Sabtu, 16 Mac 2013

Cerpen: Kerana Kamu.. Saffiyah Elisha





Aku merengus kasar.  Rasa macam nak cucuk-cucuk aje mata mamat ni. Pandang macam nak terjojol biji mata tu. Hish! Dek tak tahan melihatnya dengan mulut yang separuh ternganga, aku sepak kaki mamat bernama Rafdi itu.
What?” Dia pandang aku semacam.
That.” Aku juihkan mulut aku pada perempuan yang sedang lalu kat depan kitorang. Perempuan berambut panjang yang sedang  melaram dengan baju t ketat dengan leher berbentuk V luas sampai menampakkan sebahagian besar dadanya yang putih melepak.
What’s wrong with that? Obviously, dia pakai macam tu sebab dia nak orang tengok, kan?”
Aku kecilkan mata aku, tidak bersetuju sama sekali. Walaupun hakikatnya, ada kebenaran di dalam kata-katanya itu.
Dia jongket bahu. “Well, bukan salah aku pun.”
Aku ketap bibir.
I know..I know..” dia sudah angkat tangan. Mulutnya pula terkumat-kamit dengan butir-butir perkataan tak berapa nak jelas pada pendengaran.
Menceceh tak puas hatilah tu. Dah tu, lain kali jangan ajak aku keluar.

***

Rafdi muncul tiba-tiba kat depan aku dengan kemeja warna kelabu bergaris halus. Dia melurut rambutnya ke belakang sebelum melonggarkan tali leher yang dipakai. Hensem sangatlah tu!
“Timi, jom keluar makan tengahari.”
Aku pandang dia sejenak sebelum mata aku beralih ke arah jam dinding. Huh! Dah setengah jam melepasi 12 tengahari rupanya.
“Jom. Aku lapar ni.”
“Kau takde orang lain ke nak ajak?” jari-jemari aku masih lagi menari-nari di atas papan kekunci komputer.
“Kalau ada, takdelah aku ajak engkau,” balasnya lalu bersandar pada kabinet yang berada di belakang aku.
“Mana geng kau tu?” Geng lepak-lepak suka cerita pasal perempuan. Aku buat andaian dalam hati.
“Dorang dah keluar dengan awek dorang.”
Aku buat dek lagi. Mata masih melekat kat skrin komputer, bukan siapkan kerja pun tapi tengah seronok main ‘counter strike’ menghabiskan masa yang sepatutnya untuk aku mengisi perut.
“Jom aa.. jom…aaa. Aku lapar ni.”
“Lain kali cari awek cepat, tak adalah cari aku jer. Aku pun nak keluar dengan boyfriend juga.”
“Kau ada boyfriend ker? Silap! Silap! Ada ke orang nak buat kau jadi awek?”
“Eh.. mulut jaga sikit!” Aku tunjuk buku lima aku. Suka-suka cakap aku macam tu. Tahulah tahap feminin aku tu sikit sangat jika hendak dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain yang ada kat pejabat ni dan di luar sana.
“Macam mana orang nak kat kau, bila orang ajak keluar kau buat macam tu.”
“Kau nak makan dengan aku ke tak nak ni?”
“Nak! Nak! Nak!”
“Kalau nak, simpan saja pendapat kau tu.” Aku kemas meja ala kadar sebelum menekan butang log-off.
“Motor kau ke motor aku?” tanya Rafdi.
“Naik motor masing-masinglah.”
“Membazir minyak, masa dan ruang parkinglah. Naik motor aku ajelah.”
Aku angguk tak membantah. Selamat duit minyak!

***

Sesaknya tempat makan ni. Dahlah sesak, panas pula tu! Kipas yang berpusing ligat kat atas macam tak cukup anginnya. Rafdi sudah mendahului aku ke arah barisan manusia yang sedang beratur mengambil makanan. Iyalah konsep tempat makan itu sendiri ‘layan diri’. Ambil dan pilih. Banyak mana nasi nak, banyak mana lauk nak, kemudian pilih air mana nak. Senang kan? Tuan punya kedai cuma datang kira dan ambil bayaran jer. 
“Pstt.. psst.” Aku panggil Rafdi.
“Kenapa?” tanya Rafdi. Matanya masih melekat dekat lauk-pauk yang terhidang. Rambang mata mencari yang berkenan.
“Perempuan macam tu, taste engkau kan?” aku menyiku lengan Rafdi berada di hadapanku. Sedang memegang sudip, masih tercangak-cangak mencari lauk yang kena dengan tekaknya.
Matanya beralih mengikut arah yang aku tunjukkan. Seorang gadis berbaju kebaya nipis kelihatan sedang mencari meja kosong. Kebaya merah jambu dipasangkan dengan kain potongan duyung. Rambutnya yang panjang disanggul kemas persis ratu kebaya. Kulit mulus dengan solekan tipis. Cantik sangat pada pandangan aku. Tiba-tiba aku rasa nak jadi ayu macam perempuan tu. Alahai!
High maintenance tu. Well, as far as I wanted somebody like that – I won’t be able to get one. Mimpi ajelah. Perempuan macam tu mesti dah ada boyfriendlah.”
“Betullah tu. Orang kata ukur baju di badan sendiri.” Aku mengiyakan saja kata-kata Rafdi.
Agreed! Lagipun, untuk orang macam aku – yang ada cuma perempuan macam kau.”
What was that supposed to me?” Aku kerling muka seposen dia tu. Mengutuk akulah tu. Aku melirik diri sendiri. Kemeja lengan panjang dengan seluar slack. Rambut pendek dengan wajah tanpa solekan. Apa? Salahkah aku dressing macam ni?
Well, sendiri mau fikirlah.” Dia sudah tersenyum-senyum. Bermakna.
Hesh! Aku rasa macam nak sekeh je mulut dia tu. Entah apa  yang dia fikirkan, malas aku nak layan. Buat semak otak aku jer.

***

Hei, menyesal aku berjanji dengan Rafdi. Kalau tidak, tak perlulah aku susah-susah bangun seawal ini pada hari Sabtu. Dah lah tu kena ambil dia kat rumah pula. Entah kenapa aku harus menurut saja kata-kata dia tu. Nasib baik dia janji nak belanja aku seminggu kalau aku temankan dia hari ini.
“Mak kau mana?” aku bertanya bila tiba di depan rumahnya.
“Kau nak jumpa mak aku ker? Minta izin dia bawa aku keluar?”
Aku menganga. Apa pula aku yang kena minta izin. Hish! Aku berbahasa lah wei. Itupun tak faham.
“Ada kat dalam. Nak singgah minum dulu?” pelawa Rafdi.
Aku menggeleng segan. “Jomlah, aku nak balik cepat hari ni.”
Cepat-cepat Rafdi ambil helmet sebelum membonceng motor aku. Aku start enjin dan broom… berlalu pergi.

***

Motor selamat diparkir. Topi besbol yang aku letak dalam raga motor aku sarung kat kepala. Aku pandang sekilas pada Rafdi yang sedang melihat cermin motor sambil membetulkan rambutnya.
“Kita nak ke mana ni?” tanya aku.
“Adalah,” jawab Rafdi pendek masih lagi menyemat. Lelaki yang seorang ni, memang suka tengok cermin agaknya.
Kikiki… tiba-tiba aku gelak dalam hati. Menyemat ker menyemak?
“Fuyoo…kau tengok, kau tengok,” ujar Rafdi setelah lima belas minit bersiar di kaki jalan.
“Tengok apa?” mata aku melilau juga mancari apa yang menarik perhatian Rafdi.
“Wow! Cutting cantik. Body solid. Itulah yang aku cari. Kalau dapat…huh!”
Aku pandang ke arah seorang perempuan yang sedang berada di dalam sebuah kedai di seberang jalan. Dia bercakap tentang perempuan tu ker? Keluar dengan aku pun, boleh pandang perempuan lain? Berbulu jer aku rasa. Tapi, kenapa aku nak terasa pula? Nak dibandingkan aku dengan perempuan tu, memang macam langit dengan bumi!
“Huh!” Mata aku mengecil.
“Jom! Jom! Teman aku ke sana.” Dia menarik lengan baju aku.
Hah? Mata aku terjegil bagai nak terkeluar dari sarungnya. Ishh!! Agak-agak ler pun, dia ingat aku ni kawan lelaki dia ker? Aku perempuan lah woi!
“Jom aa..”
Aku pandang lagi perempuan yang sebijik macam Linda Onn tu. Aku teguk air liur.
Bila dah sampai kat kedai tu, perempuan tu bukakan pintu. Dia kerja kat situ kut! Teruja betul aku tengok Rafdi. Siap tarik lengan baju aku agar lebih dekat pada dirinya.
“Inilah motor yang aku nak sangat-sangat tu! Woohoo dah keluar kat sini!”
Aku pandang motor yang diusap dan dibelai manja Rafdi. Masa tu aku rasa macam nak pengsan jer!

***

Manalah mamat ni. Tadi, beria-ia telefon aku. Minta temankan dia nak beli motor yang dia berkenan sangat hari tu. Pakat jumpa kat sini. Dah lebih setengah jam ni, batang hihdung dia pun tak Nampak.
Mata aku melilau ke sana ke mari. Mana dia? Mana dia? Tiba-tiba mata aku melekat pada sepasang couple yang kebetulan berada  tidak jauh dari aku.
“Raf…” niat hati nak memanggil dia tapi tiba-tiba suara aku bagai tersekat kat kerongkong.
Sakit betul hati aku melihat dia bermesra dengan perempuan itu. Gelak-gelak lepas tu siap cubit-cubit pula. Hish! Lagi lama aku kat situ lagi mendidih aku dibuatnya. Tiba-tiba dia menoleh kat aku. Baru perasan aku sedang berdiri berhampiran? Aku julingkan mata ke langit.
Dia menggamit aku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan, pura-pura tak nampak. Padahal dari tadi mata aku tak berkalih melihat kemesraan mereka.
“Timi?”
Aku pura-pura tak dengar, lepas tu aku belah macam tu. Entah kenapa sakit hati aku tu macam tak mahu kebah-kebah. Dalam hati aku, dia dah jumpa perempuan yang sesuai. Jadi aku ni…
“Timi?”
Bila pula dia ada di sebelah aku ni? Cepat sungguh dia mengejar aku.
“Kenapa tak jawab aku?”
“Aa? Aku tak perasan.”
Dia buat muka pelik. Tak perasan? Bukannya jauh sangat pun.
“Siapa tu?”
“Siapa, siapa?”
“Perempuan tadi tulah.”
“Kata tak perasan.”
Aa… kantoi! Aku jadi tersipu-sipu.
Dia sudah tersenyum simpul. “Sepupu aku. Dia nak kahwin hujung bulan ni. Nanti kita pergi kenduri dia sekali. Boleh?”
“Hmm…” Aku sudah hilang kata-kata. Sepupu?
“Bolehlah, bolehlah? Aku takde teman ni.”
Aku cuma mampu tersenyum mendengar pujuk rayunya itu.

***

Bulat mata Rafdi ketika datang menjemput aku. Kenapa? Pelik sangat agaknya melihat aku berbaju kurung. Iyalah kata nak pergi kenduri kahwin. Takkan nak pakai seluar tiga suku dengan T-shirt belang-belang yang biasa aku pakai tu. Bibir yang biasa pucat sengaja aku calit sedikit lipstik biar nampak perempuan sikit walaupun terasa canggung. Sebenarnya.
“Singgah rumah aku jap.”
“Buat apa?” Bukan dia memang datang dari rumah dia?
“Jom aa. Jumpa mak aku.” Rafdi kenyit mata.
Erk! Aku tersentap. Dia ni sengaja mengusik akukah? Tiba-tiba aku jadi kecut perut. “Seganlah.”
“Nak segan apa. Sekejap jer. Aku nak ambil kamera.”
“Aa.. guna kamera aku jelah.”
“Kamera kau tak berapa nak best. Lagipun, aku baru beli kamera tu. Tak sabar nak test power ni. Jom aa… kejap jer.”
Amboi, sedap mulut mengutuk kamera aku. Aku cepuk dengan kamera ni baru tau!
“Kejap jer.” Tanpa menunggu jawaban aku, dia membelokkan kereta masuk ke simpang menuju rumahnya.
Aisey! Aku mengeluh sebelum mengangguk lambat-lambat. Kalau aku menggeleng pun, aku masih kena singgah rumah dia juga.
“Mak, ni lah Timi.”
Aku senyum sebelum menghampiri emak Rafdi. Nak bersalaman.
“Yang kamu kata macam tomboy tu?”
Aku pandang Rafdi, pantas. Dia tersengih sambil buat muka tak bersalah.
“Takdelah rupa tomboy pun. Lawa jer berbaju kurung. Tapi…macam ada yang kurang.”
Erk? Aku pandang emak Rafdi yang bergegas bangun masuk ke dalam salah sebuah bilik yang ada. Seminit kemudian dia datang kembali dengan sesuatu.


Aku ternganga sekejap bila sehelai selendang diletak kemas dan elok kat atas kepala aku.
“Haa…  kalau pakai tudung lagi lawa. Baru boleh jadi menantu makcik,” katanya sambil membetulkan letak tudung tersebut di kepalaku.
Aku dah tersipu. Ke situlah pula emaknya si Rafdi ni. Rafdi yang kebetulan muncul dengan kameranya siap tunjuk ibu jari pada aku. Aduh!
“Timi, pandang sini.” Snap! Snap! Flash kamera menyilaukan mata aku. Nak mengelak dah  tak sempat.
“Ambillah dengan mak sekali.” Emak Rafdi mengambil tempat di sebelah aku sebelum memegang rapat bahu aku.
Aiseyman! Aku dah tak boleh lari mana. Mak dengan anak bujangnya itu sama jer, bersekongkol mengenakan aku.
“Senyumlah sikit nak oi. Susah nak bergambar dengan makcik ni.”
Amboi! Aku tersengih. Lawak juga mak dia ni.
“Timi, nak air tak?” tanya Rafdi.
Aku geleng. Sebenarnya lidah aku dah jadi kelu.
“Ni, Timi, Timi ni nama macam lelaki. Nama betul siapa?”
“Safiyyah Elisha, mak.” Anak dia pula yang menyahut.
“Mak tanya dia, bukan kamu.”
Aku tersengih cuma, malas nak masuk campur.
“Macam mana boleh sampai ke Timi pulak. Jauh bebenor.”
“Dia suka tengok cerita kartun kat tv tu mak. Cerita Timi tu…” Anak dia menjawab lagi soalan mak dia.
“Ooh… cerita yang mana?”
“Ala… mak tak tengok cerita tu… Jomlah Timi, dah lambat dah ni. Tak sempat nak tangkap gambar dengan pengantin kang.”
Aku mengangguk.
“Bila nak datang rumah mak lagi?”
Dia tanya aku ker? Takkanlah dia bertanya pada anak dia. Anak dia kan duduk sekali. “Aa…”
“Nanti Rafdi bawak dia lagi, mak.” Rafdi menjawab bagi pihak aku.
Aku mengangguk lagi. Mengiyakan saja kata-kata Rafdi.
“Senang-senang kahwin jer dengan anak mak ni.”
Aku telan air liur.
Rafdi sudah tersengih-sengih.  “Mak ni, cover-cover lah sikit kalau iyapun.”
Aku lihat emak dia sudah tergelak-gelak, buat aku rasa macam nak terjun jer ikut tingkap.
“Mak aku dah bagi green light tu.” Rafdi mengusik ketika kami menyusur jalan menuju ke kawasan parkir.
Aku jegilkan mataku.
“Timi, tengok aku sekejap.”
Aku yang berjalan ke hadapan sikit pusing menghadap Rafdi. Snap! Lagi? “Kau delete gambar aku tu.”
“Tak nak! Aku nak simpan gambar ni buat kenangan.”
Argh! Sudah! Nak berebut kamera tu dengan Rafdi? Boleh jer tapi emak dia masih lagi memerhatikan kami dari celah-celah cermin tingkap. Memerhati atau mengawasi? Mana-manapun aku tetap rasa cuak.   

***


Ice blended Mocha yang aku pesan tadi sudah tinggal separuh. Dah setengah jam aku duduk kat café dengan Rafdi. Katanya ada hal penting sangat nak bincang dengan aku. Tapi, dari tadi lagi dia macam tak tahu nak cakap apa. Terkulat-kulat sambil pandang aku dengan muka tak keruan. Ada buat salah dengan aku kah?
“Mak aku nak datang rumah engkau.”
“Kenapa?”
“Dia nak pinang engkau untuk aku.”
Tersembur ice blended yang aku kulum. Hah? Biar betul. “Agak-agaklah kalau nak bergurau pun.”
“Aku tak bergurau lah wei..”
“Huh!”
“Serius! Aku nak kahwin dengan kau.”
“Kau nak kahwin dengan aku?”
Dia mengangguk.
“Mak kau yang nak meminang aku atau kau memang nak kahwin dengan aku?”
Rafdi mengerdipkan mata.
Aku pula mengerdipkan mata. Hilang kata-kata.
What say you?
Drop the subject.” Sungguh aku tak tahu nak fikir apa. Fikiran jadi bercelaru tiba-tiba.
No I won’t.
I am not for you.”
“Tapi, aku rasa memang engkaulah orangnya.”
“Perempuan macam aku ni?” yang tak cukup syarat lagi untuk jadi isteri orang?
“Apa kurangnya engkau dengan perempuan lain.”
“Kau tak menyesal ker?”
“Kenapa nak menyesal?”
Aku mengeluh.
“Aku pun manusia biasa. Banyak kekurangan. Kita sama-sama memperbaiki diri. Aku rasa engkaulah orang yang paling sesuai. I can see my future with you.”
Paling sesuai? Bagaimana kalau lepas aku dan dia berkahwin, dia rasa aku tak sesuai untuk dirinya. Benda-benda macam ni bukannya seperti permainan komputer yang ada trial and error? Lepas tu bila jumpa jalan dan cara untuk mengatasinya, kita teruskan kalau tak berkesan kita ulang cari jalan lain sehingga berjaya. Inikan macam sekali jer seumur hidup. Aduh, sanggupkah aku ambil risiko? “Kau nak jumpa aku lagi, tak?”
Rafdi mengangguk.
“Tolong berhenti bercakap tentang benda ni.”
Rafdi terdiam dan kami jadi dua orang bisu selepas itu.

***

Ada sebuah kotak dibalut dengan kemas diletakkan di atas meja aku. Sekeping kad kecil dikepilkan padanya. Aku capai dan belek kad tersebut.
Saffiyah Elisha
Aku akan merindui kamu.
Tulisan tangan Rafdi yang comel buat aku tersenyum. Aku buka pembalut kotak pemberian Rafdi sebelum mengeluarkan isinya. Aku tersentak melihat hadiah tersebut. Sehelai tudung?
I am going.” Rafdi muncul dari belakang.
Where to?” aku agak terkejut.
“Japan.”
“Kenapa tiba-tiba?” Aku pandang wajah Rafdi. Ada rasa sedih hadir dalam hati. “Kau ambil hati pasal hal tempohari ker?”
Dia geleng. “Aku pergi sebab nak orang tu sedar hatinya itu letaknya di mana dan milik siapa. Untung-untung bila aku kembali dia masih ada di sini menanti aku.”
“Kau cakap aku ker?”
“Ada aku sebut nama kau?”
I am gonna miss you.” Jujur aku mengakui. Siapa lagi nak temankan aku makan tengahari. Siapa lagi yang akan mengganggu hujung-hujung minggu aku. Siapa lagi lawan aku bertekak nanti.
I am counting on it,” ujar Rafdi tersenyum simpul.
Counting on what?
My one year absent.” Rafdi mengenyitkan mata.

***

Setahun kemudian.
“Bila Rafdi nak sampai?” Kisha bertanya di hujung talian.
“Sepatutnya bila-bila masa sekarang ini,” balasku sambil memerhatikan skrin besar di tempat menunggu.
“Dia tahu ke kau nak datang ambil dia kat lapangan terbang?”
“Entahlah. Aku lupa aku ada mentioned tak kat dia dalam e-mel.” Selama setahun ini kami saling berhubung melalui e-mel. Masih berkawan macam biasa cuma jarang-jarang menyebut tentang hal yang satu itu.
“Eh, okeylah Kisha. Ada flight dah mendarat. Nanti aku call kau balik.”
Aku tercari-cari wajah Rafdi di kalangan penumpang yang baru keluar dari pesawat Air-Asia. Dia tidak jadi balik kah?
Aku menunggu lagi. Sudah lebih sejam aku berada di situ tapi wajah yang aku rindu itu masih belum muncul-muncul lagi. Aku lihat tarikh pada jam, kut-kutlah aku tersilap. Tapi, memang tarikh itu betul, tarikh penerbangan seperti yang dia khabarkan.
“Cik tumpang tanya?”
Cik pramugari yang bertugas di kaunter pertanyaan itu tersenyum mengangguk.
Flight dari Jepun dah sampai ke belum?”
“Dah lama sampai cik.”
Dah lama sampai? Habis tu kemana Rafdi menghilang?
Aku sudah putus asa dan hati mendadak berubah menjadi sebak. Dia tidak jadi pulang barangkali atau dia sudah mengambil keputusan untuk bermastautin di sana. Hasrat hati ingin menyambut kepulangannya tiba-tiba berkecai. Kalau turutkan hati ingin sahaja aku renggut tudung pemberiannya dari kepala aku. Sengaja aku pakai secara simbolik, tanda aku sudah bersedia. Simboliklah sangat!

***

Aku pandang bunga-bunga ros yang baru hendak berkembang. Beberapa ekor rama-rama sedang hinggap mengintai madu agaknya. Tiba-tiba telefon aku berdering.
“Elisha?”
“Hmmm..”
“Elisha kat mana?” suara mak kedengaran risau.
“Elisha kat taman.” Tengah melayan perasaan.
“Kenapa tak balik lagi?”
“Kejap lagi Elisha balik mak.” Aku tak menjawab soalan mak, takut air mata yang tadi sudah berhenti mengalir meleleh kembali.
“Balik cepat. Sekarang.”
“Kenapa mak?”
“Jangan banyak tanya. Balik jer.”
“Iyalah, kejap lagi Elisha sampai.” Aku baru nak layan rasa syahdu, dah kena balik pula.

***

Bila aku tiba di rumah, aku lihat beberapa buah kereta tidak dikenali diparkirkan di kawasan berhampiran. Nampaknya ada orang bertandang ke rumah.
Aku memberi salam, dan salam aku dijawab beramai-ramai. Aku lihat ada makcik-makcik yang datang. Sahlah. Ini mesti rakan-rakan persatuan mak. Aku mula bersalaman dengan setiap seorang yang hadir. Tiba-tiba, aku dipeluk erat oleh salah seorang daripada mereka.
“Anak mak. Alhamdulillah, bertudung dah anak mak ni.” Begitu kata makcik yang memeluk aku.
Aku pandang wajah makcik itu selepas pelukan dileraikan. “Makcik ada di sini?”
Tanpa menjawab soalan aku, pipi aku dicium bertalu-talu.
 “Rafdi?” Aku pandang keliling tapi tidak menemui wajah Rafdi di kalangan mereka. Ada sesuatu yang terjadi pada Rafdi ker? Aku mula merasa tidak sedap hati. Perlahan aku berlalu berlepas ke bilik sambil menahan air mata yang ingin tumpah. Apa sebenarnya? Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Pintu bilik aku tutup rapat. Air mata aku sudah mula membasahi pipi.
“Elisha?” Pintu bilik diketuk.
Aku menyeka air mata ketika mak aku menjenguk masuk.
“Elisha tahukah siapa yang datang.”
Aku mengangguk.
“Elisha tahulah mereka datang membawa berita?”
Air mata aku mengalir lagi. Mak memeluk aku.
“Elisha sudah bersedia?” Mak bertanya sambil tersenyum.  Ada rasa sendu di sebalik senyuman mak buat aku jadi tidak keruan.
“Anak mak, sudah bersedia.” Dia menghela nafas.
Aku tertanya-tanya. Bersedia apa ni mak? Menerima berita sedih ke mak? Aku pandang wajah mak.
Mak peluk aku lagi. “Mak tak marahkan Elisha sembunyikan perkara ni daripada mak.”
Aduh mak ni! Anak mak sedang bersedih ni.
Perlahan mak meraih jemari aku sebelum menyarungkan cincin belah rotan di jari manis. “Anak mak! Mak gembira sangat.”
Mak peluk aku sebelum mencium pipi. Aku pula masih terpinga-pinga!

***                                                             



Aku bersandar pada kereta Vios di samping Rafdi sambil memerhatikan laman rumah. Sepanjang masa itu, Rafdi rupa-rupanya menunggu di dalam kereta sementara ibu dan kaum kerabatnya menjalankan acara merisik. “Kenapa buat macam ni?”
            “Timi.” Dia berjeda seketika sebelum menyambung. “Dah lama tak sebut nama engkau.”
            Lain yang aku tanya lain yang dijawab. “Rafdi…”
            “Yer, sayang.”
Aku pandang wajah Rafdi yang kini ada kumis dan jambang nipis. Dia buat muka comel. Ada getar tiba-tiba muncul di sudut hati. Aku alihkan pandangan ke halaman rumah semula. Mak aku dan keluarga Rafdi sedang menjamu selera di anjung rumah. Nasib baik ada katering yang sanggup menerima tempahan express. Itupun sebab tuan punya katering tu kenalan baik ayah aku. Kalau tidak masak juga nak menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir tanpa isyarat dan amaran. Kalau lima-enam orang, gagah lagi. Kalau lebih lima belas orang? 
“Aku rindu, rindu sangat-sangat.” bisik Rafdi.
Sungguh aku berdebar mendengar bisikannya itu. Apatah lagi tatkala bertentang mata dengannya.
“Kenapa buat macam ni?” Suara aku hampir tidak kedengaran.
Dia menatap wajahku lembut. Secebis senyuman terukir di bibirnya. Hati aku bergetar lagi. Dan, patah-patah bicaranya yang seterusnya membuat aku jadi nanar.
“Kerana kamu, Safiyyah Elisha. Kerana aku tidak boleh berhenti mencintai kamu.”
Suasana jadi hening seketika. Aku tenung cincin yang tersarung di jari manis.

“Cantik kan?”
Aku mengangguk. “Pandai kau pilih.”
“Sesuai sangat dengan si pemakainya.”
Aku teleng kepala sambil tersenyum. Aduh, Rafdi sudah pandai menggoda. Atau aku yang sudah tergoda.
“Kau tau, aku asyik teringatkan kau sepanjang setahun aku di sana.”
Aku pun sama.
“Kau pun sama kan? Mesti teringatkan aku kan?”
Eh! Macam tau-tau je dia ni.
“Orang kata, kalau kita ingatkan orang tu- dia pun mesti ingat kat kita.”
Aku senyap. Benarkah begitu?
“Timi, kita kahwin minggu depan?”
“Hah?”
Rafdi tergelak besar melihat reaksi aku. “Cantik tudung.”
Nampaknya dia dah perasan.
“Aku kira maksudnya ..” Dia menatap mataku.
Aku membalas. Dia mencapai jemariku. Aku senyum.
“Terima kasih, Timi.” Ucapnya perlahan, lembut tapi menggetarkan naluriku.
Sama-sama Encik Rafdi. Aku tidak tahu sejak bila, tapi aku sedar kini aku sebenarnya sudah lama jatuh cinta padanya. Paling membahagiakan, aku tahu dia juga begitu. Aneh, kan?