Ahad, 25 Ogos 2013

Officially Yours - part 5

Salam semua. Sorry, for the delay in updating OY. Still in Raya mood. Hoping you all still 'sudi' reading the continuation of this story. Enjoy, have a bless day ahead. 


Jam 6.30 petang baru kami mula bertolak dari pejabat. Untuk sampai ke destinasi, ambil masa 6 ke 8 jam perjalanan. Persoalan yang bermain di benakku. Larat ker? Itu tak termasuk masa berhenti dan singgah lagi.
“Awak nak drive dulu?”
Lebih baik kut kalau aku yang memandu terlebih dahulu. Jadi aku pun tanpa berfikir panjang terus mengangguk setuju.
“Sampai kat Tol Jabor, kita tukar.”
Tol Jabor? Itu dah macam penghujung Lebuhraya Pantai Timur. Namun, aku mengangguk juga. Dah macam burung belatuk pula. Hmm..
Sejam perjalanan, kami berhenti di hentian Bentong untuk menunaikan solat Maghrib dan mengisi perut.
“Awak larat drive lagi?”
“Ya.” Jawabku sepatah.
“Saya nak rehat sekejap.” Dia memberitahu.
Huhu.. nak berehat apanya? Bukan aku yang memandu dari tadi? Dia cuma dok menelek telefon pintar dan tablet miliknya sepanjang perjalanan.
“Ermm.. Encik Fariq, boleh saya pasang radio tak? Bosanlah senyap sunyi.” Sejam tadi aku memandu sambil mendengar deru enjin kereta. Kalau diteruskan juga, urgh! Masak! 
Dia menjeling aku tanpa berkata apa. Sebab dia tak bereaksi, maka aku pun dengan pantasnya menekan butang radio. Tak ada kawan berborak tak apa, janji ada muzik menemankan aku. Setidak-tidaknya celoteh penyampai radio boleh mengelakkan aku dari terlelap.
Lagu kegemaran aku sedang berkumandang di udara. Tanpa mengambil kesah akan reaksi Fariq Hatta, aku terus saja berlagu. Lantaklah kalau suara aku ke laut.

You make me glow
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defences up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
The feelings got lost in my lungs
They’re burning, I’d rather be numb
And there’s no one else to blame
So scared I’ll take off and run
I’m flying too close to the sun
And I’ll burst into flames
*Heart Attack-Demi Lovato*

***

Aku membelok ke hentian selepas Tol Jabor.  Sudah tiba giliran Fariq Hatta untuk memandu. Dah lenguh kaki dan badan aku. Nasib baiklah kereta tu jenis automatik. Elok jer aku parkirkan kereta, enjin aku matikan serta-merta.
Aku meregangkan badan. Fariq Hatta kulihat masih nyenyak. Kenapa dia tak upah pemandu jer? Bukankah dia juga layak mendapatkan seorang pemandu seperti ketua jabatan yang lain? Agaknya, dia jenis yang macam mana ek?    
Aku ambil peluang itu untuk menatap wajah dia puas-puas. Aku sandarkan kepala pada dinding kerusi seraya mengiring menghadap dia. Lama, sambil tersenyum seorang diri. Alis matanya. Bibirnya yang seksi itu. Pandangan yang sungguh mengasyikkan. Hmm… anak dara mengintai anak teruna. Entah teruna entah tidak. Isk!
Tiba-tiba dia celikkan mata. Memandang tepat ke arahku. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Erk! Kantoilah pulak! Pantas aku betulkan posisi diri. Haish! Rasa macam nak ketuk kepala sendiri.
“Encik Fariq, kita dah lepas tol…” aku bersuara menutup rasa malu.
Dia meraup wajahnya. “Oh..”
Aku pura-pura menguap. Padahal hati ni Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku.
“Yaya, kenapa awak renung saya begitu tadi?” Matanya menyapu bersih wajah aku. 
Isk! Dia bertanyalah pula. Tersipu-sipu aku. “Erm.. Encik Fariq..”
“Apa dia?” sergah Fariq Hatta tak semena-mena.
Handsome sangat!” terlepas dari mulut aku. Wajah terasa membahang. Aku pejamkan mata seketika. Alahai, rasa nak tampar jer mulut aku.
Dia keluar dari kereta. Aku pun sama. Kunci bertukar tangan. Selepas membersihkan muka dia masuk semula ke dalam kereta.
Buat seketika keadaan agak sepi. 
Thank you.”
Thank you?
I take that as a compliment. Lain kali jangan renung saya macam tu.”
“Huh?” aku pandang dia yang sedang memakai tali pinggang keledar.
That kind of look, make my heart pumping faster. You see, guys like me operate on adrenaline every time we wake up.” Matanya tepat-tepat menuju mataku. Terus ke jantung.
Berderau darah aku. Whatever that mean, I dare not to ask further.
Fariq Hatta menghidupkan enjin kereta. Menjeling aku sekilas dengan secebis senyuman bermakna. Sakit hati aku melihatnya.


Agak lama juga aku berdiam. Entah kenapa hati ini tidak berhenti memikirkan lelaki di sebelah aku ini. Lantas aku pun bersuara memecah suasana hening perjalanan. 
“Encik Fariq, boleh tak saya tanya sesuatu?”
As you please, just shoot me. Kalau saya boleh jawab, saya jawab.”
“Bila Encik Fariq nak kahwin?”
“Hahaha!” meledak tawa besar dari dua ulas bibirnya. “Kenapa tanya soalan macam tu?”
“Sebab, saya tengok Encik Fariq keluar dengan ramai wanita. Takkan seorang pun tak sangkut kut.” Ke awak ni gay? Aku jelir lidah dengan soalan yang tidak terluah di bibir itu.
If, I’m given a choice I will marry a blind woman that will make me fall in love again and again.
If, I’m given a choice.. Tanda soal. Huh, apa maksudnya tu? Dia tiada pilihan, dia tidak dibenarkan memilih atau bakal isteri sudah dipilih untuk dia?
“Perempuan-perempuan tu tak marah ker?”
“Perempuan mana?”
Aku angkat kening.
“Mereka yang ajak saya keluar. I never promise them anything.”
Macam tu ker?
“Awak pula kenapa tak kahwin lagi?”
“Soalan Encik Fariq tu senang sangat.”
So, what’s your answer?
“Sebab tak ada orang meminang saya. Macam mana saya nak kahwin.”
Fariq Hatta tergelak. Kelakar sangatlah kut dengan jawapan yang aku berikan.
“Kalau saya pinang awak, awak nak kahwin dengan saya?”
“Ish, Encik Fariq ni...” tapi dalam hati kata, masinlah mulut Fariq Hatta! Aku ni. Aku geleng kepala. Memang terasa diri ni gatal, menggedik. Ergh!
Fariq Hatta dah tergelak-gelak. Boleh pula gelak-gelak. Kalau kat office tu, pandang aku pun macam nak makan aku.
“Kenapa ek, kat office Encik Fariq tak macam ni?”
“Dengan awak jer, saya macam ni.. This is the other side of me, I often share with someone else.
Aku angkat kening lagi. Ye ker?
“Lepas kita selesaikan tugasan nanti, boleh saya bawa awak jalan-jalan?”
Dia ajak aku keluar ke? Sounded like one. Aku teguk air liur.
“Boleh?” dia mengulang sekali lagi. “This is last offer. I don’t accept no as an answer, remember?
On the way balik ker?” Kalau dah singgah tempat jauh-jauh, apa salahnya singgah beli buah tangan? Lagi-lagi dengan Fariq Hatta. Of-course! Aku mengangguk cepat-cepat. Nak! Nak! Nak!
Dia tersenyum memandang aku sebelum kembali fokus pada jalan raya yang bersimpang siur. “Ada apa-apa lagi yang awak nak tahu tentang saya?”
Sebenarnya, aku nak tanya macam-macam kat awak Fariq Hatta. Tapi, aku dah tak mampu nak mengangkat kelopak mata walaupun aku teringin sangat menongkat dagu memandang wajah awak sepanjang perjalanan.
Dua-tiga kali aku menguap dan tersengguk-sengguk. Akhirnya aku terlelap juga.


***

Terasa seperti bahu aku digoyangkan sambil nama aku diseru berulang kali. Aku berkalih sedikit dengan mata yang masih terpejam.
“Yaya, kita dah sampai.” Suara itu terdengar betul-betul hampir di cuping telinga. Haruman yang diguna Fariq Hatta singgah menyapa deria pernafasanku.
Aku mengesat mata. Boleh pula borak-borak sampai tertidur. Mengantuk sangatlah aku tu. Bila aku buka separuh mata aku yang layu, baru perasan badan aku diselimutkan dengan sehelai jaket. Milik Fariq Hatta kut. Patutlah selesa semacam jer aku tidur. Ngee…
Fariq Hatta, depan mata aku. Aku mengigau ker? Redup mata dia. Wajahnya begitu hampir dengan wajah aku. “Encik Fariq nak buat apa ni?”
“Kejutkan awaklah. Kita dah sampai.”
Owh! Cheh. Ingatkan mata dia redup begitu kenapa. Menahan rasa mengantuk rupanya.
Bring your luggage. Kak Su is waiting for you.
“Ya, Encik Fariq?” aku yang masih mamai bertanya antara dengar tak dengar.
You akan share bilik dengan Kak Su. Or you don’t mind sharing bed with me?
Aku mengangguk kemudian menggeleng. Mata aku terkelip-kelip menahan kantuk.
Really?” senyuman nakal bermain di bibirnya.
Aku masih terpinga-pinga. “Kenapa, Encik Fariq?”
Dia datang mendekati aku lalu berbisik betul-betul di tepi telingaku. “Cik Yasmin Hidayah, are you sure you can handle me?
Handle apa Encik Fariq?Suara aku kedengaran serak bertanya padanya.
Fariq Hatta tergelak besar.
Aku memandangnya tidak faham. Did I miss something here?


Till next entry. Love, xoxo.


8 comments:

Tanpa Nama berkata...

best..next jgn la lama sgt ye cik writer..rindu.. -eil-

MzaMuhd berkata...

sweet... :)

Tanpa Nama berkata...

Aha....dh apdet pun..:)tq

-Kikiwafa-

ayu salina berkata...

Best......sambung cepat2 deh

Tanpa Nama berkata...

ur english is so demn cute. love them to the bits. :D

Ezzlee berkata...

The best story i have read...
Nk tnya knp dr part2 terus ke part5..
Dan byk part yg langkau.. Ke saya ja yg x dpt full

Tanpa Nama berkata...

Mana part 3 n 4?sya cri x jmpa la...or cik writer dh delete?-L

Tanpa Nama berkata...

Mana part 3 n 4?saya cari,x jumpa...or cik writer dh delete?-L

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p