Sabtu, 27 Julai 2013

Novel: Officially Milik Dia - Bab 1


Assalam uolls - this is the cover of my 1st made it to printed version. Siapa2 yg follow, mesti notice previously it was named Officially Yours. Syukur sangat2 atas peluang ini. Lets recap part 1, for those yang 1st time baca- hope you enjoy it. me @ 18/4/2015

AKU memang sukakan dia. Suka, sangat-sangat. Tak kisahlah, walau apa pun yang orang cakap tentang dia. Dia playboy. Dia kaki perempuan. Dia poyo. Dia sombong atau berlagak. Aku tak kisah! Huh!
Sebenarnya kalau aku kisah pun, dia tidak ada kena mengena dengan aku. Dia bukan teman lelaki waima kekasih aku pun. Dia tidak pernah ambil tahu fasal aku. Entah dia masih ingat kepada aku lagi ataupun tidak? Malah, dia kenal atau tidak aku ini?
Aku kerling Fariq Hatta yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik pejabat. Segak sungguh dia hari ini. Kemeja lengan panjang berwarna ungu cair dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Memang sesuai dengan kulitnya yang cerah. Hai, kenapalah dia dilahirkan sekacak itu?
Dari dulu lagi, dia memang sudah menunjukkan ketrampilan yang berkarisma. Ciri-ciri kepimpinan itu memang menonjol dan dia juga mempunyai persona. Aura yang memikat. Silapnya, dia dikelilingi wanita yang bukan calang-calang orangnya. Dari dahulu sehingga sekarang. Bukan seorang. Entah berapa ramai, tidak terkira dek aku. Silih berganti. Sigh! Tapi, siapalah aku untuk menghakiminya? Mungkin saja perempuan-perempuan itu yang bertempek dengan dia. Aku angkat bahu.
Mataku masih ralit memandang dia. Kenapalah dia boleh bekerja satu bumbung dengan aku? Kalau dulu, susah sikit nak nampak. Walaupun sebumbung, pejabat dia di tingkat atas, tingkat empat, aku pula di tingkat satu. Kadang-kadang sahaja terserempak dalam lif. Baru sebulan ini sahaja, pejabat dia dipindahkan ke tingkat di mana aku berada. Tidaklah aku pasti kenapa jabatan dia harus berkongsi satu tingkat dengan jabatan tempat aku bekerja. Dengar khabarnya, syarikat dalam proses mengubah struktur pentadbiran dalam jabatan. Mungkin sebab itu kut.
 Aku mencemik. Bukan tak suka tapi tak selesa. Manalah tahu dia terperasan yang aku ini ada hati dengan dia. Apalah yang aku merepek ni? Kalau dulu masa sama-sama melanjutkan pelajaran di Universiti pun dia tidak pernah perasan akan kehadiran aku, apa yang membuatkan dia untuk perasan sekarang pula?
“Apasal mulut muncung tu?”
Aku pantas berpaling ke arah empunya suara. Kak Suriani, setiausaha Fariq Hatta. Urgh! Kantoilah pula.
“Intai bos ek?”
Aku sengih. “Bos akak, bukan bos kita.”
“Akan jadi bos Yaya juga nanti.”
Aku tersentap. Mata membulat. Biar betul? Aku pandang Kak Suriani dengan wajah tidak percaya. Jadi, rumous tu betullah?
“Tak dengar cerita lagi? Bos akak tu akan take-over unit Yaya. Dia akan jadi team lead,” beritahu Kak Su sungguh-sungguh.
“Oh really?” Baru dua tahun bekerja di sini, dia sudah naik pangkat? Hebat! Kening aku pula yang terjongket. Kagum. Aku yang bekerja lebih awal daripada dia pun tidak pernah dapat peluang sebegitu.
“Yes, akan ada perubahan structure dalam syarikat, you just wait and see.” Kak Suriani sepetkan mata sambil tersenyum comel.
“Akak ceritalah kat Yaya.”
“Tak boleh. Confidential.”
Ewah! Berlagak pula Kak Suriani ni. Tak padan berbadan dua, dengan aku pun nak berahsia bagai.
Kening Kak Su terjongket dua kali.
“Akak…” Mataku berkerdipan, cubaan untuk merayu dibocorkan rahsia.
“Tak boleh. Nanti bos marah.”
“Ada staff yang akan diberhentikan kerja tak?” tanya aku masih mahu mengorek rahsia.
“Taklah. Man power pun tak cukup. Kenapa nak berhentikan orang?”
Aku mengangguk. Bimbang juga. Kalau betul ada ura-ura pihak syarikat hendak mengurangkan pekerja, aku mahu bersedia lebih awal. Kotlah nama aku naik.
“Don’t worry. Kalaupun ada senarai pekerja-pekerja yang berkemungkinan diberhentikan, Yaya tidak akan termasuk dalam senarai tersebut.”
“Kak Su.”
Aku dan Kak Suriani berpaling. Fariq Hatta sedang berdiri di muka pintu bilik pejabat sambil menggamit setiausahanya yang berada bersamaku.
Mata aku beradu dengan mata Fariq Hatta. Kilas pandangan mata yang dingin. Namun, cukup buat hati aku berdetak bagai nak rak. Serta-merta wajahku jadi hangat. Those butterflies in my stomach, its’ aching again, tiba-tiba. Itulah yang berlaku setiap kali berhadapan dengan Fariq Hatta. Aku teguk air liur. Yaya! Control! Pantas aku mengingatkan diri sendiri.
“Akak pergi dulu.” Kak Suriani bermain mata.
Nakal! Tahulah bos handsome tahap selebriti.
“Akak tahu Yaya fikir apa tu.”  Kak Su melirik nakal. “Don’t worry, akak tak akan jatuh berkenan dengan dia. Akak cuma nak anak akak yang keluar ni nanti terkenan dengan wajah handsome bos akak tu.”
“Kalau terkenan yang baik-baik, takpe kak,” sakatku bermakna. Iyalah, buatnya perangai tak senonoh Fariq Hatta pun terkenan sama?
Kak Suriani sekadar angkat kening, masih dengan senyuman nakal di bibir.

Daun pintu bilik pejabat milik Fariq Hatta terbuka semula. Sekali lagi aku beradu mata dengan dia. Matanya tajam memandangku. Aku teguk air liur lagi. Agaknya dia fikir aku sengaja melambat-lambatkan setiausahanya itu. Eeh… aku angkat kening sebelum mengalihkan pandangan ke arah skrin komputer. Tak kuasa aku menahan hati yang debak-debuk ni. Nanti tak berhenti-henti aku berfikir tentang Fariq Hatta!  

BUTANG lif aku tekan. Perut sudah kenyang lepas makan tengah hari. Ipod yang aku bawa bersama, aku keluarkan. Earphone aku sumbat ke dalam telinga sebelum memilih lagu untuk dimainkan.
I’m being haunted by a whisper
A chill comes over me
I’ve been trapped inside this moment
I’m not a victim, I’m not a freak
Free me before I slip away
Heal me, wake me from this day
Can somebody help me?
-somebody help me, FBR-
 Aku bernyanyi kecil mengikuti lirik lagu yang aku dengar dari corong earphone, iramanya yang berkumandang bagai mahu memecahkan gegendang telinga membuat tubuhku bergoyang mengikut rentak. Walaupun, kala itu badan terasa berat sedikit. Penangan Kari Kepala Ikan. Aku menguntum senyum, teringat pantun dulu-dulu. Pantun lama. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. 
Pintu lif terbuka, cepat-cepat aku melangkah masuk. Belum sempat aku menekan butang untuk menutupnya, pintu lif ditahan. Sesusuk tubuh lelaki yang aku cukup aku kenal melangkah masuk.
Owh, Fariq Hatta!
Terkebil-kebil aku memandang. Hatiku sudah suka-suki berdendang. Malangnya, dia bukan seorang. Seorang wanita cantik turut sama melangkah bersamanya. Siap berpimpin tangan. Urgh! Terus terbantut rasa suka yang hadir. Aku memencil diri ke salah satu sudut ruang lif bersaiz kecil itu. Tiba-tiba terasa kerdil.
Wanita cantik yang mengiringi Fariq Hatta itu aku kerling sekilas. Dress paras lutut berwarna merah garang dan sendat yang dikenakan wanita itu cukup menarik perhatian. Gincu berwarna sama teroles pada bibir. Mekap tidak keterlaluan, agak sederhana membuatkan dia nampak elegan. 
Wanita itu memaut lengan Fariq Hatta sambil menggeselkan badan. Gediknya! Hatiku membebel sendirian. Lagaknya seperti ingin memberitahu yang lain, Fariq Hatta itu milik dia. Walhal, memang ada aku seorang sahaja dalam lif  itu bersama dengan mereka. 
Aku perasan yang Fariq Hatta sedang merenung aku pada pantulan dinding lif. Pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan maksudnya. Agak lama juga dia begitu. Aku pura-pura tidak melihatnya walaupun hati aku berdegup bagai rak ditenung sebegitu rupa. Aku matikan volume Ipod, sambil terus menyanyi kecil tanpa suara. Aku mahu tahu apa yang mereka bualkan.
“Honey?” Wanita itu bersuara manja sambil matanya melirik aku.
Uwek! Apa pandang-pandang aku? Rasa nak muntah pun ada. Aku berlagak tidak peduli. Ada aku kisah? Sebenarnya, memang aku kisah. Buat sakit mata, buat sakit hati juga!
“Honey, I miss you.” Wanita itu bersuara sensual sambil mendekatkan dirinya kepada Fariq Hatta. Rapat sangat-sangat.
Eew! Aku pula yang bertukar merah padam melihatnya. Tak sanggup aku melihat adegan seterusnya. Fariq Hatta kelihatan kaku dan matanya masih tidak berganjak daripada memandang aku pada pantulan dinding lif yang ala-ala cermin itu. Agaknya mahu melihat reaksi aku. Aku? Memang tak selesa. Sesak aku dengan situasi sebegini. Cepatlah tiba ke destinasi! Geli aku melihat aksi mereka!
Tingkat 15. Suara operator lif kedengaran bergema. Finally!
“Go find yourselves a room,” gumamku perlahan ketika keluar dari lif.

Wajah Fariq Hatta berubah. Dia mendengar? Terasa? So what?        


             
        p/s : when I first wrote this, I dunno how long this entry would be, and so - I called and treated this as part 1 for a novelette at that point of time. Syukur, sebab dengan izinNya - cerita ini akhirnya ke versi cetak. You may get it @ PBAKL 2015 held in PWTC.              


Jumaat, 19 Julai 2013

Contest: Novel 13 Jam A380

I've read TWB. Finished less than a day. Different from other novels yang pernah saya baca. x sabar nak baca latest buah tangan from Evelyn Rose. For those who wanted to read more, just click : Evelyn Rose-Contest Novel: 13 Jam A380   


13 JAM A380 – Bab 28

Haydar.

Aku menarik nafas yang bagai tersekat. Yup, it is him. I am pretty sure. Mata aku melekat pada wajahnya. Seraut wajah yang tidak mungkin akan pernah aku lupakan. My 4 hours ex-boyfriend. Why it has to be him? After all this while and all out of the places I’ve been. Why on earth, I have to meet him here and at this point of time?
Kami bertentang mata.
1 saat. 3 saat. 15 saat.
The feeling is still there. At-least for me. Itu yang lebih merunsingkan aku, perasaan aku terhadap Haydar. Tidak berubah. Its’ hurt even deeper the moment our eyes met. Why is that so? Aku sendiri tidak mampu menidakkan rasa rindu yang hadir. Hati yang berdebar tadi makin hebat getarnya.
“It is you.” Noktah. Aku tidak mampu untuk berkata lebih dari itu.
Dia tersenyum. Masih seperti dulu.
I MISS YOU! How I wish I could say that straight to his face. But I don’t have the guts. Pandangan matanya yang sayu, brings me back to the moment we shared together. All his words keep lingers.
Tiba-tiba aku rasa bagai hendak menangis. I know I’ve been waiting for this moment. I know I miss him dearly. I know. Oh yes, pathetic Hana. Pathetic me.
“Uncle, this is my mommy.” Suara si kecil segera menyedarkan aku. Rasa kekok dan janggal itu masih belum hilang sepenuhnya.
Kening Haydar terjungkit dengan segaris senyuman tersungging di bibirnya. “You are still as beautiful as I remembered.”
Jadi, Hana Sofea masih belum luput dari ingatan? Benarkah begitu?
“So, mommy ha? That fast?” Dia menghela nafas pendek.
Aku sekadar menjungkit bahu. Mengiya tidak, menidakkan juga tidak. Aku biar dia fikir apa yang dia mahu. Aku pandang wajah Emmel yang sedang menyanyi-nyanyi kecil. Menghayun tangan sambil melompat anak di sebelahku.
“Thanks for bringing her back.” Ucapku pada Haydar serta-merta.
Haydar mengangguk sebelum dia berlutut memanggil Emmel. “Come here, sweety. How old are you?”
Si kecil segera mendapatkan Haydar. Jari- jemarinya diangkat sambil mengira.  “One, two, three, four..  I am four years old, Uncle.”
“Mommy, can we invite Uncle to join us for dinner?” Emmel memandangku sebelum beralih semula pada Haydar. “Uncle, come join us for dinner.”
Haydar segera mendongak menatap wajahku. Aku teguk air liur. Kelat.
“Mommy, boleh tak Uncle join us for dinner? Please, mommy.”
Aku menarik nafas. Bagaimana Emmel boleh jadi selesa begitu dengan Haydar? Si kecil sudah memegang lenganku bila Haydar bangun dan berdiri di hadapanku.
“Mommy?” sekali lagi Emmel mendesak.
Wajah Haydar looked one kind. Tak tahu bagaimana hendak aku tafsirkan. Matanya seperti mahu menyatakan sesuatu. Like, please..
“Ok, my little daisy.” Akhirnya. Sempat lagi aku menangkap senyuman yang terlakar di bibir Haydar.

***

Kami duduk bertentangan dalam sebuah restoran berdekatan.
“What’s her name?” Dia menyapu bersih wajahku.
Aku pandang Emmel yang duduk di sebelah Haydar.
“Emmel.” Jawabku pendek.
“She certainly not yours right? She doesn’t resemble you.” Separuh berbisik Haydar bersuara.
Aku angkat tangan. Talking about sixth sense, Encik Haydar.
“Studying and part-time babysitting?”
Aku tidak terkata apa. Biarlah dia berteka-teki sendiri.
“Hana, you know how hectic my life can be? I am missing a part of my life here. I know this might sound crazy.. but can you be my cocaine again?”
Nafasku tersekat lagi. Am I only will be his cocaine? Matanya yang sayu itu kelihatan sangat-sangat berharap.
“I needed that badly. A quick runaway, before I’m back to the so called frantic life of mine again?” halkumnya bergerak-gerak.
Aku masih terkesima dengan permintaan itu.
“Me, you and Emmel. Just like a happy family I can never have?” syahdu suara Haydar.
Air mata aku hampir mengalir. Argh! Syed Haydar. I can never push you, never. “One hour. You, me and Emmel.” A happy Haydar would be a happy me too.
 Telefon bimbit berbunyi. Whatsapp dari Fawwaz. Hana, my meeting will be extended for few hours. Lepas berfikir dua tiga kali..
“Ok. Let’s go. Let make this more memorable than ever.” Aku mencapai tangan Emmel, Haydar melakukan yang sama. Aku pandang Haydar. Dia pandang aku. Emmel pandang wajah kami silih berganti.
“We are we going mommy?”
Aku senyum. Haydar senyum sama dan kami bersuara serentak. “To the nearest playground.”
“Ada lagi ke playground buka malam-malam ni?” aku bertanya.
“Kalau tak ada, we make one of it open for us.”

 ***

Emmel dah tidur kat pangkuan Haydar. They look sweet together. Snap. Aku ambil buat kenangan.
            Ada kurang sejam lagi sebelum Haydar beredar. Meninggalkan aku buat kali yang ketiga. Aku bergerak duduk di sisi Haydar, dengan niat mengalihkan Emmel.
            “Shhss…let me do it. I don’t want to wake her up.” Haydar bersuara sebelum mengalihkan Emmel ke pangkuan aku.
            Dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Snap. Pantas dia merakam gambar kami bertiga.
“Thanks Hana,” tulus ucapan Haydar. “I don’t want this to be the end.”
Ya, but you have great responsibility. Larger than your own privacy, greater than mine for sure.
“I wish I have more time…”
Make that time, Haydar. Aku ingin sekali berkata begitu. Tapi… You know the drill, Hana. How his life works. Bolehkah dia dipersalahkan kerana kehidupannya seperti itu?
I wish I can runaway with you. If only, he can read my mind. Crazy Hana can make that possible? Probably, but it’s hard now when I have new obligation that sealed with a promise to Fawwaz too. Sigh!
“Haydar.” Satu suara menyapa.
“Fawwaz.”
Mereka berbalas pandang antara satu sama lain. Aku? I am caught there in between the two of them. I was like? Owh? They know each other? How? When? Where?? Like a rival or sort of close-friend?  
 
   
 p/s: hope u olls like it. ** blink. 




Contest: Bab 28 Novel 13 Jam A380

Good Day
And so, I read about it. Hmm... tik tok tik tok - thinking whether I should or should not take a shot writing my version. Excited nih...

Hana Sofea
Haydar
Fawwaz
Emmel
Fido
... to name a few.

And how would the story goes.. ngee




Khamis, 23 Mei 2013

Cerpen: Selepas Hujan





ELLIZA pandang keadaan di luar kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam itu. Hujan lebat sedang turun mencurah-curah bagai tidak mahu berhenti. Malam pula semakin larut. Dia mengeluh. Selepas melunaskan harga barang yang dibeli, dia melangkah keluar. Angin dengan pantas menampar pipi sebaik sahaja dia membuka pintu kaca. Loceng yang tersangkut pada daun pintu berdenting dua tiga kali.
Jam di lengan dicuri pandang. Hampir menjejak 10 malam. Rasa sejuk dan dingin segera mengulit tubuh.  Lama juga dia berdiri di kaki lima menanti kalau-kalau hujan itu reda. Tapi sebaliknya berlaku, makin lama makin lebat pula hujan itu. ‘Nampaknya aku harus meredah hujan. Kalau nak tunggu hujan itu berhenti, entah bila-bila. Lagipun jarak kereta yang aku parkir dengan tempat aku berada tidaklah jauh mana. Cumanya, dengan keadaan cuaca yang begini, aku masih akan basah lenjun bila aku selamat tiba di kereta aku.’
Elliza membuka payung yang dibawa dan cuba melangkah dengan seberapa pantas yang boleh. Angin yang berhembus kuat dan jalan yang becak menyukarkan pergerakannya. Baru separuh jalan, tiba-tiba tubuhnya dilanggar dengan kuat oleh seseorang. Payung yang  berada dalam genggaman hampir terlepas kalau tidak dihalang oleh orang yang melanggar itu. Elliza terdorong ke tepi sedikit.
Belum pun sempat  dia menghilangkan rasa terkejut yang hadir, dia terpempan pula bila tangan sasa milik orang yang melanggarnya itu tiba-tiba menggengam pergelangan tangannya yang sedang memegang kaki payung. Payung direndahkan, mungkin mahu mengelak dari dilihat. Sebelah tangan lelaki itu pula menutup mulut Elliza.
“Senyap kalau tidak mahu diapa-apakan. Ikut sahaja arahan aku.” Lelaki itu bersuara begitu hampir di telinga Elliza. Separuh berbisik tapi kedengaran seperti satu ancaman pada gadis itu.
Elliza terpaku.  Lelaki itu memeluknya kejap sekali sebelum beralih ke kawasan terlindung. Di bawah sepohon kayu yang letaknya tidak jauh dari tempat Elliza memarkir kereta. Sejurus kemudian kelihatan dua-tiga orang lelaki tiba-tiba muncul dari sebuah lorong berdekatan. Berlari pantas seperti sedang mengejar seseorang. Ada yang sedang memegang batang besi, yang lain pula dengan kayu besbol. Diakah yang dikejar mereka?
“Shhh…” Lelaki itu memberi amaran. Tangannya masih melekap pada mulut Elliza.
Elliza cuba mencuri pandang wajah lelaki itu tapi agak sukar.
“Kereta awak mana? Bak kunci.”
Gopoh-gapah Elliza mencapai kunci dari poket seluar. Belum sempat dia menghulurkan pada lelaki itu, dia terlebih dahulu merampas kunci tersebut dari genggaman.
Twit. Twit. Punat alat penggera ditekan.  Lampu kereta menyala dan pantas lelaki itu mengheret Elliza.
“Cepat masuk dan jangan cuba bertindak bodoh.” Elliza ditolak masuk ke bahagian duduk pemandu.
‘Haruskah aku melarikan diri sekarang?’ Dalam Ellliza berfikir-fikir itu lelaki tersebut sudah pun  masuk lalu duduk di sebelahnya.
“Awak pandu. Amaran sekali lagi. Jangan cuba melakukan sesuatu yang bodoh, aku bukannya orang yang baik!” Suaranya kedengaran serak-serak kasar seperti sedang menahan sakit.
Ketika lelaki itu menyerahkan kunci kereta, Elliza perasan akan darah yang melekat pada jari-jemarinya. Elliza pandang wajah lelaki itu sekilas. Serta-merta wajahnya bertukar pucat. ‘Aku kenal dia!’

***
Imbas kembali ….tujuh tahun yang lalu.
“PERGI. Jangan usik dia.”
Elliza menoleh. Zaid dan dua orang rakan subahatnya turut sama menoleh ke arah suara yang menerjah. Suara Firdaus yang datang bersama dengan sebatang kayu.
“Hai, Fir! Kau ada hati dengan dia?” Zaid menarik Elliza rapat sebelum mencium rambut gadis itu. Firdaus dikerling. Sengaja.
Elliza meronta cuba melepaskan diri dari genggaman Zaid.
“Lepaskan dia.” Suara Firdaus kedengaran tenang-tenang saja.
“Ala… kau boleh je makan dengan kami sama-sama. Apa salahnya kongsi-kongsi.” Zaid masih berdegil. Dua orang rakan subahatnya itu cuma memerhatikan saja sambil tergelak-gelak.
“Jangan kata aku tak bagi amaran.” Ujar Firdaus lagi semakin menghampiri.
Zaid mengheret Elliza ke belakang. Dua orang konconya menapak ke depan. Firdaus menghayun kayu yang dibawanya bersama pada salah seorang konco Zaid sebelum menghadiahkan tendangan padu pada bahagian dada yang seorang lagi. Kedua-duanya jatuh rebah ke bumi menahan kesakitan.
“Eliza, kau pergi sekarang.” Pandangan tajam dilontarkan pada Zaid.
Elliza merenggut kasar lengannya hingga terlepas dari genggaman Zaid. Wajah Firdaus dipandang. “Fir..”
“Sekarang!”
“Tapi..”
“Pergi sekarang! Sekarang aku kata!” jerit Firdaus buat hati Elliza berdetak.
“Come on Fir. Takkanlah pasal perempuan ni kau nak …” Zaid cuba berlembut.
Belum sempat ayat itu dihabiskan sebiji penumbuk singgah pada muka si penuturnya.

***
HUJAN masih belum reda. Basikal yang ditunggangnya tadi ditinggalkan di bawah pohon kelapa berdekatan. Beberapa biji buah kelapa tua kelihatan terbiar di sekitarnya.
“Mak aku sedang sakit, El. Aku tak mahu melakukan semua ini. Ayah aku tidak pernah ambil tahu tentang kami sekeluarga. Kalau bukan aku siapa lagi yang harus menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.”
“El tahu. Tapi tidak ada cara lain kah?” Elliza membetulkan duduknya di atas pangkin. Makanan yang dibawanya tadi diletakkan di atas sebuah meja kecil berhampiran.
“Selepas mak aku sihat, aku akan tinggalkan semua ini. Aku akan menyambung semula pelajaran aku yang terkandas.”
“Tapi, kerja ni..”
“Aku tahu.” Pantas Firdaus memotong.
Elliza terdiam. Dia bangun lalu masuk ke dalam rumah bersama makanan yang dibawa tadi. Firdaus masih lagi duduk termangu. Sawah bendang yang terbentang luas di hadapan rumahnya itu dipandang kosong.
Hujan yang turun semakin reda, yang tinggal cuma gerimis.
“Aku nak beransur. Jangan lupa bagi mak dan adik-adik engkau makan. Lauk-pauk yang aku bawa tadi, aku dah letak kat dapur,” kata Elliza selepas menjenguk ibu Firdaus.
“Terima kasih El. Jasa baik kau sekeluarga tak akan mampu aku balas.”
Elliza tersenyum lirih. Sambil menaikkan tongkat basikal dia memandang wajah Firdaus. “Fir, kalau boleh carilah kerja lain.” Kerja buruh kontrak bukanlah kerja yang sesuai untuk remaja seperti Firdaus.
Firdaus mengangguk lemah. ‘Apa dayaku?’
“Eh eh! Pelangi.” Ujar Elliza ketika hendak meninggalkan rumah usang di tepi sawah itu. Indah sekali pemandangan di kala itu.
“Fir, kau tahu kenapa ada pelangi selepas hujan?”

***
Hari ini..
“FIRDAUS?”
Lelaki itu kelihatan terkejut bila nama itu terpacul dari dua ulas bibir Elliza. “Siapa?”
Elliza mengerlipkan matanya beberapa kali. Lelaki itu memandangnya tajam.
“Cepat pandu!” Suaranya agak kasar tapi kedengaran semakin lemah. Tangannya melekap pada bahagian perut.
Dahi Elliza berkerut, dia luka? Kenapa? Dia diserang? Kalau ya, mengapa?
“Cepat!” gesanya lagi dan sejurus itu Elliza menghidupkan enjin kereta.
“Awak? Nak ke mana?” Elliza bertanya dalam takut-takut bila kenderaan sudah mula bergerak.  Tapi lelaki itu tidak bersuara.
“Fir?”
“Kau panggil aku siapa?”
Elliza meneguk air liur. “Nak ke hospital ker?”
“Kau tinggal dengan siapa?”
Elliza senyap.
“Kau tinggal dengan siapa?!” jerkahnya.
“Seorang.”
“Bawa aku ke rumah kau.”
Hati Elliza berdebar. ‘Haruskah aku patuh saja pada arahan itu? Atau aku terus ke balai polis? Mungkin masa ini masa yang sesuai kerana dia kelihatan seperti tidak berdaya. Agak parah juga kalau dilihat pada keadaannya.’
“Jangan fikir yang bukan-bukan. Aku bukan seperti yang kau fikirkan.”
‘Argh! Dia boleh membaca fikiran aku.’ Elliza meneguk air liur buat kesekian kalinya.
“Aku tidak akan apa-apakan kau. Ikut sahaja arahan aku.”
Elliza kerling lelaki itu. ‘Aku tidak salah. Dia memang Firdaus. Tidak mungkin mata aku tersilap. Aku kenal Firdaus. Kenal sangat-sangat.’
***

PINTU pagar ditutup rapat. Hujan masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Pintu di sebelah duduk penumpang dibuka.
“Fir, dah sampai.”
Matanya yang terpejam itu dibuka sedikit.
“Hati-hati.” Pesan Elliza bila lelaki itu melangkah keluar dari perut kereta.
Lelaki itu terbongkok menahan sakit. Elliza cuba memapahnya. Dibiarkan sahaja lelaki itu berpaut pada bahu. Langkah diatur satu-satu.  Juga semakin lemah.
Elliza membaringkan lelaki itu di atas sofa. Lelaki itu hampir tidak boleh mengangkat sebelah tangan akibat luka yang agak dalam pada perutnya. Dia cuba membuka kemeja yang dipakai. Melihat dia yang terkial-kial, Elliza pantas membantu. Kelihatan luka akibat tusukan di bahagian perut. Darah pekat masih kelihatan pada luka itu. Bulat mata Elliza melihatnya.

“Luka awak ini agak dalam. Awak sepatutnya ke hospital.”
Dia menekap luka itu dengan kemeja yang dibuka tadi. Cuba menghentikan pendarahan barangkali. “Kau jahitkan untuk aku.”
Elliza agak terkesima dengan permintaan itu. “Saya bukan doktor atau jururawat.” Bantahnya terang-terang. Sebenarnya dia agak ngeri melihat keadaan luka itu, apatah lagi untuk menjahitnya.
“Kau tahu menjahit bukan?”
Itu tidak mungkin boleh jadi pre-requisite untuk kebolehan menjahit luka seperti itu. “Saya call kawan saya. Dia lebih tahu daripada saya.”
“Jangan! Tak perlu!” Dia cuba bangun dalam keadaan payah.
“Jangan risau. Awak kenal dia. Dia kawan sekelas kita. Dia dah jadi jururawat.”
“Bahaya!”
Elliza mengerutkan dahi. ‘Bahaya? Untuk siapa? Untuk aku atau dia? Kalau hendak dikira, aku pun dalam keadaan berbahaya sekarang.’
“Saya akan call dan tanya bagaimana untuk melakukannya. Saya tak mahu luka awak terkena jangkitan.” Elliza masih berdegil. Sungguh. Lukanya itu bukan luka kecil-kecil.
“Jangan!” Kali ini dia menarik pergelangan tangan Elliza. “Luka ini tidak apa-apa. Tidak terkena pada organ penting aku. Aku masih boleh bertahan.”
Pandangan matanya yang jernih itu membuat Elliza akur. Argh! Elliza mengeluh kecil. Hati ini.

***

SUDAH dua malam lelaki itu bermalam di rumah Elliza. Cuaca masih mendung seperti pada hari pertama dia bertemu dengannya.
“Terima kasih El. Kau jaga aku dengan baik.”
Elliza diam. Kalau hari pertama dia masih ragu, kini dia pasti lelaki itu adalah Firdaus yang pernah dia kenal suatu masa dahulu. Firdaus yang dicintai dalam diam.
“Aku memang tahu kau baik dari dulu. Kau berbeza dari yang lain.” Dia menyentuh pipi Elliza. Ada sesuatu yang ingin dia katakan tapi dia kelihatan teragak-agak.
“Kau tahu perasaan aku kan, Fir?” Mata Elliza masih lagi melekat pada wajahnya. “Masih sama seperti dulu.”
Lelaki itu mengeluh. Perlahan dia mengalihkan jemarinya. “Aku akan pergi petang ini. Itu yang sebaiknya. Lagipun, luka aku sudah semakin sembuh.”
“Macam mana dengan ibu Fir?”
“Dia sudah lama tak ada.”
“Oh! Innalillah.. Maaf aku tak tahu.” Sudah agak lama dia meninggalkan kampung. Kalau boleh bukan ini berita yang dia mahu dengar.
“Luka ini… orang yang mengejar..” Elliza mahu tahu apa yang berlaku tapi tidak tahu bagaimana hendak bertanya.
“Musuh lama.” Jawab Firdaus pendek.
Elliza terdiam tidak mahu bertanya lanjut. Mereka berpandangan seketika.
“Aku masih cintakan kau Fir.” Kata Elliza tiba-tiba.
“Terima kasih El. Kau tahu kan, orang seperti aku tidak layak menerima cinta dari sesiapa.”
“Kenapa?” Ada nada kecewa pada suara Elliza.
Dia tidak menjawab soalan itu. “Aku harap bila kita bertemu lagi suasananya akan lebih baik dan bukan dalam situasi sebegini.”
Wajah mendung Elliza ditatap sayu. “Bila masa itu tiba, aku pasti akan lebih bersedia.”

***
DUA tahun kemudian…
Pandangan Elliza tertancap pada sebatang tubuh yang sedang bergegas masuk ke dalam tren. Dia bagai terlihat kelibat seseorang yang dikenalinya. Pantas dia cuba mengekori jejak lelaki itu dalam tren yang sesak dengan manusia. “Firdaus?”
Diakah? Elliza cuit bahu lelaki yang segak berkemeja dan berseluar slack itu. Lelaki itu menoleh. Mereka saling berbalas pandang. ‘Macam Firdaus tapi kenapa dia seolah-olah tidak mengenali aku. Dan.. dia kelihatan sungguh berbeza dari kali terakhir kami bertemu.’
“Maafkan saya. Saya tersilap orang.” Kata Elliza dalam keadaan serba salah sebelum turun di stesen yang berikutnya.
Dia melangkah longlai. Hujan sudah reda. Entah kenapa tiba-tiba hatinya teringatkan Firdaus. Teringatkan kata-kata yang pernah dia lontarkan pada lelaki itu.

Imbas kembali…

“Fir, kau tahu kenapa ada pelangi selepas hujan?”
Lelaki itu menjungkit bahu.
“Setiap kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Paling tidak sedikit. Tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Sebenarnya, kemanisan itu akan jadi lebih berharga. Macam pelangi yang muncul. Selepas Dia turunkan hujan, dia hadirkan pelangi yang indah.”
“El, kau memang suka dengan benda-benda macam ni kan?” wajah gadis itu ditenung lembut.
“Aku harap dugaan dan ujian yang menimpa tidak menewaskan semangat kau.”
Dia tersenyum tapi matanya tampak sangat sedih.
“Jangan sekali-kali merasa terpinggir dan hilang pertimbangan. Kau faham maksud aku, kan?”
Dia senyap saja dan mereka membisu seketika.
“Kau tahu kenapa pelangi itu hadir dalam tujuh warna?”
Pandangannya pada sawah sebendang itu dikalihkan semula pada wajah Elliza. Rambutnya berbuai-buai ditiup angin.
“Setiap satu warna itu membawa maksudnya tersendiri.”
“Aku mendengar.” Balas Firdaus.
“Merah, lambang positif dan keberanian.”
“Ok.”
“Jingga mewakili kreativiti, penuh pertimbangan dan keriangan.”
“Kuning pula?”
“Untuk kebijaksanaan, keyakinan dan kewajaran.” Sambung Elliza.
“Rasanya kuning sesuai untuk kau, El.”
Elliza tergelak. “Nak aku sambung tak?”
Dia mengangguk. Mungkin sahaja mau melayan kerenah gadis itu.
“Hijau bermakna baru, baik hati dan praktikal.”
“Aku paling suka warna biru.” Firdaus menyampuk.
“Well, biru untuk keamanan, kejujuran dan tanggung jawab.”
“Warna yang kedua terakhir itu warna apa ya?”
“Indigo.”
“Indigo?”
Elliza mengangguk. “ Ia lambang untuk relaks, kesetiaan dan pengetahuan.”
“Ungu?”
“Ungu? Ungu mewakili semangat dan sifat idealistik.”

Hati Elliza jadi sayu bila terkenangkan semua itu. Dia menapak ke arah sebuah bangku lalu duduk di atasnya. Sengaja dia memilih bangku yang letaknya berhampiran dengan tasik buatan yang terdapat di taman tersebut. Argh! Tiba-tiba pelangi muncul dengan cahaya petang. Memang indah.


‘Kenapa kau muncul lagi duhai pelangi?’ hatinya berbisik. Dia lupakah? Bukankah dia yang selalu mengingatkan Firdaus. Tentang kehadiran sang pelangi selepas hujan.
“Cantikkan?”
Elliza menoleh dan siapa sangka lelaki yang disangkanya Firdaus tadi rupanya. ‘Dia mengekori akukah atau pertemuan ini suatu kebetulan? Jauh aku berjalan, tidak mungkin ini satu kebetulan.’
Dia mengambil tempat di sebelah Elliza.
Elliza kalihkan pandangannya semula pada jaluran pelangi yang menghias langit. Perlahan juga dia mengangguk mengiyakan kata-kata lelaki itu.
“Satu ketika dulu, ada orang memberitahu aku kenapa Yang Esa hadirkan pelangi selepas hujan.”
Hati Elliza kembali berdetak. Untuk berpaling sekali lagi dia rasa dia tidak mampu. Benarkah dia? Entah kenapa hatinya jadi ragu-ragu. Mungkin juga bimbang kemunculan lelaki itu kali ini juga untuk seketika sahaja. Adakah dia cuma muncul sekali-sekala seperti sang pelangi?
“El?”
Elliza terdiam. Sukar dia menelan kebetulan itu.
“Aku rasa masa ini tidak sesuai, tapi…  Ingat tak kali terakhir pertemuan kita?” Lelaki itu berjeda seketika. “Aku ada menyebut, kalau kita bertemu lagi dalam situasi yang berbeza… aku akan pastikan yang aku lebih bersedia.”
“Kalau masih ada ruang di hatimu..  aku nakkan peluang itu. Peluang untuk mengisi ruang kosong itu.”
Elliza masih lagi diam, dia masih lagi tidak tahu mahu bereaksi yang bagaimana. Gembira? Suka? Sedih? Entahlah. Atau hatinya sudah beku.
“El?”
“Benarkah begitu?” Dia tidak mahu membina harapan palsu. Dia sudah lama menunggu. Menunggu sesuatu yang belum tentu ada kepastiannya. Tapi pertemuan yang singkat ini? Pengakuan Firdaus yang secepat itu? Bukankah itu yang dipintanya selama ini. Haruskah dia menerima dan membuat keputusan saat itu juga?  
“Aku tidak akan lari lagi.”
“Aku juga berharap begitu.”
“El?”
Elliza pandang Firdaus. Firdaus pandang Elliza. Pandangan mereka bertaut.
“El, percayalah. Aku sudah bersedia. Lebih dari segalanya.”
Di bawah sinar pelangi. Selepas hujan. Dia berjanji untuk mencintai Elliza. Elliza tahu kali ini lelaki itu sungguh-sungguh. Tapi dia perlukan masa.
“Aku akan terima. Aku akan tunggu walaupun itu bermakna aku harus menunggu 100 kali kemunculan pelangi, aku akan tunggu. Kalau itu yang diperlukan untuk memenangi hati kau semula El.” Ujar Firdaus faham akan keresahan hati Elliza.
“Hati aku sentiasa jadi milik kau, Fir. Tidak pernah berubah.”
“Terima kasih El, aku tahu. Maafkan aku kerana membuat kau menunggu.”
Mata Elliza bergenang dengan air. Cepat-cepat Firdaus menyekanya. Hatinya tak tahan melihat kesedihan Elliza. Hati perempuan itu terlalu baik untuk dilukai, lagi.
Elliza terus menangis, berjurai-jurai airmatanya tumpah. Tidak tertanggung rasanya menahan rindu yang sarat. Semuanya dilepaskan saat itu juga. Entah kenapa dia begitu beremosi.
“Shh… El?” Firdaus memejamkan matanya sebak dengan perlakuan Elliza. Dia menarik rapat Elliza ke dalam dakapannya. Belakang Elliza digosok lembut.
“El.. kenapa ni?” tanya Firdaus bila tangisan Elliza tidak mahu reda.
“Shhss…minggu depan aku hantar makcik aku meminang kau. Lepas itu kita bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Okey?”
Serta-merta Elliza merenggangkan pelukan Firdaus. Airmatanya masih lagi bersisa di pelupuk mata.
“Okey, El?”
“Kau serius?”
“Memang itulah niat aku sekiranya aku berpeluang untuk bertemu semula dengan kau.” Firdaus menyeka lagi airmata Elliza.
“Aku akan jaga kau El. Janganlah menangis lagi.”
Elliza mengangguk. Entah kenapa hatinya terasa lega sangat. Mungkin beban di hatinya sudah terlepas. Mungkin juga kemunculan semula Firdaus menjanjikan kebahagiaan yang ditunggu-tunggunya sejak lama dulu. Ya Tuhan, terima kasih atas rahmat yang Kau berikan.
Di lubuk hati Firdaus, dia berdoa yang sama. Dia tahu perjalanan hidupnya dengan Elliza masih jauh untuk diterokai tapi dia mahu penantian Elliza itu berbaloi. Dia sudah berhutang sepanjang hidup dengan Elliza. Dia mahu melunaskan hutang itu. Ya Tuhan, semoga hubungan ini berkekalan dan diberkatiMu. Aamiin. 



Ahad, 21 April 2013

Corat-Coret: Bila Bosan, Bila Tension, Bila Stress



Pernah dengar lagu Bosan dari Stacy, antara lain liriknya berbunyi.
Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan

atau lagu Amy-Search, Aku dah bosan?

Saya rasa siapa-siapa pun pada satu ketika akan pernah mengalaminya. Bezanya, cara kita menangani perasaan tersebut. Lain orang lain caranya. As for me, well here we go. Whether it’s working or not for you – I guess there is no harm sharing.


1.   Menulis
Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah mula menyimpan buku catatan. Dulu saya panggil ‘diari’. Dalam diari itulah saya conteng apa yang saya suka dan tulis segala-galanya. Rasa suka, rasa duka dan apa-apa jua yang saya ingin luahkan. Kalau saya terasa bosan, saya akan cari buku dan mula menulis apa jua yang terlintas di fikiran. Kalau saya tension, saya akan melakukan perkara yang sama. Kadang-kadang saya akan tergelak bila membaca balik apa yang telah saya tulis di dalam buku tersebut. But beware, kadang-kadang bahaya juga menulis segala-galanya di dalam diari.


2.   Membaca
Saya memang suka membaca. Bagi saya, membaca adalah salah satu cara untuk saya menghadiahkan diri sendiri. I am a working mum. Selepas seharian bekerja di pejabat dan menyambung semula kerja masak dan mengemas di rumah, saya rasa tidak salah mencuri sedikit masa untuk membaca setelah semua kerja-kerja sepatutnya langsai. It’s my way of appreciating my-self.   


3.   Muzik
Saya memang tak boleh lari dari muzik. Bila stress, saya suka menyanyi. Saya akan cuba menyanyi sepenuh hati, biar sampai keluar anak tekak orang kata. Hehehe… Suara tak adalah sesedap mana. Kalau sedap dah lama jadi artis. Nyanyi asal boleh, janji tension tu hilang. Kalau tak menyanyi, saya akan dengar muzik sambil menari. Macam aerobik. Macam bersenamlah juga.


4.   Ketawa atau menangis
Saya akan pilih satu cerita/rancangan/buku yang betul-betul kelakar atau sedih yang boleh buat saya ketawa atau menangis semahu-mahunya. Buat masa ni saya suka rancangan Running Man sebab rancangan tersebut boleh mencuit-cuit hati saya.  



5.   Air
Kalau dulu masa kecil-kecil, saya sukakan hujan. Saya suka lihat hujan turun. Kalau boleh, saya mahu menari-nari di dalam hujan. Tapi, sekarang saya tak buat macam tu. Kalau stress, saya suka mandi tapi bukan mandi kosong jer. Saya akan beli tiga-empat jenis bunga lain-lain warna dan letak dalam air mandian. Entahlah, tapi lepas mandi rasa segar sangat.

Apa-apapun, kita orang Islam. Jangan lupa kita ada Allah SWT tempat mengadu. Macam lagu Najwa Latif tu- AdaMu. Yang penting jangan lupa amalan kita, dan sentiasalah berdoa untuk mendapat petunjuk dari Nya. In Sha Allah, mudah-mudahan hidup kita tenang dan dipermudahkan.