HASRIQ Hafizin? Dia buat apa kat sini? Athia yang baru tiba di tempat kerja, agak terkejut dengan kehadiran bekas rakan sekolahnya itu.
Jangan-jangan dia menggantikan tempat bos aku yang baru sahaja mengumumkan persaraan awal beliau. Biar betul? Kalau betul, parahlah aku. Desis hati Athia sambil meletakkan beg tangannya ke dalam laci.
Tidak berapa lama kemudian, Suraya, setiausaha Encik Nizam, mengumumkan satu mesyuarat bakal dilangsungkan dalam beberapa minit lagi bertempat di ruang legar jabatan tersebut.
Athia tergesa-gesa meninggalkan mejanya. Dia tidak mahu jadi orang yang terakhir tiba dalam mesyuarat tersebut.
“Sebagaimana yang kamu semua tahu, saya akan bersara lebih awal dari yang sepatutnya. Dan, ini saya kenalkan kepada kamu semua, pengurus yang akan menggantikan tempat saya bermula hari esok.” Encik Nizam memulakan bicaranya.
“Beliau baru sahaja memperolehi ijazah setelah menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti luar negeri. Kini, beliau sudah tidak sabar ingin memulakan tugas beliau, Dipersilakan Encik Hasriq Hafizin.”
Para pekerja pun bertepuk tangan. Terdengar beberapa orang pekerja perempuan berbisik sesama mereka. Agaknya mereka kagum melihat kekacakan pengurus baru itu, atau mungkin kerana dalam usia yang agak muda beliau boleh berjaya menjawat jawatan yang agak tinggi.
“Saya berbangga dapat menjadi salah seorang daripada ahli keluarga syarikat ini. Semoga kalian semua dapat menerima saya dan berharap kita semua boleh bekerja-sama dengan baik dan lebih cemerlang demi kepentingan syarikat ini.” Hasriq berhenti seketika sambil memandang wajah para pekerja yang bakal berada di bawah jagaannya.
“Mungkin saya akan mengambil masa untuk mengenali kamu semua. Dalam seminggu dua ini, saya akan mengadakan sesi pertemuan dengan anda semua. One to one. Tapi, jangan bimbang sesi tersebut tidak akan mengambil masa yang lama.” Matanya berhenti pada Athia yang sedari tadi tunduk tidak mengangkat muka. Hasriq berdehem sebelum meneruskan.
“Mungkin akan ada perubahan dalam struktur pengurusan dan kerja selepas ini, tapi saya jamin ianya tidak akan menjejaskan sesiapa. Semuanya adalah demi kemajuan syarikat. Okey, that’s all about it. Saya, bagi pihak syarikat ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan dan jasa Encik Nizam selama dia bertugas untuk syarikat ini.”
Beberapa pekerja senior mula menghampiri Hasriq dan Encik Nizam. Kelihatan mereka berjabat tangan dan bertukar ucap selamat barangkali. Manakala pekerja lain sudah mula beredar kembali ke meja masing-masing.
Athia mengambil kesempatan itu mencuri pandang wajah milik bos barunya itu. Berderau darah Athia bila matanya bertembung dengan mata Hasriq Hafizin yang ketika itu sedang memandang tajam ke arahnya. Segera dia mengalihkan pandangan dan berlalu dari situ.
***
Bos nak jumpa aku? Lambat-lambat Athia mengatur langkah menuju bilik pengurus. Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kelihatan Hasriq sedang membaca fail peribadi miliknya.
“Duduk.”
Athia segera duduk di atas kerusi berhadapan Hasriq.
“Awak dah kahwin?”
Tersentak Athia mendengar pertanyaan yang dikemukakan Hasriq.
“Ianya tidak dinyatakan dalam fail awak. Sebagai ketua awak, saya perlu tahu.” Hasriq kelihatan serius. Agak berbeza perwatakannya berbanding dahulu, semasa Athia mengenalinya di bangku sekolah.
“Belum,” jawab Athia sepatah.
“Okey, awak boleh pergi.”
Athia jadi terpinga-pinga. Itu jer? Tapi, segera juga dia bangun. Dia sememangnya berasa agak kurang selesa bersemuka dengan Hasriq apatah lagi untuk berlama-lama dengannya.
Ketika dia menghampiri pintu keluar, Hasriq memanggilnya. “Athia, awak akan diberikan skop kerja yang baru. Jadi, saya harap awak bersedia.”
Hah?! Athia agak terkejut dengan arahan secara tiba-tiba itu.
“Tapi…”
“Kenapa, awak ada masalah?”
Athia senyap sambil matanya terkejap-kejap.
“Ada apa-apa yang hendak awak suarakan?”
“Tidak ada, Encik Hasriq.”
“Baiklah, kalau begitu. Awak akan bertugas menggantikan tempat Suraya mulai esok.”
Tapi, Suraya kan bekerja sebagai setiausaha? Apa Hasriq sedang menduga akukah? Athia jadi berkerusut memikirkannya. Bagaimana aku mampu menjadi seorang setiausaha bila bidang aku lebih berkait rapat dengan perakaunan?
***
Athia menyerahkan dua buah fail yang diminta juru audit bebas yang diupah memeriksa akaun syarikat tersebut. Dia masih terbayang-bayangkan wajah lelaki tersebut. Tidak pernah dia bertemu dengan lelaki yang kulitnya begitu halus dan bersih. Bangsa cina ker? Nama cina, tapi rupa paras tidak menunjukkan begitu. Matanya tidak sepet. Mungkin kacukan kut?
Athia membalas senyuman yang dilemparkan juru audit tersebut. Ketika dia berpaling, hampir saja dia berlaga dengan Hasriq yang betul-betul berada di belakangnya.
“Mana awak letak mata awak? Pantang jumpa lelaki kacak, berangan jer tahu,” marah Hasriq.
Beberapa pekerja yang berada berhampiran tersenyum-senyum mendengar kata-kata sinis yang keluar dari mulut Hasriq. Membuatkan Athia terasa sedikit malu.
Alah, yang dia berdiri kat belakang aku tu apahal? Gerutu Athia dalam hati.
“Nah, ambil fail-fail ni semula. Banyak sangat typo-error dan grammatical error. Sila betulkan dan beri kembali kepada saya sebelum jam 9 pagi esok.”
“Banyak ni, Encik Hasriq. Lagipun, sekarang dah pukul 5.30 petang.”
“So? Apa tunggu lagi, siapkanlah sekarang,” balas Hasriq selamba sebelum berlalu pergi meninggalkan Athia yang sedikit geram.
***
Suraya dan Athia sedang menjamu selera di cafeteria berdekatan ketika Hasriq muncul.
“Boleh saya join korang makan?”
“Pick up line nombor berapalah agaknya?” Athia menggumam perlahan. Masih tidak berpuas hati dengan tugasan yang diberi Hasriq hingga memaksa dia untuk bekerja lebih masa hari itu.
“Excuse me?” Hasriq mengerutkan dahi.
“Duduklah bos, itupun kalau bos tidak segan makan dengan kami.” Suraya mempelawa Hasriq.
Hasriq segera menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Athia.
“Sudah berapa lama ya?” tanya Hasriq pada Athia.
Athia buat tidak tahu. Entah apa maksud Hasriq bertanya begitu.
“Awak semakin cantik Athia,” kata-kata Hasriq membuatkan Athia jadi tidak selesa.
“You know each other?” Suraya memintas.
“I have a crush on her back then.”
“Ouw!” Menarik ni fikir Suraya sambil mengerling Athia yang riak wajahnya sudah berubah.
“Awak masih lagi simpan hobi lama awak?”
“Hobi lama?” Suraya pula yang membuka mulut sementara Athia sudah mula hilang selera makannya.
“Menulis…dalam diari.”
Hati Athia berdetak. Macamana dia tahu tentang semua itu.
“Do you know hard it is? To forget you and move on?”
Kata-kata yang dilontarkan Hasriq membuatkan hati Athia bagai nak luruh Ingin lari dari situ tapi kakinya bagai dipaku.
***
Pagi-pagi lagi Hasriq sudah naik angin. Entah apa menyerang mood lelaki itu, tiada siapa dapat menelah.
“Athia! Athia mana?” terjerit-jerit dia ketika membuka pintu bilik yang menempatkannya sebagai pengurus.
“Dia belum masuk lagi bos,” beritahu salah seorang pekerja wanita dalam keadaan takut-takut.
Hasriq mendengus kasar. “Suraya, bila dia sampai nanti, suruh dia masuk jumpa saya.”
Suraya mengangguk. Habislah kau Athia. Kebetulan pula Athia sampai tika itu. Tapi, Hasriq tidak perasan. Malah pintu biliknya dihempas kuat.
“Athia, bos nak jumpa engkau. Baik kau berhati-hati, mood dia macam tak baik jer hari ini,” pesan Suraya.
Athia mengeluh. Apa lagi yang aku dah buat ni?
Sebentar kemudian, pintu bilik pengurus terkuak lebar.
“Dia dah sampai ke bel..” tidak jadi Hasriq meneruskan pertanyaannya bila Athia dilihatnya sudah terpacak di muka pintu.
“Masuk!” perintahnya sebelum pintu dihempas kuat sekali lagi.
“Ini kerja macamana yang awak buat ni?” sembur Hasriq sebelum mencampakkan beberapa buah fail ke atas meja.
“Apa yang saya dah buat Encik Hasriq?”
“Cuba periksa betul-betul. Calculation salah. Tarikh tak betul. Ayat berterabur. Awak fikir apa sebenarnya?”
“Apa awak sengaja buat begitu supaya saya panggil awak selalu? Supaya awak boleh jumpa saya? Kenapa? Awak ada pasang niat untuk menggoda saya lagi?”
“Bila pula saya buat macam tu?” hati Athia sudah mula panas.
“Kalau bukan, apa semua ni?”
Athia terdiam.
“Boleh tak awak buat kerja dengan betul dan jangan muncul depan saya lagi? Awak buat saya…argh! Pergi! Saya tak boleh nak pandang muka awak!”
Athia mengetap bibir. Menahan airmatanya daripada tumpah. Sakit betul hatinya diperlakukan sebegitu.. Aku benci dia! Aku benci dia seribu kali!
***
Hampir setengah hari Athia memikirkan di mana silapnya dalam menyediakan fail-fail tersebut. Berulang kali dia memeriksa di mana sebenarnya kesalahan yang berlaku seperti yang dikatakan oleh Hasriq, tapi tidak menemuinya. Apa, Hasriq memang sengaja mahu mengenakan dirinya? Haish! Athia mengeluh sendirian. Akhirnya, dia mencetak semula kesemua muka surat yang telah diconteng Hasriq dan menyerahkan kepada Suraya.
“Su, aku ingat aku nak berhentilah. Tak sangguplah aku nak kerja kat sini bila asyik berdepan dengan dia. Kau tolong bagi fail-fail ni semula dengan surat ni.”
“Surat apa ni?”
“Surat perletakan jawatan aku. 24 hours.”
“Kau biar betul, Athia?”
Athia angkat kening. Dia memang sudah nekad dengan keputusannya.
“Aku blah dulu. Aku dah tak tahan berada kat sini. Barang-barang aku, esok jer aku ambil.”
***
“Athia mana?”
“Pagi tadi dia ada, bos.” Pekerja yang duduk berhampiran kubikel Athia memberitahu.
Memang pagi tadi Athia datang untuk mengambil barang-barang miliknya.
“Kenapa meja dia kosong jer?” Hasriq bertanya ketika dia menjengah tempat duduk Athia.
“Bukankah dia dah berhenti kerja? Semalam kan dia dah bagi surat perletakan jawatan. Notis 24 jam. Bos tak perasan ke?”
Terkejut Hasriq mendengar kata-kata Suraya. “Iye ker? Mana suratnya?”
“Saya dah letak kat atas meja bos.”
Pantas Hasriq masuk ke dalam biliknya. Selang beberapa minit kemudian dia menggamit Suraya.
“Suraya, masuk sekejap.”
Tanpa berlengah, Suraya segera masuk membuntuti Hasriq. Dia sudah menjangka yang perkara ini akan berlaku.
“Tolong call Athia untuk saya. Make her come. I want to talk to her.”
Suraya mengangguk faham akan keresahan Hasriq. Bukan dia tak tahu yang mata Hasriq tidak pernah lepas dari menjamah wajah Athia setiap kali dia melalui atau berpapasan dengan Athia. Mulut kata lain, hati kata lain.
***
Athia yang baru hendak melangkah ke cafeteria tersebut kerana ingin menemui Suraya cepat-cepat berpaling bila terlihat kelibat Hasriq bersama-sama dengan Suraya. Nasib baik Suraya perasan.
“Athia! Kat sini!”
Hasriq segera menoleh dan berdiri. Hatinya bergetaran bila melihat Athia yang sedang mengatur langkah menghampiri mereka. Dia tahu Athia berat hati melihat dia ada di situ.
Setelah Athia duduk, Suraya pun berdiri.
“Maaf Athia, aku kena pergi.”
“Ke mana?” Athia memegang lengan Suraya.
Suraya tersenyum sebelum berpaling ke arah Hasriq.
“Bos, saya serahkan pada bos. Jaga kawan saya ni baik-baik.”
Athia memandang Suraya yang berlalu pergi. Fahamlah dia kini yang ingin berjumpa dengannya itu bukan Suraya tapi Hasriq. Untuk apa ya? Takkanlah dia tak puas-puas lagi mendera hati aku.
Suasana hening seketika. Masing-masing menyepikan diri. Kedengaran Athia mengeluh kecil.
Hasriq dari tadi tidak berhenti memandang Athia, membuatkan Athia jadi serba tidak kena. Pandangan dan renungan Hasriq itu dirasakan berbeza dari yang biasa. Penuh dengan kerinduan, sarat dengan rasa cinta. Athia cuba membalas pandangan Hasriq, tapi dia tidak betah. Athia tunduk semula dengan hati yang bergetar.
“Kenapa Encik Hasriq cari saya?”
“Saya sudah lama mencari awak, Athia.”
Athia tersentak, takkan berdendam dengan aku sampai macam itu sekali.
“Sampai satu takat, saya berputus asa dan cuba melupakan awak. Bila saya hampir berjaya, awak pula muncul semula. Membuatkan hati saya sakit yang amat.”
“Saya, saya minta maaf.” Itu sahaja yang mampu terluah oleh Athia akibat tergamam dengan pengakuan Hasriq.
“Saya benci dan marah dengan sikap awak yang tenang-tenang saja bila berhadapan dengan saya. Sedangkan saya bagai nak rak di dalam.”
“Awak tahu tak Athia betapa …” Hasriq meraup wajahnya.
“Betapa saya tidak mampu melupakan awak. Betapa saya tidak mampu menghilangkan debar yang datang setiap kali memandang wajah awak. Betapa saya resah setiap saat, bila awak tiada. Awak tahu tak kenapa saya jadi begitu?”
Athia menggigit bibir. Seram-sejuk dia mendengar luahan isi hati Hasriq itu.
“Awak curi hati saya, tapi tak pernah memulangkannya semula kepada saya,” ucap Hasriq perlahan.
Rasa macam hendak mengalir air mata Athia dibuatnya.
“Saya minta maaf kerana berkasar dengan awak beberapa ketika ini. Saya menyesal kerana membuat awak terluka. Mungkin saya agak keterlaluan dalam usaha saya cuba menyingkirkan awak dari hati saya. Saya minta maaf, tapi saya tidak pernah bermaksud begitu.”
Hati Athia terusik mendengarnya, terasa begitu ikhlas pada hematnya.
“Saya tahu, awak pun pernah ada sekelumit rasa itu dalam hati awak. Cuma saya tidak pasti, ia masih ada atau sudah lama tiada. Saya berharap, ia masih ada walaupun sedikit.” Mata Hasriq kelihatan bersinar-sinar ketika mengucapkannya.
“Saya, saya tak tahu nak cakap apa.”
Entah dari mana Hasriq mendapat keberanian untuk mencapai dan menggenggam jari-jemari Athia. “Mungkin awak patut meluahkannya dalam diari awak.”
“Kenapa awak kata begitu?”
“Sebabnya, mungkin awak lebih tahu.”
Sejurus kemudian dia menghulurkan sebuah diari berwarna pink yang pernah menjadi milik Athia.
“Diari saya, macamana boleh berada dalam tangan awak.”
“Kerana saya ingin menjadi sebahagian dari diri awak. Sebahagian dari kisah hidup awak.”
“Hasriq..”
“Saya masih ingin, kalau boleh kini dan selamanya.”
Tidak terkata Athia tapi dia kira, mungkin sudah tiba masanya untuk dia membuka hatinya. Memberi peluang kepada Hasriq untuk mencuri hatinya dengan sepenuhnya.
.
0 comments:
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p