Assalam & Morning semua. Past midnight and my eyes is getting sore. Manage to finish this eventually. Hee..harap semua suka- if , again if there is mistakes, typo or whatsoever - can always correct me. Love, xoxo , c u in the next entry.
Setibanya kami di bangunan yang dimiliki Anjung
Holdings Sdn Bhd, kami disambut oleh seorang penyambut tetamu berbangsa Cina.
Michelle namanya. Dia membawa kami ke sebuah bilik konferens.
“Orang baru,
Fariq?”Sapa seorang lelaki muda. Sebaya Fariq atau mungkin tua setahun dua. Dia
tersenyum tipis sambil menyapu bersih wajah aku.
Aku membalas
senyuman yang dilemparkan sambil tunduk hormat.
“Wow, impressive. Even in your
decent look, you manage to catch an eye.” Sinis sahaja
suara Fariq Hatta berbisik di telingaku.
Fariq Hatta,
aku pandang sekilas dengan mulut mencebir. Apa-apa jer lah dengan dia ni. Malas
aku nak layan. Aku ke sini bukan nak cari perhatian. Lagipun, siapa yang bawa
aku ke sini in the first place?
Setelah hampir
sejam lebih bermesyuarat, kami diminta ke bilik bersebelahan untuk light breakfast. Mujurlah ada
jamuan makanan ringan, kalau tak mahu naik level angin gastrik aku. Pagi tadi,
aku tak sempat pun nak bersarapan gara-gara Fariq Hatta.
Pelbagai jenis
juadah disediakan. Syukur, bolehlah aku mengisi perut sambil-sambil mencuri
pandang Fariq Hatta. Aku baru cuit sikit kuih-muih yang ada, Kak Su dah
menggamit aku. Makanya sepanjang masa setengah jam itu, aku cuma mengikut Kak
Su ke hulu ke hilir sambil diperkenalkan kepada pekerja-pekerja di bawah
syarikat Anjung Holdings Sdn Bhd. Mereka yang berada dalam bilik mesyuarat tadi
tentunya.
Dalam aku
menahan rasa kebulur, aku sempat menangkap lelaki yang menyapa Fariq Hatta
setibanya kami pagi tadi sedang mencuri pandang aku. Setiap kali ada peluang,
dia cuba mengambil kesempatan mendekati aku. Bukan aku tak perasan. Cuma aku
yang buat-buat tak perasan.
“Mana
setiausaha Fariq?” tegur lelaki berkumis tipis itu dengan segelas minuman di
tangan.
Aku menoleh ke
arahnya. Baru sekejap aku ditinggalkan Kak Su, dia sudah datang menghampiri
aku.
“Flirting with my staff, aey Mr Ammar?”
Penyelamat aku sudah muncul. Penyelamatlah sangat. Daa…
Setiap kali
lelaki itu, kini aku tahu namanya Ammar datang, setiap kali itu juga Fariq
Hatta mendekati aku. Eloklah juga, sebab aku rasa serba tak kena bila Ammar
menegur aku.
“You better be careful young lady.
He got quite a reputation with women.”
“Is
that so?” Tapi apa kurangnya awak, sambung aku dalam hati.
Mata pula terkelip-kelip tatkala menatap wajah Fariq Hatta.
Ammar tergelak
besar dengan kata-kata Fariq Hatta. “I am that charming, ain’t I?” Kemudian beralih ke arah aku. “And pretty good looking too, don’t you agree,
sweety?”
Adoi! Seorang
lagi Encik Perasan! Nasib baiklah Kak Su muncul tepat pada masa, cepat-cepat
aku mengejarnya dan meninggalkan kedua-dua lelaki itu. Cepatlah hari ini
berakhir hendaknya.
***
Hari yang sungguh memenatkan. Terkejar ke sana ke mari
untuk mesyuarat yang berlangsung kurang dua jam disusuli dengan sesi lawatan ke
tapak projek. Rasa macam nak tidur jer bila balik semula ke hotel.
Aku baring
menghadap siling. Sungguh aku letih. “Kak Su, pukul berapa kita kena check-out?”
“Tak jadi check-out hari ni. Malam
ni kita dijemput menghadiri majlis makan malam anjuran Anjung Holdings.”
“Hah? Habis
yang akak siap packing barang ni kenapa?” aku mengiring
menghadap Kak Su pula.
“Akak terpaksa
balik KL hari ini. Esok ada mesyuarat dengan klien lain kat KL. Akak terpaksa
hadir bersama Hisham yang akan menggantikan tempat Fariq sebagai wakil
syarikat.”
“Habis Yaya
macam mana, Kak?” takkan aku ditinggalkan di sini dengan si kaki buli tu.
“Alah, dinner biasa jer.
Yaya temankanlah Fariq.‘Kan lebih baik dari terperap dalam bilik.”
“Yaya mana ada
bawa baju lebih.” Iyalah, ingatkan dua hari jer. Aku mengeluh, kejap lagi kena
khabarkan pada ayah dan ibu pula.
“Yaya tak kisah
pun, kalau tak pergi dinner tu.” tak naklah aku nanti
terserempak dengan Encik Ammar yang perasan tu.
Tiba-tiba
loceng pintu berbunyi. Aku bergegas membukanya, kasihan kat Kak Su dengan perut
boyotnya.
Fariq Hatta kat
muka pintu. Santai dengan T-shirt dan jeans denim paras lutut. “Jom hantar Kak
Su ke air-port.”
Aku buat muka
tak larat.
“You
want to see the sunset with me, afterward?”
Sunset? Uik? Kening
aku terjungkit dan mata aku sudah bersinar-sinar. Tidak mungkin aku lepaskan
peluang itu. Ngee…
***
Sungguh menakjubkan pemandangan ketika itu. Aku sudah melabuhkan punggung ke atas pepasir
yang memutih. Menarik rapat kedua lutut aku sambil menikmati jingga senja
langit petang ketika itu. Mengasyikkan. Laut biru. Cahaya petang yang menimpa
ke seluruh alam. Memukau. Dan… Fariq Hatta di sisi. Ngee…
“I am
speechless.” Terasa bayu bertiup menyapa pipi. Aku pejamkan mata.
Nyaman.
“Subhanallah. Sangat-sangat
indah.” Aku tarik nafas panjang sebelum menghembusnya. Senyuman terlakar di
bibir ketika aku mengagumi kehebatan ciptaan Ilahi.
“You
are too.” Samar-samar suara Fariq Hatta menerpa gegendang
telinga. Seperti berbisik di angin lalu.
Aku menoleh ke
arah Fariq Hatta dan mata kami bertaut. Aku tergamam seketika dengan pandangan
redup milik lelaki itu. Cepat-cepat aku matikan rasa yang datang. “Encik Fariq
cakap sesuatu?”
Dia menggeleng
dengan segaris senyuman dan keluhan kecil. “What
are you thinking right now?”
Aku teguk air
liur. Awak, Fariq Hatta dengan saya di sini. Statement berani mati yang
tidak mampu aku luahkan. Sebaliknya yang keluar dari bibir aku. “I
don’t know.”
Dia tersenyum.
Aku ketawa
kecil lagi bila aku sudah mula berangan semula.
“Tell
me.”
“Encik Fariq
nak tahu? Tapi, jangan gelak kat saya.”
“Why
would I?”
Aku angkat
kening lagi.
“I
won’t. Promise.” Dia angkat tangan.
“Saya berangan..
yang akan ada seseorang melamar saya dalam suasana begini. Di tepi pantai,
dengan meja kecil dihias comel .. you know… et
cetera..” aku gelak lagi. “Tapi, tak naklah cerita lebih-lebih
buat Encik Fariq bosan pula.”
“And
that somebody would be..”
Aku
tersipu-sipu. Takkan nak cakap awaklah. Hu-hu. “Mestilah Prince
Charming saya, mana boleh bagi tau kat Encik Fariq.”
“What
do you think about me?”
Owh macam mana
nak jawab tu? Sometimes you make me smiles, sometimes you
make me want to cry, sometimes you hurt me inside but most of the time you make
butterflies in my stomach. Kata-kata yang bermain di minda.
“Nak cakap
macam mana ek..” nak puji lebih-lebih karang dia kata aku nak bodek dia pula.
Nak kutuk-kutuk dia, karang dia potong gaji aku pula. Jadi aku pilih jawapan
selamat.
“Sebenarnya…saya
tak faham sangat dengan karakter Encik Fariq. Lagipun, saya bukannya pandai sangat
dalam menilai orang.” Sebenarnya aku nak kata awak tu kadang-kadang menjengkelkan
tapi tak sampai hati.
“First
impression?”
“What do you
want to hear from me?”
“That I make you
melt?”
Bagai nak luruh
jantung aku mendengarnya. Bukan melt lagi Encik Fariq ooi! Dah habis cair dah
ni. Panas! Panas!
“Saya Encik
Fariq? Apa yang awak fikir tentang saya?” Nak tahulah jugakan.
“I like
everything about you.” Jawabnya tidak bernada.
Ergh? Lagi
sekali aku tercengang. Kalau hari-hari macam ni, huh.. lemas aku.
“What do you
expect from a man?”
Aduhai,
kenapalah Fariq Hatta tanya soalan-soalan macam ni. “I,
actually..don’t expect much… cukuplah orang itu mencintai saya
seadanya.”
“Really?”
“Yelah,
siapalah saya kan?”
“Yasmin
Hidayah, note this from me.” Dia pandang
aku dalam-dalam sebelum berkata lembut tapi dalam nada yang tegas. “Don’t
ever, ever look down on yourself.”
“Hmm..noted
that, boss!”
Suasana kembali
hening. Aku menguis pasir dengan ibu jari kaki.
“Encik Fariq
selalu ke buat macam ni?”
“Duduk tengok
matahari terbenam, you mean?”
Aku mengangguk.
“Tak pernah.
Dengan awak jer.”
Blushing
lagi aku.
Perasan! “Encik Fariq mesti selalu cakap macam ni dengan perempuan kan?”
“This
kind of talk? Never.”
Susah aku nak
percaya tapi aku diam jer.
“Saya dah baca
fail awak.”
Owh..
“Rupa-rupanya
kita dulu satu universiti.Kenapa saya tak pernah jumpa awak dulu ek?”
Aku jungkit
bahu. Ada jer, dia yang tak perasan aku. Hmm..
“Kalau kita
kenal dari dulu, tentu lebih seronokkan?” Pandangan redup itu lagi.
Argh! Romantik
sungguh! Aku tersenyum sepetkan mata. Make this moment last
forever. I wanna feel this over and over.
“Comel!”
Jarinya hampir nak sentuh hidung aku.
Aku mengelak.
“You
don’t have a slightest idea what I am thinking of right now.”
Aku senyum
sahaja cuma mata aku sahaja yang berkata-kata. That
would be?
Renungan
dijatuhkan dan senyuman menggoda dia berikan. “Saya rasa macam nak ngap jer
awak kat sini.”
Berderau darah
aku. Tergamam sambil telan air liur. Aku pandang dia yang masih leka menatap
wajah aku. Urgh! Senyuman dan mata dia yang redup. Cair! Hati aku dup dap dup
dap. Aku pasti sangat-sangat muka aku membahang merah sekarang. Gila!
Dia bangun
tiba-tiba.“Jom, lama-lama dengan awak kat sini boleh jadi sasau saya.”
Tangan
dihulurkan. Spontan jemari aku mendarat ke dalam genggamannya. Aku mendongak ke
arahnya dan dia pantas menarik aku. Aku yang tak bersedia hampir jatuh ke dalam
pelukan dia. Nasib baik aku sempat stabilkan diri. Isk! Malunya.
“Awak okey?”
Aku hanya
mengangguk.
“I
wanted to stay longer but we had a dinner to attend to.”
Yup, majlis
makan malam tu. “Encik Fariq, saya tak nak pergi boleh?”
Matanya melotot
memandangku. “Nope, you must go. No excuse what so ever.”
Yee.. tiba-tiba
saja karakter dia bertukar. Ntah apa-apa ntah. “Tapi..”
“It’s a
must, no argument.”
Aku sudah
mencebir. Argh!
2 comments:
:)
my my! so demn cuteeeeeeeeee!!!!!!!!!
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p