Assalam & morning my blog visitors. Selamat Hari Malaysia! Mood pagi-pagi - wishing you all ceria all day. hahaha..that's include me. Hari ini ada jemputan kahwin, so kena bertolak awal. Mesti sampai destinasi sebelum tengahari. So..before I go.. I leave you with OY- chapter 9. Love, xoxo - c u in the next entry(ies).
Lena betul aku tidur. Rasa macam Sleeping Beauty dalam kisah dongeng zaman
dulu kala. Alangkah baiknya kalau begitu. Tapi, yang benarnya kepala aku berat
sangat bagai dihempap dengan batu.
Ketika kelopak mata aku buka, aku
mendapati yang aku berada di atas sebuah katil bersaiz Queen. Masih berpakaian lengkap
dengan gaun yang dipinjamkan oleh Fariq Hatta. Syukur, maksudnya kehormatan aku
masih terjaga. Aku berharap begitu, In Sha Allah.
Aku pandang keliling. Pintu sliding dengan langsir berwarna
turquoise. Aku pandang pula cermin berbingkai yang betul-betul menghala katil
peraduan. Menelek wajah aku sendiri. Tudung masih lagi terletak elok di kepala.
Mekap aku yang dah cair buat wajah aku jadi comot. Serabainya, dengan badan
rasa melekit-lekit. Isk!
Mata aku meronda lagi. Memerhatikan
setiap sudut bilik. Aku perasan set perabot asas dari kayu jati yang jadi
pelengkap bilik. Bilik ini terlalu cantik untuk dijadikan bilik pesakit
mana-mana hospital. Aku juga pasti yang bilik ini tidak sama dengan bilik hotel
tempat aku menginap sehari sebelum ini. Jadi, aku putuskan yang aku sebenarnya
berada dalam salah sebuah bilik hotel lain atau penginapan jenis apartment.
Aku turun dari katil sedikit mamai,
sambil memikirkan bagaimana aku boleh berada di sini. Aku bertatih dengan
kepala yang pening menuju pintu bilik. Tombol aku pusingkan, sebelum daun pintu
aku tolak. Mata melilau lagi. Yup, apartment dua bilik seperti yang dijangka.
Ruang tamu bersaiz kecil, disekalikan dengan ruang dapur yang comel.
Auw! Aku hampir jatuh, terseradung
kaki sofa bed berwarna hijau lumut yang
menghias ruang tamu tersebut.
“Yaya?”
Mata aku membuntang bila dikejutkan oleh
suara Fariq Hatta yang tiba-tiba bangun. Macam Jake in the Box! Rupa-rupanya dia sedang
tidur di atas sofa bed yang aku langgar tadi. “Encik Fariq!”
“Awak dah okey ker?” telapak tangan
diletakkan pada dahi aku.
Pantas aku menepis. “Macam mana saya
boleh ada kat sini?”
“Awak tak ingat ker?” dia menguap
kemudian duduk semula di atas sofa. Lama dia berjeda.
“Encik Fariq?” hati aku tidak tahan
menanti begitu.
Dia pandang aku seraya tersenyum. “Last night..”
Ayat tergantung itu buat hati aku
dup dap dup dap. Berdebar tidak tentu arah.
“Awak ikut saya balik semalam.” Selamba
dia menuturkannya.
“Hah?!” tak mungkin! Tak mungkin aku
buat macam tu.
“You wanna know what happen
next?”
Aku teguk air liur dengan pandangan
yang berbalam-balam. Serius aku rasa macam hendak menangis sahaja ketika itu.
Mati-mati aku cuba mengingati apa yang telah berlaku selepas aku jatuh pengsan
semalam.
“Awak betul-betul tak ingat?”
senyuman nakal jelas terukir di bibir Fariq Hatta.
Urgh! Aku sudah jadi patung cendana
tercengang di depan dia.
“Along, kenapa usik akak comel tu
macam tu?” suara seorang gadis mengejutkan aku.
Fariq Hatta sudah pecah perut ketawa
melihat muka cuak aku. Berguling-guling dia di atas sofa, buat hati aku naik
jengkel melihatnya.
“Saya Aina, sepupu Along. Ini adik
saya Aiman.” Gadis yang baru masuk melalui pintu hadapan tadi memperkenalkan
diri.
Fariq Hatta yang masih dengan
tawanya sudah beredar masuk ke bilik yang satu lagi.
“Semalam Along telefon, minta kami
tidur sekali kat sini.” Plastik yang berisi tiga bungkus nasi lemak diletakkan
di atas meja makan sebelum duduk di atas sofa bersebelahan dengan aku.
Aiman yang aku kira berumur dalam
lingkungan sepuluh tahun segera mengambil alat kawalan jauh dan menekan butang.
Mahu mencari siaran menarik di kaca televisyen agaknya.
“Akak makanlah. Mesti akak lapar
kan? Semalam Along dah cerita pada kami apa yang dah berlaku.”
Ceritakan semua? Sedang aku masih
samar-samar tentang kejadian yang berlaku semalam tapi aku anggukkan sahaja
kepala. Buat masa ini, aku lebih memikirkan perut aku yang sedang bergendang.
Rasa macam tiga bungkus nasi lemak yang dibawa tak cukup untuk aku seorang.
“Along kalau datang sini, memang
akan singgah rumah kami dulu sebelum balik semula ke Kuala Lumpur,” bagitahu Aina sambil bangun menuju peti sejuk mini yang disediakan di salah satu sudut ruang
dapur lalu mengeluarkan sebotol air sejuk.
“Nasib baik Along sempat telefon.
Masa itu, kami, ayah dan ibu baru nak bertolak keluar.”
“Aina ek?” aku ingat-ingat lupa.
Dia mengangguk.
“Aina tak makan sama ker?”
“Bismillah, kak. Akak makanlah. Saya
dan Aiman dah makan kat gerai tadi.”
“Tadi, Aina kata family Aina nak keluar. Ke mana?”
“Kitorang nak ke Kuantan melawat kawan
baik ayah.”
Aku ke sinki membasuh tangan.
“Ayah dan ibu dah pergi dulu,
nampaknya Along lah yang kena hantar kami nanti.”
Aku terkedu. Tiba-tiba terasa diri
ini telah menyusahkan mereka sekeluarga.
“Iye ker? Akak minta maaf..” aku
duduk di meja makan mini, sesuai untuk keluarga bersaiz kecil sebab kerusinya
cuma ada empat buah.
“Ala.. benda nak jadi kak. Bukan
salah akak pun.” Aina sudah duduk bersebelahan menemankan aku.
Celoteh Aina seterusnya buat aku tak
sedar yang aku sudah menghabiskan dua bungkus nasi lemak. Kini aku sedang
meratah sisa-sisa bungkusan nasi lemak yang terakhir.
“Along punya mana?” Fariq Hatta
keluar dari bilik sambil mengelap rambutnya yang masih basah.
Mata aku tidak berkelip melihat
wajahnya yang segar.
“Aaa..” Aina pandang aku.
Mata Fariq Hatta turut sama
memandang aku.
Aku? Aku pandang bungkusan nasi
lemak yang sudah licin. Burpp! Aku kelipkan mata. Malu sebenarnya, sebab
terlupa akan si kaki buli. “Sorry?!”
Fariq Hatta sudah mendengus geram.
“Nasi lemak tu, favourite Along.” bisik Aina di
telingaku.
Fariq Hatta sudah bercekak pinggang.
“Awak!”
Huh? Kecut perut aku, sedikit.
“Pergi siap sekarang, temankan saya breakfast. Aina dan Aiman tunggu sini.”
“Hah? Tapi..” takkan aku nak pakai
baju yang sedang aku pakai sekarang ni?
“Beg awak saya dah kemas sebelum ke
sini. Tu..” dia mengunjuk beg aku yang terletak berhampiran dengan rak kasut.
Macam tahu-tahu apa yang sedang bermain di minda aku.
Jadi, semalam dia dah check out sekali dari hotel tempat kami
menginap sebelum ini. Begitu?
***
Gerai Kak Pah. Aku duduk berdepan dengan Fariq Hatta.
Sebenarnya yang terkenal kat gerai ni, nasi dagang. Tapi, Fariq Hatta
mengidamkan nasi lemak. So, nasi lemak it is.
Aku perhatikan Fariq Hatta yang
sedang enak menyuap nasi lemak. Dia buat endah tak endah saja dengan aku yang
sedang menongkat dagu. Yalah, dah biasa kut menjadi perhatian orang ramai.
Aku kalihkan pandangan meneliti
gerai yang menjadi tumpuan ramai itu. Istimewanya kat gerai ni, nasi lemak
disediakan dengan dengan “ikan aya” atau dikenali juga sebagai ikan tongkol. Nasi
lemak cara Terengganu, orang kata. Hmm… Khusyuk betul Fariq Hatta menjamu
selera. Tiba-tiba, aku rasa macam nak makan lagi.
“Makcik, nak satu.” ujarku pada
makcik yang sedang melayan pelanggan yang sedang beratur membeli sarapan.
Fariq Hatta pandang aku semacam.
“Tak padan dengan badan kecil.”
Aku buat muka kat dia. “Suka hati
akulah, ada aku kesah.”
“Alhamdulillah,” ucap Fariq Hatta
selepas menghabiskan teh suam yang dipesan. Wajah aku diperhatikan.
“Comel,” ucapnya sepatah.
“Siapa yang comel?” aku kerutkan
dahi.
“Budak belakang awak.”
Aku toleh ke belakang. Tak ada
sesiapa pun cuma ada seorang nenek. Nenek itu yang comel? Aku senyum kat nenek
tu sebelum kembali memandang Fariq Hatta yang sedang tergelak panjang.
“Perasan,” ejek Fariq Hatta.
Aku rasa macam nak tonyoh jer muka
dia yang handsome tu.
“Dah kenyang?”
Aku mengangguk.
“Awak bayar.”
“Hah?”
“Upah saya bawa awak jalan-jalan
semalam.”
Isk! Kedekut! Itupun nak kira ke?
Bukan aku yang ajak pun. Dia yang ajak. Huh! Aku keluarkan not RM10.00 sebelum
membayar harga makanan kami.
Fariq Hatta sudah menapak jauh ke
hadapan. Aku percepatkan langkah.
“Kita balik hari ini ker?” aku
bertanya bila sudah berada di sebelah.
“Awak nak stay lagi?” dia pandang tepat anak
mata aku.
Aku kalihkan pandangan. Orang tanya,
dia jawab dengan soalan pula.
“Boleh jer tapi...”
Langkah aku terhenti. “Saya nak
balik.”
“Of-course, right after we drop Aina
and Aiman.”
Aku mengangguk setuju.
“Are you okey? After what
happened to you last night.” pertanyaan yang dilontarkan Fariq Hatta buat aku terdiam
sejenak.
Semalam. Ammar? Tiba-tiba nama itu muncul
di minda. “Encik Ammar?”
“Awak boleh tanya pasal dia?” Fariq
Hatta menggelengkan kepala.
“Takdelah, saya dah ok. But, did he ..?”
“Ya, dia bubuh sleeping pills in
your drinks.”
Owhh…aku hilang kata-kata. Hati juga
jadi beku tiba-tiba.
“Luckily, it was not heavy
enough to endanger you. The doctor said, you’ll be up in few hours.”
“Err..” Aku diperiksa doktor?
“By the way, he got away
with it…”
Aku pandang wajah Fariq Hatta yang sedang
berjeda.
“.. on condition.”
Aku tarik nafas. “Selagi saya
selamat..” dan selagi maruah saya tidak tergadai, sambung aku dalam hati. Aku
bersyukur. Apa-apa pun yang membuatkan Ammar terlepas dari sebarang pertuduhan
atau tindakan sepatutnya mungkin keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Aku
berharap begitu.
“Talking about that…awak mengingatkan saya.”
“Tentang apa?”
“…yang awak masih berhutang dengan
saya.”
“Hutang apa pula?” main teka-teki
pula Fariq Hatta ni.
“Upah saya selamatkan awak.”
Aku teguk air liur. Kalau yang itu,
sampai mati pun aku tak mampu nak bayar Encik Fariq Hatta.
“I will claim that later.”
Adoyai, Fariq Hatta! Tolong tak
ikhlas rupanya! Aku menjerit dalam hati.
“I will. One fine day..” Cara dia menuturkannya,
kedengaran serius.
Aku? Serius Fariq Hatta buat aku
jadi kalut seketika. Argh!
2 comments:
Dik, n3 ini pendek sangat.
Hu hu :-(
Bila nak habis ek ? :-P
X sabar nk tau ending.
N3 jgn pendek sgt tau kak.
Rasa x puas nk baca.
-N-
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p