Ahad, 8 September 2013

Officially Yours - part 8


Salam semua. Dah lewat malam. Akhirnya berjaya juga menyiapkan chapter OY yang seterusnya. Berat dah kepala ni menahan kantuk. Ngee.. See you all till next entry. Enjoy, this one 1st, ya.. love, xoxo - muah.


Tak sampai limit minit kenderaan yang dipandu Fariq Hatta bergerak, aku sudah terlelap. Sedar-sedar saja aku, kenderaan sudah pun berada di kawasan parkir hotel tempat kami menginap.
“Dah bangun pun awak, good morning.” Perli Fariq Hatta.
Isk! Senja baru sahaja menutup tirai. Dia ni memang sengaja menyakat aku.
Aku melangkah longlai menuju ke bilik. Memikirkan betapa aku tak ingin untuk menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Anjung Holdings Sdn Bhd. Aku nak pakai apa? Baju yang aku pakai pagi tadi? Argh!!!
“Yaya?” tegur Fariq Hatta ketika tiba di depan pintu bilik.
Huh? Aku menoleh. Terjungkit kening sambil menunjukkan wajah pasrah.
“Nah untuk awak. Wear this tonight.” Sebuah beg kertas dihulurkan.


Aku menjenguk isi beg kertas tersebut. Terkejut memang terkejut. Jejaka idaman berikan aku sepasang jubah denim dengan inner dress berwarna jingga untuk majlis malam ni. Waaa… Of-course hati aku kembang semacam. Panas! Panas! Tapi, aku cuba control. Tak maulah meledak rasa suka macam baru dapat bonus sepuluh bulan. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik. Bukan nak muntah tapi aku nak lepaskan gelak aku. Gelak suka! Hahaha! Gembira sangat aku sampai mengalir air mata. Hah kau!
Kring! Telefon? Segera aku mencapai gagang.
“Yaya?” suara Fariq Hatta di hujung talian.
“Ye, Encik Fariq.” Suara yang ceria aku berikan.
Dress tadi kena pulangkan balik lepas guna. So, please make sure to handle it with care.”
Huh? Aku baru jer nak berangan. Dia ni betul-betul bijak spoilkan hari aku. Kecil besar, kecil besar mata aku. Yee…
“Yaya?”
I will.” Sudahnya, aku letak gagang sebelum mendarat ke atas katil.


 ***.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan. Duduk tegak sambil memandang Fariq Hatta tanpa berkelip mata. Serius, memang dia kelihatan kacak sangat di mataku. Suit hitam dipadankan dengan tee warna putih. Ah! Sebenarnya, dia kan dah semulajadi kacak.
“Yaya?” Dua kali dia panggil nama aku, boleh aku tak sedar. Dia petik jari baru mata aku berkelip. Argh! Aku jadi tersipu-sipu. Malu sungguh rasanya tertangkap begitu.
“Awak kenapa? Tak perlulah nak nervous sangat.”
Mujurlah dia berfikir begitu. “Maaf.”
“Tak pernah hadir majlis macam ni ker?”
“Pernah, tapi tak pernahlah yang grand macam ni,” bagitahu aku jujur.
Dia mengangguk saja.
“Encik Fariq.” Aku mendekatkan diri aku sebelum berbicara separuh berbisik. “Nasib baik Encik Fariq bagi saya pinjam dress ni.”
Dia tertawa menampakkan barisan gigi yang bak mutiara tu. “Well, you can keep that dress if you want to.
Erk? “Betulkah Encik Fariq?”
No, I am just kidding. Jangan lupa pulangkan balik pada saya selepas hantar ke dry cleaning.”
Aku tarik muka. Tanya lagi! Haa..kan dah melepas.
“Ehem..ehem..”
Aku dan Fariq Hatta menoleh serentak ke arah si empunya suara.
Ammar. Tapi, dia bukan seorang. Ada seorang wanita cantik menemaninya.
My date for today. Perkenalkan my sister, Ameera.”
Patutlah seiras, fikir ku dalam hati.
“Fariq Hatta, you know her right?”
Wajah Fariq Hatta kelihatan berubah riak. Tanpa berlengah, wanita itu mengambil tempat di sebelah Fariq Hatta manakala Ammar duduk di sebelah aku.
Apparently, we will be sitting on the same table tonight.” Senyum Ammar semakin jelik aku lihat.
Erk! Parah! Parah! Bibir aku paksa untuk tersenyum. Ngee…
“Hi..” tegur aku pada wanita yang dikhabarkan Ammar sebagai adiknya.
“Hi.” Balas wanita itu macam nak tak nak sebelum mengalihkan perhatian pada Fariq Hatta. “Fariq.. lama I tak jumpa you.”
Isk! Kenapalah semua perempuan suka sangat menggedik dengan Fariq Hatta ni.
 “Fariq, jom temankan I ambil makanan.” Ameera sudah memaut lengan bos kesayangan aku.
Aku pandang Fariq Hatta. Jangan tinggalkan aku dengan Ammar. Please..
“Yasmin Hidayah, come. I’ll company you to get some food.” Fariq Hatta bersuara sambil dengan perlahan cuba melepaskan pautan Ameera pada lengannya.
Cepat-cepat aku bangun tanpa mempedulikan wanita yang sedang melotot marah memandang aku.
I’ll go with you.”Ammar pula bangun menawarkan diri.
Aku sudah jadi serba-salah. “Takpe, takpe. You go ahead. Saya tak lapar lagi.”
“Jom.. Fariq.” Wanita itu sudah menarik lengan Fariq Hatta.
Are you sure, Yasmin Hidayah?” tanya Fariq Hatta sekali lagi.
Angguk, walau pun aku tak rela. Punggung aku labuhkan semula. Aku jeling Ammar yang turut melakukan yang sama.
“Dah berapa lama Yasmin kerja dengan Fariq?”
Two years plus.”
How come I never see you before?
“Sebelum ni, saya bukan bekerja di bawah Encik Fariq.”
“Ooh.”
Aku pandang keliling sambil menggosok kedua-dua lengan. Kekok berdua-duaan dengan Ammar walaupun rasanya ada lebih seribu orang yang berada dalam majlis tersebut.
Kerusi dia dekatkan. “I have something to tell you.
Aku jarakkan diri sambil memandang Ammar dengan rasa cuak.
You look gorgeous tonight.” Sedikit sensual suara dia kedengaran. Matanya tak jemu-jemu menatap aku membuat aku menjadi rimas, yang amat.
“Encik Ammar, saya biasa-biasa jer lah.”
You ni terlalu merendah diri.”
“Hmm.. yelah. Terima kasih.”
I like you.
That doesn’t sound sincere to me. Tapi, aku mengangguk juga.
You tak lapar ke?”
Not really.” Padahal aku memang lapar. Metabolisme orang kurus macam aku.
“Diet ker?”
“Isk! Takdelah.”
At least, minumlah sedikit untuk mengisi perut.” Segelas air dihulurkan. Tapi, diletakkan semula bila tak ada respon dari aku.
Mata aku fokus ke depan. Sebenarnya, aku mencari kelibat Fariq Hatta. Baru sekejap hilang, dah rindu? Senyuman tiba-tiba tersungging di bibir.
“Teringatkan saya?” suara Ammar segera menyedarkan aku.
Aku pandang wajah Ammar. Rasa nak tergelak pun ada. Tak mungkinlah, Encik Ammar. Hati ini milik orang lain. Ngee..
“Nah, air untuk awak. Saya nak minta diri sekejap.” Dia menghulurkan gelas berisi air tadi.


Thanks,” ucapku sambil memerhatikan dia yang sedang beredar.
Air yang diberi aku teguk sekali. Maklumlah, perut tengah kosong. Mana Fariq Hatta? Aku bangun cuba mencari bos aku si kaki buli itu. Sambil-sambil itu bolehlah aku mendapatkan sesuatu untuk dijamah.
Tiba-tiba aku rasa kepala berat semacam. Kebetulan pula aku terlihat Fariq Hatta sedang berbual dengan Ammar di salah satu sudut terlindung dan terasing dari suasana hingar-bingar majlis yang sedang berlangsung.
I want her. I want Yasmin Hidayah!
Terkejut juga bila nama aku disebut-sebut.
“Ammar, you are a bit too much. She is my staff.” Suara Fariq Hatta kalau tak silap aku.
You want to jeopardize your career with a girl? Macamlah you tu noble sangat.”
Kalau aku berdaya ketika itu, memang aku sepak mulut Ammar itu biar lebam. Aku terdengar Fariq Hatta mendengus kasar.
 “The deal is on when she spend a night with me,” kata muktamad Ammar, pengurus projek yang mewakili Anjung Holdings Sdn Bhd.
Menggeletar seluruh tubuhku tatkala mendengarnya. Aku teguk air liur berkali-kali. Takkanlah Encik Fariq nak jual aku. Oh tidak! Aku tak rela. Seribu kali tak rela.
Kepala aku terasa semakin berat. Did he put something in my drink?
“Fariq..” suara yang keluar terasa seperti tidak kedengaran. Aku cuba buka mata aku. Tapi, kelopak mata terasa berat sangat.
“Boss!” jeritku sekuat yang boleh sebelum jatuh terjelepuk. Terasa lemah segala sendi. Apa yang terjadi kepada aku sebenarnya.
“Yaya?!” Fariq Hatta datang menerpa aku.
Aku betul-betul tidak berdaya untuk mengangkat tangan pun. Terasa seperti seluruh tubuh lumpuh tiba-tiba.
What have you done to her?” dia menoleh ke arah Ammar sebelum bangun dan mencekak tengkuk lelaki itu.
Kelopak mata yang semakin berat menyukarkan aku untuk melihat apa yang terjadi seterusnya. Apa yang aku tahu wajah terakhir aku lihat sebelum mata aku terpejam adalah wajah dia, Fariq Hatta. Ya Allah, selamatkan hambaMu yang daif ini dari sebarang kemungkaran.
            


5 comments:

Unknown berkata...

Eee...ammar tu buh ubt tido ke ape...

Tanpa Nama berkata...

Cepat2 up next n3... Cerita ni makin menarik.

eifa berkata...

jahatnya Ammar nih. Fariq, selamatkan laa Yaya.

iris berkata...

Sila sambung ye cik writer..tetiba ai dh terjatuh chinta kat sini plak..

Tanpa Nama berkata...

alorrhhhhhhhhh. tgh genting neh. tsk tsk tsk

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p