Salam semua. Dah lewat malam. Akhirnya berjaya juga menyiapkan chapter OY yang seterusnya. Berat dah kepala ni menahan kantuk. Ngee.. See you all till next entry. Enjoy, this one 1st, ya.. love, xoxo - muah.
Tak sampai limit minit kenderaan yang dipandu Fariq
Hatta bergerak, aku sudah terlelap. Sedar-sedar saja aku, kenderaan sudah pun
berada di kawasan parkir hotel tempat kami menginap.
“Dah bangun pun
awak, good morning.” Perli Fariq Hatta.
Isk! Senja baru
sahaja menutup tirai. Dia ni memang sengaja menyakat aku.
Aku melangkah
longlai menuju ke bilik. Memikirkan betapa aku tak ingin untuk menghadiri
majlis makan malam yang dianjurkan oleh Anjung Holdings Sdn Bhd. Aku nak pakai
apa? Baju yang aku pakai pagi tadi? Argh!!!
“Yaya?” tegur
Fariq Hatta ketika tiba di depan pintu bilik.
Huh? Aku
menoleh. Terjungkit kening sambil menunjukkan wajah pasrah.
“Nah untuk
awak. Wear this tonight.” Sebuah beg
kertas dihulurkan.
Aku menjenguk
isi beg kertas tersebut. Terkejut memang terkejut. Jejaka idaman berikan aku
sepasang jubah denim dengan inner dress berwarna jingga untuk majlis malam ni.
Waaa… Of-course hati aku kembang semacam. Panas!
Panas! Tapi, aku cuba control. Tak maulah meledak rasa suka
macam baru dapat bonus sepuluh bulan. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik. Bukan
nak muntah tapi aku nak lepaskan gelak aku. Gelak suka! Hahaha! Gembira sangat
aku sampai mengalir air mata. Hah kau!
Kring! Telefon?
Segera aku mencapai gagang.
“Yaya?” suara
Fariq Hatta di hujung talian.
“Ye, Encik
Fariq.” Suara yang ceria aku berikan.
“Dress tadi kena
pulangkan balik lepas guna. So, please make sure to handle it with care.”
Huh? Aku baru
jer nak berangan. Dia ni betul-betul bijak spoilkan hari aku.
Kecil besar, kecil besar mata aku. Yee…
“Yaya?”
“I
will.” Sudahnya, aku letak gagang sebelum mendarat ke atas katil.
***.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang
disediakan. Duduk tegak sambil memandang Fariq Hatta tanpa berkelip mata. Serius,
memang dia kelihatan kacak sangat di mataku. Suit hitam dipadankan dengan tee
warna putih. Ah! Sebenarnya, dia kan dah semulajadi kacak.
“Yaya?” Dua
kali dia panggil nama aku, boleh aku tak sedar. Dia petik jari baru mata aku
berkelip. Argh! Aku jadi tersipu-sipu. Malu sungguh rasanya tertangkap begitu.
“Awak kenapa? Tak
perlulah nak nervous sangat.”
Mujurlah dia
berfikir begitu. “Maaf.”
“Tak pernah
hadir majlis macam ni ker?”
“Pernah, tapi
tak pernahlah yang grand macam ni,” bagitahu aku jujur.
Dia mengangguk
saja.
“Encik Fariq.”
Aku mendekatkan diri aku sebelum berbicara separuh berbisik. “Nasib baik Encik
Fariq bagi saya pinjam dress ni.”
Dia tertawa
menampakkan barisan gigi yang bak mutiara tu. “Well,
you can keep that dress if you want to.”
Erk? “Betulkah
Encik Fariq?”
“No, I
am just kidding. Jangan lupa pulangkan balik pada saya selepas hantar
ke dry cleaning.”
Aku tarik muka.
Tanya lagi! Haa..kan dah melepas.
“Ehem..ehem..”
Aku dan Fariq
Hatta menoleh serentak ke arah si empunya suara.
Ammar. Tapi,
dia bukan seorang. Ada seorang wanita cantik menemaninya.
“My date
for today. Perkenalkan my sister, Ameera.”
Patutlah seiras,
fikir ku dalam hati.
“Fariq Hatta, you
know her right?”
Wajah Fariq
Hatta kelihatan berubah riak. Tanpa berlengah, wanita itu mengambil tempat di
sebelah Fariq Hatta manakala Ammar duduk di sebelah aku.
“Apparently,
we will be sitting on the same table tonight.” Senyum Ammar
semakin jelik aku lihat.
Erk! Parah!
Parah! Bibir aku paksa untuk tersenyum. Ngee…
“Hi..” tegur
aku pada wanita yang dikhabarkan Ammar sebagai adiknya.
“Hi.” Balas
wanita itu macam nak tak nak sebelum mengalihkan perhatian pada Fariq Hatta. “Fariq..
lama I tak jumpa you.”
Isk! Kenapalah
semua perempuan suka sangat menggedik dengan Fariq Hatta ni.
“Fariq, jom temankan I ambil makanan.” Ameera
sudah memaut lengan bos kesayangan aku.
Aku pandang
Fariq Hatta. Jangan tinggalkan aku dengan Ammar. Please..
“Yasmin
Hidayah, come. I’ll company you to get some food.” Fariq Hatta
bersuara sambil dengan perlahan cuba melepaskan pautan Ameera pada lengannya.
Cepat-cepat aku
bangun tanpa mempedulikan wanita yang sedang melotot marah memandang aku.
“I’ll
go with you.”Ammar pula bangun menawarkan diri.
Aku sudah jadi
serba-salah. “Takpe, takpe. You go ahead. Saya tak
lapar lagi.”
“Jom.. Fariq.”
Wanita itu sudah menarik lengan Fariq Hatta.
“Are
you sure, Yasmin Hidayah?” tanya Fariq Hatta sekali lagi.
Angguk, walau
pun aku tak rela. Punggung aku labuhkan semula. Aku jeling Ammar yang turut
melakukan yang sama.
“Dah berapa
lama Yasmin kerja dengan Fariq?”
“Two
years plus.”
“How
come I never see you before?”
“Sebelum ni,
saya bukan bekerja di bawah Encik Fariq.”
“Ooh.”
Aku pandang
keliling sambil menggosok kedua-dua lengan. Kekok berdua-duaan dengan Ammar
walaupun rasanya ada lebih seribu orang yang berada dalam majlis tersebut.
Kerusi dia
dekatkan. “I have something to tell you.”
Aku jarakkan
diri sambil memandang Ammar dengan rasa cuak.
“You
look gorgeous tonight.” Sedikit sensual suara dia kedengaran. Matanya tak
jemu-jemu menatap aku membuat aku menjadi rimas, yang amat.
“Encik Ammar,
saya biasa-biasa jer lah.”
“You ni terlalu
merendah diri.”
“Hmm.. yelah.
Terima kasih.”
“I like
you.”
That
doesn’t sound sincere to me. Tapi, aku mengangguk juga.
“You tak lapar ke?”
“Not
really.” Padahal aku memang lapar. Metabolisme orang kurus macam
aku.
“Diet ker?”
“Isk!
Takdelah.”
“At
least, minumlah sedikit untuk mengisi perut.” Segelas air
dihulurkan. Tapi, diletakkan semula bila tak ada respon dari aku.
Mata aku fokus
ke depan. Sebenarnya, aku mencari kelibat Fariq Hatta. Baru sekejap hilang, dah
rindu? Senyuman tiba-tiba tersungging di bibir.
“Teringatkan
saya?” suara Ammar segera menyedarkan aku.
Aku pandang
wajah Ammar. Rasa nak tergelak pun ada. Tak mungkinlah, Encik Ammar. Hati ini
milik orang lain. Ngee..
“Nah, air untuk
awak. Saya nak minta diri sekejap.” Dia menghulurkan gelas berisi air tadi.
“Thanks,” ucapku
sambil memerhatikan dia yang sedang beredar.
Air yang diberi
aku teguk sekali. Maklumlah, perut tengah kosong. Mana Fariq Hatta? Aku bangun
cuba mencari bos aku si kaki buli itu. Sambil-sambil itu bolehlah aku mendapatkan
sesuatu untuk dijamah.
Tiba-tiba aku
rasa kepala berat semacam. Kebetulan pula aku terlihat Fariq Hatta sedang
berbual dengan Ammar di salah satu sudut terlindung dan terasing dari suasana
hingar-bingar majlis yang sedang berlangsung.
“I want
her. I want Yasmin Hidayah!”
Terkejut juga
bila nama aku disebut-sebut.
“Ammar, you
are a bit too much. She is my staff.” Suara Fariq Hatta kalau tak silap
aku.
“You
want to jeopardize your career with a girl? Macamlah you tu noble sangat.”
Kalau aku
berdaya ketika itu, memang aku sepak mulut Ammar itu biar lebam. Aku terdengar
Fariq Hatta mendengus kasar.
“The deal is on when she
spend a night with me,” kata muktamad Ammar, pengurus projek yang mewakili
Anjung Holdings Sdn Bhd.
Menggeletar
seluruh tubuhku tatkala mendengarnya. Aku teguk air liur berkali-kali. Takkanlah
Encik Fariq nak jual aku. Oh tidak! Aku tak rela. Seribu kali tak rela.
Kepala aku
terasa semakin berat. Did he put something in my drink?
“Fariq..” suara
yang keluar terasa seperti tidak kedengaran. Aku cuba buka mata aku. Tapi,
kelopak mata terasa berat sangat.
“Boss!” jeritku
sekuat yang boleh sebelum jatuh terjelepuk. Terasa lemah segala sendi. Apa yang
terjadi kepada aku sebenarnya.
“Yaya?!” Fariq
Hatta datang menerpa aku.
Aku betul-betul
tidak berdaya untuk mengangkat tangan pun. Terasa seperti seluruh tubuh lumpuh
tiba-tiba.
“What
have you done to her?” dia menoleh ke arah Ammar sebelum bangun dan mencekak
tengkuk lelaki itu.
Kelopak mata
yang semakin berat menyukarkan aku untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.
Apa yang aku tahu wajah terakhir aku lihat sebelum mata aku terpejam adalah
wajah dia, Fariq Hatta. Ya Allah, selamatkan hambaMu yang daif ini dari
sebarang kemungkaran.
5 comments:
Eee...ammar tu buh ubt tido ke ape...
Cepat2 up next n3... Cerita ni makin menarik.
jahatnya Ammar nih. Fariq, selamatkan laa Yaya.
Sila sambung ye cik writer..tetiba ai dh terjatuh chinta kat sini plak..
alorrhhhhhhhhh. tgh genting neh. tsk tsk tsk
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p