“Apasal
buku aku ni lembap?” Kena hujan kah? Tapi memang semalam hujan pun. Masalahnya,
meja aku bukan letaknya kat tepi tingkap untuk tempias hujan tu sampai dan
singgah menepek kat buku aku tu.
“Si
Luthfil yang buat.” Tiba-tiba ada pula yang menjawab. Naik bula roma aku bila nama
anak Cikgu Mustapha disebut Harold. Cikgu Mustapha, guru Matematik kelas aku.
Aku
pandang muka Harold yang sedang tersengih macam kerang busuk. Wajah aku berkerut seribu, penuh
tanda tanya. Luthfil buat apa?
“Dia
cium buku engkau tu sampai habis basah.” Macam tau-tau aje si Harold ni apa
yang sedang berada dalam benak aku.
Serta-merta
aku menoleh ke arah Luthfil. Bulat mata aku memandang wajah Luthfil yang sedang
pucat lesi.
Beberapa orang pelajar lain yang berada dalam kelas turut melakukan perkara
yang sama. Serius aku tak tahu nak cakap apa. Rasa malu pun ada. Tapi hati aku ni.
Eeiii. Geramnya. Apasal buat benda bodoh macam tu?
Pelajar
yang ada ketika itu sudah mula bersorak-sorak mengejek. “Luthfil suka Lia!
Luthfil suka Lia!”
Berulang-ulang
mereka mengucapkan ayat sebaris itu. Berlagu-lagu membuatkan hati aku bertambah
panas. Muka aku sudah naik merah. Tak tahulah pula bagaimana penerimaan Luthfil.
Tapi aku memang rasa macam nak baling jer buku latihan yang ada kat tangan aku
tu kat muka dia.
Sudah!
Luthfil dan Harold aku lihat sedang saling tolak-menolak. Haish! Aku tak tahu
mana satu yang buat aku lebih marah, Luthfil yang buat kerja bodoh itu (maaf,
tapi aku memang rasa perbuatan dia itu sesuatu yang tidak dapat diterima akal)
atau Harold yang memecahkan rahsia kawan baiknya itu. Kalau dia tak pecahkan
rahsia Luthfil, pelajar-pelajar itu tak adalah bersorak-sorak memalukan aku.
Argh!
Tension! Tension! Akhirnya, aku blah
keluar dari kelas. Lama-lama aku kat situ boleh jadi histeria aku.
***
“Lia!”
Jeritan
nama aku itu buat aku berpaling. Kelihatan Harold tercungap-cungap mengejar
aku.
“Luthfil
nak jumpa.”
“Nak
jumpa aku?” kening aku terjungkit.
Harold
mengangguk.
“Apasal?
Tak naklah,” balas aku.
“Kenapa
tak nak?” tanya Harold.
“Kenapa
dia nak jumpa aku?” aku pula bertanya.
“Lia
tanyalah dia.”
Aku
senyap. Wajah Harold yang seperti sedang menunggu jawapan positif dari aku itu
aku tenung. Lama aku berjeda. Tanpa menjawab aku terus berlalu meninggalkan
Harold. Biarkan! Tak ada masa aku nak layan.
Luthfil
dan Harold. Buddy? Kalau kisah ini seperti kisah-kisah cinta dalam drama,
telenovela atau cerita-cerita cinta, Luthfil tu dah macam hero. Dia seorang ketua
pengawas. Dia pelajar cemerlang. Dia wakil sekolah dalam acara sukan. Wakil
sekolah untuk pertandingan perbahasan, kuiz atau mana-mana acara yang ada kat
sekolah. Kalau boleh macam semua acara yang ada dia nak bolot.
Bukan
itu sahaja, Luthfil itu tergolong dalam pelajar yang ada rupa. Bolehlah. Adalah
sipi-sipi muka selebriti, kalau tak masakan pelajar-pelajar perempuan sekolah
aku tergila-gilakan dia. Hmm… Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan yang
dia merupakan pelajar paling popular di sekolah ketika itu.
Harold
itu pula rakan baik Luthfil. Mana-mana Luthfil pergi, Harold mesti ada sama.
Kadang-kadang rasa macam mereka berdua itu seperti superhero dengan side-kicknya. Adiwira dengan orang
kanannya. Macam Batman dengan Robin. Atau Green Hornet dengan side-kicknya, Kato?
Sebenarnya
Harold itu tidak kurang hebatnya dengan Luthfil. Harold pengawas sekolah juga.
Dia pelajar cemerlang juga. Pernah mewakili sekolah untuk acara sukan dan
ko-kurikulum. Cuma perhatian lebih kepada Luthfil. Itu sahaja.
“Pukul
4 petang. Tepi padang bola.”
Tiba-tiba
aku disergah. Harold kat depan aku sedang mendepangkan tangan. Habis buku-buku
yang sedang aku bawa, jatuh. Terlepas dari pegangan.
Harold
tunduk mengutip buku-buku yang jatuh. Ketika menghulurkan buku-buku itu, dia
berkata lagi. “Jangan lupa datang tau!”
Bila
aku menjulurkan tangan hendak mengambil buku-buku itu, dia menarik semula
hulurannya.
“Kalau
Lia tak nak jumpa Luthfil pun, tengoklah kitorang. Petang ni, kitorang ada game.”
Aku
pandang wajah Harold yang nampak sedikit kecewa bila aku tidak menjawab. Rasa
serba-salah pula aku melihatnya. Bukannya apa, aku dan Harold agak rapat juga. Aku
menghela nafas sebelum lambat-lambat mengangguk. Lebar sungguh senyuman yang
terlakar pada wajah Harold ketika itu. Sama macam wajah adik aku bila dapat
jajan.
“Aku
datang bukan sebab Luthfil tau. Aku datang sebab kau.”
“Yalah,”
balas Harold sambil memulangkan semula buku-buku aku. Bila buku-buku itu sudah
berada dalam tangan aku, dengan tak semena-mena dia mencapai buku aku yang paling
atas. “Aku pinjam yang ini. Nanti aku pulangkan.”
“Harold?”
Harold
sudah berada jauh di hadapan sambil melambai-lambaikan buku aku. Budak mata
sepet ni, aku pelangkung juga kalau aku jumpa nanti. Haish! Minta-minta buku
aku itu tak sampai ke tangan Luthfil lagi.
***
Harold
datang mendapatkan aku yang baru tiba. “Ingatkan tak datang tadi.”
“Kalau
tak datang, nanti kau datang cari aku lagi,” balas aku sebelum menyambung.
“Bila game nak start semula?”
“Lagi
sepuluh minit.”
Aku
buang pandang ke arah padang bola.
“Luthfil
ada kat sana.” Harold menuding jari ke tengah padang.
“Aku
bukan cari dialah.” Wajah aku sudah merah-merah malu. Memang benar, aku tidak
mencari Luthfil pun.
Harold
aku lihat tersenyum. Tiba-tiba wisel dibunyikan tanda masa rehat sudah tamat.
Perlawanan kedua akan dimulakan sebentar lagi.
“Wish us luck,” kata Harold sebelum
melangkah pergi.
“Good luck!” Ucapku sambil menghadiahkan senyuman
paling manis kepadanya.
“Boleh
jadi gila aku macam ni,” Harold menggumam ketika melangkah pergi.
“Apa?”
jerit aku pada Harold sebab kata-katanya tadi tidak berapa jelas di pendengaran
aku.
Harold
cuma melambai-lambaikan tangannya.
***
Separuh
masa kedua. Kedudukan permainan masih sama. Kosong-Kosong. Ternyata pihak lawan
tidak kurang hebatnya. Sesekali aku lihat ahli pasukan mengeluh kerana tidak
dapat menembusi pertahanan pihak lawan.
Luthfil,
sebagai ketua pasukan kelihatan sedang memberi arahan kepada ahli pasukan.
Mungkin merancang strategi. Entahlah, formula apa yang mereka nak guna. Tapi
aku boleh lihat seketika kemudian, ahli pasukan bergerak ke posisi
masing-masing. Ya, nampaknya Luthfil akan bertindak sebagai penyerang dan
Harold pula akan jadi finisher.
Aku
lihat Luthfil terkinja-kinja mengawal bola, cuba membawanya ke gawang
kemenangan. Hampir saja, tapi bola terkeluar. Bergolek-golek bola itu melepasi
garisan. Boleh pula bola itu sampai kat tempat aku.
Aku
bangun mengibaskan punggung. Kelihatan Luthfil sudah berada berhampiran sedang
menunggu bola itu agaknya. Aku jadi teragak-agak. Aku pandang bola yang bulat
itu. Bersedia, satu dua. Aku tarik nafas panjang-panjang. Bola itu aku tendang
sekuat yang boleh agar sampai kepadanya.
Aduh!
Terdengar jeritan seseorang. Ketika itu juga kelihatan Luthfil terbaring di
tepi padang.
“Kenapa?”
“Bola
yang kau tendang kena kat perut dia.” Bagitahu salah seorang penonton yang
berdekatan dengan aku.
“Bukan
perutlah, bawa sikit kut?” ada pula yang menyampuk.
“Hah?”
Kuat sangatkah sampai dia jadi macam tu? Aku sudah jadi cemas. Minta-minta dia
okey.
Aku
berlari ke tempat Luthfil terbaring. Beberapa pemain sudah mengelilinginya.
Harold juga sudah berada di sana. Aku pandang wajah Harold sambil meneguk air
liur. Harold angkat bahu.
“Jangan
risau. Tak teruk sangat,” bagitahu Harold.
Tak
teruk sangat? Tapi, aku lihat Luthfil mengerang semacam jer. Aku gigit jari.
Dalam hati aku berdoa, mudah-mudahan ianya tidak seteruk apa yang aku fikir.
Yalah, tadi aku sempat menangkap bisik-bisik yang mengerikan sambil ada
mata-mata menjeling aku. Macam aku buat kesalahan besar.
“Susahlah
nanti bila dia nak kahwin. Macam mana nak dapat anak.” Begitu kata mereka.
Urgh!
Aku telan air liur. Takkanlah sampai macam tu sekali, kut?
***
“Macam
mana keadaan Luthfil?” Aku bertanya ketika singgah di gerai meniaga milik ibu
Harold di tapak pasar malam.
“Beransur
pulih. Kenapa kau tak datang melawat dia?” Harold sibuk menempatkan perkakas
dan aksesori rumah yang hendak dijual ke atas meja.
“Aku
seganlah,” balasku pendek. “Kau agak dia marahkan aku tak?”
“Kenapa
nak marah? Engkau bukannya sengaja pun kan?”
“Yelah,
nanti kau kirimkan kata maaf dari aku ek. Nah, ni kuih mak aku bagi.” Aku
menghulurkan seplastik bungkusan kuih-muih kat Harold. Gerai mak aku selang dua
buah gerai jer dari gerai Harold dengan ibunya.
“Terima
kasih.” Harold sudah tersengih melihat bungkusan itu. Yalah, kegemarannya kuih Tepung
Pelita ada sekali.
“Leng loi, sudah mau balik kah?”
Tiba-tiba ibu Harold muncul.
“Belum,
Auntie Su. Lia nak tolong mak kejap." Aku tersenyum melihat Auntie Su
sebelum tergesa-gesa menghampirinya lalu membantu mengangkat guni yang sedang
dibawa.
“Haiya,
ini bukan kerja lu. Ini kerja ini budak.” Sempat lagi Auntie Su meluku kepala
anak tunggalnya itu.
Harold
cuma tersengih sambil menyuap kuih tepung pelita yang aku berikan tadi.
“Letak
mana Auntie?”
“Sini..sini..”
Aku
menurut saja langkah Auntie Su sebelum meletakkan guni tersebut di bawah meja.
“Jumpa
kat sekolah,” kata Harold. “Oh, thanks
kuih ni. Lain kali bawa lebih.”
Aku
tersenyum jer bila Auntie Su aku lihat mencubit manja Harold sambil membebel
memarahinya. “Hari-hari makan. Kerja malas.”
***
Seminggu
dua selepas kejadian bola.
“Lia,
boleh aku bertanya sesuatu?”
“Of course. Kalau aku boleh jawab, aku
jawab.”
“Kau
suka kat Luthfil?”
Pertanyaan
direct? Apa patut aku jawab?
“Entahlah, aku rasa biasa-biasa saja.”
“Kalau
orang lain suka kat kau?”
“Hmm..
depends. Siapa orang tu?”
Harold
jadi teragak-agak. Muka dia sudah merah-merah. “Ngo..”
Uikk?
Mata aku terkelip-kelip.
“Oi
lei..” sambung Harold.
Aku
pandang Harold sambil teguk air liur. Biar betul? Kalau tak silap, maksud ayat
itu… Huh? “Kalau nama engkau ada Abdullah kat belakang, bolehlah aku consider…”
Harold
pandang anak mata aku tepat-tepat, agak terkejut mendengar jawapan aku. Jangankan
dia, aku sendiri terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut aku. Adoi!
“Betul
ni?” tanya Harold.
“Err…”
Opps! Takkanlah aku nak cakap, abaikan jawapan aku. Benda dah keluar dari mulut.
Dah masuk telinga dia. Jadi aku pun senyum ajelah, dengan harapan dia tak ambil
serius dengan kata-kata aku.
Tapi,
kenapa dia cakap macam tu? Macam dia suka kat aku. Bukan dia dengan Luthfil
kawan baik? Kalau Luthfil tahu Harold nak kat gadis yang dia suka, apa pula
kata dia? Tapi, betulkah Luthfil nak kat aku? Aku pula yang naik risau.
***
Itu
cerita zaman sekolah aku. Lepas peristiwa itu aku dah jarang bertembung dengan Luthfil
mahupun Harold walhal kami bertiga berada dalam satu kelas yang sama. Kebetulan?
Atau masing-masing mengelakkan diri. Entah siapa yang mengelak.. aku..
Luthfil.. atau Harold.. ?
Tapi,
sebenarnya aku dengan Luthfil tak pernah pun bersembang macam aku bersembang
dengan Harold. Aku tak terasa sangat kehilangan Luthfil. Eh? Apa aku cakap ni?
Selama ini aku bukannya ada apa-apa pun dengan Luthfil ‘kan?
Sebenarnya,
aku lebih terasa kehilangan Harold. Dia sudah jarang munculkan diri di hadapan
aku. Di tapak meniaga pasar malam juga begitu. Selalunya Harold tak pernah terlepas
mengikut ibunya meniaga. Entah kenapa, kemunculannya semakin berkurangan.
Kadang-kadang dalam sebulan cuma sekali sahaja dia datang. Agaknya sebab
peperiksaan akhir akan tiba. Mungkin masing-masing sibuk mengulangkaji, mahu
mendapatkan keputusan yang terbaik. Mereka ‘kan pelajar cemerlang sekolah.
Haruslah mengekalkan prestasi.
Lepas
dapat keputusan SPM, aku langsung tidak mendengar khabar dari mereka.
Masing-masing sudah melanjutkan pelajaran agaknya. Luthfil mungkin menyambung pelajarannya keluar negara. Tidak
mustahil, lagipun keluarganya terdiri dari golongan berada. Cuma aku dan Harold
saja yang biasa-biasa.
Kalau
aku rindu aku akan singgah gerai Auntie Sue. Masih lagi sudi menghantar
kuih-kuih yang mak aku buat. Dari Auntie Sue, aku dapat tahu Harold melanjutkan
pelajarannya ke sebuah universiti tempatan. Itulah yang terakhir aku dengar
sehingga aku bertembung dengan dia hari ini. Selepas enam tahun menyepikan
diri.
***
Lagi
sebulan sebelum menjelang tahun baru. Juruaudit datang menyerbu jabatan aku
sepanjang minggu ini. Mungkin juga akan berlanjutan hingga dua ke tiga minggu.
Biasalah, bila tiba masa untuk syarikat menyediakan laporan kewangan juruaudit
luar akan dipanggil untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Perlu agar laporan
kewangan itu lebih telus, mungkin.
Seramai
tujuh orang juruaudit yang hadir. Salah seorang daripada mereka nampak macam familiar. Dia yang pernah aku kenal
suatu masa dahulu. Dia masih sama seperti dulu, semasa zaman persekolahan cuma
nampak lebih matang.
“Harold?”
Aku yang menegur dia terlebih dahulu.
“Lia?
Assalamuaikum?” Harold nampak terkejut tapi kelihatan gembira melihat aku.
Berkerut
dahi aku. Budak cina ni bagi salam kat aku? Haruskah aku menjawabnya?
“Nak
join aku makan tengahari nanti tak?”
tiba-tiba dia mempelawa.
“Boleh
juga. Aku pun sorang hari ini.” Memang waktu lunch aku selalu seorang pun. Jadual kerja aku yang padat
membuatkan aku lebih suka membungkus dan makan dekat pantry yang disediakan.
“There’s a lot of catch up to be done. Ngo gua
zhu lei.”
Gulp!
Ayat yang terakhir buat aku jadi…urgh! Tak tahu nak cakap.
***
Aku
ketuk bilik conference yang
dipinjamkan sementara untuk team juruaudit melakukan tugasan mereka.
“Harold
mana?”
“Harold?
Kitorang tak panggil dia Harold.” Salah seorang daripada mereka bertiga yang
tinggal menjawab soalan aku. Semua perempuan. Ada seorang lagi amoi tapi dia dah keluar makan. Jadi,
baki yang tiga itu lelaki termasuk Harold. Tak tahu menghilang ke mana.
“Oh!
Ok..bos korang mana?”
“Hari
ni ‘kan Friday.”
“Friday?” Pelik. Apa kena-mengena hari
Jumaat dengan Harold?
Gadis
bertudung labuh itu mengangguk.
Okey.
Aku pun mengangguk lambat-lambat walaupun aku tak faham. Nak katakan setiap Jumaat
Harold cuti, tidak juga. Pagi tadi ada jer. Mungkin dia ada temu-janji atau meeting dengan klien setiap Jumaat
ketika waktu tengahari, kut?
“Pukul
berapa dia balik?”
Rakan
sekerja Harold yang berambut pendek itu pula buat muka pelik. “Macam biasa.”
Macam
biasa, which is? Wait a minute, apa maksud dia macam biasa? Tapi sebab mereka bertiga
dah pandang aku semacam aku pun mengangguk dan berlalu pergi sebelum
menyerahkan tiga fail klien syarikat seperti yang diminta. Risau aku. Jadi sebelum
mereka fikir yang bukan-bukan, baik aku angkat kaki.
***
Sudah
hampir sebulan Harold dan rakan sekerjanya berkampung dekat syarikat tempat aku
bekerja. Tugas mereka sudah hampir selesai.
“Hari
ini last day aku dengan team aku kat office kau,”
Aku
mengangguk. Hampir setiap hari bersua muka dan keluar makan dengan dia, tentu
aku akan rasa sunyi bila dia tak ada. “Jangan lupa contact aku tau.”
“Sudah
semestinya. Aku harap kita masih lagi boleh bertemu..”
Aku
angkat kening dengan ayat tergantung Harold.
“Bertemu-janji,”
sambung Harold sambil mengenyitkan matanya.
Tersentap
sedikit hati aku.
“Kau
tu jer, yang hilang tiba-tiba.” Kata aku, cover
line. Padahal muka aku sudah rasa berbahang.
“Kau
sudi ‘kan? Keluar dengan aku lagi?”
“Apa
ni kawan? Mestilah sudi.”
“Kalau
bukan sebagai kawan boleh?”
Aku
tergelak. “Ayat kau ni, tak boleh belahlah. Kalau nak propose, tak mahulah cam ni.. lepas tu kat office aku pulak tu.”
“Kalau
macam tu. Cik Alia Maisarah, sudi tak makan malam dengan saya hari ini?” Harold
tersenyum lagi. Penuh bermakna.
Aku?
Entah kenapa aku rasa senyuman dia menawan sangat. Hati aku jadi berdebar-debar
semacam. Biar betul. Takkanlah aku jatuh cinta dengan dia. Serius, ada yang tak
kena dengan aku ni. Aduhai!
***
“Saudara
Iman Reefki. Lama tak jumpa.”
“Luthfil?
Natasha?” Lebar sekali senyuman Harold sebelum dia memeluk Luthfil.
Yup!
Luthfil dari zaman sekolah aku. Aku pandang wanita berbadan dua di samping
Luthfil. Jadi, cerita pasal Luthfil dah tak boleh kahwin sebab bola yang aku
tendang tu, tak betullah! Syukur, Alhamdulillah!
Harold
menepuk-nepuk bahu Luthfil. Gembira sangat bertemu kembali dengan sahabat
lamanya. Aku bersalaman dengan wanita cantik di samping Luthfil itu.
“Bila
due?” tanya Harold.
“Next month. My wife is craving for the food
that they have here.”
“Congrats!” Harold berjabat tangan sekali
lagi dengan Luthfil.
“Thanks! So, I see you finally
found your soulmate.” Lebar sekali senyuman Luthfil dengan
anak matanya terarah pada aku.
Soulmate? Dahi
aku berkerut. Who? Me?
“Apa
khabar Lia?”
“Baik,
Alhamdulillah,” jawabku.
“Jangan
lupa beritahu aku tarikhnya,” usik Luthfil sambil menepuk bahu Harold.
“Doakan
aku,” balas Harold sambil mengerling aku yang berada di sisi.
Aku
pandang Harold dengan tanda soal terukir di dahi aku. Am I missing something here?
***
Tempat
duduk yang sesuai dah jumpa. Menu dah tengok. Pelayan dah datang ambil senarai
makanan dan minuman pilihan. Aku pandang wajah Harold.
“Iman
Reefqi?” Sekarang dah tukar jadi Iman Reefqi Abdullah.
Harold
tersenyum. Dia seperti sudah bersedia dengan soalan-soalan yang bakal keluar
dari mulut aku.
“Sejak
bila?”
“Few years back.”
“Bila
nak bagitahu aku?”
“About to. It’s just that I can’t find the
right time. The right moment,” dia masih kelihatan tenang-tenang.
“I have all day.” Entah kenapa aku rasa
geram sangat. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Apa ya? Adakah
sebab Luthfil? Tak mungkinlah! Harold? Oh, sudah semestinya!
“Lia,
pertama sekali aku minta maaf kalau kau terasa. Sejujurnya, aku tidak pernah
berniat begitu.”
Aku,
terasa? Terasakah aku?
“Lia,
dengar baik-baik. I have a confession to
make. Actually, selama ini aku memang suka kat kau. Aku minta maaf atas
segala salah faham masa kat sekolah dulu tu. Bukan niat aku untuk menggunakan
Luthfil, tapi aku tidak tahu cara terbaik untuk mendekati kau.”
Maka,
Iman Reefqi pun bercerita dari A to Z. So,
now I figure it out. Everything is done by him. Luthfil tak buat apa pun?
“Luhtfil?”
“Lutfil,
dia tak buat apa pun.”
“Tak
ada? Dia bersubahat dengan kau, kan?”
“Best friend aku.”
“Dia
tahu semua ni?”
Harold
mengangguk.
“Now,
that you know. I have another confession to make.”
“Ada
lagi?”
“I never forget.”
Aku
teguk air liur. Payau.
“You have mentioned to me before.” Dia
pandang anak mata aku. “You do remember,
right?”
Aku
teguk air liur lagi. Masih lagi rasa payau.
“If my name..” Iman Reefqi tidak
meneruskan kata-katanya sebab dia tahu yang aku tahu apa yang dia maksudkan.
Aku
sudah berpeluh dingin. Jemariku terasa menggigil.
“Aku
tahu ini mungkin awal sangat. Tapi, kalau kau tak ada halangan. Aku nak hantar
mak aku.”
Hantar
mak dia?
“Aku
nak jadi ahli keluarga kau.”
Telapak
tangan aku sudah menutup mulut aku. Biar betul?
“Keluarga
aku?”
“Lia,
I want to be a part of your life. I want
to marry you.”
***
Setahun
kemudian.
Syahdu
saja kedengaran suara suami aku mengalunkan ayat-ayat suci ketika mengimamkan
aku semasa solat berjemaah tadi.
“Maaf Lia bertanya, mana abang
belajar semua ni?” aku bertanya usai solat.
“Luthfil, dan beberapa orang ustaz
muda.” Iman Reefqi mencium dahi ku.
“Abang
berusaha jadi yang terbaik sebelum bergelar suami yang sah pada Alia. Abang
tidak mahu mendirikan rumah tangga sebelum tiang agama abang cukup kukuh untuk
membimbing isteri abang.”
Dia
meraih jemari aku. “Abang memang bertekad, ketika Lia beri abang harapan.”
“Bagaimana kalau abang tidak bertemu
dengan Lia? Atau bila abang bertemu dengan Lia, Lia sudah berkahwin.”
“Abang percaya, kalau sudah jodoh kita
tidak ke mana.”
Iman
Reefqi mengelus pipi aku. Aku pandang anak matanya. Senyuman yang terukir di
bibirnya membuahkan senyuman di bibir aku. Sungguh, aku rasa hidup ini indah! Adiwira
aku? Macam aku kata dulu, Harold aka Iman Reefqi lebih kepada side-kick kepada heronya tapi aku memang
suka Kato pun. Lebih dari heronya.
0 comments:
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p