Ahad, 11 Ogos 2013

Officially Yours - part 4

Salam Syawal u olls, belum terlambat kan? 
Starting from tomorrow, ingatkan nak ganti puasa. Every year I do that, before Syawal end. Semoga dipermudahkan yang Esa. Aamiin.

Talking 'bout Officially Yours- nampaknya cerita ni dah jadi panjang berjela, sebab tak tahu macamana nak tamatkan cerita ni - so maybe I should change it from cerpen to mini novel instead. Sorry... 
Here come part 4 for your viewing. Enjoy ya..
Love, xoxo. See you in the next entry.



Trutt! Trutt!
Yasmin Hidayah, don’t forget to pack your things. We’ll go straight after office hour.
Subuh-subuh dah dapat text dari Fariq Hatta. Mesti dapat nombor aku dari Kak Su ni. Haish! Rasa macam nak ambil cuti sakit jer hari ini. Tapi, bimbang pula dia datang jemput aku kat rumah memandangkan dia dah tahu jalan ke sini. Kalau itu yang terjadi, apa kata mak dan ayah aku pula?
Maka, aku pun mula mencari beg kecil untuk dimuatkan dengan baju dan peralatan untuk ke luar kawasan. Bawa sehelai dua cukuplah. Hari ni pergi, esok dah balik kan? Hai, entah projek apalah yang dimaksudkan Fariq Hatta. Jangan dia buat onar kat aku sudahlah. Apa-apapun, baik aku bersedia dengan apa-apa yang patut. Penyembur cili maybe?
Siap! Nak breakfast pula. Mak masak apa hari ni? Bau cam nasi lemak jer…hmm.. lapar ni! Cepat-cepat aku bersiap. Perut dah berkeroncong minta diisikan.
Aku turun dari tingkat atas, terus ke dapur. Hampir saja aku terjatuh, melihat siapa yang ada di meja makan.
“Apa… apa Encik Fariq buat kat sini?”
“Sedap nasi lemak mak awak buat.” Dia tersenyum bersahaja. Adoi!!



***

Aku pandang dia yang sedang memandu. Fariq Hatta yang kacak dan segak. Fariq Hatta yang kupuja dalam diam. Fariq Hatta yang kini berada di sebelah aku. Lepas tu aku mengeluh. What could possibly I want more? Dia menoleh sekilas.
“Ada apa?”
“Encik Fariq, tak perlulah buat macam ni lagi,” kataku lambat-lambat.
“Buat apa?”
“Apa yang sedang Encik Fariq buat ni.. sekarang ni.. semalam.” Gusar juga aku kalau dia berterusan macam ni. Mahu nanar aku dibuatnya nanti.
“Ermm…”
“Saya tahu saya dah menyakitkan hati Encik Fariq. Saya minta maaf okey?”
“Ermm…”
“Encik Fariq, dengar tak?”
“Erm…”
“What exactly do you want from me?” geram sedikit aku bila dia tidak mengambil endah dengan apa yang keluar dari mulut aku.
Bila selamat tiba di kawasan parkir khas untuk kakitangan syarikat tempat kami bekerja, dia memberhentikan kenderaan lalu memandang aku. Aku buat tak tahu sahaja.
“Yasmin Hidayah,” seru Fariq Hatta.
Mendengar dia menyeru nama aku saja sudah buat aku tidak keruan. Aku terkaku sejenak. Bukan dia tidak pernah memanggil nama aku tapi kali ini aku rasa semacam.
Fariq Hatta menarik nafas panjang. Mungkin dia fikir aku sedang berdegil. “Look at me.”
Aku teguk air liur.
“Don’t force me to do something you will regret later.”
Aku tersentak, lalu menoleh menatap wajah Fariq Hatta. Aku mengeluh lagi sebab aku tahu hati aku akan bergetar bila bertentang mata dengannya. Kali ini lebih hebat dari yang biasa kerana jarak yang begitu hampir antara kami berdua.
Lama kami begitu. Saling berbalas pandang.
“We discuss this once we are back from outstation.” Lembut renungan matanya. Lembut juga dia bersuara. “Is that okey with you?”


Suara dia. Aduhai! Aku tidak mampu berkata apa, sekadar mengangguk sahaja. Oh, Yasmin Hidayah! Wake up, wake up!

***

“Kak Su, can we have a discussion for an hour or two? Please get Hashmi, Azhar and Yasmin Hidayah to come over as well. Within 15 minutes at the meeting room.”
Aku terdengar Fariq Hatta memberi arahan kepada Kak Su. Mesti ada kena mengena dengan projek yang dimaksudkan Fariq Hatta semalam. Eloklah dia buat mesyuarat sebab aku pun tak tahu apa tugasan aku sebenarnya.
Sejam lebih duduk dalam bilik mesyuarat mendengar pembentangan kertas kerja dan pengagihan tugas. Malangnya, apa tugas yang sepatutnya aku lakukan masih tidak diperincikan dengan jelas. Aku angkat tangan. Fariq Hatta dan yang lain menoleh ke arah aku.
“Encik Fariq, saya …”
“Yasmin Hidayah, I’ll get back to you in a short while.” Pantas dia memangkas aku.
Lima belas minit berlalu.
“Okey. That’s all about it. Korang boleh bersurai.”
Apalagi, aku yang dah bosan pun angkat punggung sama.
“Not you, Yasmin Hidayah.”
Langkah kaki aku terhenti. Aku menoleh dan mata kami bertembung. Dia menunggu hingga semua yang ada tadi meninggalkan kami hanya berdua. Hati aku berdebar lagi.
Aku angkat kening bertanya. Sebenarnya, lebih kepada menghilangkan resah yang berlegar dalam benakku. Mau tak resah, berdua dengan dia. Bimbang kalau-kalau aku hilang waras pula bila asyik menatap wajah dia.
“You.. will replace Kak Su for the time being.” Dia menarik nafas pendek, dengan sebelah tangan di pinggang dan jari telunjuk mengetuk-ngetuk bibirnya dia memberitahu.
“Hah?” aku terkedu. “Tapi… tapi… Kak Su tak ikut ker?”
“Kenapa? Awak takut ker?”
Memanglah. Aku takut sangat-sangat. Takut dengan hakikat yang aku akan bekerja dengan lebih dekat dari yang biasa dengan dia. Takut rahsia yang aku simpan selama ini akan terbongkar. Argh! Tak nak! Tak nak! Aku gigit ibu jari sambil minda berfikir ligat.
“Awak ingat saya jahat sangat ker?” tanpa menunggu jawapan dari aku, dia menyambung. “Kak Su will follow, kalau tak, siapa nak bagi tunjuk ajar kat awak bila kita dah sampai sana.”
Aku diam sahaja. Dalam hati tertanya-tanya, dia marah ker?
“Awak tahu drive?”
“Drive?”
“Not driving me crazy. I know you can do that pretty well. Drive as in memandu kereta.”
Pfft? Apakah? Tapi aku mengangguk juga.
“Bagus, ada lesen?”
“Yaa..” of-course. Aku sudah julingkan mata ke langit.
“Good, you and I will share a car.”
Berdua? Kening aku terjungkit lagi. Kak Su?
“Kak Su, dia akan naik flight. She will go this afternoon after giving you some details on your task.”
Aku teguk air liur. Kenapa kita semua tak naik pesawat sekali, bukankah lebih mudah?
“Kak Su, tak boleh ikut kita sebab dia mabuk jalan. Saya terpaksa singgah few places to get quo from our supplier before we reach there.”
Macam tahu-tahu jer apa yang bermain di fikiran aku. Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu aku ke sana sebab memang ada tugasan. Bukan atas sebab yang lain. Buat masa ni, aku tolak kemungkinan yang Fariq Hatta berniat hendak mengenakan aku. Aku harap aku tidak salah. Aamiin.
“Ada apa-apa lagi yang perlu saya tahu, Encik Fariq?”
Dia menggeleng. “Awak boleh pergi. Nanti, saya minta Kak Su jumpa awak.”
“Terima kasih, Encik Fariq.” Selepas mengucapkannya, aku pun beredar.
“Yaya..” Ketika membuka tombol pintu bilik mesyuarat, dia memanggil aku semula.
Aku menoleh. “Ya, Encik Fariq.”
Dia tersenyum.”Saja… nak tengok muka awak.”
Ngee… tersirap darah aku naik ke muka.
“Oh.. Erm… Ok.. saya, saya keluar dulu.” Tergagap-gagap aku menutup pintu. Dalam hati menjerit bagai nak rak. Eeh! Macam manalah aku boleh jadi begitu. Nasib baik tak langgar pintu.
Aku boleh dengar suara Fariq Hatta tergelak di sebalik daun pintu. Argh! Suka sangatlah tu dapat mengenakan aku. Benci!


Isnin, 5 Ogos 2013

Officially Yours - Bab 3

Salam Ramadhan,
Sorry, cerpen ni dah jadi panjanglah pulak. For those who waited, here it is - part 3. Maaf, sekiranya ada kekurangan dalam entry ni. Enjoy your Raya. Have a safe journey and may Allah bless. Last but not least, ampun maaf di atas segala yang terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Love, xoxo - see u in the next entries. 




Fariq Hatta sudah pun berada di sebelah aku, di bahagian tempat duduk pemandu. Dia menoleh menatap wajahku. Pandangannya yang menikam, buat jantung aku bagai mahu berhenti berdegup. “Fasten your seat belt unless you want me to do it for you.”
            Mata aku mengecil memandangnya.
Fariq Hatta mendekat, sambil tangannya cuba mencapai tali pinggang keledar. Tubuh badan aku spontan terdorong ke belakang, pantas tangan aku menarik tali tersebut sambil mengerling dia tajam. Geram.
Terjungkit sedikit kening dia sebelum membetulkan postur. “Suit you.”
“Encik Fariq, this is not a date. It’s more like me being abducted.” Ujarku bila kenderaan sudah mula bergerak.
“Call it what you want.” Selamba jer dia berkata sambil memandu keluar dari hentian teksi.
“Urgh!” Aku melepaskan geram. Pandangan aku buang ke luar tingkap. Hati mendecit marah. Dia fikir dia siapa?
“Encik Fariq, kita nak ke mana?”
“It’s a surprise.”
“Saya tak boleh balik lambat.”
“Kenapa? Ada suami tunggu kat rumah ker?”
“I am staying with my parents.”
“How old are you? Masih dalam jagaan family?” dia bertanya seolah-olah mengejek.
“Of course! Selagi saya belum berkahwin, saya masih di bawah tanggung-jawab ibubapa saya.”
“Awak tak boleh buat keputusan sendiri? Nak balik lambat, nak keluar ke mana-mana?”
“Bukan sebab saya tak boleh buat keputusan sendiri, it’s about respect and trust. Saya tak boleh betray kepercayaan yang diberikan oleh keluarga saya. Don’t you? Or you don’t practice that.”
“Erm..”
Sepi seketika. Aku jeling Fariq Hatta, dahinya berkerut-kerut. Agaknya sedang memikirkan sesuatu.
Tiba-tiba, dia menekan brek. Aku hampir terdorong ke depan impak tindakan mengejut Fariq Hatta. Kenderaan kemudiannya dibelok ke sebuah hentian rehat.
Tanpa mematikan enjin, Fariq Hatta memberhentikan kenderaan di salah sebuah ruang parkir. Dia membuka tali pinggang keledar yang dipakainya. Kemudian berpaling menghadapku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Hati aku sudah debak-debuk, resah.


Jangan pandang aku begitu, Fariq Hatta. Aku meneguk air liur. Aku bisa cair!
“Bagi saya alamat rumah awak.”
Aku terkebil-kebil mendengarnya. Nak buat apa?

***

“Mak, ayah, ini bos Yaya. Encik Fariq Hatta.”
“Silakan masuk Encik Fariq.” Ayah bersalaman dengan Fariq Hatta.
“Tak perlulah berencik-encik dengan saya, pakcik, makcik.” Fariq Hatta menghadiahkan sebuah senyuman.
Aku sedikit terpana. Juga terkejut melihat tingkahlaku Fariq Hatta. Boleh jer berbudi bahasa. Ingatkan dah lupa adat resam dan budaya orang melayu.
“Langkah kananlah Encik Fariq hari ini. Emaknya si Yaya baru je habis memasak. Bolehlah menjamu selera dengan kami sekali.”
Aku pandang wajah Fariq Hatta, bimbang. “Tapi, Encik Fariq kata…”
“Kebetulan pula saya ni memang lapar.” Pantas Fariq Hatta memotong kata-kataku.
“Usai solat Maghrib, bolehlah kita makan sama-sama.”
Sekali lagi aku mencuri pandang Fariq Hatta, mahu tahu reaksinya tapi dia kelihatannya bersahaja. Entah apa yang aku harapkan aku pun tidak tahu.
“Kita solat berjemaah, boleh Encik Fariq?” pinta ayah.
To my surprise, Fariq Hatta nod. Sekarang, aku betul-betul keliru. Who is Fariq Hatta, really? Am I judging him too early?
Bila mak dan ayah menyusur ke bilik solat, Fariq Hatta kembali mendekati aku yang berada di belakang. Dia berbisik rapat di telingaku. “Jangan fikir kau dah terlepas, you still owe me one date.”
Eeh! Dia ni sempat lagi! Aku mengetap bibir. Dia berlalu sambil meninggalkan aku dengan renungan mempersona. Ouch! How can I prevent myself to not falling in love with him further?


***

Aku mengemas meja dapur ketika mereka beransur ke ruang tamu.
“Terima kasih pakcik, makcik sebab sudi menjamu saya.” Kedengaran suara Fariq Hatta memecah suasana.
“Kami sekeluarga yang berbesar hati sebab Encik Fariq sudi menjejak kaki ke rumah kecil kami ni. Lagipun, masakan tu biasa-biasa saja. Masakan kampunglah katakan.” Mak aku pula yang buka mulut.


“Tak adalah makcik. Masakan makcik memang sedap. Dah lama, saya tak merasa masakan kampung sesedap itu.” Puji Fariq Hatta melangit. Mesti mak aku suka hati.
Fariq Hatta melepaskan pandangan ke arah aku yang sedang mengambil tempat di sebelah mak. Elok-elok aku duduk dia berdehem sebelum menyambung.
“Sebenarnya, saya datang ni ada hajat.”
Hah? Mataku sudah terbeliak. Hajat? Mak dan ayah sudah berbalas pandang sesama sendiri.
“Sebelum tu, pakcik dan makcik janganlah berencik-encik dengan saya. Seganlah saya. Panggil Fariq, atau Hatta pun sudah cukup.”
Aku teguk air liur bila bertembung mata dengan Fariq Hatta. Sungguh hati aku cuak ketika ini.
“Hajat apa yang Fariq maksudkan tadi?” Ayah sudah bertanya.
Hati aku berdebar-debar menanti ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut Fariq Hatta, tertanya-tanya dengan permainan lelaki itu.
“Sebenarnya, saya nak minta kebenaran dari pakcik dan makcik. Esok, saya nak bawa anak pakcik ni outstation.”
Huh! Aku tarik nafas. Lega sedikit hati aku. Tapi, nanti dulu.. outstation? Apa? Bulat mata aku memandang Fariq Hatta. Berani sungguh dia?
“Ehem..ehemm… Pihak syarikat telah menghantar saya untuk membuat tinjauan tapak di utara Semenanjung selama dua hari. Saya perlukan Yaya untuk membantu saya di sana nanti.”
Bila masa pula aku jadi pembantu dia? Ayah kelihatan mengangguk-anggukkan kepala.
“Saya dah berbincang dengan Yaya tadi, tapi dia kata dia perlu dapatkan kebenaran dari pakcik dan makcik terlebih dahulu.”
“Aa…”  aku cuba bersuara tapi pantas dipotong Fariq Hatta.
“Pakcik dengan Makcik jangan bimbang, bukan kami berdua sahaja yang pergi. Setiausaha saya ada sekali. Yang paling penting sekali, saya akan jaga anak pakcik…” matanya tepat menikam mataku. “.. dengan sebaik mungkin.”
“Aa..” sekali lagi aku cuba membuka mulut tapi segera membatalkan niat bila melihat renungan tajam dari Fariq Hatta. Aku cuma mampu meneguk air liur.
“Kenapa Yaya tak cakap dengan ayah?”
Aku garu kepala. Nak cakap macam mana, kalau aku sendiri tidak tahu menahu tentang hal tersebut.
“Pakcik dengan Makcik tiada masalah kan? Ini nombor telefon saya dan setiausaha saya, kalau ada apa-apa kemusykilan.” Fariq Hatta menghulurkan sekeping kad.
“Kalau untuk tujuan bekerja, pakcik suami isteri tidak ada masalah. Pakcik izinkan. Insya-Allah anak pakcik ni pandai jaga diri.”
“Terima kasih, pakcik. Kepercayaan pakcik tak akan saya sia-siakan. Lagipun, pihak syarikat sangat-sangat menghargai anak pakcik ni. Dia seorang yang berbakat dan berpotensi. Dia boleh pergi jauh kalau diberikan peluang.”
Wow? Biar betul dia ni. Aku juga yang terpaku di situ.

***

Ketika menghantar Fariq Hatta ke keretanya semula.
“Serious, what are you doing Fariq Hatta?”
“Make you fall for me.”
“Lepas tu, apa?"
“We decide when you are in love with me.”
Aku pejamkan mata sambil menghela nafas. Fariq Hatta, I am in love with you long before you know it. Tapi, kata-kata itu tidak terluah.
“What’s this in for you?” soalku tidak puas hati.
Dia mengenyit mata sambil masuk ke dalam kereta. “It’s for you to figure out, dear.”
Argh! Aku benci bermain teka-teki.
Fariq Hatta menghidupkan enjin kereta. “Sleep tight, Yasmin Hidayah. Please don’t over think. We have two days to sort all things out.”
Ngee...
“Yasmin Hidayah, this is for you.” Fariq Hatta buat flying kiss kat aku sambil berlalu pergi.
Ouch! Eei… now I feel like I am dying inside. His smile. His eyes. His look. Those butterflies in my stomach keep on fluttering. Don't do this to me, Fariq Hatta! You are driving me insane...sigh!


Khamis, 1 Ogos 2013

Novel : Officially Milik Dia - Bab 2



Assalam - saja kekalkan cover lama buat sendiri - hehehe - dgn pertolongan encik google. Jom layan Chapter 2. Kalau suka boleh beli versi cetak from Idea Kreatif. me @ 18/4/2015

TELEFON bimbit aku berdering beberapa kali sebelum aku menekan butang hijau. Panggilan daripada mekanik tempat aku menghantar kereta milik ayah yang aku gunakan. Memberitahu aku jumlah yang harus aku bayar atas perkhidmatan membaiki kerosakan kenderaan tersebut. Pening sedikit kepala aku mendengar jumlah yang disebut. RM550.00. Mana entah aku nak cekau duit sebanyak itu tengah-tengah bulan ni?
Kata mekanik itu, jumlah itu cuma anggaran kasar selepas menilai tahap kerosakan yang dialami oleh kenderaan tersebut. Ada tambahan atau tidak, dia akan umumkan kemudian. Manalah tahu ada komponen atau bahagian kenderaan yang perlu diganti. Aku mengeluh mendengarkan itu.
Petang semalam, ketika aku mengundurkan kenderaan keluar dari kawasan parkir, aku telah melanggar sebuah kereta jenama Kia Sorento model yang terkini. Nombor plat baru pula tu. Mungkin baru dalam sebulan dua merasa dipandu di atas jalanraya. Aku tak tahulah milik siapa sebab ketika kejadian itu berlaku, tuan punya kereta tidak ada. Marah betul aku atas kecuaian diri sendiri.
Setelah beberapa ketika aku menunggu, pemiliknya tidak muncul-muncul. Aku mengambil keputusan untuk mengambil beberapa gambar kerosakan yang dialami oleh kereta tersebut serta mencatat butir-butir penting dan perlu. Sebelum pergi, aku tinggalkan nota dengan nombor telefon bimbit untuk pemilik kereta itu menghubungi aku. Namun sampai kini, dia masih belum menghubungi aku. Aku cuak juga memikirkan berapa banyak perbelanjaan untuk membaiki kenderaan tersebut. Manalah tahu mencecah ribu-ribu.
Tiba-tiba Fariq Hatta melintas di hadapanku. Dia mengerling aku sekilas. Lagi sekali pandangan yang sukar ditafsirkan itu mengisi ruang mata. Ekor mata aku terus mengiringi langkahnya sehinggalah dia masuk ke dalam bilik pejabat.
Minggu ini orang lain, minggu depan orang lain. Entah apa nak jadi dengan makhluk Tuhan yang kacak seorang ini? Mana hilang pasangannya tadi, tidak bersama pula. Agaknya sudah pergi setelah melampiaskan rindu yang membuak-buak. Aku jeling Fariq Hatta yang keluar dari bilik pejabat dan sekarang sedang berdiri di hadapan Kak Su sedang mengarahkan setiausahanya itu untuk melakukan sesuatu, agaknya. Bila dia menoleh secara tiba-tiba, pandangan kami bertembung lagi, aku tundukkan kepala segera buat-buat sibuk.
“Siapa letak fail bertimbun-timbun atas meja aku ni?” Terkejut aku bila perasan meja aku penuh dengan fail-fail klien syarikat. Muntah hijau aku kalau hendak siapkan semuanya hari ini. Entah dari mana datang semuanya fail-fail tersebut.

Argh! Aku mengeluh sendirian sambil memulakan kerja. Lupa seketika akan wajah kacak Fariq Hatta melihat lambakan kerja yang perlu aku langsaikan.



“Yaya?”
Aku menoleh ke arah Kak Su yang mejanya terletak selang tiga buah meja dari tempat aku. Dia buat isyarat agar aku mengangkat telefon.
“Kenapa Kak Su?” soalku selepas gagang telefon aku angkat.
“Yaya buat bos akak marah ke?”
“Kenapa Kak Su cakap macam tu?” Aku pandang Kak Su yang juga sedang memandang aku.
“Dia minta Kak Su ambilkan fail Yaya daripada HR. Nampak serius aje.”
Hah? Hati aku jadi tidak keruan. Takkanlah ambil hati dengan kata-kata aku sampai nak buang aku dari kerja. Isk!
“Apapun, kalau bos akak panggil Yaya... Yaya get ready je lah ek.”
Gagang telefon aku letak. Aku jadi gelabah seketika. Minda ligat berfikir mencari pelbagai alasan untuk dikemukakan kiranya benar seperti yang dijangka. Kalau betul, Fariq Hatta boleh sahaja jadikan lebihan tenaga kerja sebagai alasan untuk memberhentikan aku. Tapi, bukankah tadi Kak Su ada berkata, manpower tak cukup.
Kata-kata Kak Su kembali terngiang-ngiang di telinga. Niat aku untuk meneruskan kerja tergendala seketika. Aku pandang jam dinding, sudah masuk waktu Dzuhur. Baik aku tunaikan solat dulu. Mudah-mudahan hati aku akan jadi lebih tenang selepas itu.



“Sekembalinya aku dari surau, aku terus mengatur langkah ke bilik pejabat Fariq Hatta. Daun pintu aku buka dan tutup kembali.
“Awak, Yasmin Hidayah?” Dia pandang aku sejenak.
Aku angguk.
“Awak ada kembar seiras atau saudara yang seiras dengan awak?” Mata dia labuhkan pada fail terbuka yang berada di atas mejanya. Membelek helaian kertas yang berada di dalamnya.
Aku menggelengkan kepala. Seingat-ingat aku, mak dan ayah tidak pernah pula bercerita yang aku ini dilahirkan kembar. Tak tahulah kalau perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan aku. Tiada juga di kalangan keluarga sebelah mak mahupun ayah yang ada gen kembar ni. Saudara seiras? Kakak dan adik aku mungkinlah ada terbias wajah, sedikit sebanyak, nama pun adik beradik kan?
“Yasmin Hidayah, awak ada masalah dengan saya?” Dia bersuara tanpa memandang wajah aku.
Aku yang masih berdiri di hadapannya menggeleng tidak faham. Masalah? Setahu aku, hati aku sahaja yang ada masalah. Masalah hati yang entah bila boleh diselesaikan, yang belum tentu ada jalan untuk menyelesaikannya. Heh.
“Awak ada masalah dengan saya?” Kali ini Fariq Hatta berhenti seketika sambil menikam tepat anak mataku buat dadaku mahu luruh.
“Tak ada.” Pantas aku menjawab.
“Then, it shouldn’t be a problem if I were to date you, right?”
“Encik Fariq nak keluar dengan saya? Like a date?” Bulat mataku memandang wajah Fariq Hatta. Buang tebiat atau apa? Selama ini tak pernah pun pandang aku, alih-alih ajak aku keluar. Bukanlah aku tak suka. Suka! Suka sangat! Tapi, peliklah!
Fariq Hatta masih menatap wajahku dengan secebis senyuman. Mungkin sedang meneliti reaksi aku. Mungkin juga sedang mengutuk aku dalam diam.
Like a date? Kening aku terjongket. Liur kutelan, suara pula bagai tersekat di kerongkong.
“Awak ada apa-apa rancangan malam ni?”
Berkerut dahi aku tak faham. Terkebil-kebil mata aku memandang wajah Fariq Hatta. Hati aku seakan bertempik gembira tapi akal aku mengatakan sebaliknya. Lelaki ini menyimpan muslihat.
“Kenapa Encik Fariq nak keluar dengan saya?” Anak mataku mengecil.
“Awak tak suka?”
Of course aku suka. Tapi, aku sengaja mencebir sebab aku tidak dapat menelah tujuan dia berbuat begitu. Tidak ada tanda-tanda dia menunjukkan yang dia sebenarnya pernah ada niat mahu keluar dengan aku. Sebelum ini, hari-hari yang lepas mahupun ketika ini.
Mata dia masih melekat pada wajahku.
“Kenapa saya nak keluar dengan Encik Fariq pula?” Kenapa? Apa yang dia mahu? Apa yang aku mahu? Tidak mungkinlah aku bertindak memalukan diri sendiri.
“Saya cabar awak, Yasmin Hidayah.” Berubah sedikit riak wajah Fariq Hatta, mungkin tidak menjangkakan itu daripada aku. Agaknya dia fikir aku tidak mungkin menolak diajak keluar oleh seseorang yang mempunyai reputasi seperti dia.
“Cabar saya?” Aku terkedu.
“Saya tahu awak bencikan saya. Tapi percayalah, awak takkan mampu mempertahankan ego awak walau sehari pun dengan saya. I will make you fall in love with me… in less than a day.”
Nonsense! Hati aku sudah menggelegak. Bila masa pula saya bersikap ego? Sikapnya yang over-confident itu memang menjengkelkan. Kecil mata aku menikam matanya. Memang aku sukakan dia tapi tidak bermakna aku harus merendahkan maruah aku.
“I don’t accept no as an answer.” Dia sudah melayangkan sebuah senyuman kepadaku. Kalau tidak ikutkan hati aku yang panas, mungkin aku sudah cair dengan senyuman itu.
“Try me.” Mataku mengecil. Bibir kuketap menahan tubuh yang seakan mahu menggigil memikirkan betapa dia sedang memperkotak-katikkan ego aku.  
“You wait and see.” Kening itu terjongket.
Tapi kedengaran seperti I’ll make you suffer di telingaku. Well, Encik Fariq Hatta, I’m already suffering inside.
“6 p.m, today.”
“Whatever.” Apa dia ingat aku akan tunduk? You are wrong, Fariq Hatta. Definitely wrong.
“Atau, awak nak saya buat laporan polis?” Kening dia terjongket lagi. Senyuman sinis dia lemparkan.
“Hah?” Dahiku berkerut seribu. Apa kena-mengena polis dalam hal ini?
Selembar kertas ditarik keluar dari fail yang sejak dari tadi terbuka. Tiba-tiba terlintas di minda, bahawa fail tersebut mungkin fail peribadi aku yang diminta oleh Fariq Hatta daripada pihak HR. Sepertimana, yang dikhabarkan Kak Su tadi.
“Nota ini awak tinggalkan untuk saya, bukan?”
Eh! Nota itu, nota yang aku tinggalkan semalam. Macam mana boleh berada di dalam tangan dia? Diakah pemilik kereta Kia Sorento yang aku langgar itu?
“Awak nak settle cara saya atau di balai? Saya boleh dakwa awak sengaja melanggar kenderaan saya atas motif cemburu.”
Aku ternganga. Rasa macam nak debik-debik mulut dia. Berani dia mengugut aku begitu. Mata aku terkebil-kebil, nafas pun turun naik tidak menentu. Selebihnya risau jika hal ini dipanjangkan hingga ke balai. Argh! Masaklah kalau begitu, kemalangan kecil sahaja pun. Setakat calar sedikit, boleh sahaja diselesaikan di luar tidak perlulah melibatkan pihak penguat-kuasa.
“So, macam mana?” Nota itu ditarik balik bila tangan aku panjang saja mahu merenggut dari genggamannya.
“Encik Fariq tak akan buat begitu.”
“Ya, if you agree to adhere to what I have mentioned earlier. 6 p.m. today. Not a minute late.”
“Kalau tak...”
“You will know your faith thereafter. And that won’t be good.” Dia angkat kening sambil kepalanya ditelengkan.
Aku teguk air liur. Runsing aku, runsing!    




LAGI sepuluh minit jam 6 petang. Aku resah sebenarnya. Berbelah bahagi sama ada hendak pergi atau tidak temujanji bersama Fariq Hatta? Kalau aku pergi, berkemungkinan besar aku akan kalah kepada lelaki yang bernama Fariq Hatta itu. Bukankah aku sudah maklum yang namanya memang sudah tertulis dalam hati ini? Tidak mustahil aku akan tersungkur dan mencalarkan sendiri maruah aku.
Tapi, kalau aku tak pergi pula, aku tetap akan diisytiharkan kalah kerana berundur seperti itu bermakna mengaku kalah terlebih dahulu sebelum berjuang. Lagi, seperti kata Fariq Hatta, dia akan mendakwa aku atas kerosakan yang tidak aku sengajakan terhadap kenderaan miliknya. Argh! Susahnya!
Kenapalah aku harus memikirkan semua ini? Kalah atau menang, bukannya akan mendatangkan hasil kepada aku. Lebih baik aku balik dan tidur sahaja di rumah. Aku percaya, ada jalan lain untuk menyelesaikan hal kemalangan semalam. Baik aku jumpa Kak Su dan tinggalkan pesanan buat Fariq Hatta. Dengan keputusan itu, aku mengemaskan meja lalu beredar mendapatkan Kak Su.
“Kak Su, boleh tolong Yaya tak?” tanya aku pada Kak Su sedikit berhati-hati, tidak mahu Fariq Hatta perasan yang aku berada di luar bilik pejabatnya. Lagipun, ketika ini dia sedang sibuk melayan klien syarikat.
Kak Su kalihkan pandangan daripada skrin komputer kepada wajah aku. Bibirnya menguntum senyum, menanti patah-patah bicara selanjutnya daripada aku.
“Nanti, tolong bagitahu Encik Fariq. Hal semalam, saya akan bincang dengan dia esok.”
“Hal apa?” Wajah Kak Su penuh tanda tanya.
“Adalah, Encik Fariq tahulah.”
“Tunggulah, cakaplah sendiri dengan bos. Lagipun, klien tu tak lama. Sekejap lagi dah nak pergi dah.”
“Tak apalah, Yaya tengah rush ni.” Aku berdalih. Tunggu? Haish, tak boleh. Masak aku nanti. “Boleh, Kak Su?”
Kak Su mengangguk lambat-lambat dan aku melangkah keluar meninggalkan pejabat sedikit rasa lega.





  

Sudah lebih sepuluh minit aku berdiri di hentian teksi. Tidak ada sebuah teksi pun yang mahu berhenti bila aku panjangkan tangan menahan. Isk! Aku bukan naik percuma, aku bayarlah.
Tiba-tiba masuk pula sebuah kereta ke laluan menunggu yang disediakan. Hai, suka-suka hati je. Ingat jalan tu ada tertulis nama dia, agaknya. Pintu sebelah pemandu terbuka, seorang lelaki keluar. 
“Yasmin Hidayah!” Kaca mata hitam ditanggalkan. “Can’t you wait at least for five minutes? Ada saya batalkan temujanji kita?”
Gulp! Berderau darah aku melihat Fariq Hatta yang muncul. Apalah malang nasib aku, kalau aku tak melanggar kereta dia semalam, tak adalah kereta ayah rosak dan sudah tentu aku sekarang dalam perjalanan balik ke rumah. Sudah tentu juga Fariq Hatta tidak memanggil aku masuk ke dalam pejabatnya dan mengugut aku yang bukan-bukan.
“Masuk dalam kereta. I don’t want to make a scene here.”
Make a scene? Siapa yang nak buat drama? Aku tercengang seketika tidak tahu mahu berbuat apa. Aku masih terpaku di situ, tidak berganjak sepicing pun. Fariq Hatta merengus kasar lalu segera datang hampir, menarik lengan aku sebelum memaksa aku masuk ke dalam kereta.
“Bukankah saya dah bagi amaran kepada awak. I don’t accept no as an answer.”
“Encik Fariq, behave yourself.” Aku tarik lengan aku daripada genggaman Fariq Hatta.
Fariq Hatta pandang wajah aku sekilas. Nafas dihela.
 “Nobody say NO to me ever,” ujar dia sebelum menutup daun pintu.
Aku tarik nafas panjang. Rasa macam nak tampar muka dia!
Tak sampai seminit, Fariq Hatta sudah pun berada di sebelah aku, di bahagian tempat duduk pemandu. Dia menoleh menatap wajahku. Pandangannya yang menikam, buat jantung aku bagai mahu berhenti berdegup.
“Fasten your seat belt unless you want me to do it for you.” Matanya masih melekat pada wajah aku, menunggu tindak balas aku agaknya.
Isk! Mata aku mengecil memandangnya.
Fariq Hatta mendekat, sambil tangannya cuba mencapai tali pinggang keledar. Tubuh aku spontan terdorong ke belakang, pantas tangan aku menarik tali tersebut sambil mengerling dia tajam. Geram!
“Suit you.” Terjongket sedikit kening dia sebelum membetulkan postur.
“Encik Fariq, this is not a date. It’s more like me being abducted,” ujarku bila kenderaan sudah mula bergerak.
“Call it what you want.” Selamba sahaja dia berkata sambil memandu keluar dari hentian teksi.
“Urgh!” Aku melepaskan geram. Pandangan aku buang ke luar tingkap. Hati mendecit marah. Dia fikir dia siapa?
Fariq Hatta menekan pedal minyak. Kereta terus meluncur laju meninggalkan kota yang bakal menjadi sesak dalam seminit dua lagi.
“Encik Fariq, kita nak ke mana?” Hati aku sudah mula kecut bila melihat laluan yang dipililh sedikit asing buat aku.
“It’s a surprise.” Jawapan yang diberikan Fariq Hatta mengundang rasa bimbang dalam hati.
“Saya tak boleh balik lambat,” beritahu aku jujur lagipun ketika itu tubuhku terasa seperti diserang seram sejuk. 
“Kenapa? Ada suami tunggu awak di rumah?”
“I am staying with my parents, okay.”
“How old are you? Masih dalam jagaan family?” Dia bertanya seolah-olah mengejek.
“Of course! Selagi saya belum berkahwin, saya masih lagi di bawah tanggungjawab ibu bapa.” Kening aku sudah bertaut.
“Awak tak boleh buat keputusan sendiri? Nak balik lambat, nak keluar ke mana-mana?”
“Bukan sebab saya tak boleh buat keputusan sendiri, it’s about respect and trust. Saya tak boleh betray kepercayaan yang diberikan oleh keluarga saya. Don’t you? Or you don’t practice that.”
“Erm..”
Sepi seketika. Aku jeling Fariq Hatta, dahinya berkerut-kerut. Agaknya sedang memikirkan sesuatu.
Tiba-tiba, dia menekan brek. Aku hampir terdorong ke depan impak tindakan mengejut Fariq Hatta. Kenderaan kemudiannya dibelok ke sebuah hentian rehat.
Tanpa mematikan enjin, Fariq Hatta memberhentikan kenderaan di salah sebuah ruang parkir. Dia membuka tali pinggang keledar yang dipakainya. Kemudian berpaling menghadapku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Hati aku sudah debak-debuk, resah.
Jangan pandang aku begitu, Fariq Hatta. Aku meneguk air liur. Aku bisa cair!
“Bagi saya alamat rumah awak.”
Aku terkebil-kebil mendengarnya. Nak buat apa?
“Rumah awak atau atau kita ke balai sekarang?”
“Awak nak report pasal hal kereta awak kepada ayah saya?” Takkanlah?
Dia tidak menjawab. Dia cuma buat muka tak ada perasaan.
“Tolonglah, hal ini boleh diselesaikan tanpa melibatkan keluarga saya, kan?”
“Biar saya yang decide. Awak bagi sahaja alamat rumah awak. Awak tentu tak mahu kes ini dipanjangkan ke balai, kan? Awak kena saman, awak kena bayar ganti rugi. Awak kena bayar kerosakan kereta awak sekali. Lagi, kalau saya nak dakwa awak atas motif tertentu, it will become another story. ”
Jatuh rahang aku.
“Awak juga tentu tak nak tahu berapa harga anggaran untuk membaiki kereta saya. Bukan sikit tahu. Awak dah langgar bumper, sampai berlekuk dan dalam pula tu. Body kereta saya pun habis bercalar awak kerjakan. Lagi satu, kereta tu dua ton warna. Bumper warna lain, body pun warna lain. Dan cat itu ditempah khas, bukan yang biasa-biasa boleh dapat kat kedai.”
Aku teguk air liur. Hilang semua kata-kata.