Ahad, 1 September 2013

Officially Yours - part 6

Salam dan selamat menyambut Hari Merdeka semua. I am just happy that I am able to finish the next chapter. Walaupun sibuk terjah rumah orang kahwin dan last minute open house jiran-jiran & kengkawan. Gigih ni! Hahaha...anyway, hope u olls enjoy this chapter. Happy reading, see you in the next entry. Be patient a bit with me ya.. love, xoxo



Aku tarik luggage aku sambil jalan beriringan dengan Fariq Hatta. Tiba-tiba terasa seperti pasangan suami isteri yang sedang berbulan madu. Geez! Serius Yasmin Hidayah? Aku pandang wajah Fariq Hatta yang sedang menekan butang lif. Dia pandang aku.
What?
Aku geleng. Segera memadamkan imaginasi mengarut yang datang bertandang sebentar tadi.
“Mana pula bellboy hotel ni?” Itu yang keluar dari mulut aku. Selalu ‘kan ada pekerja hotel yang membawa barang-barang milik penginap ke bilik mereka.
Maybe, because it’s already past midnight.
Sebenarnya aku tahu, aku saja bertanya. Aku pandang lagi Fariq Hatta pada pantulan dinding lif. Mata kami bertembung. Rupa-rupanya dia juga sedang menilik aku. Berderau darah aku. Aku berdehem sebelum pura-pura memandang nombor aras yang terpapar pada papan skrin yang terletak di atas pintu lif.
Ting! Pintu lif terbuka. Fariq Hatta berjalan di hadapan, aku menurut saja langkahnya dengan minda di awang-awangan.
Screech! Boleh pula dia berpusing dan berhenti secara tiba-tiba. Kat tengah laluan pula tu. Aku yang berada di belakang tanpa sengaja melanggar badannya. Kedua-dua telapak tangan aku spontan melekat pada dadanya. Aku menarik tangan aku kembali, pantas. Rasa macam terkena renjatan elektrik.
Sorry!
Sekeping kad diunjurkan pada aku. “Good night neighbour. Jangan lupa kejutkan I tomorrow morning.
Dia menarik kembali kad itu ketika aku menghulurkan tangan untuk menyambutnya. “I wish I can stay with you… but I am too tired.
Bulat mata aku mendengarnya. Memang aku tidak terkata apa. Isk! Dia mengenyitkan mata sambil menghadiahkan aku sebuah senyuman nakal. Kemudian berlalu pergi meninggalkan aku dengan hati yang sebal. Dia ingat aku apa?

Kad yang berupa kunci bilik itu aku imbas pada papannya. Pintu terbuka. Syukur! Aku pandang Kak Su yang sedang tidur nyenyak. Dah sah-sah Kak Su sudah selamat berlayar ke pulau mimpi.
Jam 2.30 pagi. Aku letak beg aku kat tepi katil. Tak larat nak mengemas sekarang. Aku baringkan badan yang lesu. Mata terpejam celik mengukur siling. Teringatkan senyuman Fariq Hatta tadi. Teringat juga akan kata-katanya. Yee.. Geram sangat dengan ayat yang keluar dari mulut dia. Argh! Aku tutup muka aku dengan bantal. Benci! Benci dia seribu kali!

***

Bunyi air menyapa gegendang telinga dan angin berhembus lembut buat aku menarik selimut lebih rapat ke tubuhku. Sejuk! Burr…
Binder diselak membuatkan cahaya mentari yang baru muncul menerobos masuk dan menyebarkan sinarnya ke segenap ruang bilik. Aku yang mengerekot tidur macam anak kucing turut sama terkena tempiasnya.
“Yaya, bangun. Nanti terlepas Subuh.” Suara Kak Su yang baru lepas mandi menerjah pendengaran.
Aku bangun dari baring sambil duduk bersila atas katil. Mata masih terpejam. Aduh, macam tak puas tidur. Aku celikkan mata dan lihat jam. Pukul enam suku. Mengantuknya!
Kak Su campakkan tuala kat aku. Aku buat muka kasihan kat Kak Su. Tolonglah Kak Su. Yaya penat lagi. Kak Su geleng kepala, ditariknya tangan aku lalu disorongkan aku ke bilik mandi.
“Ada heater lah Yaya.”
Argh! Kenapalah aku boleh terjebak dengan projek ni.
Kak Su dah usai solat Subuh bila aku keluar dari bilik air. Kak Su ni, ada pendingin hawa pun, pintu balkoni masih mahu dibuka.
Aku selongkar beg mencari telekung dan kain sejadah. Kemudian cepat-cepat tunaikan solat Subuh.
Sebaik sahaja aku habiskan doa, Kak Su bersuara. “Tolong kejutkan Encik Fariq.”
“Hah? Kenapa Yaya?”
“Tanyalah Encik Fariq, dia yang mahukan begitu.”
“Isk!”
“Cepat-cepat, meeting tu bermula jam 9.00 tepat. Kita kena bertolak dari sini paling lewat pun pukul 8 pagi.” Gesa Kak Su.
Kak Su ni! Aku buat muka lagi.
Kak Su angkat kening sambil pandang aku.
Segera aku duduk di birai katil dan mula mendail nombor bilik bersebelahan. Dua kali berdering tapi tak dijawab. Kali ketiga aku dail, telefon diangkat dan kedengaran suara berkata hello di hujung talian. Bukan suara Fariq Hatta.
“Hello? Siapa ni?” sekali lagi suara itu menyapa.
Urgh! Aku teguk air liur dan terus meletak gagang. Perempuan mana pula ni? Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar dan mengetuk pintu bilik Fariq Hatta. Aku tak peduli. Dia nak aku kejutkan dia kan?


Tuk! Tuk! Tuk! Macam nak roboh pintu bilik itu aku kerjakan. Aku ketuk sekali lagi. Pintu dikuakkan dari dalam.
“Kenapa ni?” Fariq Hatta membuka pintu dengan hanya bertuala dan rambut yang basah.
Pfft? Segera aku mengalihkan pandangan. “Kenapa tak jawab phone?”
“Tak berbunyi pun,” balas Fariq Hatta sambil mengerutkan dahi.
Aku cuba mengintai ke dalam. Kut-kutlah perempuan yang menjawab tadi ada di dalam. Fariq Hatta meletakkan sebelah tangan pada tiang pintu dan sebelah lagi di pinggang.
“Cari apa? Nak masuk ker?” dia memandang aku atas bawah. Agaknya terpegun melihat aku yang masih bertelekung. Dia bukakan daun pintu seluasnya.
Tiada siapa? Aku salah dail nombor? Mataku jatuh pada nombor bilik yang terpapar pada daun pintu. 4257? Bukan 4527? Argh! Aku tepuk dahi.
Sorry, ingatkan Encik Fariq tak bangun lagi. Itu yang datang kejutkan tu. Ngee..”
Well, since awak dah datang. Tunggu kejap.”
Aku sudah mengerutkan dahi. Ada apa ya?
“Nah.”
“Apa ni, Encik Fariq?”
“Tolong seterikakan kemeja dan seluar ini untuk saya. Saya nak pakai hari ini.”
“Hah?” dia ingat aku bibik dia ker?
“Cepat! Awak nak seterika kat sini ker kat bilik awak?”
Hish! Kening aku bertaut. Tak guna punya bos! Aku ambil pakaian tersebut dan terus berlalu masuk ke bilik.
“Saya tunggu tau!” laung Fariq Hatta sebelum menutup pintu.
Hiish! Aku ketap bibir ketika daun pintu bilik aku tutup rapat. Kak Su pandang aku penuh tanda tanya.
“Apa tu?”
“Baju bos akak lah.”
Kak Su sudah gelak memanjang.
Seminit kemudian, telefon berdering. Kak Su yang mengangkatnya sementara aku terkial-kial membetulkan meja seterika. Kak Su hulurkan telefon buat dahi aku berkerut seribu. Gagang aku tekap ke telinga.
“Salam.”
“Baju saya dah siap ke Yaya?”
“Encik Fariq, saya kan baru jer masuk. Tak sampai pun seminit lagi.”
“Lima minit.”
“Yee.. yelah!” Aku membentak geram sebelum menghempas gagang tersebut.
Kak Su cuma menggelengkan kepala.
Aku tarik nafas. Mana nak siapkan dulu? Baju aku, baju dia? Jam dinding aku kerling, lagi sepuluh minit sebelum pukul 7. Argh! Aku raup wajah aku.
“Kak Su, turun ke lobby dulu. Nak settle few things. Ada apa-apa call handphone Kak Su. Kalau tak ada apa-apa kita jumpa masa breakfast nanti. 7.30 tau. ” pesan Kak Su.
“Ok. Kak Su,” dan aku pun mula melaksanakan misi pertama. Menyediakan pakaian Fariq Hatta.
Dua minit kemudian, telefon berdering lagi. Kepala aku dah berserabut. Siapa pula? Gerutu aku dalam hati. Nak cepat ni. “Hello?”
“Garangnya. First telephone etiquette lesson, smile even though the caller did not see you face to face.
Huh! Etika apa bendanya. Aku bukan kerja kat call-centre. “Encik Fariq nak apa?”
Control suara awak tu, it’s still sound harsh.
Aku tarik nafas dan cuba bersuara lembut. “Encik Fariq, Encik Fariq nak apa?”
Much better. Yaya, Yaya dah siap belum?”
“Encik Fariq... Kalau selang seminit-dua Encik Fariq call saya, bila kerja saya nak siap?” Aku letak gagang telefon semula sebelum sempat dia menjawab. Geram betul aku. Aku seterika baju ni sampai hangus, baru tahu!
Done! Akhirnya aku berjaya siapkan sebelum waktu sarapan pagi. Pakaian Fariq Hatta yang sudah siap aku seterika aku gantung kat penyangkut baju dan bawa keluar dari bilik.

Aku tekan loceng. Bila Fariq Hatta buka pintu, mulut aku ternganga.
“Yaya? Kenapa awak tak siap lagi?” senyuman nakal dia berikan. Fariq Hatta sudahpun bersiap, dengan pakaian lain.
Aku pejamkan mata menahan geram. Aku tarik nafas panjang dan dalam-dalam. Tanpa berkata apa, aku serahkan pakaian tadi dan bergegas kembali ke bilik. Argh! Sakit hati ni Tuhan saja yang tahu.


   



1 comments:

Unknown berkata...

Alaaa...sikitnye....

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p