Assalam, my dearest blogwalkers. Akhirnya berjaya juga menyiapkan chapter 11. Huhu..lepas ni struggle untuk chapter 12 pula. Doakan saya yer..hehehe.. agar saya bisa teruskan kisah Yaya & Fariq Hatta hingga ke penamatnya. ;p Ok, sekarang terimalah OY Chapter 11. Mwah3x...love, xoxo semoga anda semua terhibur selalu.
Aku terlambat tiba, itupun dengan perut yang lapar
amat. Tak sempat nak bersarapan. Semua ni gara-gara terlewat bangun pagi tadi.
Huhu.. nasib baik masa aku tiba tadi, bos sendiri pun tak masuk pejabat lagi.
Tergesa-gesa hingga tak
perasan kasut yang aku pakai berlainan pasangan. Nasib baik aku ada simpan
kasut lain dekat pejabat. Jadi penyelamat untuk kes-kes kecemasan macam ni. Bak
kata orang, sediakan payung sebelum hujan.
Kata Kak Su, Fariq Hatta masuk
lambat. Huh! Dia boleh, aku tak boleh? Diskriminasi betul. Tapi, kalau
difikirkan memang dia sepatutnya lebih letih daripada aku. Bukankah dia yang
memandu sepanjang malam. Kasihan dia ‘kan? Tapi, nak buat macam mana? Makan
gaji lebih kenalah kerja lebih.
Sakit hati aku melihat
lambakan kerja yang menguasai sebahagian besar meja aku. Tak cukup ruang atas
meja, bawah meja pun ada. Isk! Aku hela nafas panjang. Ambil semangat. Berbekalkan
azam untuk melangsaikan semua tugasan yang tertunggak, aku cuba siapkan kerja
sepantas yang boleh dan cuba melakukannya dengan kesilapan yang paling minima. Tapi,
dengan oksigen yang agak kurang di otak akibat tidur yang tak cukup dan perut
yang kosong, mampukah aku? Ah! Cik Yasmin Hidayah, yakin boleh!
Mata aku melirik jam dinding. Belum
tengahari lagi, perut aku sudah buat pe’el. Aku mengorek tin yang sudah tinggal
serpih dan serdak biskut sahaja. Hampa! Akhirnya, aku ke tempat Kak Su. Ibu
yang tengah mengandung tentu ada stok makanan yang banyak. Hihihi.. bolehlah
aku tumpang sekaki.
Kak Su tengah mengunyah bar
cokelat yang terakhir bila aku datang meminta simpati. “Sorry Yaya. Biskut akak
pun dah habis.”
Buat aku terliur saja melihat
cokelat itu cair dan melekat pada jari-jemari Kak Su. Aku janji, aku keluar
tengahari nanti aku nak beli jajan banyak-banyak. Biar penuh laci aku, jadi
bila-bila masa aku kepingin nak mengunyah aku cuma perlu tarik laci aje. Elok
juga simpan bekalan ni, kelak aku tidak perlu rasa risau bila perut aku meragam.
Aku kerling pejabat Fariq
Hatta. Ini semua salah Fariq Hatta, kalau aku tak sampai lewat malam tadi dah
tentu aku tak bangun lambat pagi tadi. Kalau aku tak bangun lambat pagi tadi
sudah tentu aku sempat bersarapan dan tidaklah rasa kebulur macam sekarang ni.
Huh! Bos aku tu sampai sekarang tak nampak batang hidung lagi.
***
Aku banting daun pintu bilik air dengan kuat.
Melampiaskan rasa sakit hati yang bertandang tiba-tiba. Kenapa aku mesti
terserempak dengan dia? Aku lupa lagi. Sudah bekerja dengan dia sebangunan,
sepejabat dan hakikat yang dia itu bos aku…mana mungkin kami tidak bertembung.
Kenyataannya aku kena terima semua itu selagi aku masih lagi menjadi warga
syarikat ini.
Terbayangkan wajah wanita yang
bersama dengan dia tadi. Rasanya, sudah dua-tiga kali aku bersua muka dengan
wanita itu. Bukan secara terang-terangan, juga bukan berseorangan. Yup, sudah
pasti dengan si kacak itulah Fariq Hatta. Rasanya dia seorang sahaja yang
pernah keluar dengan Fariq Hatta lebih dari sekali. Wajah cantik dan tubuh yang
menarik, tentu sukar untuk aku luputkan dari minda. Hmm…
Aku tatap wajah aku sendiri
pada cermin. Teringatkan mata Fariq Hatta yang merenung aku tadi. Ada wanita
cantik di samping pun, mata masih sempat lagi meneroka wajah aku. Am
I flattered? I don’t know. Am I hurt? Yes, indeed. Why? Because, I feel kinda
stupid to let myself be blinded. Mengharapkan momen kami bersama beberapa hari
sebelumnya, ada terkesan di hatinya. Tapi, malangnya… harapan tinggal harapan. Entahlah.
Mungkin hanya aku yang.. perasan? Oh tidak! Aku benci hendak mengaku tapi aku
memang dungu.
Because i'm so stupid and such a fool
my eyes don't see nobody but you
even though i know you love someone else
you could never know the pain that i felt
my eyes don't see nobody but you
even though i know you love someone else
you could never know the pain that i felt
You probably never think of me at all
and i know we have no memories
but the one who really wants you is me
in the end only my tears will fall
and i know we have no memories
but the one who really wants you is me
in the end only my tears will fall
-I am stupid, SS501-
Ada air mata bergenang
di tubir mata. Argh! Kenapa aku harus begini? Kenapa? Gila aku memikirkannya.
Sedang dia? Dia bukannya milik aku pun. Tidak mungkin akan pernah. Aku saja
yang berangan lebih. Sudahlah Yaya! Lupakan saja makhluk Tuhan yang paling
kacak di mata Yaya itu. He is not worth your tears. Begitu aku
mengingatkan diri sendiri.
Selepas
membetulkan tudung dan baju yang aku pakai, aku kembali semula ke meja aku. Buat-buat
macam tak ada benda yang berlaku dan mengharapkan waktu terakhir di pejabat
akan berlalu dengan pantas.
“Apa yang
bising-bising kat toilet tadi?” tanya Kak Suriani.
Aku angkat bahu
sambil ketawa kecil. Aku sendiri tidak tahu apa yang telah aku lakukan dalam
bilik air tadi. Jeritan marah aku kuat sangat sampai terdengar keluar ker? Isk!
Kak Suriani pandang aku sambil tersenyum nakal.
“Sembunyikan
sesuatu dari akak ek?”
“Tak adalah,
pandai jer akak ni,” kataku sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi.
“Ni mesti ada
kena-mengena dengan bos, kan?” Kak Suriani cuba mengorek lagi.
Aku geleng
kepala sambil mengerling Fariq Hatta yang kini berada dalam pejabatnya.
Teringat akan peristiwa dalam dalam restoran tadi. Terasa air mata hendak
menitis lagi.
I stay, you walk away
i stand back, watching you day by day
you can't see that i'm so in love with you
like the wind you just fly right through (ohhh)
i stand back, watching you day by day
you can't see that i'm so in love with you
like the wind you just fly right through (ohhh)
There are days when i just miss you so much
there are days when i just long for your touch
"i love you" somehow flies right off my lips and so
once again i'm left crying for you
there are days when i just long for your touch
"i love you" somehow flies right off my lips and so
once again i'm left crying for you
-I am stupid, SS501-
Cepat-cepat aku melarikan
pandangan. Tidak mahu tertangkap lagi. Tidak sanggup terguris lagi.
“Yaya?”
Huh? Aku pandang Kak Su.
“Tears
in your eyes, baby?”
“Mana ada, Kak Su ni.” Isk!
Takkanlah aku nak bagi alasan habuk masuk mata. Sungguh lapuk, dan zaman ini
dah tak relevan kan?
“Mata pedih ni.. memanjang
melekat dekat skrin komputer.”
“Ker mata asyik melekat dekat bos?”
Tebak Kak Su.
“Kak Su..”
Kak Su sudah tersengih
kelucuan melihat wajah sardin aku.
***
Sungguh aku tak mahu masuk ke dalam pejabat Fariq
Hatta ini. Entah apa lagi yang dia hendak. Tak puas agaknya mendera perasaan
aku.
“Duduk, saya ada perkara nak
bincang dengan awak.”
“Ada apa Encik Fariq panggil
saya?” Aku pandang jam tangan, melihat waktu yang hampir menjejak waktu
tamatnya hari bekerja. Masa yang amat aku nanti-nantikan sepanjang hari setelah
makan hati melihat pasangan merpati sejoli tengahari tadi.
“Kenapa buat muka cemberut ni?”
Bertaut kening aku mendengar
soalan yang diaju Fariq Hatta. Sungguh tak relevan dengan perihal pekerjaan
pada hemat aku. Buat beberapa ketika kami saling berpandangan.
“Apa pendapat Yaya tentang
perempuan tadi?”
“Hah?” Wow? Seribu tahun pun
aku tak akan menyangka soalan itu yang keluar dari mulut Fariq Hatta. Aku jadi
terpinga-pinga dan tidak bersedia. “Err…”
“Perempuan yang bersama saya
tengahari tadi,” sambung Fariq Hatta.
Isk ! Sungguh aku tidak tahu
bagaimana mahu menjawab pertanyaan tersebut.
“Susah sangat ker soalan saya
tu?” Tanya Fariq Hatta bila aku membeku. Mau tak beku dengar soalan yang
bukan-bukan.
“Tak adalah, tapi kenapa tanya
saya?”
“Ingatkan tak perasan tadi.”
Tak perasan apanya. Lagi-lagi
bila melihat perempuan itu tanpa segan silu bergesel badan dengan Fariq Hatta.
Siap suap segala, ala-ala manja gedik. Memang citarasa Fariq Hatta barangkali. Segalanya
berputar kembali di minda.
“So?
What do you think?”
Isk! Benci betul. Jawapan yang
bagaimana agaknya Fariq Hatta hendak dengar dari mulut aku. “Cantik. Sesuai
dengan Encik Fariq.”
Jawapan aku buat Fariq Hatta
tergelak. Jawapan yang tidak bernada dan mendatar. “Jealous?
You sounded like you are.”
“Kenapa pulak saya nak cemburu?”
tukasku tidak senang dengan tanggapan Fariq Hatta.
“You,
and only you would know the answer to that question.”
Mata aku mengecil. “Encik Fariq,
kalau tak ada soalan yang lebih penting saya nak keluar.”
“Dah berapa lama awak kenal saya?”
dibiarkan saja soalan aku berlalu pergi. Bagai tidak mendengarnya.
Dahi aku berkerut. “Urm…”
Belum sempat aku menjawab, dia
terlebih dahulu berkata. “Saya rasa perkara sebenar yang hendak saya bincangkan
dengan awak, tidak sesuai dibincangkan di sini. Apa kata we
discuss it over dinner?”
Mata aku terbuntang. Did he
say over dinner? Aku teguk air liur. Permainan apa yang Fariq Hatta
sedang mainkan?
***
Aku hampir nak termuntah tatkala
mendengar tawaran Fariq Hatta. Dia mesti dah gila memikirkan aku akan bersetuju
dengan tawaran tersebut.
“Kenapa?
Bayaran tak cukup? Saya boleh tambah.”
“Encik
Fariq, it’s not about the money.”
“Well,
I guess it’s about paying what owe to me then.”
Adoi!
Fariq Hatta. Takkanlah hutang maruah harus dibayar dengan maruah juga. Memang
rasa hormat aku terhadap Fariq Hatta terus jatuh merudum. Apa dia ingat
perempuan seperti aku boleh dibeli dengan wang ringgit semata. Aku akui wang
ringgit, harta segala memainkan peranan dalam kehidupan tapi untuk merendahkan
maruah dan martabat demi mendapatkan kebahagiaan sementara? Isk! Bukan cara
aku.
“Saya
tahu apa yang awak fikirkan.”
“Really?” aku buat muka.
“Ianya
tidak seperti yang awak fikirkan.”
Nak
tergelak aku. Jadi kalau bukan, apa sebenarnya? Pandangan aku lemparkan keluar
restoran berdinding kaca itu. Memerhatikan gelap malam.
“Ada
cara lain Encik Fariq. Kenapa tidak berterus terang sahaja dengan keluarga
Encik Fariq?”
Fariq
Hatta tergelak sinis seolah-olah memberitahu yang dia lebih kenal keluarga dia berbanding
aku. Air mocha latte dia sisip perlahan.
“Apa
kebarangkalian yang Encik Fariq ada yang membolehkan Encik Fariq memikirkan
bahawa rancangan ini yang terbaik untuk Encik Fariq?”
“I
don’t. I just gamble.”
“That
is so brilliant!” Daa… Perli aku.
“Life
is a gamble. It’s either you win or you lose.” Senang saja dia menuturkannya. “I
am getting married next month with her. The woman you saw with me at lunch. I
don’t want to marry her.”
“So? Cakap ajerlah dengan parents Encik Fariq.”
“Kalau
ia semudah itu.” Keningnya terjungkit. “Trust
me. It’s only for a couple of months. Sehingga saya berjaya menjejak Aisyah.”
“Aisyah?”
“Cinta
hati saya. Aisyahtun Najahah.”
Terkebil-kebil
mataku mendengarnya. Aku teguk air liur. “Mana pergi kekasih hati Encik Fariq
tu?”
“They
make her leave.”
Urgh! Terbuka
luas mata aku. Isk! Tak nak aku terlibat dalam kemelut keluarga Fariq Hatta.
Kecut.
“Encik
Fariq…” aku pandang wajah dia.
“Encik
Fariq, cari orang lain.” Bagaimana mungkin aku sanggup memperjudikan hidup aku
begitu. Ya, memang aku sukakan dia. Tapi, kenapa aku mahu berkahwin dengan
orang yang tidak mencintai aku. Kenapa aku mahu mengahwini dia yang ada orang
lain di hatinya. Kenapa aku harus hidup bersama dia dan bila sampai masanya aku
ditinggalkan agar dia boleh bersama semula dengan kekasih lama yang ditolak
oleh keluarga?
“Please Yaya, I
beg you. Awak pun tahu kan, saya tak pernah merayu begini.”
Ya,
dalam kamus hidupnya cuma ada perkataan ‘ya’ sahaja dan dia tidak menerima ‘tidak’
sebagai jawapan kepada apa jua kehendak dan permintaannya. Aku mengingati itu
dengan jelas.
“Kenapa
saya?”
“Sebab
awak saja yang saya ada.. awak tidak sama dengan mereka yang berdamping dengan
saya. Mereka cuma nak kan harta, pangkat dan darjat yang saya ada.”
Aku
baru nak terbuai bila dia berkata ‘sebab awak saja yang saya ada’, tapi..
“Tunggu..
awak tawarkan saya dengan wang ringgit, bukan? Sekarang awak kata saya tak sama
dengan yang lain? Apa awak ingat awak seorang saja orang kaya dan berpengaruh
dalam dunia ni sampai mereka semua nak terkejar-kejarkan awak. Hello?”
“Yasmin
Hidayah, saya tahu awak bukan begitu, awak berbeza. That
is why I offer you in the first place.”
Aku
terdiam. Cakap berbelitlah Fariq Hatta ni. Mata aku beralih ke arah makanan
yang terhidang di atas meja. Masih terletak elok, tidak terusik. Fariq Hatta
pun setakat menguis dengan sudu dan garpu sahaja.
“Make
me understand,” aku berjeda seketika sebelum menyambung. “Saya kahwin dengan Encik
Fariq untuk mengelakkan Encik Fariq dari berkahwin dengan perempuan tengahari
tadi. Kemudian, saya kena tunggu sehingga Encik Fariq bertemu semula dengan
kekasih Encik Fariq yang hilang baru Encik Fariq lepaskan saya. Begitu?”
“Yup, lebih
kurang.”
Tergeleng
kepala aku sekejap. “Bagaimana pula dengan perempuan yang sepatutnya berkahwin
dengan Encik Fariq tu?”
“My
mom has a list of very strict rules. Salah satu daripadanya, poligami is
a no-no.”
“Maksudnya?”
“Awak
kena kahwin dengan saya sebelum saya terpaksa kahwin dengan dia.”
“How
are you going to plan to do that?” Sungguh mengarut. Pening aku. Berserabut dengan kata-kata Fariq Hatta yang
berbelit-belit. Apa-apapun, pokoknya ini hidup aku. Jawapan aku kepada tawaran
RM100 ribu Fariq Hatta itu adalah tidak sama sekali! T.I.D.A.K. Aku akan ejakan
untuk dia kalau dia tak faham!
3 comments:
Say no,yasmin......
Say no,yasmin.....
KATA KAN TIDAK......
Catat Ulasan
Komen pembaca yg comel...;p