Ahad, 11 Ogos 2013

Officially Yours - part 4

Salam Syawal u olls, belum terlambat kan? 
Starting from tomorrow, ingatkan nak ganti puasa. Every year I do thatbefore Syawal end. Semoga dipermudahkan yang Esa. Aamiin.

Talking 'bout Officially Yours- nampaknya cerita ni dah jadi panjang berjela, sebab tak tahu macamana nak tamatkan cerita ni - so maybe I should change it from cerpen to mini novel instead. Sorry... 
Here come part 4 for your viewing. Enjoy ya..
Love, xoxo. See you in the next entry.



Trutt! Trutt!
Yasmin Hidayah, don’t forget to pack your things. We’ll go straight after office hour.
Subuh-subuh dah dapat text dari Fariq Hatta. Mesti dapat nombor aku dari Kak Su ni. Haish! Rasa macam nak ambil cuti sakit jer hari ini. Tapi, bimbang pula dia datang jemput aku kat rumah memandangkan dia dah tahu jalan ke sini. Kalau itu yang terjadi, apa kata mak dan ayah aku pula?
Maka, aku pun mula mencari beg kecil untuk dimuatkan dengan baju dan peralatan untuk ke luar kawasan. Bawa sehelai dua cukuplah. Hari ni pergi, esok dah balik kan? Hai, entah projek apalah yang dimaksudkan Fariq Hatta. Jangan dia buat onar kat aku sudahlah. Apa-apapun, baik aku bersedia dengan apa-apa yang patut. Penyembur cili maybe?
Siap! Nak breakfast pula. Mak masak apa hari ni? Bau cam nasi lemak jer…hmm.. lapar ni! Cepat-cepat aku bersiap. Perut dah berkeroncong minta diisikan.
Aku turun dari tingkat atas, terus ke dapur. Hampir saja aku terjatuh, melihat siapa yang ada di meja makan.
“Apa… apa Encik Fariq buat kat sini?”
“Sedap nasi lemak mak awak buat.” Dia tersenyum bersahaja. Adoi!!



***

Aku pandang dia yang sedang memandu. Fariq Hatta yang kacak dan segak. Fariq Hatta yang kupuja dalam diam. Fariq Hatta yang kini berada di sebelah aku. Lepas tu aku mengeluh. What could possibly I want more? Dia menoleh sekilas.
“Ada apa?”
“Encik Fariq, tak perlulah buat macam ni lagi,” kataku lambat-lambat.
“Buat apa?”
“Apa yang sedang Encik Fariq buat ni.. sekarang ni.. semalam.” Gusar juga aku kalau dia berterusan macam ni. Mahu nanar aku dibuatnya nanti.
“Ermm…”
“Saya tahu saya dah menyakitkan hati Encik Fariq. Saya minta maaf okey?”
“Ermm…”
“Encik Fariq, dengar tak?”
“Erm…”
What exactly do you want from me?” geram sedikit aku bila dia tidak mengambil endah dengan apa yang keluar dari mulut aku.
Bila selamat tiba di kawasan parkir khas untuk kakitangan syarikat tempat kami bekerja, dia memberhentikan kenderaan lalu memandang aku. Aku buat tak tahu sahaja.
“Yasmin Hidayah,” seru Fariq Hatta.
Mendengar dia menyeru nama aku saja sudah buat aku tidak keruan. Aku terkaku sejenak. Bukan dia tidak pernah memanggil nama aku tapi kali ini aku rasa semacam.
Fariq Hatta menarik nafas panjang. Mungkin dia fikir aku sedang berdegil. “Look at me.
Aku teguk air liur.
Don’t force me to do something you will regret later.
Aku tersentak, lalu menoleh menatap wajah Fariq Hatta. Aku mengeluh lagi sebab aku tahu hati aku akan bergetar bila bertentang mata dengannya. Kali ini lebih hebat dari yang biasa kerana jarak yang begitu hampir antara kami berdua.
Lama kami begitu. Saling berbalas pandang.
We discuss this once we are back from outstation.” Lembut renungan matanya. Lembut juga dia bersuara. “Is that okey with you?


Suara dia. Aduhai! Aku tidak mampu berkata apa, sekadar mengangguk sahaja. Oh, Yasmin Hidayah! Wake up, wake up!

***

“Kak Su, can we have a discussion for an hour or two? Please get Hashmi, Azhar and Yasmin Hidayah to come over as well. Within 15 minutes at the meeting room.
Aku terdengar Fariq Hatta memberi arahan kepada Kak Su. Mesti ada kena mengena dengan projek yang dimaksudkan Fariq Hatta semalam. Eloklah dia buat mesyuarat sebab aku pun tak tahu apa tugasan aku sebenarnya.
Sejam lebih duduk dalam bilik mesyuarat mendengar pembentangan kertas kerja dan pengagihan tugas. Malangnya, apa tugas yang sepatutnya aku lakukan masih tidak diperincikan dengan jelas. Aku angkat tangan. Fariq Hatta dan yang lain menoleh ke arah aku.
“Encik Fariq, saya …”
“Yasmin Hidayah, I’ll get back to you in a short while.” Pantas dia memangkas aku.
Lima belas minit berlalu.
Okey. That’s all about it. Korang boleh bersurai.”
Apalagi, aku yang dah bosan pun angkat punggung sama.
Not you, Yasmin Hidayah.”
Langkah kaki aku terhenti. Aku menoleh dan mata kami bertembung. Dia menunggu hingga semua yang ada tadi meninggalkan kami hanya berdua. Hati aku berdebar lagi.
Aku angkat kening bertanya. Sebenarnya, lebih kepada menghilangkan resah yang berlegar dalam benakku. Mau tak resah, berdua dengan dia. Bimbang kalau-kalau aku hilang waras pula bila asyik menatap wajah dia.
You.. will replace Kak Su for the time being.” Dia menarik nafas pendek, dengan sebelah tangan di pinggang dan jari telunjuk mengetuk-ngetuk bibirnya dia memberitahu.
“Hah?” aku terkedu. “Tapi… tapi… Kak Su tak ikut ker?”
“Kenapa? Awak takut ker?”
Memanglah. Aku takut sangat-sangat. Takut dengan hakikat yang aku akan bekerja dengan lebih dekat dari yang biasa dengan dia. Takut rahsia yang aku simpan selama ini akan terbongkar. Argh! Tak nak! Tak nak! Aku gigit ibu jari sambil minda berfikir ligat.
“Awak ingat saya jahat sangat ker?” tanpa menunggu jawapan dari aku, dia menyambung. “Kak Su will follow, kalau tak, siapa nak bagi tunjuk ajar kat awak bila kita dah sampai sana.”
Aku diam sahaja. Dalam hati tertanya-tanya, dia marah ker?
“Awak tahu drive?
Drive?
Not driving me crazy. I know you can do that pretty well. Drive as in memandu kereta.”
Pfft? Apakah? Tapi aku mengangguk juga.
“Bagus, ada lesen?”
“Yaa..” of-course. Aku sudah julingkan mata ke langit.
Good, you and I will share a car.
Berdua? Kening aku terjungkit lagi. Kak Su?
“Kak Su, dia akan naik flight. She will go this afternoon after giving you some details on your task.”
Aku teguk air liur. Kenapa kita semua tak naik pesawat sekali, bukankah lebih mudah?
“Kak Su, tak boleh ikut kita sebab dia mabuk jalan. Saya terpaksa singgah few places to get quo from our supplier before we reach there.
Macam tahu-tahu jer apa yang bermain di fikiran aku. Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu aku ke sana sebab memang ada tugasan. Bukan atas sebab yang lain. Buat masa ni, aku tolak kemungkinan yang Fariq Hatta berniat hendak mengenakan aku. Aku harap aku tidak salah. Aamiin.
“Ada apa-apa lagi yang perlu saya tahu, Encik Fariq?”
Dia menggeleng. “Awak boleh pergi. Nanti, saya minta Kak Su jumpa awak.”
“Terima kasih, Encik Fariq.” Selepas mengucapkannya, aku pun beredar.
“Yaya..” Ketika membuka tombol pintu bilik mesyuarat, dia memanggil aku semula.
Aku menoleh. “Ya, Encik Fariq.”
Dia tersenyum.”Saja… nak tengok muka awak.”
Ngee… tersirap darah aku naik ke muka.
“Oh.. Erm… Ok.. saya, saya keluar dulu.” Tergagap-gagap aku menutup pintu. Dalam hati menjerit bagai nak rak. Eeh! Macam manalah aku boleh jadi begitu. Nasib baik tak langgar pintu.
Aku boleh dengar suara Fariq Hatta tergelak di sebalik daun pintu. Argh! Suka sangatlah tu dapat mengenakan aku. Benci!


3 comments:

Unknown berkata...

Best...rajin2 update yea...

melati shafika berkata...

Insya-Allah dear, TQ sudi follow. ;)

Unknown berkata...

Best! sambung2 lagi ye

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p