Ahad, 15 September 2013

Officially Yours - part 9

Assalam & morning my blog visitors. Selamat Hari Malaysia! Mood pagi-pagi - wishing you all ceria all day. hahaha..that's include me. Hari ini ada jemputan kahwin, so kena bertolak awal. Mesti sampai destinasi sebelum tengahari. So..before I go.. I leave you with OY- chapter 9. Love, xoxo - c u  in the next entry(ies).  


Lena betul aku tidur. Rasa macam Sleeping Beauty dalam kisah dongeng zaman dulu kala. Alangkah baiknya kalau begitu. Tapi, yang benarnya kepala aku berat sangat bagai dihempap dengan batu.   
Ketika kelopak mata aku buka, aku mendapati yang aku berada di atas sebuah katil bersaiz Queen. Masih berpakaian lengkap dengan gaun yang dipinjamkan oleh Fariq Hatta. Syukur, maksudnya kehormatan aku masih terjaga. Aku berharap begitu, In Sha Allah.  
Aku pandang keliling. Pintu sliding dengan langsir berwarna turquoise. Aku pandang pula cermin berbingkai yang betul-betul menghala katil peraduan. Menelek wajah aku sendiri. Tudung masih lagi terletak elok di kepala. Mekap aku yang dah cair buat wajah aku jadi comot. Serabainya, dengan badan rasa melekit-lekit. Isk! 
Mata aku meronda lagi. Memerhatikan setiap sudut bilik. Aku perasan set perabot asas dari kayu jati yang jadi pelengkap bilik. Bilik ini terlalu cantik untuk dijadikan bilik pesakit mana-mana hospital. Aku juga pasti yang bilik ini tidak sama dengan bilik hotel tempat aku menginap sehari sebelum ini. Jadi, aku putuskan yang aku sebenarnya berada dalam salah sebuah bilik hotel lain atau penginapan jenis apartment.
Aku turun dari katil sedikit mamai, sambil memikirkan bagaimana aku boleh berada di sini. Aku bertatih dengan kepala yang pening menuju pintu bilik. Tombol aku pusingkan, sebelum daun pintu aku tolak. Mata melilau lagi. Yup, apartment dua bilik seperti yang dijangka. Ruang tamu bersaiz kecil, disekalikan dengan ruang dapur yang comel.
Auw! Aku hampir jatuh, terseradung kaki sofa bed berwarna hijau lumut yang menghias ruang tamu tersebut.

“Yaya?”
Mata aku membuntang bila dikejutkan oleh suara Fariq Hatta yang tiba-tiba bangun. Macam Jake in the Box! Rupa-rupanya dia sedang tidur di atas sofa bed yang aku langgar tadi. “Encik Fariq!”
“Awak dah okey ker?” telapak tangan diletakkan pada dahi aku.
Pantas aku menepis. “Macam mana saya boleh ada kat sini?”
“Awak tak ingat ker?” dia menguap kemudian duduk semula di atas sofa. Lama dia berjeda.
“Encik Fariq?” hati aku tidak tahan menanti begitu.
Dia pandang aku seraya tersenyum. “Last night..”
Ayat tergantung itu buat hati aku dup dap dup dap. Berdebar tidak tentu arah.
“Awak ikut saya balik semalam.” Selamba dia menuturkannya.
“Hah?!” tak mungkin! Tak mungkin aku buat macam tu.
You wanna know what happen next?”
Aku teguk air liur dengan pandangan yang berbalam-balam. Serius aku rasa macam hendak menangis sahaja ketika itu. Mati-mati aku cuba mengingati apa yang telah berlaku selepas aku jatuh pengsan semalam.
“Awak betul-betul tak ingat?” senyuman nakal jelas terukir di bibir Fariq Hatta.
Urgh! Aku sudah jadi patung cendana tercengang di depan dia.   
“Along, kenapa usik akak comel tu macam tu?” suara seorang gadis mengejutkan aku.
Fariq Hatta sudah pecah perut ketawa melihat muka cuak aku. Berguling-guling dia di atas sofa, buat hati aku naik jengkel melihatnya.
“Saya Aina, sepupu Along. Ini adik saya Aiman.” Gadis yang baru masuk melalui pintu hadapan tadi memperkenalkan diri.
Fariq Hatta yang masih dengan tawanya sudah beredar masuk ke bilik yang satu lagi.
“Semalam Along telefon, minta kami tidur sekali kat sini.” Plastik yang berisi tiga bungkus nasi lemak diletakkan di atas meja makan sebelum duduk di atas sofa bersebelahan dengan aku.
Aiman yang aku kira berumur dalam lingkungan sepuluh tahun segera mengambil alat kawalan jauh dan menekan butang. Mahu mencari siaran menarik di kaca televisyen agaknya.
“Akak makanlah. Mesti akak lapar kan? Semalam Along dah cerita pada kami apa yang dah berlaku.”
Ceritakan semua? Sedang aku masih samar-samar tentang kejadian yang berlaku semalam tapi aku anggukkan sahaja kepala. Buat masa ini, aku lebih memikirkan perut aku yang sedang bergendang. Rasa macam tiga bungkus nasi lemak yang dibawa tak cukup untuk aku seorang.
“Along kalau datang sini, memang akan singgah rumah kami dulu sebelum balik semula ke Kuala Lumpur,” bagitahu Aina sambil bangun menuju peti sejuk mini yang disediakan di salah satu sudut ruang dapur lalu mengeluarkan sebotol air sejuk.
“Nasib baik Along sempat telefon. Masa itu, kami, ayah dan ibu baru nak bertolak keluar.”
“Aina ek?” aku ingat-ingat lupa.
Dia mengangguk.
“Aina tak makan sama ker?”
“Bismillah, kak. Akak makanlah. Saya dan Aiman dah makan kat gerai tadi.”
“Tadi, Aina kata family Aina nak keluar. Ke mana?”
“Kitorang nak ke Kuantan melawat kawan baik ayah.”
Aku ke sinki membasuh tangan.
“Ayah dan ibu dah pergi dulu, nampaknya Along lah yang kena hantar kami nanti.”
Aku terkedu. Tiba-tiba terasa diri ini telah menyusahkan mereka sekeluarga.
“Iye ker? Akak minta maaf..” aku duduk di meja makan mini, sesuai untuk keluarga bersaiz kecil sebab kerusinya cuma ada empat buah.
“Ala.. benda nak jadi kak. Bukan salah akak pun.” Aina sudah duduk bersebelahan menemankan aku.
Celoteh Aina seterusnya buat aku tak sedar yang aku sudah menghabiskan dua bungkus nasi lemak. Kini aku sedang meratah sisa-sisa bungkusan nasi lemak yang terakhir.
“Along punya mana?” Fariq Hatta keluar dari bilik sambil mengelap rambutnya yang masih basah.
Mata aku tidak berkelip melihat wajahnya yang segar.
“Aaa..” Aina pandang aku.
Mata Fariq Hatta turut sama memandang aku.
Aku? Aku pandang bungkusan nasi lemak yang sudah licin. Burpp! Aku kelipkan mata. Malu sebenarnya, sebab terlupa akan si kaki buli. “Sorry?!”
Fariq Hatta sudah mendengus geram.
“Nasi lemak tu, favourite Along.” bisik Aina di telingaku.  
Fariq Hatta sudah bercekak pinggang. “Awak!”
Huh? Kecut perut aku, sedikit.
“Pergi siap sekarang, temankan saya breakfast. Aina dan Aiman tunggu sini.”
“Hah? Tapi..” takkan aku nak pakai baju yang sedang aku pakai sekarang ni?
“Beg awak saya dah kemas sebelum ke sini. Tu..” dia mengunjuk beg aku yang terletak berhampiran dengan rak kasut. Macam tahu-tahu apa yang sedang bermain di minda aku.
Jadi, semalam dia dah check out sekali dari hotel tempat kami menginap sebelum ini. Begitu?

***

Gerai Kak Pah. Aku duduk berdepan dengan Fariq Hatta. Sebenarnya yang terkenal kat gerai ni, nasi dagang. Tapi, Fariq Hatta mengidamkan nasi lemak. So, nasi lemak it is.
Aku perhatikan Fariq Hatta yang sedang enak menyuap nasi lemak. Dia buat endah tak endah saja dengan aku yang sedang menongkat dagu. Yalah, dah biasa kut menjadi perhatian orang ramai.
Aku kalihkan pandangan meneliti gerai yang menjadi tumpuan ramai itu. Istimewanya kat gerai ni, nasi lemak disediakan dengan dengan “ikan aya” atau dikenali juga sebagai ikan tongkol. Nasi lemak cara Terengganu, orang kata. Hmm… Khusyuk betul Fariq Hatta menjamu selera. Tiba-tiba, aku rasa macam nak makan lagi.

“Makcik, nak satu.” ujarku pada makcik yang sedang melayan pelanggan yang sedang beratur membeli sarapan.
Fariq Hatta pandang aku semacam. “Tak padan dengan badan kecil.”
Aku buat muka kat dia. “Suka hati akulah, ada aku kesah.”
“Alhamdulillah,” ucap Fariq Hatta selepas menghabiskan teh suam yang dipesan. Wajah aku diperhatikan.
“Comel,” ucapnya sepatah.
“Siapa yang comel?” aku kerutkan dahi.
“Budak belakang awak.”
Aku toleh ke belakang. Tak ada sesiapa pun cuma ada seorang nenek. Nenek itu yang comel? Aku senyum kat nenek tu sebelum kembali memandang Fariq Hatta yang sedang tergelak panjang.
“Perasan,” ejek Fariq Hatta.
Aku rasa macam nak tonyoh jer muka dia yang handsome tu.
“Dah kenyang?”
Aku mengangguk.
“Awak bayar.”
“Hah?”
“Upah saya bawa awak jalan-jalan semalam.”
Isk! Kedekut! Itupun nak kira ke? Bukan aku yang ajak pun. Dia yang ajak. Huh! Aku keluarkan not RM10.00 sebelum membayar harga makanan kami.
Fariq Hatta sudah menapak jauh ke hadapan. Aku percepatkan langkah.
“Kita balik hari ini ker?” aku bertanya bila sudah berada di sebelah.
“Awak nak stay lagi?” dia pandang tepat anak mata aku.
Aku kalihkan pandangan. Orang tanya, dia jawab dengan soalan pula.
“Boleh jer tapi...”
Langkah aku terhenti. “Saya nak balik.”
Of-course, right after we drop Aina and Aiman.
Aku mengangguk setuju.
Are you okey? After what happened to you last night.” pertanyaan yang dilontarkan Fariq Hatta buat aku terdiam sejenak.
Semalam. Ammar? Tiba-tiba nama itu muncul di minda. “Encik Ammar?”
“Awak boleh tanya pasal dia?” Fariq Hatta menggelengkan kepala.
“Takdelah, saya dah ok. But, did he ..?
“Ya, dia bubuh sleeping pills in your drinks.”
Owhh…aku hilang kata-kata. Hati juga jadi beku tiba-tiba.
Luckily, it was not heavy enough to endanger you. The doctor said, you’ll be up in few hours.
“Err..” Aku diperiksa doktor?
By the way, he got away with it…”
Aku pandang wajah Fariq Hatta yang sedang berjeda.
“.. on condition.
Aku tarik nafas. “Selagi saya selamat..” dan selagi maruah saya tidak tergadai, sambung aku dalam hati. Aku bersyukur. Apa-apa pun yang membuatkan Ammar terlepas dari sebarang pertuduhan atau tindakan sepatutnya mungkin keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Aku berharap begitu.  
Talking about that…awak mengingatkan saya.”
“Tentang apa?”
“…yang awak masih berhutang dengan saya.”
“Hutang apa pula?” main teka-teki pula Fariq Hatta ni.
“Upah saya selamatkan awak.”
Aku teguk air liur. Kalau yang itu, sampai mati pun aku tak mampu nak bayar Encik Fariq Hatta.
I will claim that later.
Adoyai, Fariq Hatta! Tolong tak ikhlas rupanya! Aku menjerit dalam hati.
I will. One fine day..” Cara dia menuturkannya, kedengaran serius.
Aku? Serius Fariq Hatta buat aku jadi kalut seketika. Argh!




2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dik, n3 ini pendek sangat.

Tanpa Nama berkata...

Hu hu :-(
Bila nak habis ek ? :-P
X sabar nk tau ending.
N3 jgn pendek sgt tau kak.
Rasa x puas nk baca.

-N-

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p