Almi
aka si pengirim Sticky Notes
PANDANGAN aku labuhkan kepada seraut wajah milik
perempuan yang sedang mencuka itu. Bibir mungil itu kelihatan berdecit-decit
memecah hening pagi. Walaupun tidak kedengaran butir-butirnya dengan jelas tapi
aku sudah boleh mengagak yang dia sedang meroyan tentang hal kerja.
Pagi Isnin, siapa yang tidak? Kecuali mereka yang
benar-benar workaholic. Hinggakan
masa cuti pun masih mahu meluangkan masa di pejabat. Tapi siapalah aku untuk
menghakimi, mungkin sahaja mereka lebih suka menghabiskan masa di tempat kerja
berbanding merewang tidak tentu hala.
Perempuan berkemeja biru gelap dan berlengan panjang itu
memakai selendang berwarna senada cuma tonanya lebih lembut. Dia sedang
merenung skrin komputer umpama hendak ditelannya monitor itu kalau mampu. Sesekali
kedengaran merengus geram. Dia langsung tidak sedar yang aku sedang ralit memerhatikan
tingkah laku dia. Comel saja melihat tingkah dia sejak semalam. Buat tangan aku
gatal melekatkan sticky notes itu
pada badan tetikus yang terdampar di atas meja milik dia.
Aku kerling sekilas Cik Tantrum yang sedang membaca nota
yang aku tinggalkan. Dahinya kelihatan berkerut-kerut. Serius nampak comel. Aku
tersenyum sedikit bila dia menoleh ke arah kiri dan kanan. Agaknya
tertanya-tanya siapa punya onar. Sengaja aku buat-buat sibuk, menelaah komputer
milik kakak yang sedang aku kendalikan sekarang ini.
Cinta pandang pertama ke? Entahlah. Tapi, sungguh. Ada
sesuatu yang menarik tentang dia yang sukar untuk dijelaskan. Terasa seperti
jiwa diseru mendekati dia. Kenapa ya? Mungkinkah dia yang aku cari selama ini?
Yang Tuhan ciptakan untuk aku, yang bakal sempurnakan hidup aku? Yang tulang
rusuknya milik aku?
“Siapa nama dia?” bicara terlepas dari bibir. Singgah
pula di telinga rakan aku, Raqib yang berkaca mata itu. Kebetulan sedang
melewati aku selepas menghantar sebuah kotak komputer ke sebuah meja yang
terletak di bahagian belakang.
“Who?” Spontan
Raqib bertanya. Langkah dia terhenti lalu berdiri di belakang aku yang sedang
duduk sambil memerhati skrin komputer yang sedang melayarkan laporan terkini
proses muatnaik aplikasi dan sistem baru.
“The girl yang
ada tantrum pagi-pagi tu?” Aku
perlahankan suara, bimbang perbualan ini sampai ke telinga perempuan itu.
Maklumlah jarak antara kami cuma dipisahkan oleh sebuah laluan yang tidak
sebesar mana.
“Dia?” Bibir Raqib memuncung mengunjuk ke arah perempuan
yang tidak perasan dirinya sedang menjadi bahan bualan. “Hahaha, kenapa
berminat ke?”
“Kau yang handle
pc dia kan?” soalku inginkan kepastian, sebab aku pasti nama dia tidak termasuk
dalam senarai tugasan yang diserahkan kepada aku.
Raqib mengangguk dengan kening terjongket.
“Kita tukar. Biar aku yang handle pc dia.” Mata terus ralit memandang dia, entah kenapa sukar
untuk dilepaskan.
“She’s all yours.
Hati-hati, you are facing with a wild cat.
Nanti kena cakar.” Entah kenapa Raqib berkata begitu, itu mesti dah kena dengan
perempuan tu. Kalau tak, tak adalah menceceh seperti begitu. Aku angkat kening.
“I’ll take my
chances,” ujarku kemudian. Wild cat?
Lagi aku suka, ada challenge.
“Bila jadual dia?” sambungku kemudian. Peluang harus
dicipta, selagi ada ruang dan waktu.
“Tomorrow morning,
good luck.” balas Raqib dengan
senyuman penuh bermakna. Terasa seperti senyuman mengejek pun ada. Mungkin dia
fikir aku tidak mampu menundukkan seorang perempuan seperti dia.
Luck is all I need. Macam
tak sabar pula, kalau komputer milik kakak yang sedang aku siapkan ini sudah
selesai, bolehlah aku segerakan peluang itu. Namun, kalau dilihat pada hasil
tugasan ketika ini, lambat lagi kot nak usainya. Tak apalah, kita jumpa esok
sahaja Cik Tantrum. Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Kalau sudah jodoh juga, raya
ini aku pinang kamu. Aku tergelak dalam hati dengan angan-angan yang satu itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p