Jumaat, 4 Januari 2013

Adiwira Pilihanku


MATA aku tertancap pada sebuah buku latihan yang terletak di atas meja aku. Buku Matematik aku yang hilang semalam tiba-tiba sudah berada di atas meja aku. Buku itu aku capai dan belek.



“Apasal buku aku ni lembap?” Kena hujan kah? Tapi memang semalam hujan pun. Masalahnya, meja aku bukan letaknya kat tepi tingkap untuk tempias hujan tu sampai dan singgah menepek kat buku aku tu.
“Si Luthfil yang buat.” Tiba-tiba ada pula yang menjawab. Naik bula roma aku bila nama anak Cikgu Mustapha disebut Harold. Cikgu Mustapha, guru Matematik kelas aku.
Aku pandang muka Harold yang sedang tersengih macam kerang busuk. Wajah aku berkerut seribu, penuh tanda tanya. Luthfil buat apa?
“Dia cium buku engkau tu sampai habis basah.” Macam tau-tau aje si Harold ni apa yang sedang berada dalam benak aku.
Serta-merta aku menoleh ke arah Luthfil. Bulat mata aku memandang wajah Luthfil yang sedang pucat lesi. Beberapa orang pelajar lain yang berada dalam kelas turut melakukan perkara yang sama. Serius aku tak tahu nak cakap apa. Rasa malu pun ada. Tapi hati aku ni. Eeiii. Geramnya. Apasal buat benda bodoh macam tu?
Pelajar yang ada ketika itu sudah mula bersorak-sorak mengejek. “Luthfil suka Lia! Luthfil suka Lia!”
Berulang-ulang mereka mengucapkan ayat sebaris itu. Berlagu-lagu membuatkan hati aku bertambah panas. Muka aku sudah naik merah. Tak tahulah pula bagaimana penerimaan Luthfil. Tapi aku memang rasa macam nak baling jer buku latihan yang ada kat tangan aku tu kat muka dia.
Sudah! Luthfil dan Harold aku lihat sedang saling tolak-menolak. Haish! Aku tak tahu mana satu yang buat aku lebih marah, Luthfil yang buat kerja bodoh itu (maaf, tapi aku memang rasa perbuatan dia itu sesuatu yang tidak dapat diterima akal) atau Harold yang memecahkan rahsia kawan baiknya itu. Kalau dia tak pecahkan rahsia Luthfil, pelajar-pelajar itu tak adalah bersorak-sorak memalukan aku.
 Argh! Tension! Tension! Akhirnya, aku blah keluar dari kelas. Lama-lama aku kat situ boleh jadi histeria aku.

***
“Lia!”
Jeritan nama aku itu buat aku berpaling. Kelihatan Harold tercungap-cungap mengejar aku.
“Luthfil nak jumpa.”
“Nak jumpa aku?” kening aku terjungkit.
Harold mengangguk.
“Apasal? Tak naklah,” balas aku.
“Kenapa tak nak?” tanya Harold.
“Kenapa dia nak jumpa aku?” aku pula bertanya.
“Lia tanyalah dia.”
Aku senyap. Wajah Harold yang seperti sedang menunggu jawapan positif dari aku itu aku tenung. Lama aku berjeda. Tanpa menjawab aku terus berlalu meninggalkan Harold. Biarkan! Tak ada masa aku nak layan.
Luthfil dan Harold. Buddy? Kalau kisah ini seperti kisah-kisah cinta dalam drama, telenovela atau cerita-cerita cinta, Luthfil tu dah macam hero. Dia seorang ketua pengawas. Dia pelajar cemerlang. Dia wakil sekolah dalam acara sukan. Wakil sekolah untuk pertandingan perbahasan, kuiz atau mana-mana acara yang ada kat sekolah. Kalau boleh macam semua acara yang ada dia nak bolot.
Bukan itu sahaja, Luthfil itu tergolong dalam pelajar yang ada rupa. Bolehlah. Adalah sipi-sipi muka selebriti, kalau tak masakan pelajar-pelajar perempuan sekolah aku tergila-gilakan dia. Hmm…  Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan yang dia merupakan pelajar paling popular di sekolah ketika itu.
Harold itu pula rakan baik Luthfil. Mana-mana Luthfil pergi, Harold mesti ada sama. Kadang-kadang rasa macam mereka berdua itu seperti superhero dengan side-kicknya. Adiwira dengan orang kanannya. Macam Batman dengan Robin. Atau Green Hornet dengan side-kicknya, Kato? 


Sebenarnya Harold itu tidak kurang hebatnya dengan Luthfil. Harold pengawas sekolah juga. Dia pelajar cemerlang juga. Pernah mewakili sekolah untuk acara sukan dan ko-kurikulum. Cuma perhatian lebih kepada Luthfil. Itu sahaja.
“Pukul 4 petang. Tepi padang bola.”
Tiba-tiba aku disergah. Harold kat depan aku sedang mendepangkan tangan. Habis buku-buku yang sedang aku bawa, jatuh. Terlepas dari pegangan.
Harold tunduk mengutip buku-buku yang jatuh. Ketika menghulurkan buku-buku itu, dia berkata lagi. “Jangan lupa datang tau!”
Bila aku menjulurkan tangan hendak mengambil buku-buku itu, dia menarik semula hulurannya.
“Kalau Lia tak nak jumpa Luthfil pun, tengoklah kitorang. Petang ni, kitorang ada game.”
Aku pandang wajah Harold yang nampak sedikit kecewa bila aku tidak menjawab. Rasa serba-salah pula aku melihatnya. Bukannya apa, aku dan Harold agak rapat juga. Aku menghela nafas sebelum lambat-lambat mengangguk. Lebar sungguh senyuman yang terlakar pada wajah Harold ketika itu. Sama macam wajah adik aku bila dapat jajan.
“Aku datang bukan sebab Luthfil tau. Aku datang sebab kau.”
“Yalah,” balas Harold sambil memulangkan semula buku-buku aku. Bila buku-buku itu sudah berada dalam tangan aku, dengan tak semena-mena dia mencapai buku aku yang paling atas. “Aku pinjam yang ini. Nanti aku pulangkan.”
“Harold?”
Harold sudah berada jauh di hadapan sambil melambai-lambaikan buku aku. Budak mata sepet ni, aku pelangkung juga kalau aku jumpa nanti. Haish! Minta-minta buku aku itu tak sampai ke tangan Luthfil lagi.

***

Harold datang mendapatkan aku yang baru tiba. “Ingatkan tak datang tadi.”
“Kalau tak datang, nanti kau datang cari aku lagi,” balas aku sebelum menyambung. “Bila game nak start semula?”
“Lagi sepuluh minit.”
Aku buang pandang ke arah padang bola.
“Luthfil ada kat sana.” Harold menuding jari ke tengah padang.
“Aku bukan cari dialah.” Wajah aku sudah merah-merah malu. Memang benar, aku tidak mencari Luthfil pun.
Harold aku lihat tersenyum. Tiba-tiba wisel dibunyikan tanda masa rehat sudah tamat. Perlawanan kedua akan dimulakan sebentar lagi.
Wish us luck,” kata Harold sebelum melangkah pergi.
Good luck!” Ucapku sambil menghadiahkan senyuman paling manis kepadanya.
“Boleh jadi gila aku macam ni,” Harold menggumam ketika melangkah pergi.
“Apa?” jerit aku pada Harold sebab kata-katanya tadi tidak berapa jelas di pendengaran aku.
Harold cuma melambai-lambaikan tangannya.

***

Separuh masa kedua. Kedudukan permainan masih sama. Kosong-Kosong. Ternyata pihak lawan tidak kurang hebatnya. Sesekali aku lihat ahli pasukan mengeluh kerana tidak dapat menembusi pertahanan pihak lawan.
Luthfil, sebagai ketua pasukan kelihatan sedang memberi arahan kepada ahli pasukan. Mungkin merancang strategi. Entahlah, formula apa yang mereka nak guna. Tapi aku boleh lihat seketika kemudian, ahli pasukan bergerak ke posisi masing-masing. Ya, nampaknya Luthfil akan bertindak sebagai penyerang dan Harold pula akan jadi finisher.
Aku lihat Luthfil terkinja-kinja mengawal bola, cuba membawanya ke gawang kemenangan. Hampir saja, tapi bola terkeluar. Bergolek-golek bola itu melepasi garisan. Boleh pula bola itu sampai kat tempat aku.
Aku bangun mengibaskan punggung. Kelihatan Luthfil sudah berada berhampiran sedang menunggu bola itu agaknya. Aku jadi teragak-agak. Aku pandang bola yang bulat itu. Bersedia, satu dua. Aku tarik nafas panjang-panjang. Bola itu aku tendang sekuat yang boleh agar sampai kepadanya.


Aduh! Terdengar jeritan seseorang. Ketika itu juga kelihatan Luthfil terbaring di tepi padang.
“Kenapa?”
“Bola yang kau tendang kena kat perut dia.” Bagitahu salah seorang penonton yang berdekatan dengan aku.
“Bukan perutlah, bawa sikit kut?” ada pula yang menyampuk.
“Hah?” Kuat sangatkah sampai dia jadi macam tu? Aku sudah jadi cemas. Minta-minta dia okey.
Aku berlari ke tempat Luthfil terbaring. Beberapa pemain sudah mengelilinginya. Harold juga sudah berada di sana. Aku pandang wajah Harold sambil meneguk air liur. Harold angkat bahu.
“Jangan risau. Tak teruk sangat,” bagitahu Harold.
Tak teruk sangat? Tapi, aku lihat Luthfil mengerang semacam jer. Aku gigit jari. Dalam hati aku berdoa, mudah-mudahan ianya tidak seteruk apa yang aku fikir. Yalah, tadi aku sempat menangkap bisik-bisik yang mengerikan sambil ada mata-mata menjeling aku. Macam aku buat kesalahan besar.
“Susahlah nanti bila dia nak kahwin. Macam mana nak dapat anak.” Begitu kata mereka.
Urgh! Aku telan air liur. Takkanlah sampai macam tu sekali, kut?
***
“Macam mana keadaan Luthfil?” Aku bertanya ketika singgah di gerai meniaga milik ibu Harold di tapak pasar malam.
“Beransur pulih. Kenapa kau tak datang melawat dia?” Harold sibuk menempatkan perkakas dan aksesori rumah yang hendak dijual ke atas meja.
“Aku seganlah,” balasku pendek. “Kau agak dia marahkan aku tak?”
“Kenapa nak marah? Engkau bukannya sengaja pun kan?”
“Yelah, nanti kau kirimkan kata maaf dari aku ek. Nah, ni kuih mak aku bagi.” Aku menghulurkan seplastik bungkusan kuih-muih kat Harold. Gerai mak aku selang dua buah gerai jer dari gerai Harold dengan ibunya.
“Terima kasih.” Harold sudah tersengih melihat bungkusan itu. Yalah, kegemarannya kuih Tepung Pelita ada sekali.


Leng loi, sudah mau balik kah?” Tiba-tiba ibu Harold muncul.
“Belum, Auntie Su. Lia nak tolong mak kejap." Aku tersenyum melihat Auntie Su sebelum tergesa-gesa menghampirinya lalu membantu mengangkat guni yang sedang dibawa.
“Haiya, ini bukan kerja lu. Ini kerja ini budak.” Sempat lagi Auntie Su meluku kepala anak tunggalnya itu.
Harold cuma tersengih sambil menyuap kuih tepung pelita yang aku berikan tadi.
“Letak mana Auntie?”
“Sini..sini..”
Aku menurut saja langkah Auntie Su sebelum meletakkan guni tersebut di bawah meja.
“Jumpa kat sekolah,” kata Harold. “Oh, thanks kuih ni. Lain kali bawa lebih.”
Aku tersenyum jer bila Auntie Su aku lihat mencubit manja Harold sambil membebel memarahinya. “Hari-hari makan. Kerja malas.”

***
Seminggu dua selepas kejadian bola.
“Lia, boleh aku bertanya sesuatu?”
Of course. Kalau aku boleh jawab, aku jawab.”
“Kau suka kat Luthfil?”
Pertanyaan direct? Apa patut aku jawab? “Entahlah, aku rasa biasa-biasa saja.”
“Kalau orang lain suka kat kau?”
“Hmm.. depends. Siapa orang tu?”
Harold jadi teragak-agak. Muka dia sudah merah-merah. “Ngo..”
Uikk? Mata aku terkelip-kelip.
“Oi lei..” sambung Harold.
Aku pandang Harold sambil teguk air liur. Biar betul? Kalau tak silap, maksud ayat itu… Huh? “Kalau nama engkau ada Abdullah kat belakang, bolehlah aku consider…”
Harold pandang anak mata aku tepat-tepat, agak terkejut mendengar jawapan aku. Jangankan dia, aku sendiri terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut aku. Adoi!
“Betul ni?” tanya Harold.
“Err…” Opps! Takkanlah aku nak cakap, abaikan jawapan aku. Benda dah keluar dari mulut. Dah masuk telinga dia. Jadi aku pun senyum ajelah, dengan harapan dia tak ambil serius dengan kata-kata aku.
Tapi, kenapa dia cakap macam tu? Macam dia suka kat aku. Bukan dia dengan Luthfil kawan baik? Kalau Luthfil tahu Harold nak kat gadis yang dia suka, apa pula kata dia? Tapi, betulkah Luthfil nak kat aku? Aku pula yang naik risau.   

***

Itu cerita zaman sekolah aku. Lepas peristiwa itu aku dah jarang bertembung dengan Luthfil mahupun Harold walhal kami bertiga berada dalam satu kelas yang sama. Kebetulan? Atau masing-masing mengelakkan diri. Entah siapa yang mengelak.. aku.. Luthfil.. atau Harold.. ?
Tapi, sebenarnya aku dengan Luthfil tak pernah pun bersembang macam aku bersembang dengan Harold. Aku tak terasa sangat kehilangan Luthfil. Eh? Apa aku cakap ni? Selama ini aku bukannya ada apa-apa pun dengan Luthfil ‘kan?
Sebenarnya, aku lebih terasa kehilangan Harold. Dia sudah jarang munculkan diri di hadapan aku. Di tapak meniaga pasar malam juga begitu. Selalunya Harold tak pernah terlepas mengikut ibunya meniaga. Entah kenapa, kemunculannya semakin berkurangan. Kadang-kadang dalam sebulan cuma sekali sahaja dia datang. Agaknya sebab peperiksaan akhir akan tiba. Mungkin masing-masing sibuk mengulangkaji, mahu mendapatkan keputusan yang terbaik. Mereka ‘kan pelajar cemerlang sekolah. Haruslah mengekalkan prestasi.
Lepas dapat keputusan SPM, aku langsung tidak mendengar khabar dari mereka. Masing-masing sudah melanjutkan pelajaran agaknya. Luthfil mungkin  menyambung pelajarannya keluar negara. Tidak mustahil, lagipun keluarganya terdiri dari golongan berada. Cuma aku dan Harold saja yang biasa-biasa.
Kalau aku rindu aku akan singgah gerai Auntie Sue. Masih lagi sudi menghantar kuih-kuih yang mak aku buat. Dari Auntie Sue, aku dapat tahu Harold melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti tempatan. Itulah yang terakhir aku dengar sehingga aku bertembung dengan dia hari ini. Selepas enam tahun menyepikan diri.

***

Lagi sebulan sebelum menjelang tahun baru. Juruaudit datang menyerbu jabatan aku sepanjang minggu ini. Mungkin juga akan berlanjutan hingga dua ke tiga minggu. Biasalah, bila tiba masa untuk syarikat menyediakan laporan kewangan juruaudit luar akan dipanggil untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Perlu agar laporan kewangan itu lebih telus, mungkin.
Seramai tujuh orang juruaudit yang hadir. Salah seorang daripada mereka nampak macam familiar. Dia yang pernah aku kenal suatu masa dahulu. Dia masih sama seperti dulu, semasa zaman persekolahan cuma nampak lebih matang.
“Harold?” Aku yang menegur dia terlebih dahulu.
“Lia? Assalamuaikum?” Harold nampak terkejut tapi kelihatan gembira melihat aku.
Berkerut dahi aku. Budak cina ni bagi salam kat aku? Haruskah aku menjawabnya?
“Nak join aku makan tengahari nanti tak?” tiba-tiba dia mempelawa.
“Boleh juga. Aku pun sorang hari ini.” Memang waktu lunch aku selalu seorang pun. Jadual kerja aku yang padat membuatkan aku lebih suka membungkus dan makan dekat pantry yang disediakan.
There’s a lot of catch up to be done. Ngo gua zhu lei.
Gulp! Ayat yang terakhir buat aku jadi…urgh! Tak tahu nak cakap.

***
Aku ketuk bilik conference yang dipinjamkan sementara untuk team juruaudit melakukan tugasan mereka.
“Harold mana?”
“Harold? Kitorang tak panggil dia Harold.” Salah seorang daripada mereka bertiga yang tinggal menjawab soalan aku. Semua perempuan. Ada seorang lagi amoi tapi dia dah keluar makan. Jadi, baki yang tiga itu lelaki termasuk Harold. Tak tahu menghilang ke mana.
“Oh! Ok..bos korang mana?”
“Hari ni ‘kan Friday.”
Friday?” Pelik. Apa kena-mengena hari Jumaat dengan Harold?
Gadis bertudung labuh itu mengangguk.
Okey. Aku pun mengangguk lambat-lambat walaupun aku tak faham. Nak katakan setiap Jumaat Harold cuti, tidak juga. Pagi tadi ada jer. Mungkin dia ada temu-janji atau meeting dengan klien setiap Jumaat ketika waktu tengahari, kut?
“Pukul berapa dia balik?”
Rakan sekerja Harold yang berambut pendek itu pula buat muka pelik. “Macam biasa.”
Macam biasa, which is? Wait a minute, apa maksud dia macam biasa? Tapi sebab mereka bertiga dah pandang aku semacam aku pun mengangguk dan berlalu pergi sebelum menyerahkan tiga fail klien syarikat seperti yang diminta. Risau aku. Jadi sebelum mereka fikir yang bukan-bukan, baik aku angkat kaki.

***

Sudah hampir sebulan Harold dan rakan sekerjanya berkampung dekat syarikat tempat aku bekerja. Tugas mereka sudah hampir selesai.
“Hari ini last day aku dengan team aku kat office kau,”
Aku mengangguk. Hampir setiap hari bersua muka dan keluar makan dengan dia, tentu aku akan rasa sunyi bila dia tak ada. “Jangan lupa contact aku tau.”
“Sudah semestinya. Aku harap kita masih lagi boleh bertemu..”
Aku angkat kening dengan ayat tergantung Harold.
“Bertemu-janji,” sambung Harold sambil mengenyitkan matanya.
Tersentap sedikit hati aku.
“Kau tu jer, yang hilang tiba-tiba.” Kata aku, cover line. Padahal muka aku sudah rasa berbahang.
“Kau sudi ‘kan? Keluar dengan aku lagi?”
“Apa ni kawan? Mestilah sudi.”
“Kalau bukan sebagai kawan boleh?”
Aku tergelak. “Ayat kau ni, tak boleh belahlah. Kalau nak propose, tak mahulah cam ni.. lepas tu kat office aku pulak tu.”
“Kalau macam tu. Cik Alia Maisarah, sudi tak makan malam dengan saya hari ini?” Harold tersenyum lagi. Penuh bermakna.
Aku? Entah kenapa aku rasa senyuman dia menawan sangat. Hati aku jadi berdebar-debar semacam. Biar betul. Takkanlah aku jatuh cinta dengan dia. Serius, ada yang tak kena dengan aku ni. Aduhai!  

***

“Saudara Iman Reefki. Lama tak jumpa.”
“Luthfil? Natasha?” Lebar sekali senyuman Harold sebelum dia memeluk Luthfil.
Yup! Luthfil dari zaman sekolah aku. Aku pandang wanita berbadan dua di samping Luthfil. Jadi, cerita pasal Luthfil dah tak boleh kahwin sebab bola yang aku tendang tu, tak betullah! Syukur, Alhamdulillah!
Harold menepuk-nepuk bahu Luthfil. Gembira sangat bertemu kembali dengan sahabat lamanya. Aku bersalaman dengan wanita cantik di samping Luthfil itu.
“Bila due?” tanya Harold.
Next month. My wife is craving for the food that they have here.
Congrats!” Harold berjabat tangan sekali lagi dengan Luthfil.
“Thanks! So, I see you finally found your soulmate.” Lebar sekali senyuman Luthfil dengan anak matanya terarah pada aku.
Soulmate? Dahi aku berkerut. Who? Me?
Apa khabar Lia?”
“Baik, Alhamdulillah,” jawabku.
“Jangan lupa beritahu aku tarikhnya,” usik Luthfil sambil menepuk bahu Harold.
“Doakan aku,” balas Harold sambil mengerling aku yang berada di sisi.
Aku pandang Harold dengan tanda soal terukir di dahi aku. Am I missing something here?
***

Tempat duduk yang sesuai dah jumpa. Menu dah tengok. Pelayan dah datang ambil senarai makanan dan minuman pilihan. Aku pandang wajah Harold.
“Iman Reefqi?” Sekarang dah tukar jadi Iman Reefqi Abdullah.
Harold tersenyum. Dia seperti sudah bersedia dengan soalan-soalan yang bakal keluar dari mulut aku.
“Sejak bila?”
Few years back.”
“Bila nak bagitahu aku?”
About to. It’s just that I can’t find the right time. The right moment,” dia masih kelihatan tenang-tenang.
I have all day.” Entah kenapa aku rasa geram sangat. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Apa ya? Adakah sebab Luthfil? Tak mungkinlah! Harold? Oh, sudah semestinya!
“Lia, pertama sekali aku minta maaf kalau kau terasa. Sejujurnya, aku tidak pernah berniat begitu.”
Aku, terasa? Terasakah aku?
“Lia, dengar baik-baik. I have a confession to make. Actually, selama ini aku memang suka kat kau. Aku minta maaf atas segala salah faham masa kat sekolah dulu tu. Bukan niat aku untuk menggunakan Luthfil, tapi aku tidak tahu cara terbaik untuk mendekati kau.”
Maka, Iman Reefqi pun bercerita dari A to Z. So, now I figure it out. Everything is done by him. Luthfil tak buat apa pun?
“Luhtfil?”
“Lutfil, dia tak buat apa pun.”
“Tak ada? Dia bersubahat dengan kau, kan?”
Best friend aku.”
“Dia tahu semua ni?”
Harold mengangguk.
 “Now, that you know. I have another confession to make.”
“Ada lagi?”
I never forget.”
Aku teguk air liur. Payau.
You have mentioned to me before.” Dia pandang anak mata aku. “You do remember, right?
Aku teguk air liur lagi. Masih lagi rasa payau.
If my name..” Iman Reefqi tidak meneruskan kata-katanya sebab dia tahu yang aku tahu apa yang dia maksudkan.
Aku sudah berpeluh dingin. Jemariku terasa menggigil.
“Aku tahu ini mungkin awal sangat. Tapi, kalau kau tak ada halangan. Aku nak hantar mak aku.”
Hantar mak dia?
“Aku nak jadi ahli keluarga kau.”
Telapak tangan aku sudah menutup mulut aku. Biar betul?
“Keluarga aku?”
“Lia, I want to be a part of your life. I want to marry you.

***
Setahun kemudian.
Syahdu saja kedengaran suara suami aku mengalunkan ayat-ayat suci ketika mengimamkan aku semasa solat berjemaah tadi.
            “Maaf Lia bertanya, mana abang belajar semua ni?” aku bertanya usai solat.
            “Luthfil, dan beberapa orang ustaz muda.” Iman Reefqi mencium dahi ku.
“Abang berusaha jadi yang terbaik sebelum bergelar suami yang sah pada Alia. Abang tidak mahu mendirikan rumah tangga sebelum tiang agama abang cukup kukuh untuk membimbing isteri abang.”
Dia meraih jemari aku. “Abang memang bertekad, ketika Lia beri abang harapan.”
            “Bagaimana kalau abang tidak bertemu dengan Lia? Atau bila abang bertemu dengan Lia, Lia sudah berkahwin.”
            “Abang percaya, kalau sudah jodoh kita tidak ke mana.”


Iman Reefqi mengelus pipi aku. Aku pandang anak matanya. Senyuman yang terukir di bibirnya membuahkan senyuman di bibir aku. Sungguh, aku rasa hidup ini indah! Adiwira aku? Macam aku kata dulu, Harold aka Iman Reefqi lebih kepada side-kick kepada heronya tapi aku memang suka Kato pun. Lebih dari heronya.