Ahad, 8 September 2013

Officially Yours - part 8


Salam semua. Dah lewat malam. Akhirnya berjaya juga menyiapkan chapter OY yang seterusnya. Berat dah kepala ni menahan kantuk. Ngee.. See you all till next entry. Enjoy, this one 1st, ya.. love, xoxo - muah.


Tak sampai limit minit kenderaan yang dipandu Fariq Hatta bergerak, aku sudah terlelap. Sedar-sedar saja aku, kenderaan sudah pun berada di kawasan parkir hotel tempat kami menginap.
“Dah bangun pun awak, good morning.” Perli Fariq Hatta.
Isk! Senja baru sahaja menutup tirai. Dia ni memang sengaja menyakat aku.
Aku melangkah longlai menuju ke bilik. Memikirkan betapa aku tak ingin untuk menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Anjung Holdings Sdn Bhd. Aku nak pakai apa? Baju yang aku pakai pagi tadi? Argh!!!
“Yaya?” tegur Fariq Hatta ketika tiba di depan pintu bilik.
Huh? Aku menoleh. Terjungkit kening sambil menunjukkan wajah pasrah.
“Nah untuk awak. Wear this tonight.” Sebuah beg kertas dihulurkan.


Aku menjenguk isi beg kertas tersebut. Terkejut memang terkejut. Jejaka idaman berikan aku sepasang jubah denim dengan inner dress berwarna jingga untuk majlis malam ni. Waaa… Of-course hati aku kembang semacam. Panas! Panas! Tapi, aku cuba control. Tak maulah meledak rasa suka macam baru dapat bonus sepuluh bulan. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik. Bukan nak muntah tapi aku nak lepaskan gelak aku. Gelak suka! Hahaha! Gembira sangat aku sampai mengalir air mata. Hah kau!
Kring! Telefon? Segera aku mencapai gagang.
“Yaya?” suara Fariq Hatta di hujung talian.
“Ye, Encik Fariq.” Suara yang ceria aku berikan.
Dress tadi kena pulangkan balik lepas guna. So, please make sure to handle it with care.”
Huh? Aku baru jer nak berangan. Dia ni betul-betul bijak spoilkan hari aku. Kecil besar, kecil besar mata aku. Yee…
“Yaya?”
I will.” Sudahnya, aku letak gagang sebelum mendarat ke atas katil.


 ***.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan. Duduk tegak sambil memandang Fariq Hatta tanpa berkelip mata. Serius, memang dia kelihatan kacak sangat di mataku. Suit hitam dipadankan dengan tee warna putih. Ah! Sebenarnya, dia kan dah semulajadi kacak.
“Yaya?” Dua kali dia panggil nama aku, boleh aku tak sedar. Dia petik jari baru mata aku berkelip. Argh! Aku jadi tersipu-sipu. Malu sungguh rasanya tertangkap begitu.
“Awak kenapa? Tak perlulah nak nervous sangat.”
Mujurlah dia berfikir begitu. “Maaf.”
“Tak pernah hadir majlis macam ni ker?”
“Pernah, tapi tak pernahlah yang grand macam ni,” bagitahu aku jujur.
Dia mengangguk saja.
“Encik Fariq.” Aku mendekatkan diri aku sebelum berbicara separuh berbisik. “Nasib baik Encik Fariq bagi saya pinjam dress ni.”
Dia tertawa menampakkan barisan gigi yang bak mutiara tu. “Well, you can keep that dress if you want to.
Erk? “Betulkah Encik Fariq?”
No, I am just kidding. Jangan lupa pulangkan balik pada saya selepas hantar ke dry cleaning.”
Aku tarik muka. Tanya lagi! Haa..kan dah melepas.
“Ehem..ehem..”
Aku dan Fariq Hatta menoleh serentak ke arah si empunya suara.
Ammar. Tapi, dia bukan seorang. Ada seorang wanita cantik menemaninya.
My date for today. Perkenalkan my sister, Ameera.”
Patutlah seiras, fikir ku dalam hati.
“Fariq Hatta, you know her right?”
Wajah Fariq Hatta kelihatan berubah riak. Tanpa berlengah, wanita itu mengambil tempat di sebelah Fariq Hatta manakala Ammar duduk di sebelah aku.
Apparently, we will be sitting on the same table tonight.” Senyum Ammar semakin jelik aku lihat.
Erk! Parah! Parah! Bibir aku paksa untuk tersenyum. Ngee…
“Hi..” tegur aku pada wanita yang dikhabarkan Ammar sebagai adiknya.
“Hi.” Balas wanita itu macam nak tak nak sebelum mengalihkan perhatian pada Fariq Hatta. “Fariq.. lama I tak jumpa you.”
Isk! Kenapalah semua perempuan suka sangat menggedik dengan Fariq Hatta ni.
 “Fariq, jom temankan I ambil makanan.” Ameera sudah memaut lengan bos kesayangan aku.
Aku pandang Fariq Hatta. Jangan tinggalkan aku dengan Ammar. Please..
“Yasmin Hidayah, come. I’ll company you to get some food.” Fariq Hatta bersuara sambil dengan perlahan cuba melepaskan pautan Ameera pada lengannya.
Cepat-cepat aku bangun tanpa mempedulikan wanita yang sedang melotot marah memandang aku.
I’ll go with you.”Ammar pula bangun menawarkan diri.
Aku sudah jadi serba-salah. “Takpe, takpe. You go ahead. Saya tak lapar lagi.”
“Jom.. Fariq.” Wanita itu sudah menarik lengan Fariq Hatta.
Are you sure, Yasmin Hidayah?” tanya Fariq Hatta sekali lagi.
Angguk, walau pun aku tak rela. Punggung aku labuhkan semula. Aku jeling Ammar yang turut melakukan yang sama.
“Dah berapa lama Yasmin kerja dengan Fariq?”
Two years plus.”
How come I never see you before?
“Sebelum ni, saya bukan bekerja di bawah Encik Fariq.”
“Ooh.”
Aku pandang keliling sambil menggosok kedua-dua lengan. Kekok berdua-duaan dengan Ammar walaupun rasanya ada lebih seribu orang yang berada dalam majlis tersebut.
Kerusi dia dekatkan. “I have something to tell you.
Aku jarakkan diri sambil memandang Ammar dengan rasa cuak.
You look gorgeous tonight.” Sedikit sensual suara dia kedengaran. Matanya tak jemu-jemu menatap aku membuat aku menjadi rimas, yang amat.
“Encik Ammar, saya biasa-biasa jer lah.”
You ni terlalu merendah diri.”
“Hmm.. yelah. Terima kasih.”
I like you.
That doesn’t sound sincere to me. Tapi, aku mengangguk juga.
You tak lapar ke?”
Not really.” Padahal aku memang lapar. Metabolisme orang kurus macam aku.
“Diet ker?”
“Isk! Takdelah.”
At least, minumlah sedikit untuk mengisi perut.” Segelas air dihulurkan. Tapi, diletakkan semula bila tak ada respon dari aku.
Mata aku fokus ke depan. Sebenarnya, aku mencari kelibat Fariq Hatta. Baru sekejap hilang, dah rindu? Senyuman tiba-tiba tersungging di bibir.
“Teringatkan saya?” suara Ammar segera menyedarkan aku.
Aku pandang wajah Ammar. Rasa nak tergelak pun ada. Tak mungkinlah, Encik Ammar. Hati ini milik orang lain. Ngee..
“Nah, air untuk awak. Saya nak minta diri sekejap.” Dia menghulurkan gelas berisi air tadi.


Thanks,” ucapku sambil memerhatikan dia yang sedang beredar.
Air yang diberi aku teguk sekali. Maklumlah, perut tengah kosong. Mana Fariq Hatta? Aku bangun cuba mencari bos aku si kaki buli itu. Sambil-sambil itu bolehlah aku mendapatkan sesuatu untuk dijamah.
Tiba-tiba aku rasa kepala berat semacam. Kebetulan pula aku terlihat Fariq Hatta sedang berbual dengan Ammar di salah satu sudut terlindung dan terasing dari suasana hingar-bingar majlis yang sedang berlangsung.
I want her. I want Yasmin Hidayah!
Terkejut juga bila nama aku disebut-sebut.
“Ammar, you are a bit too much. She is my staff.” Suara Fariq Hatta kalau tak silap aku.
You want to jeopardize your career with a girl? Macamlah you tu noble sangat.”
Kalau aku berdaya ketika itu, memang aku sepak mulut Ammar itu biar lebam. Aku terdengar Fariq Hatta mendengus kasar.
 “The deal is on when she spend a night with me,” kata muktamad Ammar, pengurus projek yang mewakili Anjung Holdings Sdn Bhd.
Menggeletar seluruh tubuhku tatkala mendengarnya. Aku teguk air liur berkali-kali. Takkanlah Encik Fariq nak jual aku. Oh tidak! Aku tak rela. Seribu kali tak rela.
Kepala aku terasa semakin berat. Did he put something in my drink?
“Fariq..” suara yang keluar terasa seperti tidak kedengaran. Aku cuba buka mata aku. Tapi, kelopak mata terasa berat sangat.
“Boss!” jeritku sekuat yang boleh sebelum jatuh terjelepuk. Terasa lemah segala sendi. Apa yang terjadi kepada aku sebenarnya.
“Yaya?!” Fariq Hatta datang menerpa aku.
Aku betul-betul tidak berdaya untuk mengangkat tangan pun. Terasa seperti seluruh tubuh lumpuh tiba-tiba.
What have you done to her?” dia menoleh ke arah Ammar sebelum bangun dan mencekak tengkuk lelaki itu.
Kelopak mata yang semakin berat menyukarkan aku untuk melihat apa yang terjadi seterusnya. Apa yang aku tahu wajah terakhir aku lihat sebelum mata aku terpejam adalah wajah dia, Fariq Hatta. Ya Allah, selamatkan hambaMu yang daif ini dari sebarang kemungkaran.
            


Rabu, 4 September 2013

Officially Yours - part 7

Assalam & Morning semua. Past midnight and my eyes is getting sore. Manage to finish this eventually. Hee..harap semua suka- if , again if there is mistakes, typo or whatsoever - can always correct me. Love, xoxo , c u in the next entry.

Setibanya kami di bangunan yang dimiliki Anjung Holdings Sdn Bhd, kami disambut oleh seorang penyambut tetamu berbangsa Cina. Michelle namanya. Dia membawa kami ke sebuah bilik konferens.
“Orang baru, Fariq?”Sapa seorang lelaki muda. Sebaya Fariq atau mungkin tua setahun dua. Dia tersenyum tipis sambil menyapu bersih wajah aku.
Aku membalas senyuman yang dilemparkan sambil tunduk hormat.
Wow, impressive. Even in your decent look, you manage to catch an eye.” Sinis sahaja suara Fariq Hatta berbisik di telingaku.
Fariq Hatta, aku pandang sekilas dengan mulut mencebir. Apa-apa jer lah dengan dia ni. Malas aku nak layan. Aku ke sini bukan nak cari perhatian. Lagipun, siapa yang bawa aku ke sini in the first place?
Setelah hampir sejam lebih bermesyuarat, kami diminta ke bilik bersebelahan untuk light breakfast. Mujurlah ada jamuan makanan ringan, kalau tak mahu naik level angin gastrik aku. Pagi tadi, aku tak sempat pun nak bersarapan gara-gara Fariq Hatta.


Pelbagai jenis juadah disediakan. Syukur, bolehlah aku mengisi perut sambil-sambil mencuri pandang Fariq Hatta. Aku baru cuit sikit kuih-muih yang ada, Kak Su dah menggamit aku. Makanya sepanjang masa setengah jam itu, aku cuma mengikut Kak Su ke hulu ke hilir sambil diperkenalkan kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat Anjung Holdings Sdn Bhd. Mereka yang berada dalam bilik mesyuarat tadi tentunya.
Dalam aku menahan rasa kebulur, aku sempat menangkap lelaki yang menyapa Fariq Hatta setibanya kami pagi tadi sedang mencuri pandang aku. Setiap kali ada peluang, dia cuba mengambil kesempatan mendekati aku. Bukan aku tak perasan. Cuma aku yang buat-buat tak perasan.
“Mana setiausaha Fariq?” tegur lelaki berkumis tipis itu dengan segelas minuman di tangan.
Aku menoleh ke arahnya. Baru sekejap aku ditinggalkan Kak Su, dia sudah datang menghampiri aku.
Flirting with my staff, aey Mr Ammar?” Penyelamat aku sudah muncul. Penyelamatlah sangat. Daa…
Setiap kali lelaki itu, kini aku tahu namanya Ammar datang, setiap kali itu juga Fariq Hatta mendekati aku. Eloklah juga, sebab aku rasa serba tak kena bila Ammar menegur aku.
You better be careful young lady. He got quite a reputation with women.
Is that so?” Tapi apa kurangnya awak, sambung aku dalam hati. Mata pula terkelip-kelip tatkala menatap wajah Fariq Hatta.
Ammar tergelak besar dengan kata-kata Fariq Hatta. “I am that charming, ain’t I?Kemudian beralih ke arah aku.And pretty good looking too, don’t you agree, sweety?
Adoi! Seorang lagi Encik Perasan! Nasib baiklah Kak Su muncul tepat pada masa, cepat-cepat aku mengejarnya dan meninggalkan kedua-dua lelaki itu. Cepatlah hari ini berakhir hendaknya.

***

Hari yang sungguh memenatkan. Terkejar ke sana ke mari untuk mesyuarat yang berlangsung kurang dua jam disusuli dengan sesi lawatan ke tapak projek. Rasa macam nak tidur jer bila balik semula ke hotel.
Aku baring menghadap siling. Sungguh aku letih. “Kak Su, pukul berapa kita kena check-out?
“Tak jadi check-out hari ni. Malam ni kita dijemput menghadiri majlis makan malam anjuran Anjung Holdings.”
“Hah? Habis yang akak siap packing barang ni kenapa?” aku mengiring menghadap Kak Su pula.
“Akak terpaksa balik KL hari ini. Esok ada mesyuarat dengan klien lain kat KL. Akak terpaksa hadir bersama Hisham yang akan menggantikan tempat Fariq sebagai wakil syarikat.”
“Habis Yaya macam mana, Kak?” takkan aku ditinggalkan di sini dengan si kaki buli tu.
“Alah, dinner biasa jer. Yaya temankanlah Fariq.‘Kan lebih baik dari terperap dalam bilik.”
“Yaya mana ada bawa baju lebih.” Iyalah, ingatkan dua hari jer. Aku mengeluh, kejap lagi kena khabarkan pada ayah dan ibu pula.
“Yaya tak kisah pun, kalau tak pergi dinner tu.” tak naklah aku nanti terserempak dengan Encik Ammar yang perasan tu.
Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Aku bergegas membukanya, kasihan kat Kak Su dengan perut boyotnya. 
Fariq Hatta kat muka pintu. Santai dengan T-shirt dan jeans denim paras lutut. “Jom hantar Kak Su ke air-port.
Aku buat muka tak larat.
You want to see the sunset with me, afterward?”
Sunset? Uik? Kening aku terjungkit dan mata aku sudah bersinar-sinar. Tidak mungkin aku lepaskan peluang itu. Ngee…  

***

Sungguh menakjubkan pemandangan ketika itu.  Aku sudah melabuhkan punggung ke atas pepasir yang memutih. Menarik rapat kedua lutut aku sambil menikmati jingga senja langit petang ketika itu. Mengasyikkan. Laut biru. Cahaya petang yang menimpa ke seluruh alam. Memukau. Dan… Fariq Hatta di sisi. Ngee…


I am speechless.” Terasa bayu bertiup menyapa pipi. Aku pejamkan mata. Nyaman.
“Subhanallah. Sangat-sangat indah.” Aku tarik nafas panjang sebelum menghembusnya. Senyuman terlakar di bibir ketika aku mengagumi kehebatan ciptaan Ilahi.
You are too.” Samar-samar suara Fariq Hatta menerpa gegendang telinga. Seperti berbisik di angin lalu.
Aku menoleh ke arah Fariq Hatta dan mata kami bertaut. Aku tergamam seketika dengan pandangan redup milik lelaki itu. Cepat-cepat aku matikan rasa yang datang. “Encik Fariq cakap sesuatu?”
Dia menggeleng dengan segaris senyuman dan keluhan kecil. “What are you thinking right now?
Aku teguk air liur. Awak, Fariq Hatta dengan saya di sini. Statement berani mati yang tidak mampu aku luahkan. Sebaliknya yang keluar dari bibir aku. “I don’t know.”
Dia tersenyum.
Aku ketawa kecil lagi bila aku sudah mula berangan semula.
Tell me.”
“Encik Fariq nak tahu? Tapi, jangan gelak kat saya.”
Why would I?
Aku angkat kening lagi.
I won’t. Promise.” Dia angkat tangan.
“Saya berangan.. yang akan ada seseorang melamar saya dalam suasana begini. Di tepi pantai, dengan meja kecil dihias comel .. you knowet cetera..” aku gelak lagi. “Tapi, tak naklah cerita lebih-lebih buat Encik Fariq bosan pula.”
And that somebody would be..
Aku tersipu-sipu. Takkan nak cakap awaklah. Hu-hu. “Mestilah Prince Charming saya, mana boleh bagi tau kat Encik Fariq.”
What do you think about me?”
Owh macam mana nak jawab tu? Sometimes you make me smiles, sometimes you make me want to cry, sometimes you hurt me inside but most of the time you make butterflies in my stomach. Kata-kata yang bermain di minda.
“Nak cakap macam mana ek..” nak puji lebih-lebih karang dia kata aku nak bodek dia pula. Nak kutuk-kutuk dia, karang dia potong gaji aku pula. Jadi aku pilih jawapan selamat.
“Sebenarnya…saya tak faham sangat dengan karakter Encik Fariq. Lagipun, saya bukannya pandai sangat dalam menilai orang.” Sebenarnya aku nak kata awak tu kadang-kadang menjengkelkan tapi tak sampai hati.
First impression?”
What do you want to hear from me?”
That I make you melt?”
Bagai nak luruh jantung aku mendengarnya. Bukan melt lagi Encik Fariq ooi! Dah habis cair dah ni. Panas! Panas!


“Saya Encik Fariq? Apa yang awak fikir tentang saya?” Nak tahulah jugakan.
I like everything about you.” Jawabnya tidak bernada.
Ergh? Lagi sekali aku tercengang. Kalau hari-hari macam ni, huh.. lemas aku.
What do you expect from a man?
Aduhai, kenapalah Fariq Hatta tanya soalan-soalan macam ni. I, actually..don’t expect much… cukuplah orang itu mencintai saya seadanya.”
Really?
“Yelah, siapalah saya kan?”
“Yasmin Hidayah, note this from me.” Dia pandang aku dalam-dalam sebelum berkata lembut tapi dalam nada yang tegas. “Don’t ever, ever look down on yourself.
Hmm..noted that, boss!”
Suasana kembali hening. Aku menguis pasir dengan ibu jari kaki.
“Encik Fariq selalu ke buat macam ni?”
“Duduk tengok matahari terbenam, you mean?”
Aku mengangguk.
“Tak pernah. Dengan awak jer.”
Blushing lagi aku. Perasan! “Encik Fariq mesti selalu cakap macam ni dengan perempuan kan?”
This kind of talk? Never.
Susah aku nak percaya tapi aku diam jer.
“Saya dah baca fail awak.”
Owh..
“Rupa-rupanya kita dulu satu universiti.Kenapa saya tak pernah jumpa awak dulu ek?”
Aku jungkit bahu. Ada jer, dia yang tak perasan aku. Hmm..
“Kalau kita kenal dari dulu, tentu lebih seronokkan?” Pandangan redup itu lagi.
Argh! Romantik sungguh! Aku tersenyum sepetkan mata. Make this moment last forever. I wanna feel this over and over.
“Comel!” Jarinya hampir nak sentuh hidung aku.
Aku mengelak.
You don’t have a slightest idea what I am thinking of right now.
Aku senyum sahaja cuma mata aku sahaja yang berkata-kata. That would be?
Renungan dijatuhkan dan senyuman menggoda dia berikan. “Saya rasa macam nak ngap jer awak kat sini.”
Berderau darah aku. Tergamam sambil telan air liur. Aku pandang dia yang masih leka menatap wajah aku. Urgh! Senyuman dan mata dia yang redup. Cair! Hati aku dup dap dup dap. Aku pasti sangat-sangat muka aku membahang merah sekarang. Gila!
Dia bangun tiba-tiba.“Jom, lama-lama dengan awak kat sini boleh jadi sasau saya.”
Tangan dihulurkan. Spontan jemari aku mendarat ke dalam genggamannya. Aku mendongak ke arahnya dan dia pantas menarik aku. Aku yang tak bersedia hampir jatuh ke dalam pelukan dia. Nasib baik aku sempat stabilkan diri. Isk! Malunya.
“Awak okey?”
Aku hanya mengangguk.
I wanted to stay longer but we had a dinner to attend to.”
Yup, majlis makan malam tu. “Encik Fariq, saya tak nak pergi boleh?”
Matanya melotot memandangku. “Nope, you must go. No excuse what so ever.”
Yee.. tiba-tiba saja karakter dia bertukar. Ntah apa-apa ntah. “Tapi..”
It’s a must, no argument.
Aku sudah mencebir. Argh!

Ahad, 1 September 2013

Officially Yours - part 6

Salam dan selamat menyambut Hari Merdeka semua. I am just happy that I am able to finish the next chapter. Walaupun sibuk terjah rumah orang kahwin dan last minute open house jiran-jiran & kengkawan. Gigih ni! Hahaha...anyway, hope u olls enjoy this chapter. Happy reading, see you in the next entry. Be patient a bit with me ya.. love, xoxo



Aku tarik luggage aku sambil jalan beriringan dengan Fariq Hatta. Tiba-tiba terasa seperti pasangan suami isteri yang sedang berbulan madu. Geez! Serius Yasmin Hidayah? Aku pandang wajah Fariq Hatta yang sedang menekan butang lif. Dia pandang aku.
What?
Aku geleng. Segera memadamkan imaginasi mengarut yang datang bertandang sebentar tadi.
“Mana pula bellboy hotel ni?” Itu yang keluar dari mulut aku. Selalu ‘kan ada pekerja hotel yang membawa barang-barang milik penginap ke bilik mereka.
Maybe, because it’s already past midnight.
Sebenarnya aku tahu, aku saja bertanya. Aku pandang lagi Fariq Hatta pada pantulan dinding lif. Mata kami bertembung. Rupa-rupanya dia juga sedang menilik aku. Berderau darah aku. Aku berdehem sebelum pura-pura memandang nombor aras yang terpapar pada papan skrin yang terletak di atas pintu lif.
Ting! Pintu lif terbuka. Fariq Hatta berjalan di hadapan, aku menurut saja langkahnya dengan minda di awang-awangan.
Screech! Boleh pula dia berpusing dan berhenti secara tiba-tiba. Kat tengah laluan pula tu. Aku yang berada di belakang tanpa sengaja melanggar badannya. Kedua-dua telapak tangan aku spontan melekat pada dadanya. Aku menarik tangan aku kembali, pantas. Rasa macam terkena renjatan elektrik.
Sorry!
Sekeping kad diunjurkan pada aku. “Good night neighbour. Jangan lupa kejutkan I tomorrow morning.
Dia menarik kembali kad itu ketika aku menghulurkan tangan untuk menyambutnya. “I wish I can stay with you… but I am too tired.
Bulat mata aku mendengarnya. Memang aku tidak terkata apa. Isk! Dia mengenyitkan mata sambil menghadiahkan aku sebuah senyuman nakal. Kemudian berlalu pergi meninggalkan aku dengan hati yang sebal. Dia ingat aku apa?

Kad yang berupa kunci bilik itu aku imbas pada papannya. Pintu terbuka. Syukur! Aku pandang Kak Su yang sedang tidur nyenyak. Dah sah-sah Kak Su sudah selamat berlayar ke pulau mimpi.
Jam 2.30 pagi. Aku letak beg aku kat tepi katil. Tak larat nak mengemas sekarang. Aku baringkan badan yang lesu. Mata terpejam celik mengukur siling. Teringatkan senyuman Fariq Hatta tadi. Teringat juga akan kata-katanya. Yee.. Geram sangat dengan ayat yang keluar dari mulut dia. Argh! Aku tutup muka aku dengan bantal. Benci! Benci dia seribu kali!

***

Bunyi air menyapa gegendang telinga dan angin berhembus lembut buat aku menarik selimut lebih rapat ke tubuhku. Sejuk! Burr…
Binder diselak membuatkan cahaya mentari yang baru muncul menerobos masuk dan menyebarkan sinarnya ke segenap ruang bilik. Aku yang mengerekot tidur macam anak kucing turut sama terkena tempiasnya.
“Yaya, bangun. Nanti terlepas Subuh.” Suara Kak Su yang baru lepas mandi menerjah pendengaran.
Aku bangun dari baring sambil duduk bersila atas katil. Mata masih terpejam. Aduh, macam tak puas tidur. Aku celikkan mata dan lihat jam. Pukul enam suku. Mengantuknya!
Kak Su campakkan tuala kat aku. Aku buat muka kasihan kat Kak Su. Tolonglah Kak Su. Yaya penat lagi. Kak Su geleng kepala, ditariknya tangan aku lalu disorongkan aku ke bilik mandi.
“Ada heater lah Yaya.”
Argh! Kenapalah aku boleh terjebak dengan projek ni.
Kak Su dah usai solat Subuh bila aku keluar dari bilik air. Kak Su ni, ada pendingin hawa pun, pintu balkoni masih mahu dibuka.
Aku selongkar beg mencari telekung dan kain sejadah. Kemudian cepat-cepat tunaikan solat Subuh.
Sebaik sahaja aku habiskan doa, Kak Su bersuara. “Tolong kejutkan Encik Fariq.”
“Hah? Kenapa Yaya?”
“Tanyalah Encik Fariq, dia yang mahukan begitu.”
“Isk!”
“Cepat-cepat, meeting tu bermula jam 9.00 tepat. Kita kena bertolak dari sini paling lewat pun pukul 8 pagi.” Gesa Kak Su.
Kak Su ni! Aku buat muka lagi.
Kak Su angkat kening sambil pandang aku.
Segera aku duduk di birai katil dan mula mendail nombor bilik bersebelahan. Dua kali berdering tapi tak dijawab. Kali ketiga aku dail, telefon diangkat dan kedengaran suara berkata hello di hujung talian. Bukan suara Fariq Hatta.
“Hello? Siapa ni?” sekali lagi suara itu menyapa.
Urgh! Aku teguk air liur dan terus meletak gagang. Perempuan mana pula ni? Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar dan mengetuk pintu bilik Fariq Hatta. Aku tak peduli. Dia nak aku kejutkan dia kan?


Tuk! Tuk! Tuk! Macam nak roboh pintu bilik itu aku kerjakan. Aku ketuk sekali lagi. Pintu dikuakkan dari dalam.
“Kenapa ni?” Fariq Hatta membuka pintu dengan hanya bertuala dan rambut yang basah.
Pfft? Segera aku mengalihkan pandangan. “Kenapa tak jawab phone?”
“Tak berbunyi pun,” balas Fariq Hatta sambil mengerutkan dahi.
Aku cuba mengintai ke dalam. Kut-kutlah perempuan yang menjawab tadi ada di dalam. Fariq Hatta meletakkan sebelah tangan pada tiang pintu dan sebelah lagi di pinggang.
“Cari apa? Nak masuk ker?” dia memandang aku atas bawah. Agaknya terpegun melihat aku yang masih bertelekung. Dia bukakan daun pintu seluasnya.
Tiada siapa? Aku salah dail nombor? Mataku jatuh pada nombor bilik yang terpapar pada daun pintu. 4257? Bukan 4527? Argh! Aku tepuk dahi.
Sorry, ingatkan Encik Fariq tak bangun lagi. Itu yang datang kejutkan tu. Ngee..”
Well, since awak dah datang. Tunggu kejap.”
Aku sudah mengerutkan dahi. Ada apa ya?
“Nah.”
“Apa ni, Encik Fariq?”
“Tolong seterikakan kemeja dan seluar ini untuk saya. Saya nak pakai hari ini.”
“Hah?” dia ingat aku bibik dia ker?
“Cepat! Awak nak seterika kat sini ker kat bilik awak?”
Hish! Kening aku bertaut. Tak guna punya bos! Aku ambil pakaian tersebut dan terus berlalu masuk ke bilik.
“Saya tunggu tau!” laung Fariq Hatta sebelum menutup pintu.
Hiish! Aku ketap bibir ketika daun pintu bilik aku tutup rapat. Kak Su pandang aku penuh tanda tanya.
“Apa tu?”
“Baju bos akak lah.”
Kak Su sudah gelak memanjang.
Seminit kemudian, telefon berdering. Kak Su yang mengangkatnya sementara aku terkial-kial membetulkan meja seterika. Kak Su hulurkan telefon buat dahi aku berkerut seribu. Gagang aku tekap ke telinga.
“Salam.”
“Baju saya dah siap ke Yaya?”
“Encik Fariq, saya kan baru jer masuk. Tak sampai pun seminit lagi.”
“Lima minit.”
“Yee.. yelah!” Aku membentak geram sebelum menghempas gagang tersebut.
Kak Su cuma menggelengkan kepala.
Aku tarik nafas. Mana nak siapkan dulu? Baju aku, baju dia? Jam dinding aku kerling, lagi sepuluh minit sebelum pukul 7. Argh! Aku raup wajah aku.
“Kak Su, turun ke lobby dulu. Nak settle few things. Ada apa-apa call handphone Kak Su. Kalau tak ada apa-apa kita jumpa masa breakfast nanti. 7.30 tau. ” pesan Kak Su.
“Ok. Kak Su,” dan aku pun mula melaksanakan misi pertama. Menyediakan pakaian Fariq Hatta.
Dua minit kemudian, telefon berdering lagi. Kepala aku dah berserabut. Siapa pula? Gerutu aku dalam hati. Nak cepat ni. “Hello?”
“Garangnya. First telephone etiquette lesson, smile even though the caller did not see you face to face.
Huh! Etika apa bendanya. Aku bukan kerja kat call-centre. “Encik Fariq nak apa?”
Control suara awak tu, it’s still sound harsh.
Aku tarik nafas dan cuba bersuara lembut. “Encik Fariq, Encik Fariq nak apa?”
Much better. Yaya, Yaya dah siap belum?”
“Encik Fariq... Kalau selang seminit-dua Encik Fariq call saya, bila kerja saya nak siap?” Aku letak gagang telefon semula sebelum sempat dia menjawab. Geram betul aku. Aku seterika baju ni sampai hangus, baru tahu!
Done! Akhirnya aku berjaya siapkan sebelum waktu sarapan pagi. Pakaian Fariq Hatta yang sudah siap aku seterika aku gantung kat penyangkut baju dan bawa keluar dari bilik.

Aku tekan loceng. Bila Fariq Hatta buka pintu, mulut aku ternganga.
“Yaya? Kenapa awak tak siap lagi?” senyuman nakal dia berikan. Fariq Hatta sudahpun bersiap, dengan pakaian lain.
Aku pejamkan mata menahan geram. Aku tarik nafas panjang dan dalam-dalam. Tanpa berkata apa, aku serahkan pakaian tadi dan bergegas kembali ke bilik. Argh! Sakit hati ni Tuhan saja yang tahu.