Salam Ramadhan,
Sorry, cerpen ni dah jadi panjanglah pulak. For those who waited, here it is - part 3. Maaf, sekiranya ada kekurangan dalam entry ni. Enjoy your Raya. Have a safe journey and may Allah bless. Last but not least, ampun maaf di atas segala yang terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Love, xoxo - see u in the next entries.
Sorry, cerpen ni dah jadi panjanglah pulak. For those who waited, here it is - part 3. Maaf, sekiranya ada kekurangan dalam entry ni. Enjoy your Raya. Have a safe journey and may Allah bless. Last but not least, ampun maaf di atas segala yang terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Love, xoxo - see u in the next entries.
Fariq Hatta sudah pun berada di
sebelah aku, di bahagian tempat duduk pemandu. Dia menoleh menatap wajahku. Pandangannya
yang menikam, buat jantung aku bagai mahu berhenti berdegup. “Fasten
your seat belt unless you want me to do it for you.”
Mata
aku mengecil memandangnya.
Fariq
Hatta mendekat, sambil tangannya cuba mencapai tali pinggang keledar. Tubuh
badan aku spontan terdorong ke belakang, pantas tangan aku menarik tali
tersebut sambil mengerling dia tajam. Geram.
Terjungkit
sedikit kening dia sebelum membetulkan postur. “Suit
you.”
“Encik
Fariq, this is not a date. It’s more like me
being abducted.” Ujarku bila kenderaan sudah mula bergerak.
“Call
it what you want.” Selamba jer dia berkata sambil memandu keluar dari hentian teksi.
“Urgh!”
Aku melepaskan geram. Pandangan aku buang ke luar tingkap. Hati mendecit marah.
Dia fikir dia siapa?
“Encik
Fariq, kita nak ke mana?”
“It’s
a surprise.”
“Saya
tak boleh balik lambat.”
“Kenapa?
Ada suami tunggu kat rumah ker?”
“I
am staying with my parents.”
“How
old are you? Masih dalam jagaan family?” dia bertanya seolah-olah
mengejek.
“Of
course! Selagi saya belum berkahwin, saya masih di bawah tanggung-jawab
ibubapa saya.”
“Awak
tak boleh buat keputusan sendiri? Nak balik lambat, nak keluar ke mana-mana?”
“Bukan
sebab saya tak boleh buat keputusan sendiri, it’s
about respect and trust. Saya tak boleh betray kepercayaan yang diberikan oleh
keluarga saya. Don’t you? Or you don’t practice
that.”
“Erm..”
Sepi
seketika. Aku jeling Fariq Hatta, dahinya berkerut-kerut. Agaknya sedang
memikirkan sesuatu.
Tiba-tiba,
dia menekan brek. Aku hampir terdorong ke depan impak tindakan mengejut Fariq
Hatta. Kenderaan kemudiannya dibelok ke sebuah hentian rehat.
Tanpa
mematikan enjin, Fariq Hatta memberhentikan kenderaan di salah sebuah ruang
parkir. Dia membuka tali pinggang keledar yang dipakainya. Kemudian berpaling
menghadapku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Hati aku sudah
debak-debuk, resah.
Jangan
pandang aku begitu, Fariq Hatta. Aku meneguk air liur. Aku bisa cair!
“Bagi
saya alamat rumah awak.”
Aku
terkebil-kebil mendengarnya. Nak buat apa?
***
“Mak, ayah, ini bos Yaya. Encik
Fariq Hatta.”
“Silakan
masuk Encik Fariq.” Ayah bersalaman dengan Fariq Hatta.
“Tak
perlulah berencik-encik dengan saya, pakcik, makcik.” Fariq Hatta menghadiahkan
sebuah senyuman.
Aku
sedikit terpana. Juga terkejut melihat tingkahlaku Fariq Hatta. Boleh jer
berbudi bahasa. Ingatkan dah lupa adat resam dan budaya orang melayu.
“Langkah
kananlah Encik Fariq hari ini. Emaknya si Yaya baru je habis memasak. Bolehlah
menjamu selera dengan kami sekali.”
Aku
pandang wajah Fariq Hatta, bimbang. “Tapi, Encik Fariq kata…”
“Kebetulan
pula saya ni memang lapar.” Pantas Fariq Hatta memotong kata-kataku.
“Usai
solat Maghrib, bolehlah kita makan sama-sama.”
Sekali
lagi aku mencuri pandang Fariq Hatta, mahu tahu reaksinya tapi dia kelihatannya
bersahaja. Entah apa yang aku harapkan aku pun tidak tahu.
“Kita
solat berjemaah, boleh Encik Fariq?” pinta ayah.
To my surprise, Fariq Hatta nod. Sekarang, aku betul-betul
keliru. Who is Fariq Hatta, really? Am
I judging him too early?
Bila
mak dan ayah menyusur ke bilik solat, Fariq Hatta kembali mendekati aku yang
berada di belakang. Dia berbisik rapat di telingaku. “Jangan fikir kau dah terlepas,
you still owe me one date.”
Eeh!
Dia ni sempat lagi! Aku mengetap bibir. Dia berlalu sambil meninggalkan aku
dengan renungan mempersona. Ouch! How can I
prevent myself to not falling in love with him further?
***
Aku mengemas meja dapur ketika
mereka beransur ke ruang tamu.
“Terima
kasih pakcik, makcik sebab sudi menjamu saya.” Kedengaran suara Fariq Hatta
memecah suasana.
“Kami
sekeluarga yang berbesar hati sebab Encik Fariq sudi menjejak kaki ke rumah
kecil kami ni. Lagipun, masakan tu biasa-biasa saja. Masakan kampunglah
katakan.” Mak aku pula yang buka mulut.
“Tak
adalah makcik. Masakan makcik memang sedap. Dah lama, saya tak merasa masakan
kampung sesedap itu.” Puji Fariq Hatta melangit. Mesti mak aku suka hati.
Fariq
Hatta melepaskan pandangan ke arah aku yang sedang mengambil tempat di sebelah
mak. Elok-elok aku duduk dia berdehem sebelum menyambung.
“Sebenarnya,
saya datang ni ada hajat.”
Hah?
Mataku sudah terbeliak. Hajat? Mak dan ayah sudah berbalas pandang sesama
sendiri.
“Sebelum
tu, pakcik dan makcik janganlah berencik-encik dengan saya. Seganlah saya.
Panggil Fariq, atau Hatta pun sudah cukup.”
Aku
teguk air liur bila bertembung mata dengan Fariq Hatta. Sungguh hati aku cuak
ketika ini.
“Hajat
apa yang Fariq maksudkan tadi?” Ayah sudah bertanya.
Hati
aku berdebar-debar menanti ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut Fariq Hatta,
tertanya-tanya dengan permainan lelaki itu.
“Sebenarnya,
saya nak minta kebenaran dari pakcik dan makcik. Esok, saya nak bawa anak
pakcik ni outstation.”
Huh!
Aku tarik nafas. Lega sedikit hati aku. Tapi, nanti dulu.. outstation?
Apa?
Bulat mata aku memandang Fariq Hatta. Berani sungguh dia?
“Ehem..ehemm…
Pihak syarikat telah menghantar saya untuk membuat tinjauan tapak di utara
Semenanjung selama dua hari. Saya perlukan Yaya untuk membantu saya di sana
nanti.”
Bila
masa pula aku jadi pembantu dia? Ayah kelihatan mengangguk-anggukkan kepala.
“Saya
dah berbincang dengan Yaya tadi, tapi dia kata dia perlu dapatkan kebenaran
dari pakcik dan makcik terlebih dahulu.”
“Aa…” aku cuba bersuara tapi pantas dipotong Fariq
Hatta.
“Pakcik
dengan Makcik jangan bimbang, bukan kami berdua sahaja yang pergi. Setiausaha
saya ada sekali. Yang paling penting sekali, saya akan jaga anak pakcik…”
matanya tepat menikam mataku. “.. dengan sebaik mungkin.”
“Aa..”
sekali lagi aku cuba membuka mulut tapi segera membatalkan niat bila melihat
renungan tajam dari Fariq Hatta. Aku cuma mampu meneguk air liur.
“Kenapa
Yaya tak cakap dengan ayah?”
Aku
garu kepala. Nak cakap macam mana, kalau aku sendiri tidak tahu menahu tentang
hal tersebut.
“Pakcik
dengan Makcik tiada masalah kan? Ini nombor telefon saya dan setiausaha saya,
kalau ada apa-apa kemusykilan.” Fariq Hatta menghulurkan sekeping kad.
“Kalau untuk
tujuan bekerja, pakcik suami isteri tidak ada masalah. Pakcik izinkan.
Insya-Allah anak pakcik ni pandai jaga diri.”
“Terima
kasih, pakcik. Kepercayaan pakcik tak akan saya sia-siakan. Lagipun, pihak
syarikat sangat-sangat menghargai anak pakcik ni. Dia seorang yang berbakat dan
berpotensi. Dia boleh pergi jauh kalau diberikan peluang.”
Wow?
Biar betul dia ni. Aku juga yang terpaku di situ.
***
Ketika menghantar Fariq Hatta ke
keretanya semula.
“Serious,
what are you doing Fariq Hatta?”
“Make
you fall for me.”
“Lepas
tu, apa?"
“We
decide when you are in love with me.”
Aku
pejamkan mata sambil menghela nafas. Fariq Hatta, I
am in love with you long before you know it. Tapi, kata-kata itu tidak
terluah.
“What’s
this in for you?” soalku tidak puas hati.
Dia
mengenyit mata sambil masuk ke dalam kereta. “It’s
for you to figure out, dear.”
Argh!
Aku benci bermain teka-teki.
Fariq
Hatta menghidupkan enjin kereta. “Sleep tight, Yasmin Hidayah. Please
don’t over think. We have two days to sort all things out.”
Ngee...
“Yasmin
Hidayah, this is for you.” Fariq Hatta buat flying
kiss kat aku sambil berlalu pergi.
Ouch!
Eei… now I feel like I am dying inside. His
smile. His eyes. His look. Those butterflies in my stomach keep on fluttering. Don't do this to me, Fariq
Hatta! You are driving me insane...sigh!
4 comments:
a bit rushing kan? nanti saya betulkan.
nk lagi..:D
nak lagi.. pleassee
Yuhuuuu.... X abes lg... Hwaaa.... Wat la novel lg best tau....:)
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p