Salam ukhwah, salam Aidil Adha. Akhirnya OY dah masuk chapter 12. Maaflah kalau kisah Fariq Hatta dan Yasmin Hidayah dah jadi panjang berjela. Kalau ada kekurangan harap dapat diperbetulkan. ;) Agak-agak apa yang berlaku selepas ini? Just wait & see. Hahaha..thanks for visiting, love you all -till next entry -layan dulu this chapter k.
Sudah seminggu Fariq Hatta tidak masuk pejabat.
Sibuklah kut menguruskan hal nikah kahwin dia dengan perempuan tempohari.
Khairina namanya, aku dapat tahu dari Kak Su. Nampaknya, si kaki buli itu sudah
boleh menerima hakikat yang Khairina itulah jodoh untuknya. Bukan kekasih
lamanya yang menghilang itu.
Aku? Aku terpaksalah juga menerima
hakikat yang Fariq Hatta itu bukanlah jodoh yang ditakdirkan untuk aku. Sedih wei.
Orang kata cinta begini tak akan kekal lama. Cinta ala-ala cinta monyet. Tapi,
ini cinta monyet akukah? Mana ada cinta monyet berlansung terus hingga tamat
pengajian macam yang berlaku ke atas aku. Huhu, malas aku nak fikir. Buat semak
minda aku sahaja.
Tadi, Kak Su ada menunjukkan padaku
kad walimah yang diedarkan untuk warga syarikat. Aku juga ada mendapatnya. Ya,
sengaja aku letak kat tepi monitor komputer. Kononnya aku tak ambil kisah
sangat. Cantik sampulnya, berwarna ungu cair dengan corak bunga timbul di
atasnya. Menarik. Warnanya itu yang memikat, ungu. Agaknya itulah tema
perkahwinan mereka. Alangkah romantiknya.
Kad walimah itu aku capai dan
belek-belek seketika. Tak berani aku nak buka dan baca depan Kak Su. Bimbang
air mata ni tak malu untuk bercucuran jatuh. Tak pasal-pasal aku jadi bahan
cerita pula. Isk! Sadisnya kalau itu yang berlaku.
“Tak sedih ker?” Tanya Kak Su macam
tau-tau jer apa yang bergejolak dalam hati.
“Kenapa nak sedih Kak Su?” Tanya
aku balik. Sebak pula terasa ketika menuturkannya. Oh! Air mata janganlah jadi
murah sangat.
Kak Su pandang aku semacam.
“Mestilah saya tumpang gembira, bos
kan nak kahwin. Nak bina masjid. Kita kena doakan yang terbaik, bukan begitu?”
Bibir aku paksa senyum, walaupun terasa kelat yang amat.
Kak Su jungkit bahu. “Wajah Yaya
tu…”
“Kenapa?”
“Akak tak nak sebut tapi, it shows
everything.”
Gulp! Benarkah begitu? Argh! Kesedihan
aku jelas tergambar? Isk! Aku kena belajar macam mana hendak sembunyikan emosi,
lebih-lebih lagi depan Kak Su. Dia ni jenis yang pandai baca fikiran orang,
bijak dalam serkap jarang juga.
“Yaya pergi tak majlis tu nanti?”
“Entahlah, rasanya Yaya ada hal
lain masa tu.” Saja aku buat alasan. Aku? Nak pergi? Tidaklah. Memerangkap diri
sendiri namanya kalau aku menghadirkan diri.
***
Kad walimah yang tadi aku biarkan tersadai di atas
meja, aku kerling dengan ekor mata. Rindu pula aku dengan Fariq Hatta. Sudah
terbiasa melihat wajah dia lima hari seminggu. Tiba-tiba hilang drastik begitu,
mahu tak rindu.
Tiba-tiba terasa menyesal menolak
tawaran yang dia berikan tempohari. Apa salahnya kan? Merasa hidup bersama dia
walaupun sementara. Manalah tahu kut-kut memang jodoh aku dengan dia panjang.
Yaya, Yaya… agak terlewat bukan? Majlis itu akan berlangsung dalam beberapa
hari lagi. Menurut Kak Su, dipercepatkan atas permintaan keluarga pengantin
perempuan. Atas permintaan? Wow, hangat betul si kaki buli itu kan?
Sejak aku menolak tawaran itu,
Fariq Hatta jarang sekali berada di pejabat. Selang sehari dia akan keluar
kawasan. Selama dua minggu yang lepas, dia cuma berada di pejabat untuk dua
hari sahaja. Minggu ini langsung tak muncul. Mengelakkan diri dari aku?
Takkanlah. Siapalah aku?
Sebenarnya, aku agak risau
memikirkan keadaan Fariq Hatta. Sebabnya, dia langsung tak bertegur sapa dengan
aku. Haish! Aku ni waras ke tidak memikirkan begitu? Entah-entah Fariq Hatta
sedang bergembira meraikan zaman bujangnya yang akan berakhir tidak lama lagi.
Aku buka telefon bimbit mencari
gambar kami bersama ketika berada di Terengganu tempohari. Gambar bersama
menyaksikan matahari terbenam di tepi pantai. Fariq Hatta yang menangkap syot
tersebut. Aku minta agar dia hantarkan padaku melalui aplikasi Whatsapp.
Kenangan berharga tu. Alahai, Fariq Hatta…
“Yaya?”
“Hmm..”
“Yasmin Hidayah, berangan?” suara
yang menerpa gegendang telinga buat aku mendongak memandang pemiliknya.
“Encik Fariq?!” tercengang aku
sehingga terbangun dari duduk. Bila masa pula dia muncul? Tiba-tiba sahaja ada di hadapan aku.
“Apa Encik Fariq buat kat sini?”
“Saya kan bekerja di sini.”
Cepat-cepat aku padamkan skrin
telefon bimbit. Buatnya dia ternampak aku sedang menatap gambar kami berdua
tempohari? Habis aku, entah apa yang dia fikirkan nanti.
“Bukan Encik Fariq tengah cuti ke?”
aku kerling jam dinding.
“Jom ikut saya?” Fariq Hatta turut
melakukan yang sama.
“Ke mana?” cuak aku nak keluar
dengan bakal pengantin.
“Ikut jer lah.” Fariq Hatta dengan
kuasa vetonya.
“Tak naklah.” Aku menolak, lagipun
waktu bekerja dah hampir tamat.
“Saya tak akan ambil masa awak.
Sekejap jer.”
“Ke mana?”
“Adalah.”
“Tapi, saya dah nak balik.”
“Saya akan hantar awak balik.” Ada
saja jawapan Fariq Hatta.
***
Fariq Hatta menghulurkan sebuah kotak kecil. Kotak
kecil yang biasanya dibuat khas untuk meletakkan cincin. Adakah ianya seperti
yang aku fikirkan? Hati aku berdebar-debar.
“Untuk awak.”
Aku teguk air liur ketika membuka
kotak kecil berbaldu merah itu. Sebentuk cincin. Berpinar mata aku, terkesima
seketika melihat betapa cantiknya cincin tersebut.
“Kenapa nak bagi kat saya?”
“Saja.”
“Bagilah kat bakal isteri Encik
Fariq.”
“Memang pun awak tu bakal isteri
saya,” bisiknya perlahan tapi masih sempat menjengah pendengaran.
“Hah?”
“Takde apa. Mari saya pakaikan kat
awak.” Segera dia mengeluarkan cincin tersebut dari bekas lantas
menyarungkannya ke jari manisku tanpa sempat aku mengelak.
“Apa ni?” Aku menarik jari aku lalu
cuba menanggalkan cincin tersebut. “Saya tak boleh terima pemberian Encik Fariq
ni.”
Dia tersenyum cuma bila melihat aku
yang tidak berjaya menanggalkan cincin tersebut. Makin lama makin ketat pula
cincin itu melekat di jari. Makin susah aku hendak tanggalkannya. Pantas dia
mencapai jemari aku, lalu menggenggamnya kemas-kemas. Aku terhenti seketika
lalu memandang tepat pada wajahnya.
“Jangan cuba-cuba tanggalkan cincin
ini sehingga saya memintanya.”
Aku menarik jemari aku dari
genggamannya. Entah apa-apa Fariq Hatta ni. Psiko ke apa? Bukankah aku sudah
menolak tawarannya. Apa dia sudah lupa?
“Encik Fariq ni, diserang amnesia
eh?”
Dia ketawa. Seriau aku jadinya. Dia
betul ke tak betul ni? Rasa macam nak lari keluar dari restoran tersebut. Kalau
nak melamar pun, agak-agaklah. Tak romantik sungguh. Eh-eh, aku ni.. kesitu
pula perginya.
“Yasmin Hidayah, saya masih
waraslah.”
Terkebil-kebil aku memandangnya,
antara percaya dengan tidak.
“Dah, makanlah. Cuba jangan fikir
yang bukan-bukan. Awak ni kuat berangan tau.” Dia berjeda seketika sebelum
menyambung. “Anggaplah ini pemberian ikhlas dari saya untuk awak. Tiada maksud
yang tersirat. Please.. let us enjoy our dinner without any argument what so
ever.”
Pandangan matanya yang tulus buat
aku terpana lagi. Entah untuk yang ke berapa kali. Akhirnya, aku mengangguk
bersetuju dengan apa yang dipinta. Biarlah kami menikmati makan malam bersama
ini dengan aman. Mana tahu ini momen bersama kami yang terakhir kali.
Kami makan penuh sopan hingga ke suapan
terakhir. Boleh pun makan tanpa gaduh-gaduh.
“Memandangkan ini mungkin dinner
kita yang terakhir, saya nak minta maaf dari Encik Fariq. Dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki.”
“Awak tak buat salah apa pun dengan
saya.” Dia mengelap bibir dengan tisu.
“Manalah tahu, Encik Fariq ada
terasa hati dengan saya.” Mata aku masih ralit memerhatikan tingkahnya.
“Sebenarnya saya ada satu rahsia
nak bagitahu pada Encik Fariq,” tiba-tiba apa yang terdetik di hati aku luahkan
tanpa berfikir.
“Apa dia?”
Ketika itu terbit rasa menyesal
kerana terlepas cakap. Patutkah aku memberitahu dia? Sesaat. Dua saat. Aku
teguk air liur. Dia bakal menjadi suami orang dalam beberapa hari lagi. Jadi,
pada fikiran aku dia tahu atau tidak akan perasaan aku sama sahaja. Tidak akan
memberi impak kepadanya. Lagipun cinta aku ini cuma bertepuk sebelah tangan.
“I have a crush on you back then.”
Wajah aku terasa membahang selepas meluahkannya. Terasa lega juga setelah
sekian lama menyimpan.
“Really? Owh…” dia memandang tepat
anak mataku buat aku jadi malu.
“Long time ago, masa kat universiti,”
beritahu aku jujur. Rahsia paling besar aku sudah selamat ke pengetahuannya.
Tiada apa yang perlu aku sembunyikan lagi melainkan perasaan aku yang ada
sekarang ini.
“Saya ingat awak bencikan saya
selama ni.” Ada senyuman bermakna tersungging di bibir Fariq Hatta. Aku terlalu
gementar dan malu untuk perasankannya.
“Okey tak cincin tu?”
Mataku segera beralih pada jari
manisku. Mana ada orang bagi cincin secantik dan semahal ini sebagai tanda
pernghargaan. “Erm.. Cantik sangat Encik Fariq. Saya masih rasa saya tak patut
terima cincin ni. Bila saya dah berjaya keluarkan dari jari, saya pulangkan
semula kepada Encik Fariq.”
Fariq Hatta menggeleng. “Please
keep it. I insist.”
Aku menyisip air yang masih bersisa
dalam gelas.
“Yaya, do you still have that
feeling?”
“Apa Encik Fariq?” Wajahku
membahang lagi. Mana tahu dia akan bertanya. Cepat aku menggeleng seraya
tersenyum. Takkan nak mengaku. Cari nahas tu.
***
Pagi tadi Kak Su menghubungi aku bertanya sama ada
aku akan menghadiri majlis akad nikah Fariq Hatta atau tidak lepas Maghrib
nanti. Aku yang sedang berbelah bagi tidak memberi sebarang kata putus. Memang
ada niat untuk melihat Fariq Hatta dalam pakaian pengantin. Tapi, entahlah.
Sejak tengahari, aku sibuk mengeluarkan
baju yang ada dalam almari. Memilih yang mana satu sesuai untuk dipakai jika
aku berubah fikiran dan hadir ke majlis tersebut. Entah berapa pasang yang
sudah aku cuba tapi tidak ada satu pun yang berkenan di hati. Rimas aku
memikirkannya. Huwargh!
Aku tarik nafas panjang sebelum
mengambil keputusan yang aku memang tidak patut hadir ke majlis tersebut.
Noktah.
Seminit kemudian aku tinggalkan
baju-baju yang aku cuba tadi tersadai di atas katil. Aku ke dapur buka pintu
peti sejuk kemudian keluarkan aiskrim buatan sendiri hasil air tangan mak aku.
Letakkan atas meja dapur, ambil sudu kemudian membawa bekas berisi aiskrim itu
ke ruang tamu.
Televisyen aku pasang sambil mula
menjamah aiskrim tersebut. Aku tekan punat alat kawalan mencari siaran yang
menarik perhatian. Adus! Apahal rancangan perkahwinan pula yang keluar
bersiaran sekarang ni? Aku tukar siaran, cerita pasal jodoh pula. Asyik
tukar-tukar siaran sedar tak sedar aku dah makan aiskrim sampai licin bekas.
Lama aku bermenung di atas sofa. Kalau
ikutkan masa, majlis akad nikah Fariq Hatta dijadualkan berlangsung dalam sejam
dua dari sekarang. Sempat lagi kalau aku nak pergi. Isk! Tak payahlah Yasmin
Hidayah, kau duduk sahaja kat rumah. Mana sempat nak bersiap, tak campur tolak bahagi
masa bertolak dan menghadap sesak di jalan raya lagi. Lupakanlah hajat engkau
tu.
Aku naik semula ke bilik setelah
penat melayan rancangan televisyen. Lagipun Azan Maghrib sudah pun berkumandang
tanda sudah masuk waktu untuk menunaikan solat. Mak dan ayah aku tidak ada di
rumah, melawat kakak yang masih dalam pantang. Tinggallah aku seorang.
Usai mandi dan solat, aku baring
santai sambil melayari internet menggunakan tablet. Telefon bimbit kedengaran berdering.
Aku bangun dengan niat mahu menjawab panggilan yang masuk. Tapi, bila nama Kak
Su yang muncul aku segera membatalkan niat. Mesti Kak Su mahu bercerita tentang
majlis bos yang meriah itu.
Lima minit kemudian, pesanan
ringkas masuk.
“Yaya, call akak balik.”
Argh! Malaslah, jadi aku biarkan
mesej dari Kak Su itu tidak berjawab. Selang lima minit, telefon bimbit aku
berdering lagi. Tak berhenti-henti sampai aku naik rimas.
“Kenapa Kak Su?” Soalku lepas
menjawab salam.
“Ada berita hangat yang Kak Su nak
sampaikan pada Yaya.”
“Esoklah Kak Su, Yaya ada benda nak
buat ni.”
“Sekejap jer… Fariq Hatta..”
Fariq Hatta? Erm.. tak mahu
dengarlah. “Takpe lah Kak Su..”
“Dengarlah Yaya.”
“Esoklah ek, Assalamualaikum.” Maafkan
Yaya, Kak Su. Aku tekan butang merah kemudian aku matikan telefon bimbit. Aku tak mahu diganggu. Aku nak tidur. Selamat
malam Kak Su. Selamat malam Fariq Hatta. Selamat pengantin baru. Semoga kau
bahagia di samping si dia. Itu doaku untuk Fariq Hatta.
8 comments:
Cliffhanger betul...omai... Fariq Hatta tak jadi nikah, itulah message yg kak su nak beritahu...
next n3 jgn la lama sgt ye..rindu la.. -eil-
Sambung lagi.. Farid x jadi nikah?
Best la cerita ni,cpt2 update ye. Rasa tk sbr pla nk tau apa jd kat fariq tu.
Cpt2 update.best.
wah..what happen to fariq hatta? nak tahu...tak sabar nk thu next entry..
jemput singgah kat blog Hana: http://terataknovellahananorisa.blogspot.com/
Aduhai... bila agknya story yg kak su nk bgitau yaya... agk2 lama lagi ke?
yaya oii.. tlong la dengar apa kak su nak ckap 2.. ada kaitan ngan ko la 2... hehe
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p