Ahad, 21 April 2013

Corat-Coret: Bila Bosan, Bila Tension, Bila Stress



Pernah dengar lagu Bosan dari Stacy, antara lain liriknya berbunyi.
Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan

atau lagu Amy-Search, Aku dah bosan?

Saya rasa siapa-siapa pun pada satu ketika akan pernah mengalaminya. Bezanya, cara kita menangani perasaan tersebut. Lain orang lain caranya. As for me, well here we go. Whether it’s working or not for you – I guess there is no harm sharing.


1.   Menulis
Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah mula menyimpan buku catatan. Dulu saya panggil ‘diari’. Dalam diari itulah saya conteng apa yang saya suka dan tulis segala-galanya. Rasa suka, rasa duka dan apa-apa jua yang saya ingin luahkan. Kalau saya terasa bosan, saya akan cari buku dan mula menulis apa jua yang terlintas di fikiran. Kalau saya tension, saya akan melakukan perkara yang sama. Kadang-kadang saya akan tergelak bila membaca balik apa yang telah saya tulis di dalam buku tersebut. But beware, kadang-kadang bahaya juga menulis segala-galanya di dalam diari.


2.   Membaca
Saya memang suka membaca. Bagi saya, membaca adalah salah satu cara untuk saya menghadiahkan diri sendiri. I am a working mum. Selepas seharian bekerja di pejabat dan menyambung semula kerja masak dan mengemas di rumah, saya rasa tidak salah mencuri sedikit masa untuk membaca setelah semua kerja-kerja sepatutnya langsai. It’s my way of appreciating my-self.   


3.   Muzik
Saya memang tak boleh lari dari muzik. Bila stress, saya suka menyanyi. Saya akan cuba menyanyi sepenuh hati, biar sampai keluar anak tekak orang kata. Hehehe… Suara tak adalah sesedap mana. Kalau sedap dah lama jadi artis. Nyanyi asal boleh, janji tension tu hilang. Kalau tak menyanyi, saya akan dengar muzik sambil menari. Macam aerobik. Macam bersenamlah juga.


4.   Ketawa atau menangis
Saya akan pilih satu cerita/rancangan/buku yang betul-betul kelakar atau sedih yang boleh buat saya ketawa atau menangis semahu-mahunya. Buat masa ni saya suka rancangan Running Man sebab rancangan tersebut boleh mencuit-cuit hati saya.  



5.   Air
Kalau dulu masa kecil-kecil, saya sukakan hujan. Saya suka lihat hujan turun. Kalau boleh, saya mahu menari-nari di dalam hujan. Tapi, sekarang saya tak buat macam tu. Kalau stress, saya suka mandi tapi bukan mandi kosong jer. Saya akan beli tiga-empat jenis bunga lain-lain warna dan letak dalam air mandian. Entahlah, tapi lepas mandi rasa segar sangat.

Apa-apapun, kita orang Islam. Jangan lupa kita ada Allah SWT tempat mengadu. Macam lagu Najwa Latif tu- AdaMu. Yang penting jangan lupa amalan kita, dan sentiasalah berdoa untuk mendapat petunjuk dari Nya. In Sha Allah, mudah-mudahan hidup kita tenang dan dipermudahkan.





0 comments:

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p