Isnin, 5 Mac 2012

DEMI CINTA-BAB 6

Mata Tengku Izuddin melingas ke kanan dan kiri. Sebentar kemudian pandangannya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berjalan menuju ke luar dewan. Dia mempercepatkan langkahnya, tidak mahu kehilangan pemilik tubuh tersebut.
“Kau nak bawa aku ke mana?” marah Azryn Zafira bila tiba-tiba Tengku Izzudin merentap pergelangan tangan lalu menariknya jauh dari suasana hingar bingar majlis yang sedang berlangsung.
Ketika ini mereka berada di dewan utama hotel bertaraf lima bintang bersama-sama ribuan staf Ma’asud Holdings Sdn Bhd meraikan hari pekerja.  
Pertanyaan Azryn Zafira itu dibiarkan sepi sahaja oleh Tengku Izzudin. Jarinya bertubi-tubi menekan butang pada dinding bersebelahan salah sebuah lif yang terdapat di luar dewan tersebut. Tidak sabar. Sebaik sahaja pintu lif itu terbuka, dengan pantas dia menarik Azryn Zafira masuk ke dalamnya sebelum menekan punat agar pintu lif itu tertutup kembali.
“Kau kenapa hah?” soal Azryn Zafira sambil cuba melepaskan pegangan tersebut. Beberapa saat kemudian pintu lif terbuka, dia diheret keluar.
“Lepaskan.” Azryn Zafira meronta-ronta minta dilepaskan tapi genggaman Tengku Izzudin makin bertambah erat dan menyakitkan.
“Kenapa cik?” Beberapa orang pekerja hotel yang sedang bertugas menyelenggara tingkat di mana mereka berada ketika itu bertanya tatkala mereka berpapasan. Agak curiga melihat kejadian tersebut.
She’s my wife.” Belum sempat Azryn Zafira menjawab, Tengku Izzudin terlebih dahulu menyampuk sebelum dengan pantas membuka pintu bilik hotel yang berhadapan dengannya lantas menutup semula pintu tersebut. Entah bila-bila entah dia menjadi isteri kepada lelaki ini. Huh!
“Lepaslah!!!” jerit Azryn Zafira lantas menarik tangannya sekuat hati menyebabkan pegangan Izzudin terlepas.
It’s hurt!!” kata Azryn Zafira sambil menggosok-gosok pergelangan tangannya. Merah-merah kulit pergelangan tangannya akibat genggaman tersebut.
Wow! Surprise, surprise…you dah jadi semakin garang. How interesting. Kenapa you tak buat macam itu dengan I di atas katil sahaja?” Tengku Izzudin menolak Zafira sehingga terduduk di atas Sofa lembut berwarna peach yang menghiasi ruang tamu bilik hotel tersebut.
“Kau kenapa? Kau nak apa?” tak sudah-sudah jantan ini mengganggu hidup aku. Gerutu hati Zafira sebelum bingkas bangun dari sofa. Dia ingin segera keluar dari bilik tersebut. Bimbang jika Tengku Izzudin akan melakukan perkara yang melanggari batas. Baru setapak kakinya melangkah, Tengku Izzudin memegang lengannya. Tidak sekasar tadi.  
“Betul ker kau nak putuskan hubungan kita?” suara Tengku Izzudin bertukar lembut. Hasrat di hati ingin memenangi hati Azryn Zafira semula. Sudahlah untuk mendapatkannya tidak semudah seperti dia mendapatkan gadis-gadis yang lain. Azryn Zafira hendak dicuit pun susah, ringan-ringan apatah lagi. Mau makan penampar wajahnya. Azryn Zafira itu baginya umpama sebuah piala. Seboleh-boleh dia tidak mahu kehilangannya. Hilang Azryn Zafira dalam genggamannya maka hilanglah juga peluang baginya untuk menguasai sebahagian besar Ma’asud Holdings Sdn Bhd. Laluan untuk mencapai cita-citanya masih ada cuma mungkin lebih sukar dengan ketiadaan Zafira disisinya.
What do you think?” tempelak Zafira tatkala mendengar soalan yang keluar dari bibir Tengku Izzudin. Sudah gaharu cendana pula!
I know I have hurt your heart before, but please Azryn…let me make it up to you?” pujuk Tengku Izzudin. Mungkin dengan cara ini, Azryn Zafira akan lembut hati.
Is that so?” sinis sahaja kedengaran suara Zafira menerjah pendengaran Tengku Izzudin. “Setelah apa yang telah kau lakukan? To me and to that poor girl? Do you honestly think I am going to give any chance to you at all?” Zafira menyerangnya bertubi-tubi. Dia tidak mahu Tengku Izzudin beranggapan yang dia dengan mudah boleh dipermainkan.   
“Berapa ramai anak-anak gadis yang telah kau perdaya dan tiduri? Berapa ramai yang telah kau tutup mulut dengan wang dan harta benda? Berapa ramai pula yang telah mengandung dan kau paksa untuk digugurkan kandungannya?”
Riak wajah Tengku Izzudin berubah serta-merta. Sangkanya Azryn Zafira tidak tahu semua itu. Dia cuma beranggapan yang Azryn Zafira itu sedang menuduh dia berlaku curang. Baginya, apa salahnya menyimpan dua-tiga wanita kalau dia mampu. Tidak sekelumit pun rasa bersalah timbul difikirannya.    
“Semua perempuan-perempuan itu deserve what they got. They are looking for easy money and I am giving them what they want and in return they are giving me what I want. It’s not my fault that they agreed to follow and be with me.” Selamba sahaja jawapan yang keluar dari mulut Tengku Izzudin.
Gadis-gadis itu yang mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan kekayaan. Dia cuma mengambil kesempatan atas kelemahan mereka. Salah akukah? Tingkahnya dalam hati.
Azryn Zafira memandangnya tajam. Rasa mual melihat wajah Tengku Izzudin yang terang-terang tidak mempamerkan sedikit pun rasa berdosa atas kelakuannya.
“Hey, aku tak paksa mereka untuk tidur dengan aku. Mereka semua memang jenis mata duitan. Materialistik. Aku jumpa mereka pun dekat kelab-kelab malam. Apa kau ingat mereka semua nak kat aku kalau aku tak berduit?”
Is that what you think? That is such a lame excuse I ever heard.” Panas hati Zafira mendengarkan alasan yang diberi oleh Tengku Izzudin. Dia menyumpah dalam hati. Dasar buaya darat! Tak guna!!
“Kau sepatutnya malu dengan diri sendiri.”
Berdengung telinga Tengku Izzudin mendengar bicara Azryn Zafira.
Terbayang semula peritiwa yang merrenggut kepercayaan yang dibina terhadap Tengku Izuddin. Lenyap dalam sekelip mata. Tengku Izzudin yang disangkanya seorang lelaki budiman rupa-rupanya tidak lebih dari seorang lelaki keparat. Lelaki durjana, lelaki yang tidak bertimbang rasa dan sesungguhnya tidak layak untuk berada disisinya apatah lagi menjadi seorang insane yang bergelar suami.
Wajah Nurul Ain kelihatan melambai-lambai di birai mata. Tidak mungkin dia mampu melupakannya. Gadis muda yang menjadi mangsa nafsu serakah Tengku Izzudin itu. Gadis teman sekolejnya malah pernah tinggal serumah dengannya ketika menuntut di universiti tidak lama dulu. Dia tidak akan sekali-kali percaya yang Nurul Ain itu seorang mata duitan kerana dia kenal benar dengan Nurul Ain. Gadis itu begitu menjaga maruahnya, tidak mungkin dia sanggup menjual diri semata-mata kerana wang dan harta-benda.     
“Nah! Ambil wang kau. Cepat berambus!”
Selonggok duit not RM100.00 dicampakkan ke muka Nurul Ain. Terasa begitu hina dan kerdil diri Nurul Ain ketika itu. Umpama sampah sarap. Umpama kain buruk yang tidak berguna lagi. Bagaimana dia boleh terpedaya dengan janji-janji manis lelaki itu? Menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Kini nasi sudah menjadi bubur.
“Nyah kau dari hidup aku! Jangan kau berani muncul di depan aku lagi. Kalau kau muncul lagi, tahulah engkau nasib kau bagaimana.”
Kecut perut Nurul Ain mendengar amaran yang diberikan Tengku Izzudin. Dia seolah-olah tidak percaya lelaki yang dulu romantis kini sudah bertukar menjadi serigala. Kenapa aku dilayan sebegini? Kenapa?     
Semua itu Zafira saksikan dengan mata kepalanya sendiri ketika berkunjung ke kondominium mewah milik Tengku Izzudin. Dia baru sahaja ingin menekan loceng apabila mendapati pintu kondominium itu tidak tertutup rapat dan kedengaran suara seorang wanita dan lelaki sedang bertengkar.
Di celah pintu yang sedikit terbuka itu dia mendengar dan menyaksikan segala-galanya. Betapa hancur dan berkecai hatinya ketika itu. Terhempas bagai kaca lalu berderai. Sungguh dia terperanjat melihat kelakuan Tengku Izzudin ke atas Nurul Ain. Inikah lelaki yang aku kenali selama ini? Beginikah perangai dan watak sebenar dia?
Selang beberapa minit kemudian Nurul Ain meluru keluar, nasib baik dia sempat bersembunyi di sebalik dinding yang berdekatan tanpa ada sesiapa yang perasan akan kehadirannya.  
Hatinya sebal dengan peristiwa itu. Sudahnya dia mengekori Nurul Ain diam-diam sebelum menegurnya ketika tiba di kawasan meletakkan kenderaan. Nurul Ain yang kelihatan sugul ketika itu dibawanya pergi. Dia ingin tahu dengan lebih lanjut apa yang telah terjadi. Lebih dari itu dia mahu Nurul Ain berada dalam keadaan selamat mental dan fizikal. Siapa tahu dalam keadaan sebegitu, seseorang itu mungkin akan mengambil tindakan yang salah dan memudaratkan.
“Az…. Aku mengandung Az. Aku mengandung anak haram.” Begitu bagitahu Nurul Ain dalam sedu sedan. Tergambar perasaan kecewa dan terluka yang amat pada wajahnya. Nampak sangat tertekan dan bercelaru. 
“Dia tidak mahu bertanggung jawab. Dia suruh aku pergi dan gugurkan kandungan ini.”  Esak-tangis Nurul Ain semakin menjadi-jadi.
Hati Azryn Zafira sendiri pilu mendengar apatah lagi empunya diri yang sedang menanggung. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.      
“Az, aku tidak sanggup. Aku tidak sanggup untuk berdosa lagi.”
Tidak terkata Azryn Zafira mendengar pengakuan itu. Dia akur betapa berat bebanan yang melanda Nurul Ain.
“Aku tidak ada tempat untuk mengadu. Keluarga aku sudah pasti tidak akan menerima aku jika tahu keadaan aku.”
Azryn Zafira menggosok-gosok belakang tubuh Nurul Ain cuba menenangkannya.
“Aku ada tempat untuk kau menumpang, itupun kalau kau sudi?”
“Mana-mana aku tak kisah, aku bersyukur kiranya ada tempat berteduh sehingga aku selamat melahirkan.” Nurul Ain memegang perutnya yang tampak berisi sedikit.
Azryn Zafira sekadar mengangguk.       
Sejak dari hari itu, detik itu, dia mengikis terus nama Tengku Izzudin dari hatinya. Tidak ada lagi ruang buat insan yang bernama Tengku Izzudin. Tertutup untuk selamanya.    

“So what are you going to do? We are going to get married eventually.” Dengan bangga Tengku Izzudin mendabik dada. Seolah-olah tidak ada yang akan bisa menghalang hubungan mereka dari terus menuju ke jinjang pelamin. Dia tidak tahu betapa api sedang marak dan menyala-nyala dalam diri Zafira.
“Hah? Not even in your dream!!!” melenting Azryn Zafira dengan ayat yang keluar dari mulut Tengku Izuddin.. 
“We’ll see about that.” EgoTengku Izzudin masih tinggi melangit.     
“I’ll make sure, it’s not going to happen, ever!”
Azryn Zafira terus keluar membanting pintu meninggalkan Tengku Izzudin termangu keseorangan. Kesungguhan Azryn Zafira untuk membuktikan seolah-olah menusuk tembus ke pangkal hati yang paling dalam. Pedih. Berbisa.
Dia tahu hati Azryn Zafira keras, dan dia juga tahu tidak mustahil untuk gadis itu mengotakan apa yang termaksud dalam kata-katanya tadi. Tiba-tiba dia jadi resah. Sebentar kemudian dia turut keluar dari bilik cuba untuk mengejar Azryn Zafira yang sudah jauh meninggalkannya terlebih dahulu.
Azryn Zafira sudah pun meloloskan diri kembali ke dalam keramaian. Dia sudah tidak ada hati untuk turut sama dalam meraikan sambutan hari pekerja malam itu. Sepantas yang boleh dia menyisip keluar tanpa disedari oleh sesiapa lalu bergegas pergi dengan menaiki teksi meninggalkan hotel tersebut.  
“Dah lama tunggu?”
Lamunan Azryn Zafira mati tiba-tiba. Segera dia mengukir segaris senyuman buat yang menegur. Kay turut tersenyum sebelum melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

“Apa project kita hari ini?”
Shopping and make-over?”
Make over?”     

   

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Cerita ni xde sambungan ke writer..knapa trgntung mcm tu je..:(:(:(

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p