Memaparkan catatan dengan label pantun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun. Papar semua catatan

Isnin, 22 Ogos 2011

Pantun - rindu

Assalamualaikum & salam sejahtera

Seperti yang saya katakan tempohari berkenaan dengan pantun yang temanya masih cinta dan kasih sayang tapi lebih merujuk kepada rasa rindu.

Tujuh hari dalam hutan
Air tak minum, nasi tak makan
Sehari tiada pandang tuan
Rasanya susut tubuh di badan

Hilang dadu di dalam dadih
Dadih bercampur minyak lada
Hilangmalu kerana kasih
Rindu hati bercampur gila

Anak Benggali, anak Hindu
Ikan buntal, ikan selangat
Abang rindu saya pun rindu
Tepuk bantal panggil semangat

Pokok kering tiada bertahan
Kapal belayar tiada haluan
Bagai pungguk rindukan bulan
Begitu saya rindukan tuan

Bulan mengambang cahaya indah
Beli pula buah papaya
Rindukan tuan kasih tak sudah
Jangan tuan lupakan saya

Pulau Tinggi terendak China
Nampak dari Pasir Saribu
Abang pergi janganlah lama
Tidak sanggup menanggung rindu

Harap para pembaca mendapat manfaat dari post ini walaupun sedikit.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Pantun lagi.....

Pernah dengar tak orang yang sedang bercinta gunakan pantun....;p. Zaman sekarang tak pastilah ekk....tapi zaman nenek-moyang kita ada kut...cam filem melayu dolu-dolu.... Berikut contoh pantun berkaitan dengan cinta dan kasih-sayang:-

Yang biasa kita dengar

Hendak gugur, gugurlah nangka
Jangan menimpa si dahan pauh
Hendak tidur, tidurlah mata
Jangan dikenang orang yang jauh

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sekian lama saya mencari
Baharu sekarang saya mendapat

Dari mana punai melayang
Dari paya turun ke padi
Dari mana datang sayang
Dari mata turun ke hati

Kalau padi, katakan padi
Tidak saya tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak saya ternanti-nanti

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa di badan saya serahkan

Setakat itu dahulu.

Selasa, 16 Ogos 2011

Pantun Melayu

Ingat tak pantun-pantun yang pernah kita dengar atau baca semasa zaman persekolahan kita dahulu? Cuba baca rangkap-rangkap pantun dua kerat di bawah.

Siakap senohong, gelama, ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri

Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan merasa

Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih

Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula

Pat-patnya
Siapa dapat dia punya

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Kura-kura dalam perahu
Pura-pura tidak tahu

Itu sebahagiannya yang biasa atau pernah kita dengar. Tentu anda juga ada pantun dua kerat yang terlintas diminda anda.