Salam Syawal u olls, belum terlambat kan?
Starting from tomorrow, ingatkan nak ganti puasa. Every year I do that, before Syawal end. Semoga dipermudahkan yang Esa. Aamiin.
Talking 'bout Officially Yours- nampaknya cerita ni dah jadi panjang berjela, sebab tak tahu macamana nak tamatkan cerita ni - so maybe I should change it from cerpen to mini novel instead. Sorry...
Here come part 4 for your viewing. Enjoy ya..
Love, xoxo. See you in the next entry.
Trutt! Trutt!
Yasmin Hidayah, don’t forget to pack your things.
We’ll go straight after office hour.
Subuh-subuh
dah dapat text dari Fariq Hatta. Mesti dapat
nombor aku dari Kak Su ni. Haish! Rasa macam nak ambil cuti sakit jer hari ini.
Tapi, bimbang pula dia datang jemput aku kat rumah memandangkan dia dah tahu
jalan ke sini. Kalau itu yang terjadi, apa kata mak dan ayah aku pula?
Maka,
aku pun mula mencari beg kecil untuk dimuatkan dengan baju dan peralatan untuk
ke luar kawasan. Bawa sehelai dua cukuplah. Hari ni pergi, esok dah balik kan?
Hai, entah projek apalah yang dimaksudkan Fariq Hatta. Jangan dia buat onar kat
aku sudahlah. Apa-apapun, baik aku bersedia dengan apa-apa yang patut.
Penyembur cili maybe?
Siap!
Nak breakfast pula. Mak masak apa hari ni? Bau
cam nasi lemak jer…hmm.. lapar ni! Cepat-cepat aku bersiap. Perut dah
berkeroncong minta diisikan.
Aku
turun dari tingkat atas, terus ke dapur. Hampir saja aku terjatuh, melihat
siapa yang ada di meja makan.
“Apa…
apa Encik Fariq buat kat sini?”
“Sedap
nasi lemak mak awak buat.” Dia tersenyum bersahaja. Adoi!!
***
Aku pandang dia yang sedang
memandu. Fariq Hatta yang kacak dan segak. Fariq Hatta yang kupuja dalam diam.
Fariq Hatta yang kini berada di sebelah aku. Lepas tu aku mengeluh. What
could possibly I want more? Dia menoleh sekilas.
“Ada
apa?”
“Encik
Fariq, tak perlulah buat macam ni lagi,” kataku lambat-lambat.
“Buat
apa?”
“Apa
yang sedang Encik Fariq buat ni.. sekarang ni.. semalam.” Gusar juga aku kalau
dia berterusan macam ni. Mahu nanar aku dibuatnya nanti.
“Ermm…”
“Saya
tahu saya dah menyakitkan hati Encik Fariq. Saya minta maaf okey?”
“Ermm…”
“Encik
Fariq, dengar tak?”
“Erm…”
“What
exactly do you want from me?” geram sedikit aku bila dia tidak mengambil endah
dengan apa yang keluar dari mulut aku.
Bila
selamat tiba di kawasan parkir khas untuk kakitangan syarikat tempat kami
bekerja, dia memberhentikan kenderaan lalu memandang aku. Aku buat tak tahu
sahaja.
“Yasmin
Hidayah,” seru Fariq Hatta.
Mendengar
dia menyeru nama aku saja sudah buat aku tidak keruan. Aku terkaku sejenak.
Bukan dia tidak pernah memanggil nama aku tapi kali ini aku rasa semacam.
Fariq
Hatta menarik nafas panjang. Mungkin dia fikir aku sedang berdegil. “Look
at me.”
Aku
teguk air liur.
“Don’t
force me to do something you will regret later.”
Aku
tersentak, lalu menoleh menatap wajah Fariq Hatta. Aku mengeluh lagi sebab aku
tahu hati aku akan bergetar bila bertentang mata dengannya. Kali ini lebih
hebat dari yang biasa kerana jarak yang begitu hampir antara kami berdua.
Lama
kami begitu. Saling berbalas pandang.
“We
discuss this once we are back from outstation.” Lembut renungan matanya. Lembut
juga dia bersuara. “Is that okey with you?”
Suara
dia. Aduhai! Aku tidak mampu berkata apa, sekadar mengangguk sahaja. Oh, Yasmin
Hidayah! Wake up, wake
up!
***
“Kak Su, can
we have a discussion for an hour or two? Please get Hashmi, Azhar and Yasmin
Hidayah to come over as well. Within 15 minutes at the meeting room.”
Aku
terdengar Fariq Hatta memberi arahan kepada Kak Su. Mesti ada kena mengena
dengan projek yang dimaksudkan Fariq Hatta semalam. Eloklah dia buat mesyuarat
sebab aku pun tak tahu apa tugasan aku sebenarnya.
Sejam
lebih duduk dalam bilik mesyuarat mendengar pembentangan kertas kerja dan
pengagihan tugas. Malangnya, apa tugas yang sepatutnya aku lakukan masih tidak
diperincikan dengan jelas. Aku angkat tangan. Fariq Hatta dan yang lain menoleh
ke arah aku.
“Encik
Fariq, saya …”
“Yasmin
Hidayah, I’ll get back to you in a short while.” Pantas dia memangkas aku.
Lima
belas minit berlalu.
“Okey. That’s
all about it. Korang boleh bersurai.”
Apalagi,
aku yang dah bosan pun angkat punggung sama.
“Not
you,
Yasmin Hidayah.”
Langkah
kaki aku terhenti. Aku menoleh dan mata kami bertembung. Dia menunggu hingga
semua yang ada tadi meninggalkan kami hanya berdua. Hati aku berdebar lagi.
Aku
angkat kening bertanya. Sebenarnya, lebih kepada menghilangkan resah yang
berlegar dalam benakku. Mau tak resah, berdua dengan dia. Bimbang kalau-kalau
aku hilang waras pula bila asyik menatap wajah dia.
“You..
will replace Kak Su for the time being.” Dia menarik nafas pendek,
dengan sebelah tangan di pinggang dan jari telunjuk mengetuk-ngetuk bibirnya
dia memberitahu.
“Hah?”
aku terkedu. “Tapi… tapi… Kak Su tak ikut ker?”
“Kenapa?
Awak takut ker?”
Memanglah.
Aku takut sangat-sangat. Takut dengan hakikat yang aku akan bekerja dengan
lebih dekat dari yang biasa dengan dia. Takut rahsia yang aku simpan selama ini
akan terbongkar. Argh! Tak nak! Tak nak! Aku gigit ibu jari sambil minda berfikir
ligat.
“Awak
ingat saya jahat sangat ker?” tanpa menunggu jawapan dari aku, dia menyambung.
“Kak Su will follow, kalau tak, siapa nak bagi
tunjuk ajar kat awak bila kita dah sampai sana.”
Aku
diam sahaja. Dalam hati tertanya-tanya, dia marah ker?
“Awak
tahu drive?”
“Drive?”
“Not
driving me crazy. I know you can do that pretty well. Drive as in memandu kereta.”
Pfft?
Apakah? Tapi aku mengangguk juga.
“Bagus,
ada lesen?”
“Yaa..”
of-course. Aku sudah julingkan mata ke langit.
“Good,
you and I will share a car.”
Berdua?
Kening aku terjungkit lagi. Kak Su?
“Kak
Su, dia akan naik flight. She will go this afternoon
after giving you some details on your task.”
Aku
teguk air liur. Kenapa kita semua tak naik pesawat sekali, bukankah lebih
mudah?
“Kak
Su, tak boleh ikut kita sebab dia mabuk jalan. Saya terpaksa singgah few
places to get quo from our supplier before we reach there.”
Macam
tahu-tahu jer apa yang bermain di fikiran aku. Tapi, sekurang-kurangnya aku
tahu aku ke sana sebab memang ada tugasan. Bukan atas sebab yang lain. Buat
masa ni, aku tolak kemungkinan yang Fariq Hatta berniat hendak mengenakan aku.
Aku harap aku tidak salah. Aamiin.
“Ada
apa-apa lagi yang perlu saya tahu, Encik Fariq?”
Dia
menggeleng. “Awak boleh pergi. Nanti, saya minta Kak Su jumpa awak.”
“Terima
kasih, Encik Fariq.” Selepas mengucapkannya, aku pun beredar.
“Yaya..”
Ketika membuka tombol pintu bilik mesyuarat, dia memanggil aku semula.
Aku
menoleh. “Ya, Encik Fariq.”
Dia
tersenyum.”Saja… nak tengok muka awak.”
Ngee…
tersirap darah aku naik ke muka.
“Oh..
Erm… Ok.. saya, saya keluar dulu.” Tergagap-gagap aku menutup pintu. Dalam hati
menjerit bagai nak rak. Eeh! Macam manalah aku boleh jadi begitu. Nasib baik
tak langgar pintu.
Aku
boleh dengar suara Fariq Hatta tergelak di sebalik daun pintu. Argh! Suka
sangatlah tu dapat mengenakan aku. Benci!
3 comments:
Best...rajin2 update yea...
Insya-Allah dear, TQ sudi follow. ;)
Best! sambung2 lagi ye
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p