? Yang penting, masih akan berkunjung dan bermaaf-maafan kan?

Me? Lepas kahwin? Saya jenis tak kisah. Nak balik kampung suami dulu ker, kampung saya ker.  Mana-mana pun boleh. Why? Again, jarak, masa & kewangan memainkan peranan penting if I wanted to celebrate Raya at my hometown. Sad, hmm? Indeed. Tapi, saya dah biasa duduk jauh dengan family. Sejak di bangku sekolah lagi. Probably, that is why I can survive the homesickness.

Panjangnya celoteh saya…hikhikhik. Sigh! Habis juga cerita ni..ngee..Thanks sebab sudi membaca. I leave you all, with …


Love xoxo – see you in the next entry.
   

0 comments:

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p