Assalam uolls - this is the cover of my 1st made it to printed version. Siapa2 yg follow, mesti notice previously it was named Officially Yours. Syukur sangat2 atas peluang ini. Lets recap part 1, for those yang 1st time baca- hope you enjoy it. me @ 18/4/2015
AKU memang sukakan dia. Suka, sangat-sangat. Tak kisahlah, walau apa pun
yang orang cakap tentang dia. Dia playboy. Dia kaki
perempuan. Dia poyo. Dia sombong atau berlagak. Aku tak kisah! Huh!
Sebenarnya kalau aku kisah pun, dia tidak ada kena mengena dengan aku. Dia
bukan teman lelaki waima kekasih aku pun. Dia tidak pernah ambil tahu fasal
aku. Entah dia masih ingat kepada aku lagi ataupun tidak? Malah, dia kenal atau
tidak aku ini?
Aku kerling Fariq Hatta yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik
pejabat. Segak sungguh dia hari ini. Kemeja lengan panjang berwarna ungu cair
dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam.
Memang sesuai dengan kulitnya yang cerah. Hai, kenapalah dia dilahirkan sekacak
itu?
Dari dulu lagi, dia memang sudah menunjukkan ketrampilan yang berkarisma.
Ciri-ciri kepimpinan itu memang menonjol dan dia juga mempunyai persona. Aura
yang memikat. Silapnya, dia dikelilingi wanita yang bukan calang-calang
orangnya. Dari dahulu sehingga sekarang. Bukan seorang. Entah berapa ramai, tidak
terkira dek aku. Silih berganti. Sigh! Tapi, siapalah aku untuk
menghakiminya? Mungkin saja perempuan-perempuan itu yang bertempek dengan dia.
Aku angkat bahu.
Mataku masih ralit memandang dia. Kenapalah dia boleh bekerja satu bumbung
dengan aku? Kalau dulu, susah sikit nak nampak.
Walaupun sebumbung, pejabat dia di tingkat atas, tingkat empat, aku pula di
tingkat satu. Kadang-kadang sahaja terserempak dalam lif. Baru sebulan ini
sahaja, pejabat dia dipindahkan ke tingkat di mana aku berada. Tidaklah aku
pasti kenapa jabatan dia harus berkongsi satu tingkat dengan jabatan tempat aku
bekerja. Dengar khabarnya, syarikat dalam proses mengubah struktur pentadbiran
dalam jabatan. Mungkin sebab itu kut.
Aku mencemik. Bukan tak suka tapi tak selesa. Manalah tahu dia terperasan
yang aku ini ada hati dengan dia. Apalah yang aku merepek ni? Kalau dulu masa
sama-sama melanjutkan pelajaran di Universiti pun dia tidak pernah perasan akan
kehadiran aku, apa yang membuatkan dia untuk perasan sekarang pula?
“Apasal mulut muncung tu?”
Aku pantas berpaling ke arah empunya suara. Kak Suriani, setiausaha Fariq
Hatta. Urgh! Kantoilah pula.
“Intai bos ek?”
Aku sengih. “Bos akak, bukan bos kita.”
“Akan jadi bos Yaya juga nanti.”
Aku tersentap. Mata membulat. Biar betul? Aku pandang Kak Suriani dengan
wajah tidak percaya. Jadi, rumous tu betullah?
“Tak dengar cerita lagi? Bos akak tu akan take-over unit Yaya. Dia akan jadi team lead,” beritahu Kak
Su sungguh-sungguh.
“Oh really?” Baru dua tahun bekerja di sini, dia sudah naik pangkat? Hebat! Kening
aku pula yang terjongket. Kagum. Aku yang bekerja lebih awal daripada dia pun
tidak pernah dapat peluang sebegitu.
“Yes, akan ada perubahan structure dalam syarikat, you just wait and see.” Kak Suriani sepetkan mata sambil tersenyum comel.
“Akak ceritalah kat Yaya.”
“Tak boleh. Confidential.”
Ewah! Berlagak pula Kak Suriani ni. Tak padan berbadan dua, dengan aku pun
nak berahsia bagai.
Kening Kak Su terjongket dua kali.
“Akak…” Mataku berkerdipan, cubaan untuk merayu dibocorkan rahsia.
“Tak boleh. Nanti bos marah.”
“Ada staff
yang akan diberhentikan kerja tak?” tanya aku masih mahu mengorek rahsia.
“Taklah. Man
power pun tak cukup. Kenapa nak berhentikan orang?”
Aku mengangguk. Bimbang juga. Kalau betul ada ura-ura pihak syarikat hendak
mengurangkan pekerja, aku mahu bersedia lebih awal. Kotlah nama aku naik.
“Don’t worry. Kalaupun ada senarai pekerja-pekerja yang berkemungkinan diberhentikan,
Yaya tidak akan termasuk dalam senarai tersebut.”
“Kak Su.”
Aku dan Kak Suriani berpaling. Fariq Hatta sedang berdiri di muka pintu
bilik pejabat sambil menggamit setiausahanya yang berada bersamaku.
Mata aku beradu dengan mata Fariq Hatta. Kilas pandangan mata yang dingin.
Namun, cukup buat hati aku berdetak bagai nak rak. Serta-merta wajahku jadi
hangat. Those
butterflies in my stomach, its’ aching again, tiba-tiba. Itulah yang berlaku setiap kali berhadapan dengan Fariq Hatta.
Aku teguk air liur. Yaya! Control! Pantas aku
mengingatkan diri sendiri.
“Akak pergi dulu.” Kak Suriani bermain mata.
Nakal! Tahulah bos handsome tahap selebriti.
“Akak tahu Yaya fikir apa tu.” Kak
Su melirik nakal. “Don’t worry, akak tak akan jatuh berkenan
dengan dia. Akak cuma nak anak akak yang keluar ni nanti terkenan dengan wajah handsome bos akak tu.”
“Kalau terkenan yang baik-baik, takpe kak,” sakatku bermakna. Iyalah,
buatnya perangai tak senonoh Fariq Hatta pun terkenan sama?
Kak Suriani sekadar angkat kening, masih dengan senyuman nakal di bibir.
Daun pintu bilik pejabat milik Fariq Hatta terbuka semula. Sekali lagi aku
beradu mata dengan dia. Matanya tajam memandangku. Aku teguk air liur lagi.
Agaknya dia fikir aku sengaja melambat-lambatkan setiausahanya itu. Eeh… aku
angkat kening sebelum mengalihkan pandangan ke arah skrin komputer. Tak kuasa
aku menahan hati yang debak-debuk ni. Nanti tak berhenti-henti aku berfikir
tentang Fariq Hatta!
BUTANG lif aku tekan. Perut sudah
kenyang lepas makan tengah hari. Ipod yang aku bawa bersama, aku
keluarkan. Earphone aku sumbat ke dalam telinga sebelum memilih lagu untuk dimainkan.
I’m
being haunted by a whisper
A chill
comes over me
I’ve
been trapped inside this moment
I’m not
a victim, I’m not a freak
Free me
before I slip away
Heal me,
wake me from this day
Can
somebody help me?
-somebody
help me, FBR-
Aku bernyanyi kecil
mengikuti lirik lagu yang aku dengar dari corong earphone, iramanya yang berkumandang bagai mahu memecahkan gegendang telinga membuat
tubuhku bergoyang mengikut rentak. Walaupun, kala itu badan terasa berat
sedikit. Penangan Kari Kepala Ikan. Aku menguntum senyum, teringat pantun
dulu-dulu. Pantun lama. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka
hati.
Pintu lif terbuka, cepat-cepat aku melangkah masuk. Belum sempat aku
menekan butang untuk menutupnya, pintu lif ditahan. Sesusuk tubuh lelaki yang
aku cukup aku kenal melangkah masuk.
Owh, Fariq Hatta!
Terkebil-kebil aku memandang. Hatiku sudah suka-suki berdendang.
Malangnya, dia bukan seorang. Seorang wanita cantik turut sama melangkah
bersamanya. Siap berpimpin tangan. Urgh! Terus terbantut rasa suka yang hadir.
Aku memencil diri ke salah satu sudut ruang lif bersaiz kecil itu. Tiba-tiba
terasa kerdil.
Wanita cantik yang mengiringi Fariq Hatta itu aku kerling sekilas. Dress paras lutut berwarna merah garang dan sendat yang dikenakan wanita itu
cukup menarik perhatian. Gincu berwarna sama teroles pada bibir. Mekap tidak
keterlaluan, agak sederhana membuatkan dia nampak elegan.
Wanita itu memaut lengan Fariq Hatta sambil menggeselkan badan. Gediknya!
Hatiku membebel sendirian. Lagaknya seperti ingin memberitahu yang lain, Fariq
Hatta itu milik dia. Walhal, memang ada aku seorang sahaja dalam lif itu bersama dengan mereka.
Aku perasan yang Fariq Hatta sedang merenung aku pada pantulan dinding
lif. Pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan maksudnya.
Agak lama juga dia begitu. Aku pura-pura tidak melihatnya walaupun hati aku berdegup bagai rak ditenung sebegitu rupa.
Aku matikan volume Ipod, sambil terus menyanyi kecil tanpa suara. Aku mahu tahu apa yang
mereka bualkan.
“Honey?” Wanita itu bersuara manja sambil matanya melirik aku.
Uwek! Apa pandang-pandang aku? Rasa nak muntah pun ada. Aku berlagak tidak
peduli. Ada aku kisah? Sebenarnya, memang aku kisah. Buat sakit mata, buat
sakit hati juga!
“Honey, I miss
you.” Wanita itu bersuara sensual sambil mendekatkan
dirinya kepada Fariq Hatta. Rapat sangat-sangat.
Eew! Aku pula yang bertukar merah padam melihatnya. Tak sanggup aku
melihat adegan seterusnya. Fariq Hatta kelihatan kaku dan matanya masih tidak
berganjak daripada memandang aku pada pantulan dinding lif yang ala-ala cermin
itu. Agaknya mahu melihat reaksi aku. Aku? Memang tak selesa. Sesak aku dengan
situasi sebegini. Cepatlah tiba ke destinasi! Geli aku melihat aksi mereka!
Tingkat 15. Suara operator lif kedengaran bergema. Finally!
“Go find
yourselves a room,” gumamku perlahan ketika
keluar dari lif.
Wajah Fariq Hatta berubah. Dia mendengar? Terasa? So what?
p/s : when I first wrote this, I dunno how long this entry would be, and so - I called and treated this as part 1 for a novelette at that point of time. Syukur, sebab dengan izinNya - cerita ini akhirnya ke versi cetak. You may get it @ PBAKL 2015 held in PWTC.