Salam blogwalkers. Hik3 - mood pagi Ahad-suka. Walaupun, line TM & internet tak jalan. Dah seminggu, since the day report made. Suka, sebab at last dapat jugak update OY. So, here we are. Chapter 10. Sorry, korang-korang sebab lambat. Akan berusaha lebih gigih. Bear with me tau.. mwah3. See you all again. Love, xoxo - enjoy!
Kami selamat tiba di Kuantan menjelang dinihari. Kereta
diparkir betul-betul di hadapan sebuah rumah ala-ala chalet. Aku pandang
keliling. Cantik betul kawasan peranginan ni. Aku berjalan santai sementara
Fariq Hatta melangsaikan urusannya di sini.
“Along tak singgah dulu ker?”
Aku menoleh ke arah si empunya
suara. Seorang wanita separuh abad sedang berbual dengan Fariq Hatta. Aina dan
Aiman sudah lama menghilang.
“Tak apalah Mak Ngah. Along nak
cepat. Terima kasih pinjamkan Aina dan Aiman,” ujar Fariq Hatta sambil
menggamit aku.
Aku menapak menghampiri mereka.
“Ini...” Mak Ngah Asmah, ibu saudara
Fariq Hatta mengamati wajah aku. Sedikit berkerut dahinya, cuba mengingati
sesuatu barangkali.
Aku segera mampir lalu mencium
tangan milik wanita itu. “Saya Yaya, makcik.”
Mak Ngah pandang wajah Fariq Hatta,
seperti ingin mengatakan sesuatu. “Ada iras..”
“Erm.. Terima kasih Mak Ngah. Along
pergi dulu.” Belumpun sempat Mak Ngah menghabiskan ayatnya, Fariq Hatta sudah
memotong terlebih dahulu. Tangan Mak Ngah dicapai segera mahu bersalaman.
Cepatnya? Fikir aku. Tak sempat pun
nak berehat.Walaupun pada hakikatnya Fariq Hatta yang jadi supir. Hahaha,
sementara aku dan dua beradik itu cuma jadi penumpang kehormat.
“Yaya?” panggil Fariq Hatta.
Aku menoleh ke arah Fariq Hatta yang
sudah bergerak menuju ke kawasan parkir kenderaan. Pantas aku tunduk hormat
pada Mak Ngah Asmah. Aina dan Aiman tiba-tiba muncul dari dalam rumah. Macam
tahu-tahu saja Along kesayangan mereka itu sudah hendak berangkat.
“Terima kasih Makcik. Aina. Aiman.” Ayah
saudara Fariq Hatta tidak pula kelihatan. Agaknya keluar kut.
Tiba-tiba Mak Ngah Asmah datang
mendekat lalu terus memeluk aku. “Jaga Along baik-baik,” bisiknya di telinga.
Berderau darah aku mendengarnya,
sampai terjungkit kening. Wajah Mak Ngah Asmah aku tenung sejenak. Aku salah dengarkah?
Adakah dia fikir aku dan Fariq Hatta sedang berpasangan? “Makcik dah salah
faham ni.”
Mak Ngah Asmah cuma menghadiahkan
aku segaris senyuman. Tanpa berkata apa dia mengucup pipi aku pula. Aku sudah jadi
malu-malu.
“Yaya?” Laung Fariq Hatta dari dalam
kereta.
Kalau lagi sekali dia panggil nama aku,
mungkin nadanya sudah naik jadi satu octaf lebih dari yang tadi. Tidak mahu itu
berlaku, maka aku dengan segera masuk ke dalam perut kereta yang enjinnya sudah
dihidupkan.
Keluarga Aina melambai-lambai dari
perkarangan rumah peranginan tersebut, tatkala kenderaan dipandu Fariq Hatta
melewati mereka.
“Along, bawa kereta jangan laju
sangat,” pesan Mak Ngah.
“Ye Mak Ngah, kirim salam kat Pak
Ngah. Maaf sebab tak boleh nak tunggu lama.”
Aku baru hendak menikmati keindahan
kawasan rumah peranginan tersebut tapi Fariq Hatta pula nak cepat-cepat
beredar. Mesti ada sesuatu, kan? Apalah tu ek?
***
Bait-bait lagu dendangan Ainan
Tasneem yang sedang berkumandang di udara itu, aku ikut dalam hati.
“Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia
mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
Aku melirik ke arah Fariq Hatta. Apa dia pun seperti insan
dalam lagu itu? Kat luar nampak macho tapi kat dalam hati ada bunga dalam
taman? Segera aku membayangkan lelaki seperti Fariq Hatta menangis tersedu-sedu
selepas menonton drama sedih. Ngee…
“Mak Ngah saya bisik apa kat awak?”
tanya Fariq Hatta tiba-tiba.
Terencat terus angan-angan aku
sebentar tadi. Aku betulkan tudung yang kupakai, pura-pura tidak mendengar.
Teringatkan Mak Ngah Asmah dan
pesanan yang diberikan. Boleh pula Fariq Hatta perasan semua tu? Hmm.. timbul
pula niat nak mainkan si kaki buli ni. Aku terus mendiamkan diri.
“Yaya, dengar tak apa yang saya
tanya?”
Aku jungkitkan kening sambil menatap
wajah Fariq Hatta.
“Yaya, stop grinning and
answer my question. Don’t make me lose control.”
Lose control? Cheh! Ada aku kesah.
“Yaya?”
Aku hela nafas pendek. Perlahan aku
rapatkan diri aku pada dia yang sedang memandu, berjeda sebentar sebelum
menjawab separuh berbisik. “Rahsia.”
Fariq Hatta kelihatan tidak puas
hati tatkala mendengar jawapan yang keluar dari dua ulas bibirku. Aku membetulkan
postur semula sambil tersenyum sumbing.
“Betul ni?”
Aku bermain mata lagi dengan muka
bersahaja.“Yang awak nak tahu sangat kenapa? Bukannya ada apa pun.”
“Yaya? You sure you want to
keep that as a secret?” Wajah Fariq Hatta kelihatan tegang.
Apa-apalah dia ni. Aku kerling dia
dengan ekor mata.
Fariq Hatta menekan pedal minyak.
Makin lama makin laju membuat aku jadi sedikit gayat.
“Fariq Hatta! Are you ok?” Marahku. Dia ingat dia
seorang jer boleh naik minyak? Sebenarnya, aku cuak juga tapi aku saja kawal
ekspresi muka aku. Tuhan saja yang tahu betapa kecutnya hati aku masa tu.
Masam jer muka dia. Isk! Tak tahan
aku melihatnya. Macam budak-budak.
“Awak! Mak Ngah awak tak cakap apa. Dia
cuma bagitahu, jalan elok-elok. Jaga diri baik-baik.” Tipu aku.
“Hmm..”
“Apa hmm..hmm? Tak percaya,
sudahlah.” Aku sudah berpeluk tubuh. Layan tidur lagi bagus daripada layan
lelaki yang merajuk tak tentu pasal. Jadi, aku pun pejamkan mata sampai aku
betul-betul terlelap.
***
Sejuknya. Mana selimut ni? Isk! Rasa macam dah beku. Kelopak
mata aku buka. Owh, aku masih lagi jadi penumpang dalam kereta Fariq Hatta. Aku
betulkan posisi sambil menggosok-gosok mata. Sempat lagi aku menoleh ke arah Fariq
Hatta yang sedang memandu. Pandangan aku kalihkan ke sisi sebelah kiri,
memandang ruang langit yang kelam. Ada titis-titis hujan melekat pada cermin tingkap.
Sedang hujan rupanya. Patutlah sejuk semacam.
Aku perhatikan jam kat lengan. Jam
2.30 petang. Perut aku. Isk! “Encik Fariq..”
“Hmm..”
Masih marah ker? Aku garu kepala.
Kalau tak cakap, naya aku. “Erm.. boleh tak kita singgah makan? Saya.. saya.. lapar.”
Dia tidak menjawab. Jadi aku senyap
jer. Hendak berkata lebih-lebih, nanti dia mengamuk pula. Lagipun, sekarang kami
masih lagi berada di lebuhraya. Nak berhenti mana lagi. Kalau nak makan pun, kena
tunggu sampai ke hentian yang terdekat.
Aku lega bila Fariq Hatta membelok
ke laluan hentian. Ingatkan dia nak mendera aku sepanjang perjalanan hingga
kami selamat tiba di Kuala Lumpur.
Semasa makan, perbualan kami lebih berkisar
kepada hal kerja. Tentang projek usahasama dengan Anjung Holdings. Menurut
Fariq Hatta, mereka bersetuju untuk meneruskan projek sebagai balasan pihak
kami tidak membuat laporan tentang insiden yang berlaku semasa majlis makan
malam hari sebelumnya. Aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, kareer Fariq Hatta
masih terselamat. Syarikat tidak kehilangan projek, dan yang paling penting,
maruah aku masih lagi menjadi hak aku.
Lepas makan, perut aku terasa senak.
Pedih kat ulu hati. Inilah jadinya kalau makan tak teratur. Tak ikut masa.
Padan muka aku. Sepatutnya giliran aku yang memandu menggantikan tempat Fariq
Hatta. Terasa bersalah pula.
“Sorry? I’ll make it up to
you later,” ucapku bila kereta mula bergerak.
Haish! Fariq Hatta merengus geram. “Susah
betul nak jaga awak ni..”
Wajahku bertukar kelat. Aku bukannya
sengaja nak sakit pun.
“Awak dah ada boyfriend?”
“Buat apa nak tahu?” pelik aku.
“Jawab jer lah. Susah sangat ke
soalan tu?” kereta sudah bergerak keluar dari kawasan parkir.
“Tak nak jawab,” bantahku.
“Tak ada lah tu,” perli Fariq Hatta.
Daa.. aku julingkan mata ke langit.
“Nasib baik. Kalau tidak parah
jugalah siapa-siapa yang jadi boyfriend awak tu.”
“Kenapa pula?” aku yang sedang
memakai tali pinggang keledar menjeling.
“Awak tu, dah lah berpenyakit.
Cubalah jaga makan tu sikit. Pemakanan tu kan penting.”
Hati aku jadi panas mendengarnya.
Menyesal pula bertanya tadi. Tak pasal-pasal kena dengar ceramah percuma dari
Fariq Hatta.
“Yang pelik tu, ada juga orang yang
nak kan awak siap main ugut-ugut. Kalau silap langkah, boleh bankrap syarikat.”
Yee..aku tarik muka panjang. Memang
dia ni nak cari gaduh dengan aku.
“Pendek kata kena jaga betul-betullah.” Fariq Hatta kerling aku sebelum menyambung.“Terfikir juga, ada ker yang
sanggup jaga awak?”
“Saya boleh jaga diri sendirilah,”
aku membela diri sendiri. Dahlah dadaku sakit, ditambah pula dengan hati yang sakit.
“Kalau macam tu, boleh awak jaga
diri awak daripada saya?”
Aku mencemik. Menyampah betul. “Tuhan
akan sentiasa ada untuk membantu umatnya yang teraniaya.”
Fariq Hatta tergelak. “Awak ni
memang pandai. Pandai menjawab.”
Aku kerling dia dengan ekor mata.
Bibir aku mengomel tanpa suara. Mendecit-decit macam anak tikus.
“Yaya, jangan buat saya hilang
kawalan, lagi.” Matanya sekejap-sekejap fokus kat jalan raya.
“Saya buat apa kat awak?” Aku sudah
mendongkol marah.
“This and that. Muka comel awak tu, bila marah.
Bibir awak yang kecil tu, and the sound you make with it when you hold your anger.”
“Mana ada orang comel bila marah.”
“Ada.” Jawabnya pendek. “Awak.”
Aku jegilkan mata. Makin dilayan
makin merapu Fariq Hatta ni. “Isk! Can we talk something else?”
“Like what?”
“I don’t know. Masa depan, keluarga. Anything, but me.” Bosan! Bila aku yang jadi topik.
“General sangat. Be more specific.”
“Huh! Perkahwinan?” aku main tembak
saja.
“Hari tu kan dah cerita pasal
kahwin?”
Aku diam tapi mulut masih
mendecit-decit marah.
“Awak nak kahwin dengan saya ker?”
Argh! Fariq Hatta! Yee...berbulu aku
mendengarnya.
Suasana jadi hening seketika.
“Marriage is one thing that I
can’t control, Cik Yasmin Hidayah. And my marriage is already being
fixed by my old folks and relative.” Fariq Hatta jadi serius.
Owh. Aku hilang
kata-kata. Liurku teguk. Tiba-tiba rasa simpati datang menggunung. Dia turut
sama terdiam. Lama kami begitu.
“Encik Fariq
tak ada pilihan sendiri?” tiba-tiba itu yang terpacul keluar dari mulut aku.
Mulut kenapa kau begitu? Rasa macam nak tampar pula mulut sendiri.
Fariq Hatta
menghembus nafas berat. “Long time ago, before I
made a promise.”
Lepas itu,
suasana jadi hening kembali. Wajah Fariq Hatta yang mendung, membuatkan aku
tidak mahu bertanya lanjut.
***
Akhirnya, aku selamat sampai ke rumah aku. Aku peluk mak aku
macam berbulan-bulan tak bersua muka. Beberapa minit kemudian, bergegas ke
bilikku yang kurindu. Beg yang aku bawa, aku tinggalkan saja di tepi katil. Aku
sudah bermalas-malas di atas katil. Terbayangkan wajah Fariq Hatta yang nampak
agak beremosi tadi.
“Yaya, I’m
gonna miss this.”
“This?” kenapalah
aku rasa naif sangat?
“The
conversations, our conversations. The time we spent together.”
Well, you can
always…talk to me. If we can’t be lovers, we can be buddies instead? Aku nak cakap
macam tu. Tapi sebaliknya yang keluar, “Bila saya bukan jadi staf awak, kita
boleh borak-borak macam sekarang.”
“How I
wish…”
Ayat tergantung itu buat aku jadi
tertanya-tanya. Kenapa dengan Fariq Hatta? Wajahnya mendung seperti sedang menyimpan
beban yang sarat. Fariq Hatta, awak boleh bagitahu saya apa saja. Awak boleh
kongsi beban itu dengan saya. Saya sudi. Ingin sahaja aku berkata begitu, tapi
ia bagai tersekat di kerongkong.
“Encik Fariq? Setiap masalah itu,
ada jalan keluarnya. Kalau plan A menemui
jalan buntu. Plan B kan ada?”
Fariq Hatta tersenyum sambil
mencuit dagu aku. Alamak! Aku teguk air liur. Jangan senyum lebih-lebih, ada
juga yang tak tidur malam nanti.
“Yaya, apa pun yang bakal terjadi
esok dan hari seterusnya. Saya harap awak tidak terasa hati.”
Huh? Apa maksudnya? Janganlah
tinggalkan aku dengan teka-teki lagi. Aku tidak sanggup. “Kenapa Encik Fariq?”
“Saya minta maaf, jika awak bakal
terluka di hari mendatang.”
Apa ni? Isk! Janganlah syahdu
macam ni. Dia ni ada niat nak lukakan hati aku ker? Aku pula malas nak fikir
banyak-banyak, aku nak tidur. Minda aku perlukan rehat.
“Boss, boleh tak saya cuti besok?”
“Yaya! Awak dengar tak apa yang saya
dah bagitahu awak tadi,” tegur Fariq Hatta macam nak marah.
Aik! Itupun nak naik angin. Akhirnya
Fariq Hatta pergi tanpa sempat aku ucapkan terima kasih. Kenapa ek dengan dia?
Tiba-tiba telefon berdering
menandakan ada pesanan ringkas masuk. Telefon bimbit aku capai.
Yasmin Hidayah, cuti awak
untuk esok tidak diluluskan.
4 comments:
as slm..next n3 jgn la lma sgt ye..rindu kt yaya n fariq hatta.. -eil-
very nice story . waiting for next n3
Apa sbnarnya yg ada dlm hti fariq. Tmbh menarik,cpt2 update n3 bru.jgn biar tgantung tk btali tau.he
saya benci cara penulis buat saya jatuh cinta dengan cerita ni...tolonglah sambunggggggg....:D
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p