Assalam semua. Monday blues? Me too... ;) Jom layan bab seterusnya OY. Semoga anda terhibur. Kalau ada terkurang, mohon maaf terlebih dahulu. Tak sempat nak edit banyak2. Love you all, c u in the next entry.
Jam
belum menjejak pukul lapan pagi, aku sudah pun berada di pejabat. Bukannya ada
hati hendak menyiapkan tugasan yang tak pernah berkurangan. Tapi pagi-pagi datang
menopang dagu di atas meja, terkenangkan Fariq Hatta yang kini sudah jadi milik
orang.
Apalah
yang nak jadi dengan aku ni? Mood sedih yang melanda membawa aku mengimbau semula
peristiwa yang membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama pada Fariq Hatta. Lama
dulu, sewaktu aku masih bergelar siswazah.
Ketika
itu aku sedang melewati padang rekreasi untuk kembali ke kolej selepas sesi
diskusi bersama beberapa orang penuntut lain. Fariq Hatta pula sedang bermain
ragbi bersama rakan sepasukannya di padang yang sama. Entah bagaimana bola
ragbi yang menjadi rebutan ahli pasukan ragbi itu boleh melayang dan terkena
kepala aku. Aku yang sedang berjalan di tepi padang, tersungkur menyembah bumi.
Sakit?
Gila, tak sakit? Memang sakit yang teramat hingga aku jatuh berguling di atas
padang. Hendak meraung, suara bagaikan tersekat tak terkeluar. Sudahlah bergelumang
dengan daun rumput yang baru dimesin, tudung pula berserabut akibat
digosok-gosok tatkala cuba menghilangkan kesakitan yang datang.
“Okey
tak?” tanya pemuda yang mula-mula datang mendapatkan aku.
Rasa
nak pelangkung jer pemuda itu. Boleh pula dia bertanyakan soalan sebegitu? Tak
nampak ke orang bagai nak pengsan kat atas tanah ni. Kalau dah terlantar atas
tanah dan tak mampu nak bangun tu, tak okeylah tu.
“Fariq,
engkau yang buat kan? Engkau hantar dia ke klinik,” salah seorang senior
bersuara. Mereka semua sudah berkumpul mengelilingi aku. Buat malu aku sahaja.
Tapi, nak buat macam mana? Aku hendak bangun pun tak larat, apatah lagi hendak
berdiri.
“Aku
tak sengaja,” balas Fariq Hatta dalam keadaan serba salah.
“Sengaja
tak sengaja, kau kena hantar dia ke klinik juga,” tegas kakak yang tinggal satu
kolej dengan aku.
Mahu
tak mahu Fariq Hatta terpaksa mencempung dan membawa aku mendapatkan rawatan. Itulah
detik pertama aku mengenali Fariq Hatta. Insiden sebegitu, mana mungkin aku
bisa lupakan tapi lelaki itu langsung tidak mengingatinya. Atau mungkinkah
kesan bola ragbi itu membuatkan ingatan aku pada Fariq Hatta tidak pernah
pudar? Sebab itu jugakah wajah Fariq Hatta terus melekat di minda?
Derap
kaki yang seperti sengaja dihentak ke lantai membuatkan pekerja syarikat yang
ada pagi itu menoleh ke arah si pemiliknya. Juga menyedarkan aku dari terus
menyulam kisah silam.
“Siapa
Yasmin Hidayah?” perempuan itu bersuara.
Terangkat
kepala aku mendengar nama aku disebut-sebut. Mata pekerja yang lain sudah pun jatuh
ke wajah aku yang terpinga-pinga.
“Saya,”
ujarku seketika kemudian. Alangkah terkejutnya aku melihat siapa yang hadir. Perempuan
cantik yang agak biasa kulihat. Apahal bakal isteri Fariq Hatta cari aku?
Bakal? Opps! Sudah jadi isteri yang sah sebenarnya sejak semalam.
Dia
melangkah menghampiri aku. Penuh gaya. “Yasmin Hidayah?”
Aku
mengangguk mengiyakan.
Pangg!
Pipi aku dilempang. Aku terkesima lalu memegang pipi yang memerah. Pedih!
Tangannya naik lagi sekali. Tidak mahu pipi aku yang sebelah menerima habuan
yang sama, aku pegang pergelangan tangannya.
“Awak
kenapa? Serang saya membabi buta?” Walaupun aku dapat merasa kehadirannya itu
ada kena-mengena dengan Fariq Hatta, tapi aku mahu dia sendiri memberitahu apa
sebenarnya yang merasionalkan tindakannya sebentar tadi.
“Awak
siapa dengan Fariq Hatta?” matanya tajam menikam wajahku.
Huh?
Aku tergamam mendengar soalan yang diajukan. Siapa, siapa?
“Awak
jangan buat-buat tak tahu. Fariq Hatta dah ceritakan segalanya pada saya.”
Wajah garang milik Khairina bertukar jadi sendu tiba-tiba.
“Hah?”
Aku pula menjadi semakin tidak faham. Ceritakan apa? Lagi, kalau dah tahu semua
buat apa bertanya pada aku? Untuk mengesahkan cerita Fariq Hatta? Dan, cerita
Fariq Hatta itu pula, apa butir-butirnya?
Aku
masih tercegat memegang pergelangan tangannya. Masih cuba memahami perkara yang
sedang berlaku.
Khairina
menarik kasar tangannya hingga terlepas dari genggaman aku. Dia kemudiannya
menuding jari tepat pada wajah aku. “Kau.. kau…”
Ketika
kekalutan itulah Fariq Hatta muncul. Jadi penyelamat aku, isteri dia atau
penyelamat keadaan? Apa-apapun, sekurang-kurangnya dia ada untuk menjawab
persoalan yang kini sedang memenuhi kotak minda aku. Atau mungkin tidak?
Khairina
sudah mengongoi sedih dan sedang dipimpin keluar oleh Fariq Hatta. Dramanya.
Agak-agak kalau aku buat drama macam tu, ada tak yang bersimpati? Hik! Tersedu
pula aku. Aku pandang mereka berdua yang sedang beredar meninggalkan pejabat.
Juga meninggalkan aku yang sedang termangu.
Eloklah
pun Fariq Hatta itu muncul. Bagaimana hendak jadi suami yang baik kalau gagal
memujuk isteri sendiri? Nampaklah juga ciri-ciri suami yang prihatin. Apapun,
harus diberi peringatan kat bos aku ni, masalah rumahtangga silalah selesaikan
di luar pejabat. Aku gelengkan kepala sambil hati menahan rasa. Yalah, yang
kena tampar itu aku. Pedih masih terasa kat pipi ni ha!
“Kenapa
tu?” tanya Kak Su yang baru tiba.
“Entah.”
Aku jungkit bahu sambil memegang pipi. Nasib baik Kak Su tak nampak adegan
tadi.
“Yaya,
apasal tak balas mesej akak?”
“Bila
pula akak hantar mesej kat Yaya?” Opps! Aku terlupa hendak menghidupkan semula
telefon bimbit aku. Sejak semalam aku biar begitu sahaja selepas dimatikan.
“Yaya,
you missed something big!” Mata Kak
Su sudah bersinar-sinar dengan riak muka yang teruja.
Tatkala
melihat wajah Kak Su, aku sudah dapat membaca yang mak buyung seorang ni sedang
menunggu masa mahu menyampaikan cerita sensasi yang aku terlepas semalam. What did I miss last night? Yaa.. majlis
akad nikah Fariq Hatta tentunya.
***
Sedikit
pertengkaran kecil di antara Fariq Hatta dan Khairina berlaku ketika majlis
baru hendak bermula. “Saya tak boleh lakukan ini. Saya tak boleh berkahwin lagi
satu.”
Suara
Fariq Hatta yang agak tinggi membuatkan para hadirin yang ada ketika itu memberi
perhatian. Lebih-lebih lagi apabila mendengar kenyataan Fariq Hatta yang
seperti mahu membatalkan majlis akad nikah tersebut. Kebetulan pula tok kadi masih belum tiba.
Kalau tok kadi ada, mau jadi panjang isu tersebut.
“Darling? Jangan main-main,” suara Khairina
kedengaran bergetar. Bibirnya diketapkan. “This
is just a joke, right?”
“No! Sorry Rin, but I am not joking.” Suara
Fariq Hatta agak tegang.
Khairina
menarik lengan Fariq Hatta membawanya ke bilik pelamin yang sudah dihias indah
untuk meraikan mereka sebagai bakal pengantin. Ibu kedua-dua mempelai yang mahu
turut serta segera dihalang oleh pasangan masing-masing. Manakala, para tetamu
sudah mula sok sek sok sek membuat pelbagai andaian. Melihat keadaan yang semakin
riuh, tuan rumah yakni ayah pengantin perempuan pun bersuara.
“Minta maaf hadirin sekalian, nampaknya ada sedikit
masalah teknikal. Dijemput menjamu selera terlebih dahulu.”
Sementara
itu di bilik pelamin.
“Apa
ni Fariq?” airmata Khairina sudah bergenang. Sepatutnya hari ini hari bahagia
untuk dirinya tapi sebaliknya pula yang berlaku.
“I am sorry. I really am.” Fariq Hatta
menghulurkan selembar kertas. Khairina menyambutnya dan sesaat kemudian
tangisannya pecah.
“You can’t be doing this to me.”
Fariq
Hatta tidak menjawab. Dia membiarkan sahaja Khairina menangis. Hendak memujuk,
dia rasa dia tak patut dan lebih dari itu dia tak sanggup. Bimbang tangis
Khairina semakin menjadi-jadi, bimbang jika
itu berlaku ianya akan menjerat dirinya pula.
“Mana
family I nak letak muka,” sambung
Khairina lagi. “Please tell me, you are
just making this up.”
Fariq
Hatta terus-terusan mendiamkan diri. Bukan dia tidak merasa belas pada Khairina
tapi dia tidak sanggup melukakan Khairina di kemudian hari. Tapi, yang paling
penting dia mahu berlaku adil pada Khairina juga dirinya.
“Fariq,
please..”
Selepas
melepaskan sebuah keluhan yang berat Fariq Hatta berkata, “Someday, you will understand the reason behind all of this.”
Kedua
ibu-bapa Fariq Hatta dan Khairina sudah pun menunggu di luar pintu bilik ketika
Fariq Hatta meninggalkan Khairina seorang diri.
“Kenapa
ni Fariq?” pantas ibunya mengajukan soalan. Marah juga dia dengan anak
lelakinya yang membuat keputusan mendadak dan di saat-saat terakhir. Dia yang
beria-ia mahu menjodohkan anaknya dengan anak Puan Rahimah itu, alih-alih anaknya
membatalkan perkahwinan. Rasa malu bertandang kerana majlis itu berakhir dalam
keadaan sedemikian rupa. Mana mahu diletak muka?
“Maafkan
Fariq, mama, ayah.” Satu-satu wajah mereka Fariq pandang. Dia meneguk air liur,
dia tahu mereka semua sedang mengalami keadaan yang sukar ketika itu. Tidak
dapat dinafikan yang rasa bersalah itu menguliti diri tapi nasi sudah menjadi
bubur. Hendak berpaling kembali itu sudah tidak mungkin.
“So, you have made up your mind?” ayahnya
pula bersuara.
Fariq
mengangguk. “Fariq betul-betul minta maaf, tapi Fariq …”
“Pakcik
faham,” balas ayah Khairina, Encik Sabri yang juga sahabat baik ayah Fariq
Hatta. Kalau anak teruna itu tidak boleh menerima anaknya, hendak dipaksa-paksa
pun tak ada gunanya.
“Imah
pergi tengok-tengokkan anak kita tu,” ujar Encik Sabri.
“Makcik
maafkan Fariq.”
Ibu
Khairina tidak terkata apa. Kalau ikutkan hati, ringan sahaja tangannya ingin
mendarat ke wajah anak muda itu. Tapi, dia lebih memikirkan keadaan anak
perempuannya saat itu.
“Begitukah
ceritanya Kak Su?” Aku yang mendengar cerita Kak Su, melopong dari mula hingga
akhir. Khusyuk!
Jadi,
Fariq Hatta tak jadi berkahwin dengan Khairina. Hmm.. berita gembira untuk aku.
Yeay! Tapi, kalau ikut cerita Kak Su… Fariq Hatta sudah menjadi suami orang
lain sebab itu dia tidak mahu menikahi Khairina. Sungguh aku tak sangka
rupa-rupanya Fariq Hatta itu sudah berumah-tangga. Tapi, kenapa pula Khairina itu
datang mencari aku? Jangan-jangan?
***
Fariq
Hatta menghulurkan sekeping kertas yang pada pandangan aku nampak seperti
dokumen perkahwinan.
“Apa
ni?” aku bertanya.
“Sijil
nikah kita.”
Hah?
Aku ternganga. Aku perhatikan salinan sijil nikah yang ditulis dalam huruf
jawi. Terketar-ketar aku memegang lembaran itu. Bila pula aku berkahwin dengan
Fariq Hatta? Aku perhatikan cop yang tertera pada lembaran kertas tersebut. Dekat
sempadan pula tu. Isk!
“This is not true, right?”
Fariq
Hatta menyedut air sambil menatap wajahku tanpa sebarang reaksi.
“Fariq
Hatta, you know forgery is wrong, and it is
a crime. Right?” suara aku tekankan kononnya mahu memberitahu Fariq Hatta
yang dia sudah melakukan satu kesalahan yang serius.
“I know.” Selamba dia menuturkan tanpa
rasa bersalah.
“So? What are you doing?” marah aku. Aku
tidak mahu terlibat dalam jenayah yang sudah dan sedang dia lakukan. Juga, yang
paling penting aku tidak mahu meringkuk dalam penjara atas kesalahan yang bukan
aku lakukan. Hidup aku masih panjang untuk dibazirkan begitu sahaja.
“Yaya,
cuba baca betul-betul.” Dia menyorong lembaran kertas itu semula kepadaku.
Aku
teguk air liur dan dalam keadaan teragak-agak mula membaca. “Syed Hakimi…
Rosmaliza..”
“Siapa
mereka berdua ni?” sedikit kendur suara aku setelah mendapati dokumen tersebut
sebenarnya salinan sijil nikah milik orang lain.
“My friends, I borrowed this from them.”
Mataku
melotot. Takkanlah Khairina tak perasan. Atau..
“Dia
tak tahu baca jawi.” Fariq Hatta menjawab persoalan yang bermain di minda aku.
Owh!
Aku rasa nak tergelak tapi dalam masa yang sama simpati kerana perempuan itu dengan
mudah diperdaya Fariq Hatta.
“Encik
Fariq tak patut berbuat begitu.”
“Awak
juga yang kata kalau Plan A tak jalan, Plan B ada.”
“Fariq
Hatta. You know I don’t mean it like that.”Aku
pejamkan mata. Sanggup dia gunakan
kata-kata aku itu untuk putar-belitkan kenyataan.
“I am
just being fair to her.”
But, you are not being
fair to me. Ingin sahaja aku jeritkan apa yang
tersirat di hati aku. “You know… A lie, will leads to another lie.”
Fariq
Hatta menghela nafas panjang dan berat. “Yeah,
you are right.”
Setuju
pun dengan kata-kata aku yang lebih kepada peringatan untuk dia.
“That is why you are here.”
Apa?
Aku silap dengar? Berkerut dahi aku jadinya.
“You are my next plan.” Sambungnya lagi.
Hah?!
Apa maksud Fariq Hatta? Aku rasa macam nak simbah sahaja muka dia dengan air
yang berada di depan aku. Dia ni tak belajar dari kesilapan ker?
“No argument. Ready or not, you are going to
meet my parents tomorrow.” Belum sempat aku membuka mulut dia sudah
terlebih dahulu bersuara. Kali ini dengan kejutan yang agak menakutkan bagi aku.
Aku
pandang wajah Fariq Hatta. Dia nampak tenang-tenang sahaja sedang kepala aku
sudah berdenyut-denyut. Apa ni Fariq Hatta? Aku geleng kepala, rasa macam
hendak menangis sahaja ketika itu. Oh, tidak!