Sabtu, 20 Ogos 2011

Pantun - putus cinta

Salam semua
Hari ini saya nak post beberapa contoh pantun lama yang ada kaitan dengan putus cinta. Biasalah adat orang bercinta, bukan selalu berakhir dengan bahagia.

Pagi-pagi pergi ke sawah
Hendak ditajak pokok mengkudu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu

Pergi kedai membeli kaya
Anak teruna memikul kayu
Apa dikenang kepada saya
Kasih dipupuk sudah pun layu

Manis sungguh si buah manggis
Makan bersama rebus keladi
Apa guna saya menangis
Kalau orang sudah tak sudi

Ramai orang membuat rakit
Bunga kiambang di atas batang
Hati sakit badan pun sakit
Menunggu abang tak kunjung datang

Biar sedikit jangan tiris
Anak gadis membeli kain
Hati sakit bagai dihiris
Abang sudah ada yang lain

Anak siput anak haruan
Tebang kelapa ambillah umbut
Rapuh benar kasihmu tuan
Bagai embun dihujung rumput

Buah keras buah keranji
Makan pula sambil menari
Mengapa abang mungkiri janji
Merana saya setiap hari

Kalau nak senaraikan pantun orang bercinta ni, banyaknya tak terkira. Ini baru pantun putus cinta belum lagi pantun rindu-rinduan. :) Lain waktu saya akan cuba carikan pantun rindu-rinduan pula. Salam, selamat berpuasa.

0 comments:

Catat Ulasan

Komen pembaca yg comel...;p